Ada Bantahan Anwar Jadi PM - Tun M


Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini memberi jaminan akan melepaskan kepimpinan kerajaan kepada Anwar Ibrahim seperti dijanjikan, tetapi berkata tidak ada tempoh masa yang ditetapkan bagi peralihan kuasa itu.

Beliau berkata, apabila Pakatan Harapan (PH) dibentuk, telah dipersetujui bahawa beliau akan memimpinnya.

“Tempoh jawatan saya, sekiranya menjadi perdana menteri, akan terhad kepada tempoh tertentu, tetapi masa sebenarnya tidak disebut,” katanya dalam satu temu bual di Tokyo.

Dr Mahathir kini dalam lawatan kerja 3 hari ke Jepun.

Bagaimanapun katanya, beliau bersetuju Anwar akan menggantikannya sebagai perdana menteri dan beliau akan “akur kepada perjanjian”.

Katanya mungkin ada bantahan terhadap peralihan kuasa itu, tetapi menambah bahawa ia “adalah masalah mereka”, bukan masalah beliau.

“Janjinya ialah saya akan berundur selepas beberapa waktu bagi memulihkan semula keadaan ekonomi,” kata beliau.

Dr Mahathir sebelum ini berkata, beliau memerlukan antara 2 1/2 ke 3 tahun untuk mengatasi masalah berkaitan kewangan negara yang diwarisi daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

Menurut perjanjian yang dibuat dengan pemimpin PH, Anwar akan menggantikan Dr Mahathir sebagai perdana menteri dalam tempoh 2 tahun.

Awal bulan ini, Dr Mahathir yang menggelar dirinya sebagai “perdana menteri sementara” berkata, beliau tidak bercita-cita untuk menyudahkan tempoh sepenggal sebagai perdana menteri.

Dalam pada itu, pada Februari, Anwar berkata, beliau menjangka akan menjadi perdana menteri dalam tempoh tidak lebih 2 tahun.

Bagaimanapun beliau juga berkata, Dr Mahathir perlu diberikan ruang secukupnya untuk mentadbir dengan berkesan pada “waktu yang sukar dan mencabar” kini lapor FMT

6 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. ari jumaat minggu depan kerja satu hari ajer... klau Pak Lah atau Najib atau anwar aljubori sllunya akan beri cuti am cuti perlepasan ... tapi kalau mamak ni renti kan lah dibagi... mamak ni bodoh sikit....


    kikikiki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kata rakyat susah. Kos Sara hidup tinggi. Bila cuti banyak kena berbelanja lebih.

      Sebab tu Tun tak bagi cuti. Malaysia Baru, rakyat di ajar untuk jadi rajin dan produktif

      Delete
  2. Macam ni jelah...
    Kalu hang nk cuti jumaat
    Isi je hrmis tak luak pun
    Semua nk subsidi...
    Dasar tak bersyukur

    ReplyDelete
  3. Komen pun tak berani letak nama....
    Sy ahli pkr penyokong tegar anwar...
    Respek atok sbb dia negarawan nk lawan
    Kleptokrasi...

    ReplyDelete
  4. Sah Mamak Anon 11:15 ni saki baki penyokong atau talibarut Klepto dlm Public Service, nak mcm2 gratis tapi tak undi PH malah nak sabo pulak Kerajaan PH.

    Jenis mcm ni yg patut dibersihkan dari Public Service, musuh dalam selimut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul ter. Siap copy paste tak sedor ker orang udah tau awak kije gomen koje nak mintak coti jer. Komen asyik mengater gomen buat malu diri sendiri. Berlakon ler sikit kije kampong ker kije sendiri ker bisnessman ker. Baru ler sesuai nak mengater PM.

      Delete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post