MENTERI Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menafikan sekeras-kerasnya pembabitannya dalam video lucah yang tersebar sejak semalam dan menyifatkannya sebagai satu tuduhan jahat dan kejam.
Timbalan Presiden PKR itu menegaskan, beliau yakin siri fitnah itu adalah komplot jahat untuk mencemarkan reputasi dan keperibadian serta menjatuhkan dan memusnahkan karier politiknya.
“Saya yakin kerja jijik ini telah dimulakan beberapa bulan lalu berdasarkan perkembangan politik semasa melalui intimidasi terhadap keselamatan diri dan keluarga pada minggu terakhir Ramadan serta tuduhan rasuah yang tidak benar dan tidak berasas.
“Saya mengutuk sekeras-kerasnya ‘gutter politics’ (politik kotor). Sesungguhnya, ia tidak mempunyai tempat dalam era Malaysia Baharu, di mana kita sedang berusaha untuk membina semula negara melalui reformasi institusi dan berpegang kepada politik nilai yang luhur dan murni,” katanya dalam satu kenyataan di Putrajaya, hari ini.
Mohamed Azmin berkata, beliau sudah mengarahkan peguamnya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang membuat tuduhan-tuduhan jahat serta terhadap pelaku lain.
Katanya, beliau akan menggunakan segala kaedah undang-undang yang sah untuk mendedahkan mereka yang turut terbabit dalam kerja jahat berkenaan.
“Saya sama sekali tidak akan tunduk kepada tindakan-tindakan pengecut ini dan percubaan untuk mengalihkan perhatian orang ramai dari isu-isu negara yang lebih mendesak dan kejayaan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dalam melaksanakan dasar pembangunan negara yang mampan dan inklusif.
“Saya yakin Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengambil segala langkah yang perlu berhubung tuduhan jahat ini,” katanya
Pada awal pagi tadi, seorang individu mendakwa terbabit sama dalam video itu, dilaporkan tampil membuat pengakuan bersumpah bahawa dia terbabit dalam aksi berkenaan.
Semalam Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada sidang medianya memaklumkan tidak mengetahui penyebaran mengenai beberapa keping gambar dan video ‘intim’ mirip seorang menteri lapor HarianMetro
Agenda kempen PRU15 UMNO & PAS = SEX & GAY.
ReplyDelete7.37
ReplyDeleteBelum apa apa dah fitnah UMNO/PAS. Yg mengaku orang PKR kuat berjawayan tinggi dlm kjaan haprak pH...
Semoga Allah memakbulkan doa Sembahyang Hajat yang dilakukan di kediaman Menteri Besar malam tadi semoga menyerlahkan kebenaran apa yang berlaku di bilik 2526, Fourpoints Sandakan, 11 Mei 2019, 6 Ramadhan (ini bulan puasa ni kena kifarah 3 bulan ke idok ni yeop Mujahit Mujadah Mintri Segala Agama..kanda Mujahit mintak kuar fatwa yeopp..onn ke tak onn nih.. kikiki.!!) 1440H, jam 1.00 - 2.00 pagi
Jshanam Mesia di bawah pemimpin bermoral dan betakhlak rendah.. KETUM dan Timbalan KETUM pelaku LGBT...
KU SANGKA PANJI HITAM RUPANYA PANJI KUNYIT PEKAT
ReplyDeleteKUNING MERECIK HAWAW MASAM TENGIK SEMERBAK GILA
DAH BELI POP CORN TAK SELERA NAK MAKAN PULAK HANATT..
TONTON JER LA PANJI MANA LINGKUP DULU TEPUK SAJA
muahahahahhhahh muahahiiiewwuuu
atok tadah macai hidu
aaawwuuuww..!!
miajalipahJR
Mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi. PKR = parti kuat rodok.
ReplyDeleteUmno parti kuat rasuah kuat sebar fitnah kuat sebar cerita sex. Umno rasuah sex ditnah berpisah tiada.
ReplyDeletePost a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!