KJ Senaraikan Tiga Pencapaian Terbaik Kerajaan PH


Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin menyenaraikan sekurang-kurangnya tiga pencapaian kerajaan Pakatan Harapan (PH) sepanjang tempoh pemerintahan parti tersebut yang sedang menginjak satu tahun pentadbiran.

Beliau berkata, antara pencapaian kerajaan termasuklah penubuhan jawatankuasa (Selected Committee) di parlimen, pelantikan pembangkang sebagai Pengerusi di Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), dan kemudahan pas bulanan pengangkutan awam My50 dan My100 untuk rakyat Malaysia.

Sebelum ini, tinjauan Malaysia Dateline turut mendapati rata-rata pelajar dan pekerja berpendapat inisiatif kerajaan menyediakan pas bulanan pengangkutan awam sebagai antara pencapaian kerajaan yang terbaik, yang turut diakui oleh Khairy.

“Ini tiga perkara yang merupakan antara pencapaian kerajaan yang difikirkan boleh dibanggakan,”katanya kepada pemberita semalam.

Namun, secara keseluruhannya, beliau berpendapat dari segi objektifnya, pencapaian kerajaan PH masih diperingkat tidak memuaskan.

Katanya, tidak banyak janji yang ditunaikan kerajaan itu dan penolakan rakyat terhadap kerajaan juga telah diterjemahkan dalam bentuk undian ketika Pilihanraya Kecil (PRK) baru-baru ini.

“Saya lihat ekonomi semasa dan ekonomi rakyat, kedua-duanya sangat mengecewakan dari segi kos sara hidup serta harga barang. Contohnya, pengenalan Sales and Service Tax (SST) yang dikatakan harga akan lebih terkawal jika digantikan dengan Good and Services Tax (GST).

“Kapital ekonomi melalui pasaran saham pelaburan dan penurunan nilai mata wang yang merundum melambangkan bahawa kerajaan tidak ada hala tuju dan masih lagi menyalahkan kerajaan yang lepas.

“Apa yang rakyat nak lihat adalah hala tuju tetapi hala tuju masih tak ada. Jika ambil dari segi objektif, memang banyak kelemahan pada pentadbiran PH ini,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau turut ditanya tentang pandangan terhadap had umur pengundi yang dikurangkan dari 21 tahun ke 18 tahun.

Beliau berkata, kerajaan perlu meletakkan kesedaran pendidikan politik yang tinggi terhadap pengundi muda sekiranya ingin mengurangkan had umur pengundi dari 21 tahun ke 18 tahun.

Katanya, jika kerajaan benar bercadang menurunkan had umur pengundi, mereka perlu dahulukan beberapa perkara penting seperti kesedaran terhadap politik negara.

“Kita mahu jadikan mereka sebagai pengundi yang bermaklumat. Saya khuatir ada sebahagian anak muda yang langsung tidak ada kesedaran politik, kesedaran perlembagaan negara malah tidak dapat memahami isu yang dibahaskan di parlimen dan media.

“Saya pernah sebut secara prinsip bahawa saya setuju dengan cadangan berkenaan kerana sudah banyak negara yang memulakan pengundian seawal umur 18 tahun.

“Walaubagaimanapun, ia mesti diselitkan dengan usaha pendidikan politik terhadap golongan muda tersebut sebelum pindaan ini dilaksanakan,”katanya semalam semasa forum Bicara Minda di Karangkraf.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) supaya tidak mengulangi kesilapan yang lepas seperti perjanjian Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) dan juga Statut Rome.

Katanya, kebanyakan keputusan kerajaan hari ini tidak berjaya dilaksanakan kerana tiada asas konsultasi antara mereka.

“Mereka suka buat satu perkara dengan menandatangani dahulu, kemudian baru buat penjelasan. Jangan ulangi kesilapan ini untuk kes cadangan had pengundi umur juga. Jangan buat pindaan dahulu, lepastu baru nak buat penjelasan dan konsultasi. Jangan rumah dah siap, pahat masih berbunyi,”ujarnya.

Berita penuh https://malaysiadateline.com/kj-senarai-tiga-pencapaian-terbaik-kerajaan-ph/

4 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Jika tumpu pada raykat...tidak sukar tunaikan janji.
    Tapi jika otak berputar2 demi ketamakan anak..proksi dan kroni memang sukar utk tunaikan janji.
    Setiap projek ada proksi dan kroni diutamakan. Kepala akan pening mencari alasan...mengalih perhatian raykat demi manusia haloba.

    ReplyDelete
  2. Gst sepatutnya tidak langsung diperkenalkan kepada rakyat oleh kerajaan BN. Di situlah puncanya memgapa harga barang nelonjak naik.
    Apabila kerajaan PH revert semula kepada, harga barang tidak mungkin akan dikurangkan lag oleh peniaga.

    Satu perkara yang KJ langsung tidak nampak ialah kejayaan kerajaan PH mengurangkan harga ECRL yang terang2 hasil dari penilaian carca marba kerajaan KJ dulu. Hmmm....

    ReplyDelete
  3. Perkara baik yang saya rasa sendiri ialah tiada lagi kenaikan harga barang2 keperluan harian ... kalau ada pun masih tahap yang boleh ditampung ... main sen-sen aje... bukan orang miskin tak akan merasa kenaikan harga ikan
    cencaru atau pelaling umpamanya dari 4-6 sekg menjadi rm10 atau rm14 sekg. Itu sentiasa turun naik dlm tempoh seminggu... pencatut turut ambil kesempatan.... otu cth barang keperluan harian... ikan rakyat. Ikan bangsawan seperti tenggiri atau bawal hitam jangan haraplah... nak pegang pun takut... sepotong rm10 atau se kg rm40.. kalau makan bertiga boleh dapat sepotong kecil sorang.... gaji sehari tak cukup beli se kg.. Tak payah cerita hal besar2... orang kampung tak tau ...

    ReplyDelete
  4. Tun Mahathir menggempur pelakuan rasuah dan terlalu tegas terhadap penjawat awam yang korup .

    Tahniah Tun M . Orang melayu orang Islam yang dikatakan mengerjakan solat, pergi menunaikan haji tapi orang bagi duit dia ambil.

    Bila dah tak boleh ambil duit macam dah hilang income plus plus. Sabar ye.... Dulunya dah ambil duit, sekarang ambil duit maka selamanya pun ambil....akhirnya biliun biliun lesap.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post