Tindakan Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd. Nasir yang mengadakan majlis berbuka puasa di Gurdwara Sahib mendapat pelbagai reaksi daripada pelbagai pihak.
Malah ada yang menyifatkan tindakan itu sebagai tidak peka terhadap sensitiviti umat Islam dan tidak seharusnya dilakukan oleh seorang pemimpin.
Laman web pejabat Mufti Wilayah Persekutuan merungkai isu tersebut dengan tajuk Hukum Solat Di Gereja Dan Biara.
Berikut merupakan kenyataan penuh yang dikongsi dalam laman web tersebut:
Isu Berbuka Puasa di Kuil Gurdwara :
1. Apabila timbul isu berbuka puasa di Kuil Gurdwara ini, teringat saya kisah Saidina Umar yang dipelawa untuk solat di dalam Gereja oleh Paderi di Jerusalem. Apabila ditanya oleh Paderi tersebut: Mengapa engkau tidak solat sahaja di dalam gereja ini? Jawab Saidina Umar:
“Kalau aku solat di dalam Gereja ini, kaum Muslimin selepas aku nanti akan berkata: Di sinilah Umar solat (iaitu di dalam Gereja).” (Tarikh Ibn Khaldun. Kisah ini terdapat pertikaian dari aspek pengriwayatannya).
Riwayat ini menggambarkan bagaimana Umar berasa bimbang akan perlakuan seorang pemimpin itu boleh memberikan kesan terhadap kefahaman masyarakat Muslim.
2. Benar, pada hakikatnya tidak salah untuk kita berbuat baik kepada bukan Muslim, namun perlakuan seorang pemimpin dibimbangi akan menjadi ikutan buat umat selepas dari itu.
Atas dasar itu Saidina Umar dilihat bersikap tegas terhadap perkara yang mempunyai elemen kekufuran. Ibadah Islam tidak dilakukan di dalam rumah ibadah yang mempunyai unsur syirik dan kekufuran. Kata Umar:
َّ"Kami tidak masuk ke gereja kamu disebabkan patung-patung serta gambar-gambar yang terkandung di dalamnya (iaitu yang mempunyai unsur syirik).
3. Malah berhubung mendirikan solat di dalam Gereja dan Biara, Mufti Wilayah di dalam artikelnya menegaskan bahawa:
“Kami berpendapat, makruh solat di gereja adalah lebih kuat berdasarkan kepada pendapat jumhur dan juga Mazhab Syafi’e. Dalam konteks di Malaysia, kami berpendapat tidak sewajarnya seseorang itu solat di gereja tatkala negara kita yang agama Islam sebagai agama Persekutuan mempunyai banyak masjid, surau dan kemudahan tempat solat yang telah dikhususkan untuk umat Islam. Oleh itu, mengelakkan diri daripada solat di gereja adalah perlu diambil kira.”
4. Pemimpin Muslim boleh, malah mesti melakukan dan membina hubungan baik dengan Muslim dan Non Muslim. Namun, apabila melibatkan sesuatu yang dinilai sensitif berhubung ibadah orang Islam, adalah amat wajar sekiranya para pemimpin itu meminta pandangan mereka yang berautoriti dalam perkara ini.
Semoga Allah membimbing kita semua
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Dan menurut Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman pula berbuka puasa di kuil tidak sepatutnya berlaku kerana bercanggah dengan amalan Islam.
"Sepatutnya kita ajak orang bukan Islam berbuka di masjid dan selepas itu macam mana solat berjemaah dilaksanakan.
"Bukan berbuka tetapi solat berjemaah selepas berbuka jadi keutamaan tetapi jika di kuil macam mana nak laksanakannya.
"Kita kena ajak mereka untuk melihat keindahan Islam dan bukannya bertoleransi sehingga membelakangkan agama.
"Ada perkara dan hadnya dalam toleransi," katanya.
Jelasnya, pihaknya memandang serius isu berkenaan dan berharap kes sedemikian tidak berlaku di Pahang.
"Menjadi perkara pelik apabila kes sebegini berlaku.
"Kita tidak boleh menyama ratakan semua perkara dalam Islam," katanya.Laporan penuh sila baca di SINI
Persoalannya disini bagaimana MENTERI Hal Ehwal Agama, di Jabatan Perdana Menteri boleh mempertahankan Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasir berhubung tindakannya menghadiri program berbuka puasa di sebuah Gurdwara Sikh, dengan berkata tiada apa yang perlu ditakutkan oleh umat Islam kerana program itu tidak melanggar ajaran Islam.
Menurut Mujahid Yusof Rawa, perkara itu bukanlah satu isu kerana tujuan utama ialah untuk memperkuatkan ikatan di antara individu berbeza bangsa dan agama sedangkan dua Mufti di atas tidak bersetuju dengan tindakan Akmal Nasir itu?
Mereka bagi makan dan ada kah mereka mampu membuat nya banyak kali? Lebih baik mereka guna duit tersebut untuk jaga ahli mereka atau bagi ahli mereka sendiri yang makan.
ReplyDeleteBukan kah ada baik nya Jika kita boleh solat di tempat ibadat mereka dan lama kelamaan tidak mustahil tempat ibadat itu jadi mesjid.
Pergi lah ke gereja atau kuil hari ini dan kita Solat... Seperti mana kita orang Islam begitu lah mereka tidak akan benarkan kita Saja-saja Solat..
Mereka yang berani melalui nya sebenar nya yakin akidah mereka tidak akan goyang malah mungkin mereka lebih dari yang lain kerana akan jaga betul-betul Islam lalu Islam lebih di hormati..
Ini baru betul,,rahmatan lil kafirin....Dalam keadaan piak kafir mrnghormati islam, pun makruh beribadah di rumah ibadat mereka, apatah lagi ketika mana mereka adalah kafir harbi..di mana maruah mp johor tu,,? Sungguh hina bagaikan babi dap ja layaknya mp jb ...huh huh...
ReplyDeleteAda ke dalil yang mengharamkan berbuka puasa di tempat ibadah orang bukan Islam?
ReplyDeleteMengapa pusing-pusing dalam ibadah solat sedangkan rukun solat dan berbuka puasa jauh sangat bezanya?
Bagaimana pula iftar di luar negara dalam kes yang sama?
Adakah pelakunya juga mendapat dosa dan dibenci oleh Allah SWT?
Kalau tidak diterangkan dengan hukum dan dalil yang wajar habis umat Islam yang jahil agama akan membabikan orang lain.
Belum lagi jenis pengamal takfiri yang suka mengkafirkan orang Islam keluar beri komen.
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!