Kek 'PM ke-8': Kerja Kaki Bodek Lah Tu....


“Semua yang berlaku samada kek, dibuat orang persendirian dan orang parti peringkat bawah, pemimpin yang kecil. Mungkin (dia) merasa teruja... Mungkin dia dengar perdana menteri (seterusnya) adalah Datuk Seri Anwar seperti mana yang diumumkan.

“Jadi (sebab) keterujaan tu, jadi dia buat kek. Bukan arahan dia (Anwar) malah dia menegah daripada bersungguh-sungguh sangat buat perkara ini. Tidak datang dari pejabat Datuk Seri Anwar,” kata Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail selepas taklimat khas di pejabat PKR Terengganu di Kuala Terengganu, pada Ahad.

Benar.. Anwar tidak pernah meminta untuk digelar sebagai PM-8, sama juga dengan apa yang berlaku dalam kempen-kempen Pilihanraya 13 dulu..

Masa itu DS Anwar tidak pernah juga meminta supaya kehadirannya diumumkan sebagai kehadiran Bakal Perdana Menteri ... tapi kaki-kaki bodek yang ada sekeliling dia yang lebih-lebih meminta kehadiran DS Anwar Ibrahim diumumkan sebagai Bakal Perdana Menteri seterusnya selepas PRU13 itu..

Keterujaan yang dikatakan Azan Ismail itu hanyalah alasan politik.. bukan keterujaan.. sebenarnya ialah cubaan membodek.. bodek untuk cari makan..

DS Anwar tidak pernah meminta untuk digelar sebagai PM-8.. tapi kaki-kaki bodek yang berada disekelilingnya yang lebih-lebih..

Laporan berkaitan..

KUALA TERENGGANU - Gambar kek berbentuk Putrajaya yang tertera perkataan PM8 sebagaimana tular di media sosial sejak semalam adalah hadiah daripada peminat dan penyokong Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim. 
Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail berkata, tulisan yang tertera pada kek itu bukan arahan daripada pejabat presiden parti berkenaan atau kepimpinan di peringkat pusat untuk dipamerkan. 
“Biasanya, tak kiralah sama ada kek, gegantung atau pelekat yang tertera perkataan PM8, ia bukan arahan daripada Datuk Seri Anwar atau pejabat beliau, malah beliau sendiri pernah menegah supaya tidak bersungguh-sungguh membuat perkara sedemikian. 
“Ia dibuat oleh peminat-peminat sama ada orang ramai atau perseorangan serta pimpinan kecil yang menyanjung serta ingin menyatakan rasa keterujaan kepada beliau. Pada saya ia bukan menjadi satu kesalahan,” katanya. 
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas taklimat khas di pejabat PKR Terengganu di sini. 
Turut hadir, Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri, Datuk Romli Ishak; Setiausaha Politik Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Dr Zaliha Mustafa dan Setiausaha Politik Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Saiful Izham Ramli. 
Mengulas lanjut, Azan menegaskan pihak kepimpinan PKR tidak dapat menghalang tindakan itu kerana bertepatan dengan perjanjian yang dibuat sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) bersama parti komponen Pakatan Harapan (PH). 
“Perkataan PM8 bukan perkataan menghina dan tak melanggar apa-apa etika pun. Ia bukan isu besar. 
“Takkan kita nak halang orang ramai daripada menggelar beliau sebagai PM8. Lagipun keputusan itu juga sudah termaktub secara konsensus menulis perjanjian yang menamakan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Ketujuh dan Anwar pula sebagai penggantinya. 
“Kalau ada arahan daripada pejabat Datuk Seri Anwar sendiri supaya menulis gelaran itu, itu kita yakin akan menimbulkan interpretasi yang tidak baik,” katanya. 
Dalam masa sama, Azan mengakui beliau tidak menolak kemungkinan terdapat juga gambar-gambar yang dieksploitasi oleh pihak tidak bertanggungjawab. 
“Kadang-kadang kita bimbang juga sekiranya ada orang yang memanipulasi gambar itu untuk tujuan tidak baik seperti membuat penambahan, edit dan sebagainya supaya benda itu nampak tak baik. 
“Pada saya, selagi ia bukan arahan daripada Datuk Seri Anwar sendiri, tak jadi masalah. Lainlah kalau tulisan itu tulis Datuk Seri Anwar adalah PM (Perdana Menteri) buat masa sekarang. Itu memang salah,” katanya lapor Sinar Harisn di SINI

Nak buat macam mana?.. kerja tak tau nak buat.. bodek sajalah untuk cari makan...

