Itu Bukan Haziq, Kata Kawan-Kawannya..


RAKAN karib Muhammad Haziq Abdul Aziz, yang merupakan graduan undang-undang di Universiti Malaya (UM), mengatakan mereka tidak pernah mengetahui rakannya itu adalah gay.

Dua rakan karib, yang juga merupakan kenakan keluarga Muhammad Haziq, 27, berkata, mereka mengenali Haziq lebih sedekad dan sepanjang perkenalan itu, rakannya itu tidak pernah menjadi gay dan menjalinkan hubungan yang baik dengan seorang wanita selama bertahun-tahun. 

"Dia mempunyai teman wanita sebelum ini. Mereka menjalinkan hubungan lama sebelum saya mendapat tahu mereka telah berpisah, baru-baru ini," kata seorang rakan.

Seorang rakan Muhammad Haziq yang sama-sama belajar di Sekolah Sains Alam Shah di Cheras berkata, dia seorang yang kuat agama dan aktif dalam persatuan pelajar Islam di sekolah.

"Dia seorang yang kuat agama semasa zaman sekolah dan dia pernah mendedahkan seorang budak lelaki lain yang 'menyentuh' pelajar junior semasa mereka sedang tidur. Dia amat tegas pasal hal tu.

"Saya tahu dia dah lama ada teman wanita. Dia datang dari keluarga yang baik-baik dan dihormati di Kuching. Dia begitu rapat dengan keluarganya.

"Saya yakinkan ibunya untuk izinkan dia ambil jurusan undang-undang selepas SPM. Kami bersama-sama pergi ke Toulon, Perancis untuk kursus kepimpinan.

"Kami bersama mengasaskan Mahasiswa Keadilan Malaysia. Kemudian kami membawa haluan masing-masing kerana saya mula melakukan kerja-kerja NGO manakala dia lebih kepada parti politik," ujar seorang rakan.

Sejak Selasa, video yang memaparkan dua lelaki melakukan hubungan seks dengan salah seorangnya mirip menteri tersebar di media sosial.

Pada Rabu, Muhammad Haziq membuat pengakuan di Facebook bahawa dia merupakan lelaki di dalam video seks itu.

Dia juga menyebut nama menteri yang didakwa bersama dalam rakaman itu dan menyelarnya tidak layak menjadi pemimpin.

Muhammad Haziq juga menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyiasat menteri tersebut kerana rasuah. - The Star


Sementara itu FMT melaporkan Ketua Cabang Santubong turut menafikan individu yang mengaku dirinya itu adalah Haziq..

KUCHING: Ketua PKR Cabang Santubong, Ahmad Nazib Johari berkata, lelaki dalam video dimuat naik ke Facebook yang mengaku dirinya mengadakan hubungan seks sejenis dengan seorang menteri bukan Ketua Pemuda bahagiannya, Muhammad Haziq Aziz.  
“Haziq bukan macam ini. Rambutnya tidak seperti ini apabila saya jumpa dia 4 hari lalu,” kata Nazib
Dalam rakaman video selama 30 saat yang dimuat naik awal pagi tadi, Haziq yang dikatakan selalu ke gim mengaku dirinya ialah lelaki dalam beberapa klip video seks sejenis yang tersebar di WhatsApp sejak semalam.  
Beliau menamakan seorang menteri kanan yang juga pemimpin PKR sebagai pasangan seksnya. Tetapi, Nazib menafikan itu ialah Haziq yang bercakap. 
“Dia sudah lama tidak pergi ke gim, badannya tidak sebesar dalam video itu.”

Kesimpulannya... Ini adalah pengajaran buat pemimpin-pemimpin PH khususnya PKR yang kelihatan lebih selesa mengangkat macai-macai UMNO/BN untuk berkhidmat di bawahnya setelah menguasai Kerajaan..

Serba sikit tentang mamat tu..

Kecewa bila cita-citanya untuk menjadi Exco AMK Pusat tidak tercapai, mamat ini dikatakan telah membawa diri ke US selama lebih kurang 6 bulan..

Setelah pulang ke Malaysia beliau menyambung pelajarannya di UM, kemudiannya beliau pulang ke Sarawak.

Beliau menyertai PBB dengan cita-cita untuk menjadi Calon dalam Pilihanraya Negeri, oleh itu beliau berkhidmat dengan YB Nancy Shukry Ahli Parlimen Batang Sadong.

Malangnya BN tumbang kepada PH pada PRU14 yang lalu dan beliau tidak lagi boleh bergantung kepada BN untuk survival politiknya..

Biarpun ketika bersama YB Nancy dari BN, Haziq antara individu yang lantang mengutuk KEADILAN dirinya tetap beruntung kerana telah dikutip oleh YB Samsul Iskandar yang telah melantiknya sebagai Setiausaha Sulit Kanan kepada Timbalan Menteri Industri Utama.

Untungkan jadi macai?

Percaya sangat dengan macai tu... padan muka..


5 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Apasal lah pemimpin2 PH ni suka sangat kutip benda2 jijik dan kotor dari UMNO dan BN ni? Dah bodoh sangat dan sombong sangat bila dapat kuasa sampai tak ingat dan kenang budi dan jasa penyokong2 PH? Berapa ramai lagi makhluk2 lahanat dan jijik dari UMNO dan BN yang PH nak simpan ni, konon atas dasar "Politik baru"? Itu bukan politik baru namanya tetapi politik Mr Bean iaitu politik BENDUL (bodoh tapi sombong)!

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete
  2. X heran politik UMNO memang sejak dulu suka seks jadi isu nasional. Bolayan.

    ReplyDelete
  3. Amalan video seks ini dulu berasal dari kem UMNO Mahathir. Kini UMNO Mahathir berubah jadi parti logo bunga raya PH. tapi masih kekalkan warna merah UMNO Mahathir.

    ReplyDelete
  4. Haziq mengaku gay Melayu bukan penyokong Bunga Raya tapi pernah jadi tukang kempen BN untuk Nancy Shukri semasa PRU14. Fitnah seks gay BN - PAS gagal. Foto pun ada susah BN - PAS nak spin lagi. Kempen Gay PRU15 UMNO - PAS.

    ReplyDelete
  5. Rukun umno ada 5 perkara..
    Fitnah
    Rasuah
    Lucah
    Ugut
    Samseng.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post