YAYASAN Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) berdepan satu lagi kontroversi apabila muncul satu video menunjukkan kakitangannya diugut agar tidak menyokong Pakatan Harapan (PH).
Video yang berlegar di media sosial semalam menunjukkan seorang individu didakwa sebagai seorang pemimpin kanan Yapeim berucap kepada kakitangan dalam satu acara di sebuah hotel.
Ia merakam suara hadirin ketawa apabila individu berkenaan dengan nada bergurau menyatakan beliau akan memeriksa satu persatu undi setiap kakitangan Yapeim.
Malah terdapat juga suara dalam rakaman itu yang menyahut dengan menyebut “undi rahsia” apabila mendengar gurauan itu.
Namun sahutan dan ketawa itu tidak lagi kedengaran apabila individu tersebut menyatakan dengan tegas bahawa penyokong PH tidak layak berkhidmat dalam yayasan tersebut.
Sebaliknya, kakitangan yang menyokong PH perlu memohon kerja daripada DAP, kata individu tersebut dalam rakaman sepanjang kira-kira dua minit itu.
“Kalau anda mengundi Pakatan Harapan, anda tidak layak duduk di Yapeim. Pergilah cari kerja dengan DAP,” kata individu tersebut.
Video tidak bertarikh itu dipercayai dirakam sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 – sewaktu gabungan PKR, Amanah, DAP dan Bersatu berkempen untuk menggulingkan Barisan Nasional (BN).
Ia selanjutnya menunjukkan individu tersebut memberi amaran bahawa jawatan dalam Yapeim tidak akan wujud tanpa sistem sedia ada, yang dipercayai merujuk kepada pentadbiran BN.
Malah beliau juga akan hilang jawatan jika kerajaan diambil alih, kata individu itu lagi yang memakai baju berwarna biru dalam rakaman tersebut.
“(Kita ada) sebabnya sistem sedia ada. Kalau kerajaan bertukar bermakna kita pun tidak ada. Percayalah.
“Saya sudah pasti tidak ada (jawatan) kalau kerajaan bertukar. Yang ada di depan anda ini semua pun tidak ada. Balik kampung, tanam kangkung,” katanya lagi dalam rakaman tersebut.
The Malaysian Insight sedang mendapatkan penjelasan daripada pegawai kanan Yapeim yang didakwa sebagai individu yang berucap dalam rakaman berkenaan.
Sementara itu, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yapeim Mohd Daud Bakar ketika ditanya mengenai perkara itu semalam enggan mengulas mengenai video tersebut.
Pegawai yang didakwa sebagai individu dalam video berkenaan juga sedang bercuti, kata Mohd Daud.
Video berkenaan muncul sewaktu Yapeim berdepan pelbagai publisiti buruk bersabit dengan dakwaan penyelewengan dalam organisasi berkenaan, yang disiasat kerajaan.
The Malaysian Insight sejak minggu lalu mendedahkan penyelewengan dana Yapeim termasuk untuk membayar saman pengarahnya yang juga bekas pegawai Najib Razak, tanpa kelulusan ahli lembaga pemegang amanah.
Pelan tindakan dan penstrukturan semula Yapeim, yang dilihat The Malaysian Insight, turut mendedahkan ketua pengarah dan pegawai kanan yayasan dibayar bonus dan gaji yang tinggi, mencurigakan dan tidak munasabah.
Mereka juga didakwa menerima elaun daripada anak-anak syarikat yang didakwa melantik diri mereka sendiri sebagai ahli lembaga pengarah.
Yapeim juga dilaporkan rugi RM12 juta dalam skim gadai Ar-Rahnu setelah gagal melelong gadaian yang tidak ditebus semula.
Yapeim juga didakwa membuat keputusan bisnes tidak wajar seperti membeli bangunan di Putrajaya dengan pinjaman bank lebih tinggi daripada harga belian dan melabur tanpa perakuan jawatankuasa risiko dan pelaburannya.
Pengerusi LPA Yapeim Mohd Daud semalam mengakui berlaku penyelewengan dan salah laku dalam yayasan itu dan memberi jaminan tindakan akan diambil ke atas pelakunya.
