Rilek aa Min.. Baca kenyataan tu bagi habis..


Presiden PKR Anwar Ibrahim percaya kenyataan Timbalan Presiden Azmin Ali yang memintanya “melihat cermin” dibuat tanpa memahami konteks dan kenyataan asal beliau semalam.

Anwar berkata, beliau memahami keadaan Azmin dan seluruh ahli keluarganya yang ketika ini mengalami keadaan sukar selepas dikaitkan dalam rakaman video seks sejenis melibatkan Haziq Aziz.

“Seperti saya katakan semalam, dia ketika ini melalui saat sukar dan saya tidak rasa saya mahu respons kepada kenyataan spontan dan melulu yang dibuatnya itu. Azmin berkata demikian tanpa membaca keseluruhan kenyataan (saya).

“Dia (Azmin) ingat saya adakan sidang media semalam semata-mata mahukan beliau meletakkan jawatan. Ia tidak benar. Anda semua dengar saya katakan, bahawa saya menolak politik jijik.

“Jika dia tidak disabitkan kesalahan, jadi tidak ada kes dalam isu berkenaan,” katanya dalam sidang media, di Parlimen, hari ini.

Terdahulu, Azmin mahu Anwar “cermin diri sendiri”, selepas presiden PKR itu dilaporkan berkata, bahawa Azmin perlu melepaskan jawatan jika video seks sejenis dikatakan melibatklan menteri hal ehwal ekonomi itu didapati sahih.

Anwar berkata, beliau sudah menghubungi Azmin bagi membincangkan secara peribadi mengenai pandangannya semalam.

Bahkan katanya, beliau turut menyatakan komitmen untuk hadir ke mana-mana acara bagi membantu meleraikan kemelut yang berlaku dalam parti.

“Saya sudah 2 kali hubunginya dan kali ke-2, saya katakan kepadanya ini bukan soal politik. Saya sedia berbincang, hadir ke mana-mana sahaja untuk bantu meleraikan masalah. Keluar dari sempadan politik. Ini yang saya jelaskan kepada beliau,” katanya.

Jelas Anwar, kenyataanya semalam, yang dilaporkan media sengaja disensasikan walaupun mengakui sebelum itu beliau sudah dinasihatkan supaya tidak melayan soalan daripada pemberita.

Mengulas mengenai kenyataan 27 pemimpin PKR hari ini, yang mengkritik kenyataannya terhadap Azmin semalam, Anwar berkata beliau menerima baik pandangan berkenaan.

“Maksud mereka untuk pastikan parti ini tidak kelihatan terlalu tegang. Jadi mereka mengingatkan dan mengeluarkan kenyataan supaya kita bersatu. Saya terima baik pandangan ini.

“Tetapi ada laporan media yang katakan mereka menempelak. Nampak macam mereka mempertikaikan kewibawaan saya sebagai presiden. Namun hakikatnya tujuan mereka baik,” katanya.

Laporan penuh sila baca di SINI

18 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Dua dua tak layak jd pm. Macam ni punya akhlaq, baik tak payah. Lagi merosakkan. Diri sendiri pun rosak, macam mana nak jadi contoh. Cakap lain, buat lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila dosa umpama kaum luth dah jadi darah daging...bgmana pula dgn dosa2 mencuri, menipu dan memfitnah?
      Rasanya dua2 tak layak krn dosa besar semburit dianggap 'halal' dlm kehidupan mrk.
      Jika mrk berhajat nak bersihkan nama buatlah upacara sumpah laknat. Biar rakyat menjadi saksi.

      Delete
    2. Biasalah tu ada sedikit salah fhm..tp ini semua hanye sementara..pkr akan terus memperjuangkan hak rakyat bersama PH..pada pembangkang yg sentiasa berniat buruk nk jatuhkan kerajaan baru ni..diharap lupakan lah. Rakyat yg berakal pasti boleh bezakan yg mana baik dan yg mana tidak

      Delete
  2. Dah jelas Si Azmin ni jenis terburu dan nafsu haloba. Pengalaman Azmin sangat ciput dalam hal jadi kerajaan tapi dah ada angan2 nak jadi PM. Belajar dulu jadi menteri yang berkaliber dan bijak mengurus portfolio kamu. Sekarang ni Azmin sebagai menteri ekonomi sudah tenggelam dan nampak tak banyak mendatangkan hasil kepada negara. Peneroka Felda pun nampak Azmin ni kurang berkesan dan usahanya lebih kepada "kereta sorong yang hanya bergerak bila di tolak". Biarlah polis siasat habis2 kes ni dan pihak yang bersalah dan terlibat harus di hukum mengikut undang2. Kalau Azmin tak bersalah, tutup cerita utk letak jawatan tapi kalau dia terlibat, ambil tindakan terpuji iaitu letak jawatan. Itu juga sebahagian dari saranan DSAI pun!

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anuar boleh jd pegawai penjara je sbb lama duduk dalam.

