Peralihan Kuasa PM: Jangan Ikut Rentak UMNO, PAS


Polemik isu peralihan kuasa di antara Perdana Menteri (PM) Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sewajarnya dihentikan segera.

Pengerusi KEADILAN Terengganu, Azan Ismail berkata, sebelum ini polemik itu dicipta dan dipanjangkan oleh pembangkang Umno dan Pas.

Oleh itu, menurutnya, beliau berasa hairan mengapakah pemimpin PKR dan BERSATU dalam Pakatan Harapan (PH) turut menari mengikut rentak politik parti pembangkang.

“Tun Mahathir dilantik (sebagai calon PM) melalui konsensus PH dan ia sah secara bertulis mahupun lisan.

“Jadi, isu peralihan tidak patut dipanjangkan. Tun dilantik sebab ketika itu (2018) Anwar masih menerima hukuman. Dan perjanjian itu telah dipersetujui oleh kesemua presiden parti gabungan PH. Bukannya keputusan individu,” katanya.

Sebelum ini, Adun Bersatu Selangor dan beberapa pimpinan Bersatu Johor telah menyatakan pendirian mahu Tun memimpin negara sehingga tamat penggal. Manakala dalam PKR sendiri, Timbalan Presiden Datuk Seri Azmin Ali memberi sokongan terbuka agar Tun kekal sebagai PM sehingga pilihan raya umum ke 15.

Mengulas lanjut, Azan menegaskan agar pemimpin-pemimpin kecil dalam komponen PH tidak terjebak dalam ‘permainan’ pembangkang sehingga PKR atau PH berpecah belah.

“Jangan jadi buta dan hanyut dengan permainan pembangkang. Sebagai contoh Pas, sebelum ini mereka mengkritik Umno untuk menjatuhkan kerajaan ketika itu, dan hari ini mereka berlakon pula menyokong PH, sedangkan ada agenda di sebaliknya.

“Pembangkang nak melaga-lagakan kita. Takkan itu pun tak nampak lagi?,” tanya Azan.

Azan turut menyokong kenyataan Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu bahawa isu peralihan kuasa hanya boleh diputuskan oleh presiden keempat-empat parti komponen PH dan bukannya pemimpin bawahan.

“Jadi, saya minta Majlis Presiden PH segera adakan perbincangan dan muktamadkan segera.

“Saya bimbang sekiranya isu ini berlarutan, keyakinan rakyat terhadap kerajaan baharu akan terhakis.

“Oleh itu, keputusan (peralihan kuasa) harus disegerakan seperti mana PH mahu menumbangkan Umno sebelum ini,” ujarnya.

Semalam, Pengerusi Perhubungan PKR Kedah Datuk Johari Abdul menegaskan Tun Mahathir boleh menjadi PM sehingga akhir penggal sekiranya majlis Presiden PH menyetujuinya.

Jika tidak, maka perkara yang dipersetujui sebelum ini, iaitu peralihan kuasa akan berjalan sebagaimana yang dijanjikan. – RF8 Media

6 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Lagi desakan ahli PKR sokong Anwar PM ke 8. Tun diarah bersiap sedia tunaikan janji peralihan kuasa.

    Ketua Cabang PKR Kangar, Noor Amin Ahmad mendakwa mewakili 198 ketua cabang parti berkata, sokongan itu membuktikan PKR masih utuh dan tidak berlaku pergolakan dalaman.

    "Kami, ketua-ketua cabang mengambil inisiatif untuk menghubungi semua ketua cabang PKR di seluruh negara untuk menyatakan pendirian jelas dan tegas menyokong kepimpinan Anwar selaku presiden PKR dan juga perdana menteri kelapan.

    "Atas semangat ini, kami yang mewakili (198) ketua cabang PKR seluruh negara (melebihi 90 peratus) terpanggil untuk menyatakan sokongan padu kepada presiden, untuk memacu dan memimpin parti dalam meneruskan idealisme perjuangan reformasi serta menjadi tonggak utama Pakatan Harapan (PH).

    "Sokongan ini secara langsung membuktikan PKR masih utuh dan bersatu dibawah pimpinan Anwar sekali gus menepis persepsi dan tanggapan bahawa PKR sedang bergolak dan berpecah.

    MULUTNYA FITNAH LIDAHNYA BERCABANG
    TELINGA PEKAK MUKANYA TEBAL GAMPANG
    LIDAH BERCABANG PENUH ALASAN BANGANG
    BRADER LANGGAR JER PENYEPAK KASI LAYANG

    Q serra .. serra jangan kata Aiman tak payung...!!!

    "Kami komited mendukung Anwar untuk menerajui negara sebagai perdana menteri kelapan seperti yang telah dipersetujui bersama oleh pimpinan PH menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14,"

    Aiman dah payung tauu..!!

