Najib Mungkin Mencipta Sejarah


Saman sivil yang difailkan terhadap bekas perdana menteri Najib Razak oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi mendapatkan semula cukai tambahan sebanyak RM1.69 bilion mungkin merupakan jumlah terbesar yang dikenakan ke atas seorang individu di negara ini, kata seorang peguam.

“Kemungkinan ini adalah tunggakan cukai ke atas seorang individu paling besar walaupun ada syarikat yang diminta membayar hingga berbilion ringgit,” kata peguam cukai dan kastam S Saravana Kumar.

LHDN memfailkan saman itu pada 25 Jun meminta Najib membayar RM1,692,872,924.83 yang didakwa dimiliki antara 2011 dan 2017.

Saravana berkata, undang-undang percukaian di Malaysia menetapkan bahawa semua jumlah yang kena dibayar hendaklah diselesaikan terlebih dahulu sebelum individu terbabit memfailkan rayuan.

“Jika Najib gagal memfailkan rayuan terhadap taksiran ini, cukai yang dituntut menjadi muktamad dan konklusif dalam tempoh 30 hari,” katanya.

Beliau berkata, tidak jelas daripada laporan berita sama ada Najib telah memfailkan rayuan kepada Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan atau memulakan prosiding semakan kehakiman.

Katanya, individu yang terbabit dalam saman tersebut boleh memohon penangguhan prosiding terhadap penguatkuasaan ke atas aset yang dipertikaikan sekiranya semakan kehakiman telah difailkan.

Bagaimanapun katanya, rayuan tidak akan menghalang LHDN daripada meneruskan prosiding sivil terhadap seorang pembayar cukai yang belum menjelaskan cukainya. Perkara ini diperuntukkan di bawah Seksyen 103 dan 106 Akta Cukai Pendapatan 1967.

Pengurusan kes bagi saman terhadap Najib itu ditetapkan pada 25 Julai ini.

Laporan penuh sila baca di SINI

4 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Anak sungai derhaka percaya ka dengan kerajaan ph caca merba yg menggunakan undang rimba ni? Kesian kat hang...p mana semua barangan yg di rampas dari rumah datuk seri najib tempoh hari? Berjuta2 hilang tak dapat dikesan,,,suka betul asd dengan cara org kafir menghina orang islam no...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau suka bebeno dgn org yg belasah duit rakyat. Dh tu xbyr cukai. Celaka punya mantan PM. Aku tiap2 bulan kena. Dh tu tiap 2 tahun kena taksir lg. Kena byr ribu2 lagi. Mmg celaka bg yg mengelak byr cukai. Dh lh xnak byr cukai. Dibelasahnya duit rakyat. Memang celaka...

      Delete
  2. Kasi hukum tembak daj kat mamat Najis ni mcm di China. Selesai kes

    ReplyDelete
  3. Nama: __ Hendi Zikri Didi
    Kota: _______________ Malacca
    pekerjaan: _ Pemilik bisnis
    Setiap pemberitahuan: ____ hendidi01@gmail.com

    Halo semua, harap berhati-hati tentang mendapatkan pinjaman di sini, saya telah bertemu banyak pemberi pinjaman palsu di internet, saya tipuan saya hampir menyerah, sampai saya bertemu seorang teman yang baru saja mengajukan pinjaman dan dia mendapat pinjaman tanpa stres, jadi dia memperkenalkan saya pada PERUSAHAAN PINJAMAN AASIMAHA ADILA AASIMAHA ADILA yang sah, saya mengajukan permohonan untuk Rm1, 3 juta. Saya memiliki pinjaman dalam waktu kurang dari 2 jam hanya dalam 1% tanpa jaminan. Saya sangat senang karena saya diselamatkan dari menjadi miskin dengan hutang. jadi saya menyarankan semua orang di sini membutuhkan pinjaman untuk menghubungi AASIMAHA dan saya meyakinkan Anda bahwa Anda akan mendapatkan pinjaman Anda.

    Aplikasi / Pusat Kontak
    E-mail: ._________ aasimahaadilaahmed.loanfirm@gmail.com
    WhatsApp ____________________ + 447723553516

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post