Dah Bayar RM112 Juta Tahun 2015, Hingga Sekarang Sebuah Helikopter pun Tak Diterima Lagi?


Kementerian Pertahanan hari ini membuat satu laporan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pembelian helikopter tentera bernilai lebih RM300 juta semasa pentadbiran lepas yang sehingga kini belum dihantar kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Sumber yang rapat dengan penyiasatan itu ketika ditemui di luar pintu masuk SPRM memberitahu, laporan tersebut dibuat disebabkan perjanjian rundingan yang dimeterai tidak mengikut prosedur sepatutnya.

Jelas sumber, pembelian menerusi rundingan terus itu mengandungi banyak terma kontrak yang merugikan kementerian sejak peringkat awal lagi.

“Kalau orang baca terma perjanjian, mereka akan tahu ia akan jadi macam ini.

“Antaranya kelulusan yang tidak mempunyai spesifikasi ketenteraan.

“Benda itu satu benda yang wajib dalam urusan ketenteraan,” kata sumber yang enggan dikenali.

Sebelum ini, FMT melaporkan sebanyak 6 buah helikopter tempur ringan MD530G yang dikeluarkan oleh MD Helicopters milik gergasi aeroangkasa Amerika Syarikat (AS), McDonnel Douglas dipesan oleh Kementerian Pertahanan yang dipimpin oleh Hishammuddin Hussein ketika itu.

Helikopter berkenaan, yang lebih dikenali dengan panggilan “Little Birds”, dilaporkan menarik minat pegawai kementerian dalam satu demonstrasi sempena Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi (Lima) 2015.

Bagaimanapun penyiasatan ke atas urus niaga itu mendedahkan maklumat mengejutkan mengenai pembelian tersebut, selain hakikat bahawa ATM tidak menerima helikopter berkenaan.

Mengulas lanjut, sumber itu berkata, syarikat di Malaysia yang menjadi ejen rundingan tersebut sudah pun ditamatkan kontrak sebagai ejen rasmi oleh McDonnel Douglas di AS.

“Dimaklumkan, syarikat itu kepunyaan bekas pegawai kanan kepada Hishamuddin ketika beliau menerajui kementerian,” katanya.

Sehingga kini, sumber itu memaklumkan, kerajaan sudah pun membuat bayaran sebanyak 35% harga pembelian helikopter tersebut bersamaan dengan RM112 juta.

Namun hingga saat ini, tiada helikopter tentera yang dihantar ke negara ini.

“Penghantaran sepatutnya mengikut 2 fasa. Pertama, pada Julai 2017 iaitu 2 buah, dan fasa ke-2 pada Disember 2018 untuk penghantaran baki 4 helikopter.

“Tapi sampai sekarang, sebuah pun tak ada,” katanya lapor FMT

8 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Dia org tgh buat kipas kot. Helikopter dah siap, kipas dia KDK tak hantar lagi.. Pakai kipas panasonic pun bleh. Nak lagi elok, pakai kipas doraemon.. Lagi kuat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku dengar kdk dah hantar kipas tapi panasonic kata kontrak supply kipas tu dia yg dpt. Tu yg tengah kecoh tu sampai sekarang.

      Delete
  2. Tak apa. Org melayu sedia memaafkan dlm hal spt ini. Tak mengancamkan agama dan bangsa, kata mrk

    ReplyDelete
  3. PENYAKIT ATOK DAH MULA MELANDA
    TAK DIBERITAHU TAK INGAT & TAK TAHU
    SKRIP MAMAK MENGUNYIT RECYCLE SEMULA
    HAAH TEPUK PANJI KUNYIT MANA MELINGKUP DULU...


    ... PANJI TOLO LABUH VS PANJI TOLO DICLAMPING TOP DOG JADI KENYATAAN... BETUL SUDAH TEKAAN KU...

    AJOMMM KASI TAMBAH STOK POP CORN WAYANG KUNYIT NAK MULA...!!

    MUAHAHAHAH MUAHAHAHIEEUWW..
    MACAI TADAH ATOK PLAK HIDU


    miajaliahJR

    ReplyDelete
  4. SEJAK BILA HUKUM KAZAF DIGUNA UNTUK KES LIWAT..??

    (Menteri Agama Mujahid bersungguh bercakap mengenai Qazaf tetapi tidak langsung menyentuh kemurkaan Allah mengenai seks luar tabie ini)

    Sekarang Mujahit kes liwat terkini amat mrmalukan dan mencemar kesucusn Islam sebagai agama rasmi negara.

    Yang pelik selama ini Mujahit buat apa bila kesucian Islam dilrcehkan puak PH prngamal pluralist murtaf, liberal dan Syiah... apa yang KAU buat pertahankan Islam wahsi Mujahit...?? Bila KAU dan ketajaan pH dan kalun nak mampos pandai pulak KAU cakap pasal kesucian Islam...
    Kes liwat ni onn atau tak onn wahai Mujahit...??

    1. Adakah Azmin ini termasuk kategori perempuan baik-baik sebab dia watak pasif dalam video tersebut? ��

    2. Sejak bila meliwat ini termasuk dalam kategori zina?

    Sumber-Sumber Hukum Mengenai Qazf

    Melemparkan tuduhan zina yang tidak berasas adalah diharamkan oleh syarak berasaskan pada nas-nas al-Quran dan al-Sunnah. Di antaranya :

    1. Firman Allah Ta’ala :

    Maksudnya : Dan mereka yang melemparkan tuduhan palsu (berzina) ke atas perempuan-perempuan yang suci bersih kemudian tidak membawa empat orang saksi maka deralah mereka (yang menuduh) dengan 80 kali dera dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya dan merekalah orang-orang fasiq.

    2. Firman Allah Ta’ala :

    Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang yang menuduh (berzina) kepada wanita-wanita yang baik dan yang lupa (melakukan perbuatan keji) lagi beriman, mereka kena laknat di dunia dan akhirat dan bagi mereka azab yang pedih.

    3. Sabda Rasulullah s.a.w. :

    Maksudnya : Jauhilah tujuh perkara yang merosakkan, mereka bertanya ya Rasulullah apakah dia itu ? Rasulullah menjawab : “Menyengutui Allah, sihir, membunuh orang yang diharamkan Allah, memakan riba, memakan harta anak yatim, lari daripada peperangan di jalan Allah dan menuduh perempuan yang baik lagi beriman berbuat zina.

    Mahkamah Rayuan Syariah Wilayah Persekutuan, iaitu badan tertinggi dalam kehakiman syariah, telah membuat keputusan kes menuduh liwat tidak termasuk dalam jenayah Qazaf.

    Jadi Jabatan Agama Wilayah Persekutuan jangan buang masa menyiasat laporan setiausaha politik terbabit.

    p/s: Masa hendak buat Hudud kamu bantah, masa tersepit cari hukum Islam.

    ReplyDelete
  5. Gigih macai pasal kes liwat. Otak kuning punya Melayu. Minat kunyit ke? Kahkahkah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Org umno mmg suka cerita sex cerita jubo. Dh xda modal depa guna modal mcm ni dgn menjatuhkan maruah org.

      Delete
  6. Apa org umno ni xda keja lain ka? Keja nak bedal duit rakyat saja.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post