Menurutnya Yapeim juga menyusun semula perniagaan, jawatankuasa penting untuk memelihara integriti selain menyemak semula ganjaran besar untuk pengurusan tertingginya.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Mujahid Yusof Rawa menyambut baik pengakuan tersebut dan berkata ia merupakan salah satu langkah untuk memutihkan Yapeim dan memulihkan kepercayaan ke atas agensi tersebut.
Kakitangan kerajaan ramai potong gaji dgn harapan dpt bantu ypeim. Tetapi kenapa pemberian mereka disalah guna utk bayar gaji keterlaluan banyak? Tidak malukah kamu kepada Allah??
ReplyDeleteContoh terbaik PH sebuah Kerajaan Malaysia.
ReplyDeleteBukan Kerajaan parti macam sebelumnya.
Dalam setahun bekerja di bawah Kerajaan sepatutnya Datuk sudah belajar apa makna profesional dan integriti.
Jika nak kerja dan berpolitik sekaligus, susah tanggung Datuk gaji mahal.
Kerja tak siap, berpolitik pun takkan ke mana.
Membazir cukai Rakyat semata-mata.
Rakyat potong gaji utk Yapeim membantu umat islam yang miskin bukannya untuk bagi parasit2 UMNO gaji yang besar dan elaun yang tak masuk akal. Ini adalah contoh bahawa UMNO ni adalah parti perosak. Bukan sahaja UMNO merosakkan bangsa dengan budaya rasuah "cash is king" malah Islam juga direputkan dengan penyelewengan dan dana umat islam di salah guna. Pelaku2 dan parasit2 UMNO ni mesti diadili dan jika sabit, penjarakan! No leniency! Taubat tak bermakna lepas dari hukuman! Taubat adalah utk akhirat tapi di dunia, mereka mesti dihukum! Ini adalah kewajipan PH untuk islam dan rakyat!
ReplyDeleteNick.
Cape Tiger.
FUYOO BANG NON SOLAT JENAZAH KETUA PENGGUNA
ReplyDeleteBIASA LA TU BAKAL PM TUNJUK ISLAM SEMULA
SLOGAN ISLAM JER YANG BELUM MUNCUL LAGI YEER..!!?
PLURALISMA MURTAD COMANGO TATAP POOJAAN HATINYA
... AWAS KEPALA PENIPU PEMBOHONG TUNJUK ALIM.... RAMAI LA GOLONGAN
GEN-Y FB TUMBLR BIGO TWOO TINDER WECHAT MICHAT TELEGRAM CICKAROS K POP YG BALIK DARI PUB TERKESIMA DNG KEALIMAN BANG NON KITEEE..!!
ALAHAIIII BUKAK MULUT DAH BAU PENIPU NYA...!!
mohon up kan agendsai.blogspot.com
ReplyDeleteini blogger mme blogger macai tolo labuh bakal PM ke - 8. .. sampai mati la tolo labuh tunggu bakal PM 8 jadi PM..... kikikiki..
Ternyata, sangat mudah nak menipu dan memfitnah jijik..orang sllu berduha, hari-hari dengar taskirah, tudung labuh, serban tebal, janggut, bijak pandai taraf professor, nnpk alim cakap sopan santun sebelum PRU 14 paling mudah jadi ulam fitnah Tun Mahathir. Ini lah fakta orang Melayu Malaysia seperti duha,taskirah,serban, janggut, tudung labuh tak memberi manfaat berguna dari jadi ulam fitnah jijik Tun Mahathir dan kuncu-kuncu nya.
ReplyDeleteMainkan sentimen emosi,persepsi dan tuduh sahaja seseorang itu mencuri dan memakan harta anak yatim secara sembarangan, akhirnya ramailah yang akan percaya dan ramailah yang akan jadi ustaz....
Menghairankan, sebab ramai yang termakan dengan hasutan fitnah jahat dan menjijikkan tu, majoririnya orang Islam...
