Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menggesa presiden PAS menarik balik tuduhannya yang mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim punca maraknya budaya kafir-mengkafir di Pantai Timur pada 80-an.
Menyifatkan tuduhan sekadar “helah salahkan orang” (blaming game), Yang dipertua Abim Pulau Pinang berkata tuduhan Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak ada kebenarannya.
“Anwar bukan pemecah belah, bahkan beliau adalah 'bonding factor' yang merapatkan saf orang Melayu dan memperkuatkan ikatan bangsa itu dengan bangsa-bangsa yang lain di negara ini,” kata Mohd Tabi'in Sahri dalam kenyataan hari ini.
“Jangan hanya kerana mahu bergabung dengan Umno, habis segala tuduhan dan tohmahan dilontarkan kepada Anwar Ibrahim, yang pernah PAS jadikan teman jatuh bangun sebelum ini.”
Tabi'in berkata presiden PKR sejak menceburi politik pada 80-an langsung tidak pernah membuat kenyataan yang berpotensi memecah belah keharmonian Melayu.
“Untuk sekonyong-konyongnya melabel Anwar sebagai punca perpecahan di kalangan umat Melayu di Malaysia, khususnya di Pantai Timur adalah umpama langit dan bumi,” kata Tabi'in.
Sabtu lalu, Hadi ketika berucap di Kerdau menyatakan kejadian perpecahan serius umat Islam dan Melayu beberapa puluh tahun lalu berpunca dari bekas menteri kewangan.
Untuk rekod, pada era 80-an, banyak laporan mengaitkan budaya kafir mengkafirkan ketika itu berpunca dari Amanat Haji Hadi di Kuala Terengganu - projekmmo
Tak semua warga emas ade rezeki kesihatan mcm Tun. Kekadang nak masuk 70 dah berpampes. Pada ustaz, rasa tak sihat. Serah la jawatan kat org lain... Takut makin pecah belah org islam. Tapi disalahkan org lain..
ReplyDeleteDan jika ada dua golongan dari orang-orang mukmin berperang maka damaikanlah antara keduanya. Jika salah satu dari kedua golongan itu berbuat aniaya terhadap golongan yang lain maka perangilah golongan yang berbuat aniaya itu sehingga golongan itu kembali kepada perintah Allah; jika golongan itu telah kembali (kepada perintah Allah), maka damaikanlah antara keduanya dengan adil dan berlaku adillah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil.
ReplyDeleteAdapun orang-orang yang kafir dan mendustakan ayat-ayat Kami, mereka itu adalah penghuni neraka.
nak jadi kapir senang nak jaga iman susah
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!