Oh! Di Xinjiang Tu 'Pusat Latihan Meninggalkan Ugama' Rupanya..


Semua pihak termasuk PBB (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) menyatakan perkara yang melibatkan etnik Uighur ini adalah penindasan hak asasi manusia.

Ramai pakar-pakar di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), badan-badan perjanjian, dan pesuruhjaya tinggi hak asasi manusia bimbang akan situasi di Xinjiang dan meminta China memberikan akses tanpa sekatan ke situ tapi tak pernah dilayan pihak China.

China dilihat agak tersisih dalam hal ini, tiba-tiba Mujahid Menteri Agama boleh pulak siarkan satu posting dalam facebook miliknya mengatakan kononnya Pusat Tahanan itu adalah 'pusat latihan dan vokasional'.

Hakikatnya, pusat tahanan tersebut dikatakan oleh media antarabangsa sebagai 'penjara terbesar di dunia' yang mana etnik Uighur yang beragama Islam dilaporkan dipaksa untuk meninggalkan amalan agama Islam dan menerima komunisme yang menolak amalan beragama.

Lagipun undang-undang di China melarang apa-apa aktiviti agama di mana-mana tempat awam milik kerajaan terutamanya sekolah.

Secara langsung membuktikan mereka yang ditempatkan di pusat tahanan ini tidak akan dibenarkan menjalankan aktiviti agama mereka.

Ogos 2018, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menerima laporan boleh dipercayai bahawa lebih sejuta etnik Uighur dan minoriti berbahasa Turki lain ditahan di kem pendidikan semula bertujuan untuk memaksa mereka meninggalkan Islam.

Kerajaan Turki pernah mengutuk sekerasnya layanan buruk China terhadap masyarakat Islam etnik Uighur sambil menyifatkan tindakan itu sebagai sesuatu yang memalukan kemanusiaan.

Tindakan China itu bukan lagi satu rahsia apabila dengan sewenang-wenangnya menahan lebih sejuta etnik Uighur di kem tahanan.

Jurucakap Kementerian Luar Turki, Hami Aksoy pernah berkata masyarakat Islam Uighur Turki juga berdepan dengan tekanan dan asimilasi sistematik dari China Barat.

“Bukan rahsia lagi bahawa lebih daripada satu juta orang Uighur Turki terdedah kepada penangkapan meragukan, diseksa dan dipaksa ideologi politik di pusat tahanan dan penjara.

“Kami menggesa pihak berkuasa China menghormati hak asasi manusia Uighur Turki dan menutup kem tahanan,”

Jadi mai kot mana #RahmatanLilAlamin tu?


PETALING JAYA: Sebuah pertubuhan hak asasi manusia tahu secara langsung “pusat latihan dan vokasional” di Xinjiang, China, yang menurut Menteri Mujahid Yusof Rawa dilawatinya baru-baru ini, memaksa orang Uyghur dan kaum berketurunan Turki lain meninggalkan agama mereka. 
Amnesty International Malaysia berkata mereka itu ditahan di pusat-pusat berkenaan tanpa sebarang proses undang-undang kerana dianggap tidak setia pada pemerintah dan Parti Komunis China. 
“Pihak berkuasa melabel kem-kem itu sebagai pusat ‘transformasi menerusi pendidikan’ tetapi kebanyakan orang menggelarnya kem ‘pendidikan semula’,” katanya Pengarah Eksekutif Shamini Darshni Kaliemuthu. 
“Di kem-kem itu, mereka dikenakan indoktrinasi politik, dipaksa meninggalkan agama, dianiaya, dan dalam beberapa kes, didera.” 
Amnesty mengulas kenyataan Mujahid di Facebook tentang lawatannya ke “pusat latihan dan vokasional bagi masyarakat Uyghur”, istilah yang digunakan Beijing bagi menempatkan ribuan orang Islam yang mengkritik dasar China di Xinjiang. 
Menurut Mujahid, pusat itu menjalankan aktiviti “latihan perindustrian” seperti menjahit dan mengakhiri kenyataannya dengan #RahmatanLilAlamin. 
Majoriti orang Uyghur dan kaum berketurunan Turki di China beragama Islam. 
Amnesty berkata ramai pakar-pakar di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), badan-badan perjanjian, dan pesuruhjaya tinggi hak asasi manusia bimbang akan situasi di Xinjiang dan meminta China memberikan akses tanpa sekatan ke rantau itu.

“China tidak memberi respon positif kepada permintaan ini,” katanya, dan menambah sehingga September 2018, nasib anggaran 1 juta orang tidak diketahui. 
“Amnesty menemuramah lebih 100 orang di luar China yang ahli keluarganya di Xinjiang masih hilang, serta individu yang mengatakan mereka diseksa semasa berada di kem tahanan.” 
Amnesty juga menarik perhatian kerajaan kepada seorang pelajar PhD di Universiti Teknologi Malaysia, Guligeina Tashimaimaiti yang tiada khabar berita sejak 26 September 2017 apabila dia pulang ke Xinjiang lapor FMT 

Persoalannya.. Mujahid ni Menteri Agama dari Malaysia atau dah jadi Menteri Propaganda Negara China?

5 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Bila hati menteri sudah menjadi gelap, hitam pekat, lama kelamaan akan merosakkan ummah yang berbaki...

    ReplyDelete
  2. Tentu lah China tak bodoh. Bagi menutup perkara sebenar China juga menyediakan satu tempat yanh baik se olah-olah seperti pusat latihan.

    Mujahid di bawa ke tempat itu bukan di tempat di mana tahanan di siksa.

    Lawatan Mujahid telah di atur. Kalau Mujahid cuba ubah lawatan secara memgejut dengan terus pergi ke pusat tahanan yang di siksa tentu lah mustahil.

    Mujahid sepatunya meminta kerjasama China untuk membenarkan tahanan muda mengikutnya ke Malaysia untuk melanjutkan pengajian dalam bidang agama Islam.

    Atau meminta membenarkan pasukan atau badan dari PBB melawat tempat yang mereka syak ada tahanan yang di siksa.


    ReplyDelete
  3. SAMA MACAM LAWATAN KE MASJIDIL AQSA
    ULAMAK PESAN HARAM JIKA NIAT LAWATAN
    LAWAN DAN LAWAT DUA PERKARA BERBEZA
    BILA MANUSIA BODOH NGAKU PANDAIKAN




    MUJAHIT MEMANG SIAL... KES SEMBURIT LANSUNG SUNTYI SEPI...

    ReplyDelete
  4. MERAYU SAYU HAZIQ MINTAK PERHATIAN SEX SEMBURITNYA
    KAPTEN KUNYIT BUAT BUTA SEBELAH MATA NYA
    THOR KEGEMARAN SIBANGKA DNG KEPTEN KUNYIT YAA
    THOR@KEPTAN KUNYIT SEMBURIT DI MESIA NO HAL PUNYA


    KIKIKIKI... KAPTEN KUNYIT@THOR SEMBURIT TIADA MASALAH JADI PEMIMPIN...

    MACAIII TEPUKKKK...!!!

    KO RASE....???


    miajalipahJR

    ReplyDelete
  5. Ya ALLAH selamatkan umat Islam Uighur...Musnahkan puak komunis china ini bersama penyokong mereka....Aminnnnn

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post