Bukankah kita dah di beri peringatan oleh junjungan besar baginda Rasulullah SAW, bahawa zaman akhir zaman adalah zaman fitnah :
يَخْرُجُ فِي آخِرِ الزَّمَانِ رِجَالٌ يَخْتِلُوْنَ الدُّنْيَا بِالدِّينِ يَلْبَسُوْنَ لِلنَّاسِ جُلُوْدَ الضَّأْنِ مِنَ اللِّينِ، أَلْسِنَتُهُمْ أَحْلَى مِنَ السُّكَّرِ، وَقُلُوْبُهُمْ قُلُوْبُ الذِّئَابِ، يَقُوْلُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ: أَبِي يَغْتَرُّوْنَ، أَمْ عَلَيَّ يَجْتَرِئُوْنَ؟ فَبِي حَلَفْتُ لَأَبْعَثَنَّ عَلَى أُولَئِكَ مِنْهُمْ فِتْنَةً تَدَعُ الحَلِيْمَ مِنْهُمْ حَيْرَانًا
Mafhumnya :
Akan keluar di akhir zaman nanti beberapa orang yang mencari dunia dengan amalan ugama, mereka mengenakan pakaian di tengah-tengah manusia dengan kulit kambing yang lembut, lisan mereka lebih manis dari pada gula, tetapi hati mereka adalah hati serigala...
Allah Subhanahu Wata’ala berfirman, “Apakah terhadap-Ku mereka berani menipu ataukah mereka berani melawan Aku?
Maka dengan Kebesaran-Ku, Aku bersumpah, Aku benar-benar akan mengirim kepada mereka fitnah yang mengakibatkan ulama yang teguh hati pun menjadi bingung.”
Hadis Riwayat :
At-Tirmidzi, Sunan At-Tirmidzi...
Kitab Az-Zuhd, Nombor 2515...
Bukankah Allah SWT ada memberi peringatan kepada kita, apabila datang berita dan perkhabaran dari orang2 fasik, hendaklah kita siasat terlebih dahulu, seperti dalam firmanNya :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَنْ تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ
Mafhumnya :
Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu
Al Hujarat : Ayat 6
Sebagai orang Islam, adalah WAJIB untuk kita menilai dan mencari maklumat terlebih dahulu, bukan dengar cerita terus buat kesimpulan, sebab itulah yang di perintahkan oleh Allah SWT dan RasulNya...
Anwar Ibrahim Aljubori ni masih lagi memainkan isu Umno memberi PAS wang sebanyak RM90 juta. "Bakal PM ke 8 pembohong menipu kehabisan fitnah jijik." Kalau betul pun yang Umno memberi PAS wang sebanyak RM90 juta, jadi apa masalahnya? Satu kesalahan ke? Macamlah Anwar ni tak pernah menerima sebarang wang dari sesiapa pun. Lagi satu, Raja Petra Kamarudin pun pernah memberi wang kepada Nurul Izzah untuk dia berkempen di pilihanraya 2013 yang lepas. Jadi, adakah itu juga satu kesalahan?
ReplyDeletePada mulanya, dakwaan mengatakan bahawa RM90 juta itu telah dicuri dari 1MDB. Yang bermaksud PAS telah menerima wang curi. Sekarang, SPRM telah menafikan pertuduhan yang mengatakan bahawa PAS menerima wang yang telah dicuri dari 1MDB. Jadi, tamatlah cerita atau pertuduhan yang mengaitkan PAS dengan duit 1MDB.
Walau bagaimanapun, Anwar masih mengatakan yang dia mempunyai bukti bahawa PAS menerima wang dari Umno. Kalaulah betul sekali pun Anwar ada bukti, kenapa tidak serahkan sahaja bukti itu pada SPRM dan buktikan bahawa SPRM ni berbohong ataupun silap. Kenapa perlu menjaja cerita sana-sini yang dia ada bukti sedangkan bukti itu disimpan olehnya? Sama seperti dia, kononnya, mempunyai 6 kotak bukti salah laku dan rasuah oleh Tun Dr Mahathir Mohamad yang Anwar sendiri mengatakan bukti itu ada disimpan olehnya selama 21 tahun semenjak tahun 1998 lagi. Jadi, kenapa masih nak simpan bukt-bukti tu? Bawa je lah keluar!
1.4j Kartel Dedak bawah Hadi Awang bayar kepada Claire pakai duit Rameli Musa. Nak bukti apa lagi tuan punya badan pun mengaku?
ReplyDeleteFitnah aljuboori terhadap PAS dah tak cukup modal. PAS tidak pun membayar Clare sebanyak RM1.4 juta dan, yang kedua, jika inilah yang dikatakan bukti yang PAS bersalah, yang bersalah menyondol china doll jam omega dah jumpa ka belom....??
