Takkan Layanan Di Depot Imigresen Bukit Jalil Kejam Macam Ni Kot?


Beberapa warga Filipina yang diusir bersama 2 bayi dari Malaysia mendakwa mereka dilayan seperti haiwan di Pusat Tahanan Imigresen Bukit Jalil.

Menurut NGO Filipina Migrante International, “hampir semua barang milik mereka dicuri warden dan pegawai imigresen” di Bukit Jalil.

NGO itu melalui laman webnya berkata: “Ibu itu menahan daripada menangis dan menceritakan pengalaman 2 minggu di Pusat Tahanan Imigresen Bukit Jalil.

“Ralyn (bukan nama sebenar) tidak boleh lupa bagaimana ‘muster’ atau pemeriksaan rutin setiap 5 minit dari 7 pagi hingga 12 tengah malam yang dimulakan dengan teriakan warden tahanan dan pegawai imigresen yang busuk hati.

“Tahanan diberi ‘makanan basi dan hangus yang baik untuk babi’.”

Ralyn dipetik sebagai berkata: “Hak kami sebagai manusia dicabuli! Warden wanita berlagak seperti mereka sendiri bukannya seorang ibu. Mereka keji dan jahat, mereka layan kami seperti haiwan. Semua kanak-kanak sentiasa takut ketika mereka meronda.”

Migrante International berkata, “kumpulan yang diusir itu” tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino di Manila pada 9.40 malam Rabu, tetapi ia tidak menyatakan jumlah warga Filipina terbabit.

Tenaganita yang berjuang untuk membebaskan tahanan kanak-kanak itu berkata, ia berlawanan kepentingan kanak-kanak dan norma antarabangsa.

NGO itu mendakwa 2 kanak-kanak ditahan dalam satu serbuan imigresen di Kajang pada 14 Jun lalu dan ibu mereka yang mempunyai permit sah, tidak berada di rumah ketika itu.

Pengarah Eksekutif Tenaganita, Glorene Das dilaporkan berkata, ibu terbabit kemudiannya dimaklumkan Jabatan Imigresen yang anak mereka tidak akan dihantar pulang ke Filipina, jika mereka mempunyai dokumen perjalanan dikeluarkan kedutaan.

Katanya, penahanan berterusan kanak-kanak itu melanggar Akta Kanak-kanak 2001 dan “semangat” Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak yang turut diiktiraf Malaysia.

Tetapi, Ketua Pengarah Imigresen, Khairul Dzaimee Daud menafikan dakwaan Tenaganita yang kanak-kanak itu ditahan “dalam keadaan selesa” kerana kemudahan asas sudah disediakan bagi mereka di pusat tahanan itu.

Migrante International berkata, ia bekerjasama dengan Tenaganita untuk membolehkan tahanan Filipina itu dihantar pulang ke Manila.

Katanya, 2 wanita – Enny dan Anita (bukan nama sebenar) menyifatkan sel tahanan mereka sangat kotor dan sempit.

Mereka turut mendakwa tidak dibenarkan menggunakan tikar, sebaliknya dipaksa tidur di lantai sejuk.

“Malah kepingan kadbod yang mereka guna untuk mengipas dan menutup lantai, dirampas.”

NGO Filipina itu mendakwa tahanan imigresen hanya mempunyai sepasang pakaian.

“Kami pakai pakaian sama yang kami pakai pada malam kami ditahan,” dakwa Enny.

Migrante International berkata, mereka yang mempunyai wang boleh membeli “baju berkualiti rendah” yang dijual dalam pusat tahanan itu.

“Pun begitu, mereka terpaksa pilih sama ada perlu menyimpan sedikit wang yang mereka ada untuk membeli air botol atau berisiko dehidrat akibat cuaca panas serta dahaga.

“Tahanan bujang sentiasa digari dan tahanan yang biadab akan dikenakan tindakan tegas oleh warden imigresen.

“Ibu itu ingat bagaimana seorang tahanan wanita dari Kenya yang menunjukkan tanda psikosis, kedua-dua tangannya diikat pada dinding dan dipaksa berdiri sepanjang hari.

“Kanak-kanak tidak terlepas daripada caci-maki warden dan pegawai imigresen yang marah. Ramai tahanan muda memerlukan rawatan.”

Ditanya mengenai perancangan masa depan, NGO itu berkata, wanita terbabit menyuarakan kemungkinan mereka akan negara lain untuk mencari pekerjaan.

6 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Saya mohon masalah ni disiasat secara telus dan benar

    ReplyDelete
  2. Ha ha ha
    Cuba masuk pusat tahanan imigresin Filipina.....5 star woo..

    ReplyDelete
  3. Jika tak mahu masuk pusat tahanan imigresen negara orang....jangan jadi PATI!! Dah buat salah,ngaku aja le!!

    ReplyDelete
  4. Jika tak mahu masuk pusat tahanan imigresen negara orang....jangan jadi PATI!! Dah buat salah,ngaku aja le!!

    ReplyDelete
  5. Lain Kali, Jgn tahan, dpt je tangkap. Bagi sampan dgn pendayung. Ha, pegi balik. TU Kira Elok sikit Dari Disuruh berenang balik tempat Dia. Mcm la negara Ko Elok sgt. Habia Ko nak laynan 5 star. Kalau negara Dia Elok. Apasal merempat Kat sini. Jgn nak menipu la bagi nasik basi. Panggil la wak Jahit pegi sattel benda ni. Ni taik Dia kan.

    ReplyDelete
  6. Saya alami sendiri.banyak kes dimana barang barang tahanan yang dititipkan saudara mereka tidak sampai.anak sy umur 6 bulan.sy datang ke sana menyerahkan barang keperluan anak dan isteri saya.seperti minyak angin bayi baju isteri tapi yang diserahkan hanya satu saja.sepasang.itulah dipakai berhari hari lamanya..rantai leher gelang emas juga dirampas dn diambil oleh pekerja imigresen di tahanan itu tanpa memulangkanya kepada tahan sebaik mereka keluar dari pusat itu untuk dihantar pulang ke negara asal.jangan berjuang hak asasi di pentas dunia konon menentang kekejaman israel yrhadap paleatin kalau di negara sendiri berkelakuan berperangai israel..inilah perbuatan individu sebenarnya.iaitu petugas imigresen yang tidak tulus tanpa pengetahuan ketua pegawai mereka..harap pegawai imigresen menyadari hal ini iaitu kelakuan anak buah mereka dalam melayani tahanan..tp bukan semua..ada segelintir yang kasar dn tidk tulus

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post