17 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Kata pujangga

    Masalah bodek bakal PM8 dan Menteri atau pimpinan PH yang gagal berlaku sebab Majlis Presiden PH bawah Madey kluk-klek flip-flop.

    Menteri yang ada tidaklah perform, tapi tokok tambah kerja sampai lagi nampak mereka gagal dan Madey terkena tempias sebab pilih Menteri tidak effisien.

    Contohnya SPRM nak kacau Menteri paling lembam sampai dilabel Menteri "kasut"...Koya tolong jangan tambah kerja Maszlee Malik. Menteri jawi parti Madey sudah teruk dilabel Menteri Pendidikan tak tahu buat kerja. Jawi pun kelam kabut nak buat...

    Koya nak tambah lagi isu rasuah dan salahguna kuasa dalam pendidikan? Koya patut buat sendirilah kelas rasuah kepada ahli politik yang memang terkenal kaki rasuah dan salahguna kuasa macam Madey-Taib Mamud.

    Jangan koya nak kacau Menteri yang tak tahu buat kerja Koya. Makin lembam Maszlee Malik jadinya.

    ReplyDelete
  2. Jawapan yang bijak ia lah saja-saja nak tunjuk kretiviti. Bukan senang nak buat kek macam tu.

    Lagi baik kalau beri kan pujian pada pembuat kek.. untung jugak dia berniaga.

    Kalau buat kek biasa-biasa dengan ucapan dan PM8 belum tentu jadi isu. Isu nya ia lah kek tersebut ada bentuk Putrajaya.

    ReplyDelete
  3. Bodek dan Ampu memang budaya orang Melayu...sebab tu kesultanan Melayu Melaka runtuh ...ditambah pula sifat hasad dengki dan irihati serta tamak haloba...Singapura pun boleh tergadai...

    ReplyDelete
  4. Abah nak tanyo nihh..

    sapo bole jawab abah bagi adiah..!!

    Mano lagi 'POWER' kuasa di Mesia pasal pelajaran Jawi

    i. PIBG
    ii. Aljubori
    iii. Mazlee
    iv. Tun Mahathir
    v. Tokong

    A. i dan v
    B. ii dan iii
    C. ii dan iv
    D. iii dan iv
    E. ii, iii dan iv

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semuo pelingkop jawi belako abah. Termasuk Hadi dan Najib Razak samo.

      Delete
  5. SEMPENA #HPU914 : BOIKOT SEMUA BARANGAN ORANG CINA - BUY CHINESE LAST.

    Himpunan Penyatuan Umah #HPU914
    - Kempan besar besaran Boikot semua barangan orang Cina
    - Beli produk orang Islam
    - Pastikan buatan orang Islam
    - PRU 15 Pastikan dan kenali pemimpin
    Islam bukan Parti.Pastikan calon bukan islam liberal,,Syiah, Pluralis Murtad dll
    - Pertandingan 1 lawan 1

    PAS dan Umno muktamad untuk memeterai piagam perpaduan ummah dan menandatangani satu memorandum persefahaman di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini 14 September depan.

    Majlis menandatangani piagam tersebut akan berlangsung pada hari kedua dalam program Himpunan Penyatuan Ummah yang dijadualkan bermula pada 13 September.

    Julung kalinya juga, majlis ini akan mencatatkan detik bersejarah kepada negara apabila dijangkakan hampir 10,000 hadirin akan membanjiri PWTC untuk menyaksikan permeteraian antara dua parti Melayu terbesar negara ini.

    Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Annuar Musa, penyertaan program tersebut adalah terbuka kepada rakyat pelbagai kaum di seluruh negara ketika mengumumkan perkara itu pada sidang media Umno-PAS di Auditorium Umno, Menara Umno di sini hari ini.

    "Pelbagai program menarik akan diadakan, ada program indoor danoutdoor, intelektual discourse, himpunan anak muda anjuran Pemuda Umno dan Pemuda PAS.

    "Acara kemuncak pada hari pertama (13 September) adalah rapat perdana yang akan diadakan di Dataran PWTC yang menampilkan penceramah terdiri daripada Naib-naib Presiden dan Timbalan-timbalan Presiden Umno dan PAS," ulasnya.

    Kata Annuar, program himpunan penyatuan ummah adalah bertujuan untuk menyemarakkan kesedaran rakyat mengenai pentingnya membina kesatuan ummah yang kukuh.