    Sesal kemudian x guna Brader Anwar Bin Ibrahim... kikikiki..

    miajalipahJR

    #popcorntambahdantepuk

    ReplyDelete
  2. Dia mcm ni. Seorang terdampar diswbuah pulau Sepi, lalu dipasang niat jika aku Selamat, Aku nak buat kenduri kesyukuran dgn tumbang kambing 3 4 ekor. Masa tgh diselamatkan, niat tu berubah skit. 1 2 ekor kambing cukup kot, Tapi niat Tetap nak sedekah makan. Pijak je Kaki Kat darat. Sedekah kulit pisang Kat kambing cukup la, kambing pun mahluk tuhan mcm Aku. Janji niat sedekah tu ade, tU yg aku Dah ringkaskan dari majalah Yg Aku baca dulu. Senario tU taK lari Dari Suasana politik Skang ni. Takdr kuasa, minta kuasa, dijanjikan bulan bintang, bila beri kuasa, Dia org berebut plak kan bulan bintang ni, baik PH, BN, Pas semua sama. Amanah aje Aku tgk mcm senyap skit ... Dah org bagi kerja, Dia org buat aje la. Ye tak. TaK mustahil Mat sabu ni, Dia Yg akan naik jadi PM. Mane tau. Kuasa tuhan. Aku pun rasa mcm nak keluar ahli PKR klang Dan join amanah.... Aku tak pedulik pun video Azmin tU. Pasal betul atau tak, Cuma Allah je Yg tau. Tapi Sejak berebut kuasa ni, Aku muak la... TaK tunai manifesto pun Aku tak kisah lagi. Pasal aku mampu lagi Cari makan sendiri. Tapi berebut kuasa ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bersatu Sokong Tun hingga tamat penggal tU taK hairan, Tapi bila lebai kutuk2 Tun tak layak Jadi pm, tetiba Sokong plak, ape Yg kita bleh nampak. Padahal tau ape Janji Tun dgn anwar. Suka plak org Jadi pemimpin munafik. Bagi Aku Bukan ape, jika Tun langgar Janji, ade la bahan kempen Nanti... Aku tunggu juga anwar Jadi pm. Sape yg akan jilat ludah sendiri. Tun naik pm je, Jgn kate ludah. Pintu pejabat Tun Yg Dia jilat dulu. Tapi tgk je la, kate omputih, take a popcorn and enjoy the show. Allah akan letak sesiapa saja Yg layak ditempatnya. Ade rahmat mereka keluar PR agar kita dpt tgk perangai mereka...

      Delete
  3. lone ranger pomen bawah tanah... itu quote 'popcorn enjoy the show' thats Aiman punya quotes....

    kalau bangang english elok belajar lagi la.. atau pomen bawah tanah fake degree kot.. "take 'a' popcorn enjoy the show"

    sengkek pomen ni 'a' popcorn... tak enjoy the show makan seulas pop corn...



    kikikikikiki..

    q serra serra... jangan kata Aiman tak payung ...



    kikikikikiki...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sori la, Aku Cuma taknak org Jadi munafik aje. Ni pun Satu melayu menyedihkan. Punya la panjang Aku tulis. Salah aku tulis omputih Yg Dia paham. Betul Kata wak Jahit, copy paste utk nampak org Umno ni Pandai tanpa sumber lain, merwka Memang bodoh. Buang la perangai badut tu Ha kan Dah kena.

      Delete
  4. Nama: __ Hendi Zikri Didi
    Kota: _______________ Malacca
    pekerjaan: _ Pemilik bisnis
    Setiap pemberitahuan: ____ hendidi01@gmail.com

    Halo semua, harap berhati-hati tentang mendapatkan pinjaman di sini, saya telah bertemu banyak pemberi pinjaman palsu di internet, saya tipuan saya hampir menyerah, sampai saya bertemu seorang teman yang baru saja mengajukan pinjaman dan dia mendapat pinjaman tanpa stres, jadi dia memperkenalkan saya pada PERUSAHAAN PINJAMAN AASIMAHA ADILA AASIMAHA ADILA yang sah, saya mengajukan permohonan untuk Rm1, 3 juta. Saya memiliki pinjaman dalam waktu kurang dari 2 jam hanya dalam 1% tanpa jaminan. Saya sangat senang karena saya diselamatkan dari menjadi miskin dengan hutang. jadi saya menyarankan semua orang di sini membutuhkan pinjaman untuk menghubungi AASIMAHA dan saya meyakinkan Anda bahwa Anda akan mendapatkan pinjaman Anda.

    Aplikasi / Pusat Kontak
    E-mail: ._________ aasimahaadilaahmed.loanfirm@gmail.com
    WhatsApp ____________________ + 447723553516

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post