Setiausaha Politik (Setpol) Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Hilman Idham hari ini membuat dua laporan berhubung penyebaran video lucah melibatkan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dengan individu dikenali sebagai Haziq Aziz.
Laporan polis oleh Hilman yang juga Timbalan Ketua AMK Pusat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya pagi tadi. Menurut ADUN Gombak Setia, Selangor itu, beliau membuat laporan tersebut agar pihak polis melakukan siasatan terhadap penularan video berkenaan.
“Saya telah buat laporan dan polis telah menerima laporan ini,” katanya pada sidang media selepas membuat laporan tersebut.
Hilman dan rombongannya kemudian tiba di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) Putrajaya kira-kira jam 11.40 pagi untuk membuat laporan qazaf. Qazaf atau perbuatan melemparkan tuduhan zina merupakan suatu kesalahan syariah.
Semalam, Haziq yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong tampil membuat pengakuan bersumpah bahawa dia terlibat melakukan seks sejenis bersama Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin.
Setiausaha Sulit Kanan kepada Timbalan Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md. Akin itu mendakwa video tersebut dirakam pada 11 Mei lalu di sebuah bilik di Hotel Four Points di Sandakan lapor Malaysia Dateline
Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Zainul Rijal Abu Bakar berkata "Setiausaha sulit kanan timbalan menteri perindustrian utama, Muhammad Haziq Aziz yang mengaku sebagai individu bersama lelaki yang didakwa seorang menteri kanan dalam video seks yang tersebar sejak semalam boleh didakwa di mahkamah sekiranya ada laporan dibuat.
Menurutnya “Perlu ada laporan terlebih dahulu sabelum tindakan diambil,” katanya ketika diminta mengulas mengenai pengakuan Haziq.
Menurutnya, seks luar tabii merupakan satu kesalahan yang termaktub dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah dan Kanun Keseksaan.
“Bagaimanapun seseorang itu tidak boleh didakwa di 2 mahkamah berbeza.
“Sekiranya dituduh di Mahkamah Syariah, maka individu tersebut tidak lagi boleh didakwa di mahkamah sivil,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri sidang media bekas peguam Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Syazlin Mansor anjuran Majlis Perundingan Melayu (MPM), di sini, semalam.
Zainul berkata, laporan dan pendakwaan itu juga perlu dilakukan di Sandakan dan pihak berkuasa agama negeri Sabah boleh mengambil tindakan.Laporan penuh sila baca di SINI
Mane maruah la Korang ni. Ni benda kotor la. Pegi repot je dah la. Bangga cerita satu dunia tu kenapa. Dia salah atau tak tu no 2. Yg penting maruah diri dan keluarga. Ni sesilap pas ni mak bapak tak keluar rumah la pas ni. Malu dgn perangai anak. Dah pa songsang, cerita satu dunia plak tu. Ah lantak la, mak bapak dia yg bagi makan. Mcm ade yg sebok anak aku ade makwe. Lantak aku la nak cerita ke tak. Aku yg bagi makan. Bukan aku ketuk rumah org bagi makan. Duiy brim pun tak pernah masuk perut dia. Cuti sekolah dia tolong aku kat bengkel ingat free ke. Hp dgn Internet pun dah tak mintak duit free kat aku laki bini... So, jgn sebok anak org.
ReplyDeletePunya la slow, tak faham ape yg org nak sampaikan. Ork cerita yg dia ade makwe, jadi dia lelaki normal. Yg bangang ni plal bleh sembang sampai bab spander. Tak umno pas menang bodoh la. Bodoh original. Jenis bodoh dtg dari hati. 😁😁😁😁. Tak caya kan. Kalau ko jumpa yg umno rasis lain mcm tu, cube ko tanye. Siape bos ko. Jgn tanye pas rasis. Dia org kerja free je. Tunggu gaji bila mati nanti. Yg umno pekat gile punya. 10 ko tanya, 11 mengaku makan dari tapak tangan cina. Yg kata takde tu biase jenis rokok pun minta duit mak bapak dgn bini je. Jenis nak isi minyak moto pun kena tunggu bini balik kerja. Dia berduit masa dpt brim. Tu pasal skang ni sangap. Org sembang dah sampai KL, dia terkemut kemut kat hutan lagi.
DeleteOrg umno mesti suka cerita mcm ni.
ReplyDeletePost a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!