Skandal 1MDB: Bekas Pegawai Khas Najib Direman


PUTRAJAYA: Bekas pegawai khas kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes 1Malaysian Development Bhd (1MDB).

Perintah tahanan reman terhadap 'Datuk' itu dikeluarkan Majistret Shah Wira Abdul Halim di Mahkamah Majistret Putrajaya di sini hari ini sehingga 1 Julai bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.



Suspek tiba di perkarangan mahkamah di sini kira-kira 9.15 pagi berpakaian lokap SPRM berwarna oren dengan tangan bergari.

Sebelum ini, lelaki berumur 42 tahun itu dipanggil untuk diambil keterangan sebelum ditahan kira-kira 9.45 malam di ibu pejabat SPRM semalam.

Beliau pernah berkhidmat di sebuah syarikat berkaitan kerajaan (Khazanah) sebelum bekerja dengan Najib sejak 2009.

Beliau meletakkan jawatan pada 5 Jun lepas lapor Astro Awani

Sementara itu Harian Metro melaporkan..

Jurucakap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, suspek yang juga individu pertama yang direman berhubung siasatan kes itu ditahan di ibu pejabat SPRM Putrajaya, pada jam 9.45 malam tadi ketika hadir memberi keterangan.

Katanya, lelaki itu dikatakan memegang jawatan pengarah di sebuah syarikat yang dipercayai menerima wang transaksi daripada 1MDB.

Katanya, suspek juga adalah ahli lembaga pengarah kepada sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC), namun meletakkan jawatan pada 5 Jun lalu.

Suspek dikatakan berkhidmat dengan Najib sejak 2009.

Video sila lihat di SINI
Previous Post Next Post