PUTRAJAYA: Genap setahun Malaysia Baharu hari ini, kerajaan Persekutuan memaklumkan prestasi pencapaian Janji Kerajaan Pakatan Harapan (PH) bagi tempoh 10 Mei 2018 sehingga 30 April 2019 adalah sebanyak 39.01 peratus.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, prestasi itu diukur melalui status kemajuan 464 Inisiatif yang merupakan dasar dan tindakan-tindakan spesifik yang dinyatakan dalam setiap janji.
“Sebanyak 53 Inisiatif atau 11.42 peratus telah ditunaikan dari 128 Inisiatif, manakala 283 Inisiatif atau 60.99 peratus adalah di peringkat Dalam Perancangan atau Belum Mula.
“Prestasi ini menunjukkan peningkatan sebanyak 29.34 peratus berbanding 9.67 peratus pada 31 Disember 2018,” katanya semasa menyampaikan Perutusan Perdana Setahun Malaysia Baharu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, hari ini.
Tambah Dr Mahathir, kerajaan sedar bahawa ramai dalam kalangan rakyat yang tidak berpuas hati dan menuduh Kerajaan PH telah gagal memenuhi beberapa janji-janji yang terdapat di dalam manifesto.
Katanya, ada beberapa janji yang tidak dapat ditunaikan susulan terpaksa menanggung hutang yang ditinggalkan oleh kerajaan lama.
“Pertamanya, telah saya terangkan sebelum ini bahawa apabila kita mengambil-alih Kerajaan, kita dapati kerosakan yang berlaku begitu besar sehingga kita dapati kita tiada berkeupayaan untuk memenuhi janji-janji itu seberapa segera yang mungkin.
“Malahan, keutamaan kita berubah apabila kita dapati kerosakan yang berlaku itu terlampau parah dan perlu kita selesaikan terlebih dahulu.
“Umpamanya untuk hapus tol PLUS sahaja, RM30 bilion diperlukan, dan beberapa bilion lagi untuk memperbaiki jalan tiap tahun,” ujarnya.
Mengulas lanjut, dari sudut reformasi undang-undang kata Dr Mahathir, undang-undang zalim dan menekan rakyat sudah dibatal atau dihenti penguatkuasaannya.
“Pelaksanaan hukum bunuh dihenti sementara meneliti pendapat rakyat yang tidak semuanya bersetuju hukum ini dihapuskan.
“Demikian juga undang-undang berkenaan berita palsu telah digantung sementara menunggu penghapusan.
“Media diberi kebebasan sepenuhnya tanpa perlu menunggu arahan atau pesanan dari pemimpin-pemimpin atau orang suruhan mereka di Putrajaya seperti sebelum ini,” katanya.
Katanya, pencapaian ini menunjukkan komitmen kerajaan dalam membina negara dan memenuhi harapan rakyat.
“Inisiatif-inisiatif spesifik telah dilaksanakan untuk kesejahteraan warga Felda dan masyarakat India dimana usaha ini sedang dipergiatkan. Begitu juga inisiatif untuk kaum wanita turut dipertingkatkan.
“Inisiatif-inisiatif untuk memberi peluang untuk anak-anak muda memain peranan penting di dalam pembuatan dasar turut ditekankan. Pada masa sama, kita yakin akan dapat membangunkan 100,000 rumah mampu milik bagi 2019.
“Kita ada empat tahun lagi untuk memastikan semua janji-janji tersebut dapat dilaksanakan dan kita yakin kesemuanya akan tercapai sebelum mandat pemerintahan kita berakhir,” katanya.
Mengakui bahawa kerajaan PH mempunyai kekurangan dan kesilapan, Dr Mahathir menegaskan, kerajaan komited melakukan sedaya mungkin dan berusaha untuk memperbaikinya.
“Sokongan rakyat amat penting untuk menjayakan pelbagai program dan inisiatif dan kerana itu, pada hari ini Kerajaan ini kembali kepada rakyat untuk melaporkan pencapaian dan usaha-usaha yang telah, sedang dan akan dilaksanakan,” katanya lagi lapor AstroAwani
Janji PH paling besar sudah ditunaikan ialah angkut Najib Razak pencuri MO1 ke muka pengadilan. RM4,000,000,000,000 duit pencen Rakyat Malaysia diPINJAM kepada barua Najib Razak dalam SRC. Syarikat cuci duit haram masuk RM2,000,000,000,000 ke dalam akaun AMBANK Najib Razak. Najib Razak pakai duit pencen Rakyat untuk pasang tong air baru, ubahsuai rumah sendiri, beli barang kemas mewah di London dan beri anjing-anjing politiknya makan. Semua sudah ada pengakuan dan pengesahan saksi di Mahkamah. Najib Razak cerita SRC telah bayar hutang bulan-bulan secara ansuran. Apa Najib ingat bayar duit pencen Rakyat macam bayar Courts Mammoth? Kahkahkah.
ReplyDeletePelaksanaan hukum bunuh dihenti sementara meneliti pendapat rakyat yang tidak semuanya bersetuju hukum ini dihapuskan.
ReplyDeleteHai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu qishaash berkenaan dengan orang-orang yang dibunuh
cakap nak perintah ikut ajaran al quran
hukum bunuh pun tak mau ikut perintah Allah
apa lagi mau cakap banyak bab hukum ni
matde pembelit
Harap2 menjelang 2020 semua janji ph dpt ditunaikan. Moga juga pihak ph menilai dan meneliti sedlmnya semua isu global. Moga malaysia baru terus aman.
ReplyDeleteMohon boss ku buat lawatan dan ziarah di bazar bazar ramadhan terutama di Bazar Kg Baru (tempat kesukaan atok fitnah) Bazar di Johor di Pasar Rabu Kedah ,Langkawi dan tempat strategik yg lain yang sesuai... Mohon juga Bossku buat lawatan di Bazar Darataran Merdeka yang sudah berpindah dari Jalan TAR dan Masjid India KL dengar khabar tempat baru Dataran tiada samubutan lansung di sana. Jalan TAR dan Masjid India sudah tiada sambutan disebabkan laluan awan di sekat dan parking kereta pun sudah tiada lagi. Kawasan masjid india seperti padang jarak padang tekukur sekarang....!!
ReplyDeleteMohon atur dan segrakan lawatan Bossku di tempat strategik sempana Ramadhan ini...
mohon VIRALKAN...!!
Ada suatu agenda bila parking kereta ditutup di sekitar jalan masjid india yg mana 99% di Jln Masjid India beragama Islam (Melayu mamak indon acheh dll) untuk melingkupkan perniagaan mereka. Bila peniaga rugi senang puak sepet ni masuk dan kuasai kawasan strategik ini...
ReplyDeletePost a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!