Tulisan Jawi Adalah Seni, Bukan Agama - TPM


Khat dan tulisan Jawi adalah seni yang tidak mempunyai kaitan dengan aspek keagamaan, kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Timbalan Perdana Menteri bagaimanapun mengambil maklum keresahan sesetengah pihak terutama masyarakat Tionghua berhubung keputusan kerajaan memperkenalkan seni khat dan tulisan Jawi bagi mata pelajaran bahasa Melayu Tahun Empat menjelang tahun depan.

“Memang saya ambil maklum dan akan bincang secara mendalam dengan Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) walaupun beliau sudah keluarkan kenyataan.

“Kita ambil maklum keresahan masyarakat Tionghua dalam isu ini tetapi ini (khat dan tulisan Jawi) adalah seni, bukan agama,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Pertandingan Video Kreatif ‘Hentikan!Stop It!’ dan Soal Selidik Mengenai Gangguan Seksual di sini, hari ini.

Baru-baru ini, Dr Mahathir berkata, keputusan kerajaan untuk memperkenalkan seni khat dan tulisan Jawi bagi mata pelajaran bahasa Melayu Tahun Empat adalah kekal.

Perdana Menteri berkata, kerajaan tidak pernah menghalang kaum lain mengamalkan penulisan bahasa ibunda masing-masing, yang menjadikan negara ini istimewa.

Sebelum ini, beberapa pemimpin akar umbi DAP termasuk sebahagian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu membantah pelaksanaan seni khat dan tulisan Jawi sebagai sebahagian subjek bahasa Melayu Tahun Empat di sekolah jenis kebangsaan.

Baru-baru ini, Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching, mengumumkan penggunaan tulisan Jawi dalam buku teks di semua sekolah termasuk Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan SJK Tamil.

Keputusan itu turut membabitkan pelaksanaan seni khat ke dalam buku teks murid Tahun Empat menjelang tahun depan lapor Berita Harian

5 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Aku hairan jugak bab jawi ni pada otak pembangang. Ade otak ke dia org. Cina tolak tU normal la. Dah Dia org tak Suka alquran, pada Dia Jawi arab tU sama. Yg dihentam Cuma dap, mca lagi lantang maki dap Pasal Jawi ni. Tapi dap jugak Salah. Nak buat camne, Dah Bos Dia pun minum air Kencing cina gemok. Yg bawahan lagi hina la ape Yg masuk tekak Dia org. Badut Kikikikki. Baju badut pasumno Dah ambik ke Kat lobak man. Lame Dah Aku tak gurau dgn Ko. Aku sebok la cari rezeki... Aku bukan mcm Ko, maki org pun ade Yg payung. Ko mane kisah dosa pahala. Tau la Dah join lebai. No password masuk syurga dah mintak Kat lebai. Nasihat Kawan la kan, Jgn percaya Kat pas. Dia org jual agama je. Korang pun tau kan. Terdesak sgt ke nak berkuasa. Pas ni jenis Suka khianat org saat akhir. Dgn ahli sendiri pun Dia tipu. Lagi kan plak org Yg nak mati mcm korang. Ingat ye badut. Kepeh kepeh kepeh kepeh... Ko Rindu Kat gelak Aku tak. Aku tak Rindu pun Kat Ko, oasal Aku selalu baca ko maki org. Tapi Aku paham, Susah kan Cari makan bila bos pun tenat... Rasa la Susah sikit.. Nak keje dgn Aku tak bleh, Aku tak ambik org Bodo keje dgn Aku. Ko Tau kan. Lori ade 3 Bijik nak o/haul ni. Kalau Ko nak keje cuci parts , tU boleh. Pasal kejw tU taK Pakai otak. Cuma nak teliti aje.

    ReplyDelete
  2. Sori tuan rumah dgn warga PH. Gurau dgn kawan lama. Lari tajuk skit.

    ReplyDelete
  3. Boss baru ada. Bersih lg. Tapi boss dap masih yg lama. Saki baki komunis.

    ReplyDelete
  4. Senang je..tak yah lah nk paksa bangsa lain belajar jawi..bangsa sendiri pun x mahir...sok dh belajar g luar negara laku tak jawi..skg pun pak arab dh buat baik dgn yahudi sampai buka kelab mln kat saudi..kite ni dok sibuk macam lah agama islam bermula di sini..sok klau ada cina tulis khat dikedai bah kut teh atau india di kedai todi tlg salahkan diri tak perlu menyalak lg..

    ReplyDelete
  5. Nama: __ Hendi Zikri Didi
    Kota: _______________ Malacca
    pekerjaan: _ Pemilik bisnis
    Setiap pemberitahuan: ____ hendidi01@gmail.com

    Halo semua, harap berhati-hati tentang mendapatkan pinjaman di sini, saya telah bertemu banyak pemberi pinjaman palsu di internet, saya tipuan saya hampir menyerah, sampai saya bertemu seorang teman yang baru saja mengajukan pinjaman dan dia mendapat pinjaman tanpa stres, jadi dia memperkenalkan saya pada PERUSAHAAN PINJAMAN AASIMAHA ADILA AASIMAHA ADILA yang sah, saya mengajukan permohonan untuk Rm1, 3 juta. Saya memiliki pinjaman dalam waktu kurang dari 2 jam hanya dalam 1% tanpa jaminan. Saya sangat senang karena saya diselamatkan dari menjadi miskin dengan hutang. jadi saya menyarankan semua orang di sini membutuhkan pinjaman untuk menghubungi AASIMAHA dan saya meyakinkan Anda bahwa Anda akan mendapatkan pinjaman Anda.

    Aplikasi / Pusat Kontak
    E-mail: ._________ aasimahaadilaahmed.loanfirm@gmail.com
    WhatsApp ____________________ + 447723553516

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post