Enam Lagi Penguat Kuasa JPJ Didakwa


BUTTERWORTH, 25 Julai ― Enam penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang termasuk seorang wanita didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas 40 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM20,050 daripada seorang pengarah syarikat pengangkutan bagi melindungi pemandu lori yang melakukan kesalahan jalan raya di negeri ini.

Kesemua mereka turut berdepan 40 pertuduhan pilihan iaitu memperoleh untuk mereka suatu benda berharga tanpa balasan daripada pengarah syarikat sama bagi tujuan dan tindakan sama untuk melindungi pemandu lori berkenaan.

Enam penguat kuasa JPJ gred 19 hingga 29 itu terdiri daripada lima Pembantu Penguat Kuasa JPJ iaitu Muhammad Rozaidi Azmi, 36; Khairol Azri Abd Rahman, 32; Mohd Ependi Hassan, 33; Mohamad Noor Ibrahim, 44, dan V. Chandrasegeran, 49; serta seorang Penolong Pegawai Penguat Kuasa, Saidatul Hanim Sabudin, 33.

Pada prosiding hari ini, Muhammad Rozaidi berdepan 10 pertuduhan utama dan pilihan melibatkan rasuah bernilai RM7,100; Khairol Azri didakwa atas lapan pertuduhan utama dan pilihan membabitkan RM4,350 dan Mohd Ependi dituduh atas enam pertuduhan utama dan pilihan rasuah bernilai RM850.

Sementara itu, Mohamad Noor didakwa atas enam pertuduhan utama dan pilihan dengan nilai rasuah sebanyak RM4,200; Chandrasegeran berdepan satu pertuduhan utama dan pilihan membabitkan rasuah bernilai RM1,200 manakala Saidatul Hanim dituduh atas sembilan pertuduhan melibatkan RM2,350

Kesemua individu tersebut mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan utama dan pertuduhan pilihan yang dihadapi mereka ketika pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Nizam Zakari.

Mengikut pertuduhan utama, kesemua mereka didakwa secara rasuah menerima suapan bagi diri mereka wang tunai daripada Pengarah Syarikat Sam Lian Transport & Tyre Sdn Bhd dan TSR Transport Sdn Bhd, Ooi Cheng Keat, 46, sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan ke atas lori-lori milik syarikat terbabit yang mungkin melakukan kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di beberapa bank di Bukit Mertajam antara Mac 2015 dan Julai 2018.

Kesemua pertuduhan utama itu dikemukakan mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan, dan jika suapan itu dapat dinilai atau berbentuk wang atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan pilihan, kesemua tertuduh didakwa memperoleh untuk diri mereka suatu benda berharga tanpa balasan berupa wang tunai daripada Ong bagi tujuan yang melibatkan penguatkuasaan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 terhadap lori-lori milik syarikat Ong.

Untuk pertuduhan itu, jika disabitkan kesalahan mereka boleh dihukum mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Mahkamah membenarkan kesemua tertuduh diikat jamin masing-masing antara RM8,000 dan RM10,000 dengan seorang penjamin serta memerintahkan pasport kesemua tertuduh diserahkan kepada mahkamah selain menetapkan 12 September depan untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Azlan Basri manakala peguam Datuk Naran Singh mewakili lima penguat kuasa JPJ itu kecuali Chandrasegeran yang tidak diwakili peguam.

Kesemua tertuduh itu adalah sebahagian daripada 18 penguat kuasa JPJ Pulau Pinang yang akan didakwa secara berperingkat bermula semalam yang diumumkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya Selasa lepas.

Semalam, lima penguat kuasa JPJ gred 19 hingga 29 dan seorang bekas anggota Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan sama.

Pendakwaan itu susulan penahanan lebih 70 pegawai dan anggota JPJ Pulau Pinang pada Januari lalu selepas disyaki terlibat dengan kegiatan rasuah melindungi pemandu lori yang melakukan kesalahan jalan raya di negeri ini lapor Malay Mail

6 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Kesemua mereka turut berdepan 40 pertuduhan pilihan iaitu memperoleh untuk mereka suatu benda berharga tanpa balasan daripada pengarah syarikat sama bagi tujuan dan tindakan sama untuk melindungi pemandu lori berkenaan.

    pemberi n penerima mesti di dakwa
    kalau tidak rasuah tak jadi

    ReplyDelete
  2. ATOK MAHABURIT FITNAH MELAWAT TURKI
    KUBOR ANTARTUK MAHABURIT LAWATI
    FUYOO DEEP SUNGGUH MAKNA DAN ERTI
    PENGKHIANAT AKIDAH MAHABURIT HORMATI
    PANJI HITAM MACAI DENDANG LAGI..!!
    TAK KE BABI NAMERNYE NIHH..!??


    KIKIKIKI...


    miajalipahJR

    ReplyDelete
  3. KIKIKI.. BANG NON BERUCAP DI PARLIMEN... NAK TUNJUK SOKONGAN DAN UNDI TAK PERCAYA LA TU...


    INI LAH MANUSIA BODOH DAN GILA
    GENRAL DEGREE JURUSAN TAH APA APA
    SELAGI LIDAH PEMBOHONG BOLE BERKATA
    GORENG LAH SEPUAS PUAS HATI KAU YER


    MEMANG PADAN ALJUBORI DIBERI NAMA
    PUNYA LAH TAK TAU MALU TEBAL MUKA
    SETAKAT MP JER PORTFILIO TAK ADA
    NAK TUNJUK KUTY SOKONG UNDI X CAYA


    ALAHAIII...

    HARI NI KEM SEMBURIT KUNYIT BERBALAS PANTUN SUMA
    PANTUN KUNYIT HAWAW MASAM TENGIK BAU NYA
    TAK SANGKA PANTUN JADI MEDAN PERANG PULA
    PANJI MANA LINGKUP DULU TEPUK KUAT KUAT YER..!!



    KIKIKIKIKI... PENGIKUT BANYAK BODOH BODOH FAKE DEGREE MACAI SENYAP TADAH KENCING DAN KUNYIT TAK HENTI HENTI


    SELAMAT BERTEMPOR SESAMA KUNYIT HAWAW MERECIK MASAM..


    KIKIKIKI

    miajalipahJR

    ReplyDelete
  4. dah takde ke perkataan2 yg baik2 dlm kamus @ fikiran org islam kat kampung ni

    ReplyDelete
  5. Zaman Madey jadi PM memang Rakyat akan diajar bahasa politik lucah. Dulu liwat dan jubor. Sekarang semburit. Madey PM teladan kaum Luth.

    ReplyDelete
  6. ZIARAH KUBO ANTARTUK TIBA DI TURKI
    DEEP MAKSUD & ERTI KUTTY FITNAH NI
    NAK KASI TAWARAN PROTON PRODUA LAGI
    DEPA ADE SUPERCAR POWERFUL BLODY KUTTY..!


    kikkikikiki..


    miajalipahJR

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post