      Delete
  3. AA ni opportunist dan sikap tamak dan gila kuasa drp sebelum jadi MB selangor.... skrg ni di lindungi kuasa bapa angkat dia itu yg jadi ego....sepatutnya hormatilah ketua ....gelojoh.....poodahhh AA

    ReplyDelete
    Replies
    1. AA nie mcm diperbodohkan oleh madey.Mmglah impian dia nak jadi pm spt kata adik beradiknya tapi ikutlah giliran wlpun madey nak jadikan dia pm proksi demi legasi madey. Madey nak bagi siboboi mmg tak patut krn kerusi ppbm kurang. Nak serah dgn ikhlas pada anwar mmg sah bukan dlm prinsip madey.Rakyat tahu hbgn madey dgn anwar adalah sandiwara semata2.
      Maka AA adalah paling layak berdasarkan kerusi pkr selain dpd anwar. Sepatutnya AA bertanding terus jwtn presiden parti jika benar2 rasa dia layak. Tapi mgkin takut kalah dan jelas melanggar prinsip parti.
      Kesilapan paling besar di sini adalah madey sendiri. Dia yg diberi peluang 2tahun tapi berteka teki pula utk melepaskan jwtn spt dijanjikan. Mula2 dia kata tggu ekonomi pulih tapi dlm kempen prk rantau dia jelas mengatakan ekonomi negara dah pulih. Sepatutnya dah diserahkan jwtn pm kpd anwar. Skrg dia berdalih pula dgn mengatakan slps hutang negara diselesaikan sedangkan hutang negara makin meningkat. Sikap tidak ikhlas madey dlm menunaikan janji menyebabkan pengikut2 setia anwar berang dgn ditambah lagi ura2 AA akan dilantik sebagai pm.
      Kekalutan disebabkan sikap tamak adalah punca pergolakan skrg. Madey punca utama dan AA pula tidak berprinsip serta goyah dgn keakraban dgn bapak angkatnya sehingga alpa. Madey patut menetapkan tarikh yg sah melepaskan jwtn dlm tempoh 2 tahun dan AA perlu mengumumkan yg dia tidak akan dipengaruhi sesiapa utk menjadi pm ke8. Jika tidak maka pergolakan dlm ph akan berterusan dan makin bnyk fitnah dlm kalangan mrk.

      Delete
    2. Mmg pelik. Impian utama madey nak jatuhkan najib. Najib dah jatuh dah. Jika kata nak selamatkan negara seolah2 org lain tak mampu melakukannya. Adakah hanya madey sahaja yg mampu selamatkan negara atau sikap tamak melayan karenah para kroni hingga alpa dgn janji asal.

      Delete
  4. CCTV kat hotel Mesti ada aktiviti keluar masuk dari bilik lif dan pintu masuk siap waktu tarikh. Hotel tong fong pun ada cctv. Yang tu biasanya jelas wajah orangnya.

    ReplyDelete
  5. Anwar dah cakap betul, Azmin jadi hilang pertimbangan, kenapa?.. pasang angan2 nak jadi PM ke? Kalau PM macam ni memang hancuss negara..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah option yg Ada pada Dsai pada 1998..tp apa option yg Dsai pilih.turun jalan Raya..laungan reformasi..Dsai sendiri tidak memilih meletak jawatan pada 1998..tp memilih melawan melalui kuasa rakyat..mengapa option letak jwtn itu diberi pada azmin....apabila lama didalam penjara banyak maklumat yg sampai tidak tepat menyebabkan keputusan yg dibuat tidak mencapai matlamat Dan ini lah yg terjadi sekarang..sampai tun mahathir pulak kena jd org penting pulihkan pkr..

      Delete
    2. Apapon pkr bersama PH akan ttp disokong rakyat dan akan terus menjadi kerajaan malaysia..drp membiarkan bn berkuasa kembali dan terus merosakkan negara dan merompak duit rakyat. Hidup PH

      Delete
  6. Org nmpk mcm anwar gila nk naik pm. Padahal anwar tetap cool je. btol2 gopoh pada sy ialah azmin. Sejak menang pru, dia tak pernah nyatakan sokongan pd presiden parti. Tarikh peralihan kuasa sepatutnya hanya madey n anwr je yg deal n simpan. Kalau heboh, akan ada desakan suruh madey fikir 2 kali.

    ReplyDelete
  7. Bila Ayat AlQuran dipermainkaan..!! Kes ni kes semburit sejenis..Kes Kaum Sodomy!!

    Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memetik sebaris ayat suci al-Quran yang diterjemahkan maksudnya kepada pengikut akaun Twitter untuk tatapan umum.

    Timbalan Presiden PKR yang sedang berdepan tuduhan fitnah hubungan seks sejenis berkongsi mesej al-Quran yang menjelaskan mengenai pentingnya menolak tuduhan dusta dan berbaik.

    Ia merupakan "ayat 12 daripada Surah An-Nur bersempena solat Jumaat dengan hashtag #TwitJumaat#JumaatSA atau #Sayyidul Ayyam yang membawa maksud Penghulu segala hari.

