Ketika penduduk di Malaysia sedang berdepan banjir di beberapa negeri, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman dengan gembiranya menyambut tahun baharu 2017 di pusat perjudian Las Vegas.
Las Vegas terkenal dengan pusat perjudian terbesar di dunia.
Gambar yang dimuatturun oleh Azalina itu kini viral di laman sosial seperti WhatsApp dan Facebook.
Azalina dikecam oleh netizen sebagai tidak prihatin kerana bergambar di pusat judi walaupun dia seorang menteri yang beragama Islam selain dikritik kerana menyambut tahun baru di luar negara di saat rakyat sedang bergelut dengan masalah kenaikan kos sara hidup.
Ini bukan kali pertama insiden tidak prihatin ini berlaku, sebelum ini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga membuat tindakan sama apabila bergembira bermain golf dengan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama yang juga mengundang kemarahan rakyat.
Azalina yang juga Ahli Parlimen Pengerang juga penyokong setia kepada Najib yang sentiasa membelanya dalam isu 1MDB dan salah guna kuasa lapor TMM