Negara Perlu Tumpu Soal Ekonomi Dan Sosial Bukan Isu Kotor Ini - Anwar


Parti Keadilan Rakyat (PKR) menolak budaya politik jijik dan keji yang diamalkan oleh sesetengah pihak bagi tujuan untuk menjatuhkan reputasi pimpinan parti tersebut.

Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pihaknya membantah sebarang usaha fitnah jahat pihak tidak bertanggungjawab dalam penyebaran video seks yang melibatkan timbalan presidennya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali baru-baru ini.

"Negara sepatutnya perlu tumpu pada soal pembangunan ekonomi dan sosial, bukan perlu terpalit dengan isu kotor dan hina seperti ini.

"Kami menyokong penuh siasatan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kes ini dan berharap proses tersebut dapat dijalankan dengan adil dan teliti," katanya lagi dalam satu sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR, di sini, hari ini.

Menyentuh berkenaan dua lagi video terkini yang tular baru-baru ini, Anwar berkta, beliau tidak berminat untuk mengulas lanjut.

"Secara peribadinya saya tidak berminat hendak melihatnya tetapi saya harus tahu apa yang berlaku supaya ia tidak mengganggu dan menggugat pendirian kita terhadap kes ini," ujar Ahli Parlimen Port Dickson itu lagi.

Anwar mendakwa, pihaknya memutuskan untuk tidak lagi mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap Setiausaha Sulit Kanan Timbalan Menteri Industri Utama, Haziq Aziz kerana perlu meneliti perkara tersebut dengan lebih terperinci.

"Setakat ini belum ada apa-apa keputusan dari pihak parti kerana kita mendapati ada beberapa implikasi lain, jadi kita tidak mahu sebarang masalah lain berlaku.

"Apa yang lebih penting sekarang ialah kita menyerahkan kes ini kepada PDRM dan SPRM untuk meneruskan siasatan selanjutnya," katanya lagi lapor Kosmo

2 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Ini bukan soal ekonomi atau sosial atau pentadbiran atau apa apa jer. Ini soal akhlaq. Kalau akhlaq buruk, layakkah memimpin? Apa apa pun tak boleh maju bila pemimpin mempunyai akhlaq yg buruk. Baik berundur dan biar yg baik akhlaq memimpin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau x faham dgn kenyataan anwar. Politik kotor yg merosakkan imej pemimpin dgn tuduhan yg tdk berasas. Org gila shj yg mengaku buat salah.

      Delete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post