Penjaja Dipenjara 30 Bulan Kerana Hina Nabi Muhammad Dan Kematian Adib


Akibat menghina Nabi Muhammad SAW dan agama Islam serta menghina kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim di media sosial, seorang penjaja hari ini dijatuhkan hukuman penjara 30 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini.

Hakim MM Edwin Paramjothy menjatuhkan hukuman itu terhadap Chow Mun Fai, 43, selepas dia mengaku bersalah ke atas kelapan-lapan pertuduhan yang dihadapinya pada 18 Jun lepas dan hari ini ditetapkan untuk mahkamah menjatuhkan hukuman.

Edwin sebelum menjatuhkan hukuman berkata mahkamah tidak boleh menerima perbuatan tertuduh yang memberi pelbagai komen negatif terhadap agama orang lain.

“Tindakan tertuduh menghina kematian Muhammad Adib dikala semua orang sedang meratapi dan berkabung di atas kematiannya juga tidak dapat diterima oleh mahkamah.

“Perbuatan dilakukan tertuduh adalah melampau dan melebihi had kebebasan bersuara,” kata hakim itu yang turut memaklumkan perbuatan dilakukan tertuduh adalah dirancang kerana komen berkenaan dibuat berulang kali.

Edwin menjatuhkan hukuman penjara antara tujuh bulan hingga 30 bulan bagi kelapan-lapan pertuduhan itu dan memerintahkan hukuman tersebut berjalan serentak bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 6 Mac lepas.

Mengikut pertuduhan pertama, Chow didakwa menggunakan aplikasi Twitter dengan akaun profil ‘Alvin@Alvin15358333’, membuat kenyataan berhubung kematian Muhammad Adib, yang mungkin mengapi-apikan kaum Melayu dengan bukan Melayu pada 8.07 pagi, 13 Februari lepas, mengikut Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Dia turut dituduh atas tiga pertuduhan memuat naik hantaran yang menghina Nabi Muhammad SAW, yang mungkin menyebabkan suasana tidak harmoni di antara penganut Islam dan bukan Islam, di laman media sosial yang sama pada jam 2.29 petang dan 7.06 petang, 2 Mac dan 13 Mac lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum lima tahun.

Dia juga menghadapi empat lagi pertuduhan iaitu secara sedar menggunakan profil Twitter sama telah membuat penghantaran komunikasi bersifat jelik, dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain pada masa dan tempat sama.

Bagi pertuduhan-pertuduhan tersebut, dia didakwa di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama, yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Semua hantaran itu dibaca di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Menara KPJ, di sini, pada jam 8.30 malam, 3 Mac lepas.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Asyraf Md Kamal, manakala tertuduh diwakili peguam Mohan Raj.

Pada 18 Jun lepas, Muhamad Asyraf ketika membuat hujahan, memohon hukuman berat serta hukuman penjara berasingan dikenakan terhadap tertuduh, yang sengaja menimbulkan provokasi dan secara terang-terangan menghina agama dan kaum lain manakala peguam P. Rajsurian yang mewakili tertuduh merayu hukuman penjara berjalan serentak bermula dari tarikh anak guamnya ditangkap pada 6 Mac lepas. — Bernama

22 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. 30 bulan je, lebih afdal jika 3 tahun sebagai pengajaran!

    ReplyDelete
  2. esok mujahit mujadah dan anwar aljubori hukum tu terlalu kerasss..

    macam wan ji ulamak jadian Penang Institute@IKD..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mulut yang menghina akan menjawab di akhirat nanti. Kalau kamu orang yang beriman tolong ingat sikit....

      Delete
  3. Apabila menulis komen itu, gunakanlah akal fikiran. Tapis perkataan. Jadilah orang Islam yang bermaruah dan Melayu yang beradab.

    ReplyDelete
  4. Kata Pujangga

    Waspada PM tepi menipu bisnes online dan PM sementara yang menipu Rakyat.

