Kegagalan pembekal menyediakan reka bentuk dan pemasangan peralatan mengikut spesifikasi sepatutnya dipercayai punca utama jentera pemadam kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang dibeli pada 2007, 2010 dan 2014 ‘tersadai’.
Untuk rekod, perolehan 242 jentera JBPM atau Fire Rescue Tender (FRT) bagi ketiga-tiga tahun itu membabitkan nilai RM420 juta.
Malangnya, hampir 40 peratus atau 97 jentera JBPM bernilai RM165 juta di seluruh negara terutama Selangor kini mengalami kerosakan pada putaran rotor di bahagian batang pemanduan (drive shaft) dan sistem sadap kuasa atau power take off (PTO) menyebabkan jentera gagal berfungsi.
Menurut sumber, sejak 2007, sebuah syarikat pembekal tempatan diberi kontrak rundingan terus untuk membekalkan jentera berkenaan kepada JBPM.
“Pada 2007, 42 jentera setiap satu bernilai RM1.86 juta atau keseluruhannya lebih RM78 juta dibekalkan syarikat terbabit yang berpangkalan di Selangor.
“Syarikat sama turut diberi hak membekalkan 100 jentera yang setiap satunya bernilai RM1.71 juta pada 2010 dan 100 lagi jentera pada harga sama bagi 2014.
“Keseluruhannya, syarikat itu sudah membekalkan 242 jentera bernilai lebih RM420 juta kepada agensi berkenaan.
“Malangnya, sejak tiga tahun lalu jentera yang dibekalkan mula mengalami kerosakan utama pada drive shaft dan PTO menyebabkan jentera itu tersadai.
“Berdasarkan maklumat, pembekal gagal menyediakan reka bentuk, peralatan dan pemasangan drive shaft ataupun PTO yang betul sehingga masalah ini berlaku,” katanya.
Sumber berkata, syarikat pembekal itu juga dikaitkan langsung dengan seorang tokoh politik negara yang kini berdepan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Sebelum 2007, semua proses pembelian jentera JBPM diuruskan melalui tender terbuka. Jadi, jentera yang dibeli sememangnya pada kondisi terbaik.
“Namun bermula 2007, disebabkan campur tangan ahli politik terbabit yang dibantu kepemimpinan di kementerian menganugerahkan (kontrak pembekalan) kepada syarikat terbabit. Natijahnya, jentera dibeli harga mahal tapi kerap rosak.
“Ada sesuatu tidak kena. Adakah pembekal berkenaan meletakkan peralatan tidak sepatutnya pada jentera itu? Kini banyak jentera tersadai disebabkan masalah sama dan bakinya pasti akan rosak,” katanya menjelaskan jangka hayat jentera itu antara 15 hingga 20 tahun.
Menjawab soalan wartawan, sumber mendedahkan, harga jentera asas dalam kondisi terbaik adalah kira-kira RM1.5 juta.
“Dengan harga jentera yang semahal itu (perolehan) bagi ketiga-tiga tahun sepatutnya kondisi jentera dalam keadaan baik bersama peralatan yang berkualiti tinggi,” katanya menjelaskan, selain masalah pada drive shaft dan PTO, bahagian elektronik jentera itu juga bermasalah.
Katanya, siren, lampu dan lain-lain berkaitan elektronik juga bermasalah, namun kerosakannya bukanlah isu utama berbanding drive shaft dan PTO.
Tambahnya, jentera yang tersadai kini sedang ‘berehat’ di bengkel kejuruteraan JBPM di seluruh negara namun kebanyakan jentera berkenaan boleh dilihat di Selangor iaitu di Seksyen 15 Shah Alam, Serdang dan Salak Tinggi bagi kawasan Lembah Klang.
“Kenapa saya gunakan istilah berehat? Kebanyakan jentera yang alami kerosakan pada drive shaft tidak mampu diperbaiki kerana kementerian juga memotong bajet penyelenggaraan. Jadi, jentera itu akan terus tersadai,” katanya.
Untuk rekod, wartawan bersama juruvideo turut mengunjungi ketiga-tiga bengkel kejuruteraan berkenaan bagi memastikan dakwaan itu. Berdasarkan pemerhatian, memang jelas puluhan jentera mengalami kerosakan seperti didakwa sumber di ketiga-tiga premis terbabit.
Difahamkan, terdapat kira-kira 550 hingga 600 jentera di seluruh negara lapor Harian Metro
Aku perasan lori bomba kebanyakkan pakai scania. Pengalaman aku. Scania ni bagus, engine tahan lasak. Tapi gear box problem, High/ low gear selalu rosak. Org panggil gear box manja. Tapi tak tau la kalau yg auto punya, tak pernah jumpa, tak pernah buat. Mcm volvo plak. Gear box yg manual tu tahan lama. Tapi engine tak tahan. Pakai 7 8 tahun, mesti nak o/haul. Benda wajib. Tak bleh elak. Tapi truck tak pakai drive shaft. Dia pakai long shaf atau propeler shaf. Pasal pacuan belakang. PTO ni plak. Jarang rosak. Tgk cara penggunaan dia. Bila nak on PTO, gear nak free, parking brek nak on. Kalau tak dia tak hidup. Kecuali pomen dah modifie. Pasal suis kat parking brek selalu rosak. Dah on brek, PTO tak blwh hidup. Tapi masaalahnya , kekadang driver lupa nak tutup masa nak jln. Tu yg pum tu cepat rosak. Pada yg tak tau. PTO ni name penuh dia Power Take Off. Tugas dia cuma pum hidraulik. Mane2 lori yg nak pakai kren, utk angkat tong tuang pasir, lori sampah malah lori sedut tangki jamban pun pakai. Dia dipasang bila mintak je. Kalau tgk gear box lori, mesti ade satu cover 4 segi. Ikat dgn bolt 6 @ 8 bijik. Kat situ la org pasang PTO.Kalau rajin baca la tulisan aku. Dpt ilmu skit... Mase aku keje kat KLIA dulu, bamyak la benda ni. Tapi mcm unit commander atau airmarel ke name unit tu. Dia tak pakai PTO. Dia terus pakai pum besar. Gear box, utk brek, utk fungsi lain semua pakai hydraulik. Semua wireing control. Pomen kerja cuma tukar hose, tukar pum rosak. Kalau system fail, semua wireman cek. Jadi tak banyak benda boleh belajar. Tu pasal tahun 2000 aku berhenti, masuk port klang. Kerja repair lori. Air system pun boleh buat sakit kepala. System angin lori la, Tapi kalau mahir, senang cari makan. Sape yg anak tak minat sekolah. Hantar la masuk bengkel atau kemahiran lain. Kat port klang, bengkel penuh org luar je. Org sini tak minat. Tapi mcm sayang la. Dah la dpt gaji, dpt ilmu lagi, pomen bangla jenis yg tau kerja, gaji starting $3000. Paling mahal aku pernah jumpa, $5000. Tapi dah kerja lama la kat situ. Balik kg, buka bengkel kat sana. Duit dah banyak. Silap2 lepas 4 5 tahun balik bangla, tunjuk dlm facebook duduk dlm mercedes...
ReplyDeletePost a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!