ReplyDeleteANWAR ALJJBORI RAKYAT DAH MELUAT DENGAN KELUARGA KAU...
ReplyDeleteAnwar ni sebenarnya dah kehabisan modal dan dia menggelabah cari modal lain untuk hentam PAS. Cerita yang Umno bagi PAS RM90 juta dari hasil curi wang 1MDB tu sudah basi dan tak laku lagi pada rakyat Malaysia. Berhentilah bercakap, berhenti menjaja cerita sana-sini. Tunjukkan bukti dahulu. Kalau tak, tutuplah mulut tu.
Rakyat Malaysia sudah bosan mendengar cerita dongeng yang sama setiap hari. Cerita 6 kotak bukti yang mengandungi salah-laku dan rasuah Mahathir pun sudah masuk 21 tahun dan sampai ke hari ni rakyat Malaysia masih menunggu, jangan kata kotak atau kertas, habuk pun takda. Bila lagi nak keluarkan 6 kotak bukti tu? Takkan sampai Mahathir mati baru kotak-kotak itu keluar?
Pada macai sekelian kenapa Anwar Ibtahim diberi gelaran Aljubori dan kenapa Kapal Sink minta Anwar hatus bertaubat...??
Konon Pas Kartel Dedak tak bayar 1.4j saman ler Rameli Musa, Anwar Ibrahim dan Claire Rewcastle Brown. Apa macai pulak meroyan kat sini? Depa semua sudah siap tempek bukti terima cek 1.4j dan ada yang sudah disoalsiasat SPRM. Siap mengaku tolong sebab sokong Pas lagi. Macai takat tulis komen merapu apa kelas? Kartel Dedak rules. Money Is King. Lebai barua Umno makan dedak.
ReplyDeleteSekor dari dua ekor Taliban Kartel Dedak kena cekup kes bakar kereta mufti. Apa ke jadah Kartel Dedak bayar upah RM500 nak bakar kereta orang? Memang lahabau sungguh parti Kartel Dedak sejak Hadi Awang naik syeikh. Sebijik Taliban dah. Kartel Dedak main kasar upah-upah bakar kereta dan minta simbah asid pada orang lain. Bongokkkkkkkkkkkkkkk punya Lebai Kartel Dedak lahanat.
ReplyDeletebukti ade..??
ReplyDeleteTaliban Kartel Dedak sudah kena tangkap dan mengaku pun macai masih tanya bukti? Apa nak jadi macaiiiiiiii? Taliban Kartel Dedak upah RM500 sudah sampai taraf bakar kereta mufti ulama. Melayu Islam makin terancam.
Deletebuktiii bodooo... bukti fakta mana..
ReplyDeletegen Y K-Pop balik pub kepala berat masuk longkang... sila tunjuk bukti fakta...!!
Kenapa digelar Aljubori...?? nak bukti...fakta skli...!! Meh cini
ReplyDeletekikikiki..
Kartel Dedak anjur keganasan. Kartel Dedak upah asal nak simbah asid kepada mufti. Unit Amal takut dan Unit Amal bakar kereta mufti saje. Upah janji RM5000 dan Unit Amal kena kencingggggggggggggggg Kartel Dedak Pas RM500. Paroks Geng Kartel Lebai. Din Ayam pun kena, tok mufti pun kena. Melayu Islam semakin terancam sebab Kartel Dedak. Dapat duit haram. Duit panas. Duit tidak berkat. Masuk perut anak bini. Keluarga, anak dan menantu jadi mangsa. Kartel Dedak makan duit Umno. Punah jahanam Pas angkara duit.
ReplyDeletebukti ke laut fakta kosong... tak payah layan gen y k pop baru balik dri pub... kepala tgh berat....kikiki..
ReplyDeleteMinta bligger anak sg derhaka tayang video pak syeikh anwar menari mcm hindu mabuk semasa prk rantau hari tu,,video itu elok disiarkan setiap hari agar rakyat boleh lihat akhlaq pi eim depa. Itu yg terang2 ,hak diam2 tak tahulah mcmna lagi.
ReplyDeletevideo chinadoll bole rewind tak...
ReplyDeletevideo kondo sepol pun rewind... video papagomo dulu pun bole rewind untuk gentle reminder...
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!