Semalam dalam Rancangan Perspektif Tun Daim yang disiarkan di Astro Awani, sekali lagi Tun Daim menegur Menteri-Menteri Kerajaan PH.
Dan ini adalah kali ketiga beliau menegur Menteri-Menteri Kerajaan PH ini..
Pada bulan Januari, Daim menasihati menteri untuk tidak bertengkar dalam kalangan mereka di khalayak ramai kerana ini akan membuatkan rakyat kecewa dengan kerajaan.
Kemudiannya pada bulan Mac beliau berkata, Menteri tidak cukup menerangkan dasar kerajaan kepada rakyat.
Semalam Bekas Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan Daim Zainuddin menasihati menteri kabinet untuk berbincang terlebih dahulu dengan Setiausaha Akhbar masing-masing sebelum mengeluarkan kenyataan.
“Kalau nak buat kenyataan, bincang tengok apa kesannya, bincang dengan pegawai kemudian bincang dengan menteri. Bukan seronok-seronok buat kenyataan,” katanya dalam satu wawancara tersebut.
“Kalau positif keluar kenyataan, kalau negatif jangan keluar kenyataan, kalau negatif nak umum juga, bodohlah,”
Selain itu Tun Daim juga mempersoalkan tindakan Lembaga Hasil Dalam Negeri yang telah menghantar terlalu banyak notis cukai pendapatan kepada ramai orang
Katanya "Notis cukai pendapatan yang terlalu banyak dihantar kepada orang ramai membuatkan rakyat takut berbelanja hingga menyebabkan ringgit mengalami kejatuhan"
Daim berkata perkara itu diburukkan lagi apabila penghantaran notis cukai itu diumumkan kepada orang ramai hingga menyebabkan mereka takut berbelanja.
"Income tax tak perlulah kacau orang. Kalau hantar notis mereka takut nak belanja, patut jangan kacau rakyat..
"Sebelum ini tidak pernah umum, bila Pakatan Harapan jadi kerajaan, hantar notis sampai lapan juta.
"Lapan juta notis kalau seorang isteri dan seorang suami sudah 16 juta, kacau ni. Anda bunuh keyakinan. Dulu mereka keluar makan, sekarang mereka takut nak keluar," katanya.
Video berkenaan sila lihat di SINI
Hulu sungai yg keruh sukar nak mengalirkan air yg jernih ke hilir.Ramai sangat yg tak ada sijilnya,nak wat cam mana.MOF akauntan yg tak bertauliah,tapi cuba-cuba nak tunjuk pandai ,hingga titik perpuluhan pun salah baca.Lungkup lah ekonomi negara.
ReplyDeleteMakin dipesan, makin menjadi..
ReplyDeletebankami.blogspot.com
negara ni tukar sistem.....
ReplyDeletepilihanraya presiden atau PM...tapi Agong dan sultan tetap ujud dan berperanan...
rakyat tentukan secara direct..siapa jdi PM...
kemudian hak PM nk lantik menteri yg bijak..
bulan parti yg cdg siapa menteri...tu yg dpt menteri x cerdik...
Artikel Cara Menang Judi Online
ReplyDeleteBANDAR TOGEL
Togel Singapura
Prediksi Togel Singapura
Agen Togel Singapura
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!