Video Lucah Kerja Orang Terdesak Kata Azmin


Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tetap optimis dan berikrar untuk terus berkhidmat dengan memastikan kementeriannya dapat menggubal beberapa dasar baharu bagi memastikan penjanaan ekonomi negara yang lebih mampan.

“Fokus saya sekarang adalah untuk terus memastikan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dapat menggubal dasar-dasar baharu dan sekarang ini kita sudah memulakan perbincangan tentang Rancangan Malaysia ke-12 sejak sebulan yang lalu,” katanya.

Beliau berkata kerajaan mahu pendekatan baharu diambil bagi memastikan penjanaan ekonomi yang lebih mampan serta dapat mengembalikan semula keyakinan pelabur asing kepada Malaysia.

“Saya nampak perkembangan positif dan kita berikan tumpuan kepada hasil-hasil baharu negara dan teknologi baharu seperti Artificial Intelligent, digital dan sebagainya kerana itulah yang dapat menjana pertumbuhan dan sumber baharu bagi negara,” katanya.

Biarpun sedang berdepan ujian paling getir dalam karier politiknya ekoran dikaitkan dengan kontroversi video lucah, Azmin yang kelihatan tenang ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Jaya di sini semalam, mahu memberi tumpuan dalam mengembalikan semula keyakinan pelabur asing kepada pasaran Malaysia.

“Saya kena banyak bersabar dan akan terus bertabah. Saya yakin ini adalah politik kotor orang yang ‘desperate’, yang tewas dan tidak lagi mendapat sokongan rakyat, yang cuba menggunakan taktik kotor seperti ini tetapi bagi saya sebagai pemimpin, kita harus tegas dengan perkara ini,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Azmin berkata kementeriannya akan meneruskan perbincangan dengan kerajaan negeri Pulau Pinang yang merupakan antara negeri yang termaju di Malaysia dan penyumbang terpenting kepada ekonomi negara.

Beliau berkata perbincangan itu akan menyentuh tentang pengagihan pertumbuhan hasil ekonomi serta memastikan keperluan seluruh rakyat Pulau Pinang dapat dijamin dan diberikan perhatian.

“Kita mahu pembangunan di negeri ini dapat diteruskan bukan sahaja di bahagian pulau tetapi juga di Seberang Perai. Kita mahu semua warga Pulau Pinang mendapat hak pembangunan yang adil dan saksama,” katanya lapor The Malay Mail

6 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. VIDEO LUCAH ITU UTK ORG TERDESAK
    MORAL MELUCAH KO TAK NAK KIRA..?
    MELUCAH SESAMA JENIS KIRA APA PULAK
    PASAL KUNYIT SAH JAHANAM MALAYSIA


    KALAU AKHLAK DAN MORAL NYA RENDAH BOLEH HEBAT KE MESIA NNTI...

    ALAHAIIII...!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kata2 ahli syurga Kelas Tertinggi ni......

      Delete
  2. Terbaik yb azmin..jgn lyn sesetengah puak yg akal letak kat lutut dan busuk hati..org yg benar harus byk bersabar

    ReplyDelete
  3. http://theunspinners.blogspot.com/2019/06/ahli-politik-macam-longkang-usah-alih.html?m=1

    LINK ATAS FAKTA RENTA FITNAH PREBET ADAM DNG VIDEO ... SAMAN KALAU TAK BETUL WAHAI SI RENTA FITNAH

    POLITIK LONGKANG OLEH MANUSIA HAPRAK TAHAP LONGKANG...

    DUNIA MELAYU MODEN YANG HAPRAK MORAL RENDAH FITNAH , LGBT, GAY BERSETUBUH SESAMA JENIS JADI HERO DI MULIA KAN, DIJULANG... MELAYU MENDOKONG BERPRINSIP DILAYAN MACAM GAMPANG


    INI 22 TAHUN DOONIA PALING CELAKA
    SESAPA YG BERPRINSIP TAK ADA HARGA
    FITNAH BEJUBO RASUAH DIRAIKAN DEPA
    APA LAGI YG ADA INI TUHAN PUNYA KUASA.?



    ALAHAI.. MANUSIA BERPEGANG PADA PRINSIP HANCUR MANUSIA YANG HIDUP DNG RASUAH , FITNAH, BATU API, LGBT GAY BERJUBO SESAMA SENDIRI DI ANGKAT DI MULIA...SELAGI MANUSIA2 JENIS PANTEK MACAM INI DIJULANG HIDUP BEGINI MAKA TIADA APA YG BAIK UNTUK RAKYAT MALAYSIA

    FITNAH DIJULANG, LGBT TERBILANG ORANG BERPRINSIP DITINDAS MACAM KIMAK GAMPANG...!!!


    miajalipahJR

    ReplyDelete
  4. Bapak anwar bilang bukan penyokongnya yg sebar. Boleh percaya kah. 2x5 =5x2

    ReplyDelete
  5. Org umno mmg suka cerita seks, cerita lucah, cerita gay, cerita menjubo. Cerita seks skandal altantuya mcm mana macai2, suka x?

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post