Kenyataan Khairuddin berniat jahat : PKR


Parti Keadilan Rakyat (PKR) membidas tuduhan Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim berniat jahat dan tidak berasas.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, pihaknya difahamkan jemputan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah khusus untuk pimpinan Pakatan Harapan (PH) yang mula-mula terlibat dalam pembentukan Kabinet pada Mei 2018.

Jelasnya, pertemuan tersebut adalah untuk mendapatkan pandangan dan maklum balas mengenai hal ehwal perjalanan kerajaan yang menyentuh perkara-perkara portfolio dan kementerian-kementerian.

"Ini bermaksud PKR diwakili Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang pada ketika pembentukan kerajaan pasca PRU14 merupakan Presiden PKR.

"Maka PKR berpandangan tuduhan yang dilempar Khairuddin bahawa Anwar tidak menghormati konsensus PH adalah tidak berasas dan berniat jahat," katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Hari ini, Khairuddin menerusi laman Facebooknya mengeluarkan kenyataan bahawa Anwar tidak menghormati konsensus PH kerana gagal untuk menghadiri mesyuarat antara Presiden-Presiden parti komponen gabungan parti itu dengan Dr Mahathir.

Khairuddin mempersoalkan tentang motif Anwar dan lebih mementingkan mesyuarat biro politik PKR daripada menghadiri perjumpaan dengan Perdana Menteri.

"Inilah masalah dengan sesetengah orang bila paras ego terlalu tinggi. Kalangan ini serang Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kononnya gagal menghadiri beberapa siri mesyuarat parti PKR.

"Gajah di tepi mata tidak nampak tapi kuman di seberang laut mereka jelas kelihatan.

"Ini masalahnya dengan gelagat sesetengah pihak yang ego yang tidak nampak kesalahan sendiri tetapi lihat kesilapan orang lain saja," katanya.

Khairuddin berkata lagi, Anwar sepatutnya menghormati jemputan mesyuarat oleh Perdana Menteri.

"Walaupun kita dikatakan bakal mengambil-alih kepimpinan nombor satu negara tetapi perkara itu belum terjadi lagi. Sepatutnya hormatilah jemputan mesyuarat oleh Perdana Menteri.

"Masa kini, semua pihak masih di bawah kepimpinan ‘sitting’ Perdana Menteri dan harus hormati Perdana Menteri," katanya lapor Sinar Harian di SINI

6 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Kata semburit

    Din Bersatu mahu serang Anwar atas kapasiti Presiden PKR tak datang Mesyuarat PH ka? Jaga Menteri dari Bersatu Din basuh cukup-cukup dan tukar mana yang lembam dan lembik.

    Menteri dan Timbalan Menteri Bersatu prestasi hangat-hangat tahi ayam. Kasut hitam, kereta terbang, lampu jalan, jawi, gojek sampailah tahap kena tipu Puteri Umno dilantik jadi wakil Kementerian menyebabkan Bersatu punca bahan ketawa Rakyat. Paling kesian kes Lynas, ekonomi jatuh Redzuan kereta terbang salahkan Anwar juga.

    Sebenarnya Redzuan (Menteri model kereta terbang kipas DIY), Rakyat sekarang salahkan Kabinet Madey yang lemah dan gagal punca Malaysia Baharu tiada kemajuan dan perubahan dalam ekonomi, sosial dan politik.

    ReplyDelete
  2. Kata pujangga

    Menteri yang tidak perform, kuat politiking, buat kenyataan ikut suka hati dan banyak keluar ide bodoh, ibarat kuli batak yang kerja malas, kuat melepak dan kaki ponteng. Eloklah tendang keluar daripada Kabinet Malaysia dan beri pengajaran kepada yang lain. Kalau nak simpan nanti semakin berjangkit pula penyakit bodohnya kepada yang lain. Habis semua gajah dan semut disalahkan sebab mereka sendiri yang gagal buat kerja.

    ReplyDelete
  3. Orang bijak pandai dan ada pengetahuan sepertinya kenapa rak siasat dulu jemputan tu ada ke tiada suka main cakap aje.... kalau salah fakta macam mana. Nak minta maaf lidah terlekat dengan gusi.... tak ada minta maafnya....

    ReplyDelete
  4. Nama: __ Hendi Zikri Didi
    Kota: _______________ Malacca
    pekerjaan: _ Pemilik bisnis
    Setiap pemberitahuan: ____ hendidi01@gmail.com

    Halo semua, harap berhati-hati tentang mendapatkan pinjaman di sini, saya telah bertemu banyak pemberi pinjaman palsu di internet, saya tipuan saya hampir menyerah, sampai saya bertemu seorang teman yang baru saja mengajukan pinjaman dan dia mendapat pinjaman tanpa stres, jadi dia memperkenalkan saya pada PERUSAHAAN PINJAMAN AASIMAHA ADILA AASIMAHA ADILA yang sah, saya mengajukan permohonan untuk Rm1, 3 juta. Saya memiliki pinjaman dalam waktu kurang dari 2 jam hanya dalam 1% tanpa jaminan. Saya sangat senang karena saya diselamatkan dari menjadi miskin dengan hutang. jadi saya menyarankan semua orang di sini membutuhkan pinjaman untuk menghubungi AASIMAHA dan saya meyakinkan Anda bahwa Anda akan mendapatkan pinjaman Anda.

    Aplikasi / Pusat Kontak
    E-mail: ._________ aasimahaadilaahmed.loanfirm@gmail.com
    WhatsApp ____________________ + 447723553516

    ReplyDelete
  5. My name is Mrs.Aisha Mohamed, am a Citizen Of Qatar.Have you been looking for a loan?Do you need an urgent personal loan or business loan?contact Dr James Eric Finance Home he help me with a loan of $42,000 some days ago after been scammed of $2,800 from a woman claiming to been a loan lender but i thank God today that i got my loan worth $42,000.Feel free to contact the company for a genuine financial service. Email:(financialserviceoffer876@gmail.com) call/whats-App Contact Number +918929509036

    ReplyDelete
  6. Interesting to read this kind of good informative post. Thanks to the author for this wonderful post. Keep sharing more interesting and informative posts like this. Mecklenburg DUI Lawyer Virginia

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post