    Ayat terjemahan itu berbunyi “Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri (orang-orang) mereka sendiri dan berkata:” Ini ialah tuduhan dusta yang nyata” (An-Nur:12)#JumaatSA.

    Bila kemaruk kuasa ... persoalan ayat ini ada lelaki dan perempuan.. bukan sesama jantan atau sesama perempuan..!!

    Dalam video itu jelas sesama lelaki .. homosex dari Bangsa Sodom..!!

    Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu kini berdepan tekanan daripada pucuk kepimpinan yang mana beberapa pemimpin dan penyokong mula mendesak beliau letak jawatan atau bercuti sementara siasatan berlangsung

    ReplyDelete
  8. sejarah negeri selangor suma MB melingkop tengah jalan akhirnya..

    wak jemin tunggu masa melingkup

    ReplyDelete
  9. kat blog KD jon doe.. budak suman made in Singapork.. pomen bawah tanah fan tun dll tuduh fitnah macam macam pasal najib n gangs.... alahaiiii ..!!


    beratus kali aku tulis dan kami tak sokong maana mana pihak pun kami nak jadi penonton.. reads my lips like. wak jemin said.. P.E.N.O.N.T.O.N sambil makan pop kon...FAHAMM..!!

    sikit sikit terambil sifat terkutuk mamak kutty membawang sambil membatu api...



    kikikikikiki...


    miajalipajJR

    ReplyDelete
  10. Dsai lebih baik mengundur diri Dan beri laluan org muda seperti AA..reformasi Dsai sudah berjaya..Atok pun sedang membaiki semula negara ..had umor pengundi pun Dan turun 18tahun..sudah tentu umor pm ke 8 kene muda juga.. Dsai akan di ingati seorg pejuang bapa reformasi.alangkah baiknya menghasilkan sebuah karya bapa reformasi untuk rujukan generasi akan datang dari jawatan Perdana Menteri...

    ReplyDelete
  11. Filem P.Ramlee 3 Abdul (kebetulan IGP pun ada nama Bedul jugak kikiki..) sesuai sangat dengan senerio politik Malaysia.

    Bahana IGP Jadi Perkakas Politikus Usang dan Kuno lagi outdated. Inilah yang akan berlaku apabila si Bedul menjadi barua ahli politik usang, kuno dan outdated.

    Si Bedul IGP akan terpaksa membuat apa sahaja sekiranya tuan anda membunyikan locengnya *(seperti cerita Tiga Abdul ketika Abdul Wahub lakonan Allahyarham P.Ramlee membunyikan loceng untuk memanggil khadamnya).*

    Apabila Loceng telah pun dibunyikan dan Hamid Bedul pun kena buat apa sahaja, asalkan ikut nafsu si renta politikus usang, kuno dan outdated termasuk menyelamatkan Azmin. Dan itulah apa yang Hamid Bedul buat dengan begitu patuh sekali.

    Dailog 3 Bedul (Tipah Koyak AG dan IGP) jerit Si renta politikus kuno outdated


    Politikus Kuno : Khadammmm semuaa..!!! sila turun srkaranggg..!!

    3 Bedul bergegas turun tangga sambil berebut turun jatuh ke lantai

    3 Bedul : Ya Tuan politikus kuno..!! Ada apa tuan politikus kuno..

    Politikus Kuno : Kau pergi rumah Wak Jemin sekarang dan kau orang suma cakap sama dia ... wahai wak jemin selagi kau jilat bontot aku kau selamat wahai wak jemin... Pergiiii nowwee...!!

    3 Bedul : Baik lah politikus kuno outdated intan payung panji kunyit itam hawaw merecik masam..

    Politikus Kuno. : Khadam semua pergiii srkaranggg.. lembab bodoh punya khadam makan gaji buta saja...

    3 Bedul. : Baik lah tuan politikus kuno lagi outdated..!! kami khadam bodoh bangang mohon pergi dolu...!!

    Sambil 3 Bedul berebut keluar pintu rumah si politikus usang kuno outdated jerit lagi


    Politikus Kuno : "Wooiii khadam bodoh semua" ... dah jumpa wak jemin .. kim salam kat Anwar Aljuboori dengan pesanan kat Aljubori... "Jangan Mimpi nak jadi PM..!!" lagi satu jangan lupa pergi sana bawa skli Panji Kunyit Itam sekali... Ada Fahammmmm khadam semuaa..!!!


    3 Bedul. : Faham tuan politikus kuno usang lagi outdated ..kami akan bawa skli panji kunyit hitam hawaw merecik masam ..!!



    kikikiki... pantun tak ada ari ni dialoug ajer ari nih...

    Pantun 2.8 kerat ajer ade

    P.U ASSMIN TAKAJUT LIHAT CERMIN DIRI
    TAK LALU TENGOK MUKA ALJUB KUAR NNTI




    miajalipahJR

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post