    ReplyDelete
  5. Kata Pujangga

    Saya sudah maklum kepada Bersatu Pusat dua ekor lembu korban dijual untuk beli komputer dan bayar bil tertunggak. Bersatu Pusat juga setuju jual sahaja lembu korban. Apa salahnya? Kalau nak tangkap saya.. kena tangkap sekali semua yang bersubahat. Saya redha.

    ReplyDelete
  6. Kata pujangga

    Belajar Khat adalah seni bukan bahasa. Sebab itulah Dr Maszlee Malek arah guru BM yang ajar Seni Khat. Bukan guru Seni atau guru agama. Faham ke tidak? Aku pun tak faham. Siapalah yang bodoh dan lembam sekarang? Menteri PH atau Rakyat?

    ReplyDelete
  7. Kata Semburit

    Dalang video semburit Azmin di Hotel Sandakan gagal dikesan kerana Hotel Sandakan guna jenama CCTV dengan tulisan jawi Khat yang berbunyi Cha Ya Nun Alif. Rekod seni Khat boleh terpadam dengan sendiri kerana tiada nilai ekonomi seperti Lynas.

    ReplyDelete
  8. Macai bangang buat komen bodoh. Tak de sapa yang nak terpengaruh dengan benda2 dan komen bodoh korang ni. Sia2 je macai ni buat komen yang tak lebih dari sampah. Tapi tak heran sebab macai2 upahan ni semuannya kaki dedak dan buat kerja2 upahan macam ni sikit pun tak pakai otak. Kriteria yang perluuntuk jadi macai adalah moral rendah, iman ciput serta minat kat carutan dan maki. I'm not impressed! Lagi korang tulis macam ni lagi rakyat meluat. Teruskanlah kerja2 upahan kamu ni dan Insyallah, rakyat akan makin benci kat parti2 rasis dan parti tunggang agama.

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete
  9. Syukurlah, harap banduan ni dapat dihantar satu jel dengan penjenayah berat!

    ReplyDelete
  10. Akhirnya tanam semula felda dihentikan. Kan dah mendapat. Mana Atok fitnah kau bole buat apa skg ni....? Mana Jijah n Aljubori bakal PM ke 8 Mesia dah bisu kot kikikiki.. Padan muka dalam sempati...

    Bertahun tahun Peneroka Felda tidak pernah menerima bantuan tanam semula Sawit seperti Pekebun Kecil yang lain dan bila DS Najib Tun Razak umumkan pada 2017 ianya telah disambut dengan riang oleh seluruh Warga Felda.

    Rupanya kegembiraan tersebut hanya sekejap sahaja bila Kerajaan PH menang PRU yang lepas ianya sudah tidak teruskan lagi. Malah baru baru ini bantuan tanam semula untuk Pekebun Kecil Sawit juga telah turut ditarik balik oleh Kerajaan PH.

    Perlu diingat Peneroka Felda majoritinya adalah berbangsa Melayu.

    ReplyDelete
  11. PERALIHAN KUASA PM KE 8 DITETAPKAN 9.MEI.2019

    Tiga NGO kerajan PH iaitu Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Gabungan Bertindak Malaysia (GBM).Gabungan itu mendesak Tun menyerahkan kuasa pada 9.Mei.2021 genap 3 tahun Tun jadi PM sementara.

    Mereka menerusi surat terbuka bersama kepada Dr. Mahathir menggesa Perdana Menteri dan kepemimpinan PH mengambil langkah jelas untuk membawa kestabilan politik negara dengan meletakkan pakej peralihan berdasarkan perjanjian sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

    "Pergolakan PKR selaku parti komponen utama dalam gabungan PH sedang merisaukan rakyat dan komuniti antarabangsa kerana berpotensi untuk memecahbelahkan gabungan tersebut serta menyebabkan politik negara ini dalam keadaan kucar-kacir.

    AZMIN PULA BERI KATA DUA PADA GABUNGAN 3 NGO TERSEBUT

    Dalam satu lagi persidangan Azmin Ali beri amaran kepada 3 NGO supaya Tun Mahathir menerajui negara sehingga habis penggal.

    Azmin berkata "Mahathir perlu diberi peluang memimpin hingga ke akhir penggal bagi menjamin kestabilan, kesinambungan dan ketuntasan dasar-dasar kerajaan."