    Justeru itu menurutnya sebelum tiba hari program, acara promosi mengenai program akan berjalan di seluruh negara bermula pada 24 Ogos sehingga 5 September.

    Tambah beliau, sepanjang program berlangsung, kompleks PWTC akan menganjurkan karnival jualan dengan membuka pelbagai gerai makanan yang menawarkan harga murah.

    Setiausaha Agong PAS, Dato' Takiyuddin Hassan pula berkata, dalam mesyuarat Umno-PAS yang juga berlangsung pada hari ini, mereka sepakat melancarkan satu logo khas, lagu tema dan tagline HPU914 sempena hari bersejarah itu.

    "PAS dan Umno juga telah memutuskan untuk setiap parti membawa bersama rakan gabungan masing-masing.Umno akan bawa anggota dari BN dan PAS akan bawa rakan-rakan dari Gagasan Sejahtera," kata Takiyuddin dalam sidang media sama.

    Program tersebut jelasnya lagi, akan tetap diteruskan kerana telah berjaya menarik minat rakyat meskipun timbul bibit keresahan dari komponen parti kerajaan.

    ReplyDelete
  6. camner depa nak takot ... skg depa bole buat apa saja sebab nyee

    "KUASA PIBG LEBIH POWER DARI KUASA PM DAN MENTERI"


    lu fikir sindri...


    #seronokgakjadibatuapinihkikikiki

    ReplyDelete
  7. Nama: __ Hendi Zikri Didi
    Kota: _______________ Malacca
    pekerjaan: _ Pemilik bisnis
    Setiap pemberitahuan: ____ hendidi01@gmail.com

    Halo semua, harap berhati-hati tentang mendapatkan pinjaman di sini, saya telah bertemu banyak pemberi pinjaman palsu di internet, saya tipuan saya hampir menyerah, sampai saya bertemu seorang teman yang baru saja mengajukan pinjaman dan dia mendapat pinjaman tanpa stres, jadi dia memperkenalkan saya pada PERUSAHAAN PINJAMAN AASIMAHA ADILA AASIMAHA ADILA yang sah, saya mengajukan permohonan untuk Rm1, 3 juta. Saya memiliki pinjaman dalam waktu kurang dari 2 jam hanya dalam 1% tanpa jaminan. Saya sangat senang karena saya diselamatkan dari menjadi miskin dengan hutang. jadi saya menyarankan semua orang di sini membutuhkan pinjaman untuk menghubungi AASIMAHA dan saya meyakinkan Anda bahwa Anda akan mendapatkan pinjaman Anda.

    Aplikasi / Pusat Kontak
    E-mail: ._________ aasimahaadilaahmed.loanfirm@gmail.com
    WhatsApp ____________________ + 447723553516

    ReplyDelete
  8. My name is Mrs.Aisha Mohamed, am a Citizen Of Qatar.Have you been looking for a loan?Do you need an urgent personal loan or business loan?contact Dr James Eric Finance Home he help me with a loan of $42,000 some days ago after been scammed of $2,800 from a woman claiming to been a loan lender but i thank God today that i got my loan worth $42,000.Feel free to contact the company for a genuine financial service. Email:(financialserviceoffer876@gmail.com) call/whats-App Contact Number +918929509036

    ReplyDelete
  9. Terima kasih kerana berkongsi!

    ReplyDelete
  10. Excellent Post as always and you have a great post and i like it thank you for sharing.Feel free to visit my website; 먹튀검증

    ReplyDelete
  11. I accidentally searched and visited your site. I still saw several posts during my visit, but the text was neat and readable. I will quote this post and post it on my blog. Would you like to visit my blog later? Feel free to visit my website; 바카라사이트

    ReplyDelete
  12. Fantastic website. A lot of helpful info here. I am sending it to some friends ans additionally sharing in delicious. And obviously, thank you to your effort! Feel free to visit my website; 토토사이트

    ReplyDelete
  13. Great blog here with all of the valuable information you have. Keep up the good work you are doing here 토토

    ReplyDelete
  14. I was looking for another article by chance and found your article I am writing on this topic, so I think it will help a lot. I leave my blog address below. Please visit once. 경마

    ReplyDelete
  15. Really nice and interesting post. I was looking for this kind of information and enjoyed reading this one. 사설토토

    ReplyDelete
  16. You have a very good site, well constructed and very interesting i have bookmarked you hopefully you keep posting new stuff 카지노

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post