Anwar Akui Sukar Tugas Menteri Kewangan Sekarang


ANWAR Ibrahim sekali lagi berkata beliau tidak sedia memikul tanggungjawab sebagai menteri kewangan sekarang, jika jawatan itu ditawarkan kepadanya, kerana keadaan ekonomi yang tidak memberangsangkan.

“Jika saya ditawarkan menjadi menteri kewangan sekarang saya tidak mahu jadi kerana tidak seperti dulu (ketika) kita ada banyak dana,” kata Ahli Parlimen Port Dickson itu.

“Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dulu dari 10 % sekarang 4.5 %,” katanya semasa melancarkan Tabung Bantuan Pelajar Antarabangsa Abu Sulayman Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di Gombak, hari ini.

Anwar merujuk pada pertumbuhan KDNK ketika beliau menteri kewangan antara 1991 dan 1998.

Anwar, yang dinamakan sebagai pengganti perdana menteri, sebelum ini dilaporkan menyebut perkara yang sama kepada Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Menurut Anwar, kekangan kewangan negara sekarang juga antara sebab kenapa Lim hanya mampu memberi jawapan standard jika ada pihak memohon peruntukan disalurkan.

“Jawapan yang hanya diberi Lim Guan Eng ialah kita akan lihat dulu, tidak boleh lulus sekarang kerana kita pertimbangkan dulu.

“Ini adalah jawapan yang standard, kerana kita ada masalah kewangan,” katanya.

Sempena pelancaran tabung pelajar itu, Anwar menyerahkan replika cek berjumlah RM1 juta sumbangan Prof Emeritus Dr Abdul Hamid A. Abu Sulayman, yang juga bekas Rektor kedua UIAM.

Dana tersebut akan digunakan untuk memberi elaun kepada pelajar antarabangsa di universiti tersebut antara RM500 hingga RM1,000 sebulan lapor The Malaysian Insight

5 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. PANTEK LA KAU NUAR BERAHIM BYK CANTEK PANTEK MU. BULEH PULAK MEMILIH TIME BILO DIO NAK JD MoF.

    EKSEN..

    Time ekonomi cantek yo dio nak jawatan. Time huru hagho ,tak nak.

    NI YG BUEK.LGE BEBULU NI..

    ELOK CILI AN YO KOTE DIO TU,,

    MENGADO NGADO. MENUTUH TAK HINGAT DUNIO

    ReplyDelete
  2. Statement macam HARAMJADAH, kaki PENIPU!!! Hari ni dapat Putrajaya esok minyak turun, betul2 MUNAFIK ni.

    ReplyDelete
  3. salah sorang dari tong tu jugak
    tak kemana pung

    Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman,

    (yaitu) orang-orang yang khusyuk dalam salatnya,

    dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna,

    dan orang-orang yang menunaikan zakat,

    dan orang-orang yang menjaga kemaluannya,

    kecuali terhadap istri-istri mereka atau budak yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela.

    Barang siapa mencari yang di balik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.

    Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan janjinya,

    dan orang-orang yang memelihara sembahyangnya.

    Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi,

    (yakni) yang akan mewarisi surga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya.

    ReplyDelete
  4. Komen dari pencacai yg kalah tu tak perlu tulis kat sini. Rasanya keadaan kehidupan sekarang jauh lebih baik dati zaman bossmu memerintah....

    ReplyDelete
  5. Knp negara ada masalah aliran tunai? Sbb geng bodo yg menukar gst kpd sst. Gst akan dpt collect cukai setiap bulan dan cukai yg telus tak boleh tipu sedangkan sst adalah cukai tahunan dan ramai peniaga yg larikan cukai. Dah la mcm tu, jumlah kutipan cukai juga berkurang sedangkan harga barang tak juga menurun. Nampak tak bodonya kabinet mahathir skrg? Cerdik tak boleh diikut, bodo tak boleh diajar.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post