    Beliau berkata demikian bagi mengalu-alukan kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang menegaskan pendirian parti itu dan sekutunya Umno terhadap Mahathir.

    “Pendirian tersebut adalah seiring pandangan yang pernah saya lontarkan supaya usaha mengembalikan kegemilangan negara dapat di realisasikan dengan segera,” kata Azmin

    Mengikut perjanjian dalam Pakatan Harapan (PH) Mahathir akan menyerahkan teraju kepimpinan negara kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim.

    Tiada tempoh masa khusus dinyatakan.

    Bersatu Johor juga menyokong kenyataan Azmin agar Mahathir dibiarkan menjadi perdaha menteri selama lima tahun.

    Terdahulu hari ini, Naib Presiden PKR, Zuraidah Kamaruddin juga menyatakan sokongan sama kepada Mahathir untuk terus menerajui negara.

    Yang jadi mangsa adalah rakyat Malaysia contoh mangsa terbaru peneroka dinafikan bantuan tanam semula getah dan sawit.

    BRIM yang dijanjikan bulan ini tidak dapat lagi.

    Hari raya korban tinggal bebetapa hari lagi untuk persediaan Hari Raya Korban.

    ReplyDelete
  12. Nama: __ Hendi Zikri Didi
    Kota: _______________ Malacca
    pekerjaan: _ Pemilik bisnis
    Setiap pemberitahuan: ____ hendidi01@gmail.com

    Halo semua, harap berhati-hati tentang mendapatkan pinjaman di sini, saya telah bertemu banyak pemberi pinjaman palsu di internet, saya tipuan saya hampir menyerah, sampai saya bertemu seorang teman yang baru saja mengajukan pinjaman dan dia mendapat pinjaman tanpa stres, jadi dia memperkenalkan saya pada PERUSAHAAN PINJAMAN AASIMAHA ADILA AASIMAHA ADILA yang sah, saya mengajukan permohonan untuk Rm1, 3 juta. Saya memiliki pinjaman dalam waktu kurang dari 2 jam hanya dalam 1% tanpa jaminan. Saya sangat senang karena saya diselamatkan dari menjadi miskin dengan hutang. jadi saya menyarankan semua orang di sini membutuhkan pinjaman untuk menghubungi AASIMAHA dan saya meyakinkan Anda bahwa Anda akan mendapatkan pinjaman Anda.

    Aplikasi / Pusat Kontak
    E-mail: ._________ aasimahaadilaahmed.loanfirm@gmail.com
    WhatsApp ____________________ + 447723553516

    ReplyDelete
  13. Hi my friend! I want to say that this post is awesome, great written and include approximately all important infos.
    I would like to look extra posts like this .
    토 토
    토토사이트

    ReplyDelete
  14. Hey there, You’ve done an excellent job. I will definitely dig it and personally suggest to my friends. I’m confident they will be benefited from this website. 슬롯머신777사이트

    ReplyDelete
  15. Thank you for your valuable and useful information through the blog. I am appreciating with the way you shared the relevant, precious, and perfect information.
    룰렛사이트탑

    ReplyDelete
  16. This is such an extraordinary asset, to the point that you are giving and you give it away for nothing. I love seeing sites that comprise the benefit of giving a quality asset to free. 토토사이트

    ReplyDelete
  17. It is my first visit to your blog, and I am very impressed with the articles that you serve. Give adequate knowledge for me. Thank you for sharing useful material. I will be back for the more great post. 파워볼사이트

    ReplyDelete
  18. Amazing! Its really awesome article, I have got much clear idea regarding from this article. 바카라사이트

    ReplyDelete
  19. "Kisah kontroversial HomeAm menemui kesudahan dengan hukuman penjara 30 bulan, mengundang perbincangan mendalam. Tindakannya menghina Nabi Muhammad dan kematian Adib menimbulkan kontroversi yang mencerminkan sensitiviti masyarakat. Sebuah peringatan tentang kuasa perkataan dan akibat yang mungkin terjadi dalam dunia digital hari ini."I Got a Reckless Driving Ticket in Virginia

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post