Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa Najib Razak mengarahkan untuk meneruskan pinjaman bon Nota Jangka Sederhana Islam (IMTN) yang dimohon oleh Terengganu Investment Authority Berhad (TIA) berjumlah RM5 billion walaupun Sultan Mizan Zainal Abidin yang merupakan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ketika itu menitahkan pinjaman IMTN digantung dan ditangguhkan dahulu.
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB dan TIA, Shahrol Azral Ibrahim Halmi, 49, berkata setelah menandatangani resolusi yang dikemukakan Sultan Mizan untuk menggantungkan IMTN dan terbitan IMTN ditangguhkan.
Saksi kemudian berjumpa Najib di rumahnya di Jalan Langgak Duta, di Kuala Lumpur, pada 22 Mei 2009, pada pukul 8 malam bagi memaklumkan perkara itu.
"Setelah menandatangani resolusi itu di Istana Terengganu pada hari yang sama iaitu pada 22 Mei 2009, saya menelefon Jho Low (penasihat TIA) dan memaklumkan apa yang berlaku....
“Dia terkejut dan meminta masa untuk menyelesaikan masalah tersebut dan memaklumkan akan menghubungi saya semula. Selepas beberapa ketika, Jho Low ada menghubungi saya semula dan meminta saya pergi ke rumah bekas perdana menteri itu.
"Dalam masa yang sama, saya ada menghubungi Casey Tang (pengarah eksekutif 1MDB) dan memaklumkan status tersebut dan meminta beliau berbincang dengan Ambank sekiranya memerlukan IMTN digantung.
"Casey memaklumkan ia tidak boleh digantung kerana perjanjian telah dimeterai dan pengurus perhubungan AmBank Joanna Yu juga memaklumkan sebahagian bon itu telah dibeli semasa book building exercise (tempah). Ia dikira melanggar perjanjian yang sudah dimeterai," katanya.
Ketika sampai di rumah Najib, saksi berkata beliau mendapati Jho Low dan Najib sudah sedia menunggu di ruang tamu dan mereka berkelihatan seolah-olah sudah berbincang dan menunggu ketibaanya.
Saksi pendakwaan kesembilan itu berkata, beliau menjelaskan kepada Najib bahawa Sultan Mizan menitahkan bon digantung dan Ambank pula tidak membenarkan ia digantung disebabkan faktor perjanjian yang telah ditandatangani lebih awal sebelum titah Sultan Mizan.
"Jho Low memaklumkan bahawa disebabkan IMTN dijamin Kerajaan Persekutuan, maka pengantungan di peringkat akhir ini akan menyebabkan kehilangan keyakinan pelabur terhadap bon-bon kerajaan Malaysia. Najib bertanya kepada saya sama ada saya tahu kenapa DYMM Tuanku murka dan saya telah menjawab saya tidak tahu.
"Beliau (Najib) bertanya balik adakah saya diberikan sesalinan resolusi tersebut dan saya memberitahu tidak mendapat. Kemudian beliau telah memberitahu dalam ayat lebih kurang seperti berikut: You go ahead, I will talk to Tuanku.
"Saya menerima ia sebagai arahan dan mandat daripada perdana menteri merangkap menteri kewangan untuk meneruskan IMTN kerana beliau merupakan menteri yang bertanggungjawab memberikan Jaminan Kerajaan tersebut. Jho Low juga mendengar arahan itu, kemudian saya terus pulang manakala Jho Low masih lagi tinggal di rumah Najib," katanya.
Ketika menjelaskan mengenai penerbitan IMTN, saksi berkata Jho Low dan Casey telah berurusan terus dengan AmInvestment Bank sebagai 'Lead Arranger' dan juga beberapa perunding yang dilantik untuk memuktamadkan perjanjian IMTN ini.
"Mereka berdualah yang meneliti dan menyemak kesemua butiran dalam perjanjian-perjanjian tersebut. Saya tidak terlibat di peringkat ini kerana ini merupakan bidang dan kepakaran mereka berdua.
"Setelah perjanjian-perjanjian ini siap, Casey dan pihak AmInvesment Bank telah membawa perjanjian tersebut kepada saya untuk ditandatangani. Saya mempercayai bahawa kesemua butiran dalam perjanjian ini telah dipersetujui oleh semua pihak termasuk stakeholders (DYMM Tuanku Mizan dan Najib) kerana ia telah diteliti dan disemak oleh Jho Low dan Casey Tang," katanya.
Katanya, beliau menurunkan tandatangan terhadap dokumen-dokumen perjanjian tersebut berdasarkan resolusi kelulusan penurunan kuasa kepadanya oleh Ahli Lembaga Pengarah (BOD) TIA.
Beliau juga berkata, Sultan Mizan juga menitahkan BOD TIA untuk melantik adinda Baginda iaitu YAM Tengku Datuk Rahimah Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah untuk menjadi salah seorang pengarah TIA bagi mewakili kepentingan negeri Terengganu.
"Ia bertujuan untuk memastikan perjanjian IMTN ini tidak membelakangkan kepentingan negeri Terengganu kerana tujuan asal penubuhan TIA adalah untuk dana kekayaan berdaulat Terengganu," katanya.
Terhadap soalan tambahan oleh Sri Ram bagaimana saksi tahu bahawa Jho Low dan tertuduh telah berbincang ketika dia memasuki rumah tertuduh, saksi itu berkata dia membuat kesimpulan itu setelah Najib bertanya kepadanya mengapa Sultan kecewa dan sama ada dia mempunyai salinan resolusi.
Sri Ram: Apa suasana di mesyuarat itu? Bagaimana tanggapan anda?
Shahrol Azral: Saya akan mengatakan bahawa ia adalah tenang, saya menjangka ia menjadi lebih tegang. Sungguh-sungguh ia adalah tenang, walaupun saya fikir ia harus lebih tegang.
Sri Ram: Kenapa anda menjangkakan begitu ?
Shahrol Azral: Kerana ini adalah masalah besar dan ini melibatkan Yang di-Pertuan Agong dan di mana kita mempunyai bon bernilai RM5 bilion, yang merupakan bon Islam pertama selama 30 tahun, yang dikeluarkan oleh kerajaan. Jadi, sebagai menteri kewangan, saya menjangkakan lebih banyak pertanyaan.
Sri Ram: Di manakah Jho Low apabila tertuduh berkata go ahead, I will talk to Tuanku?
Shahrol Azral: Dia ada di sana, saya tidak perasan, dia berkata apa-apa.
Sri Ram: Adakah terdapat perbualan dengan Jho Low dan tertuduh? Saksi menjawab "Saya tidak boleh ingat"
Najib, 66, menghadapi empat pertuduhan menyalahgunakan kedudukannya untuk menerima rasuah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan wang yang sama.
Ahli Parlimen Pekan itu dituduh melakukan empat kesalahan itu di AmIslamic Bank Berhad, Cawangan Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon di Kuala Lumpur antara 24 Februari 2011 dan 19 Disember 2014, dan untuk 21 lagi pertuduhan antara 22 Mac 2013 dan 30 Ogos 2013, di tempat yang sama.
Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah diteruskan lapor MalaysiaKini
Kenapa najib tidak dikenakan tindakkan kerna melawan perintah YDAgung? Sudah terang dan nyata bahawa najib sudah menderhaka pada Agung!! Tak kan cuma kes 1mdb dan kes SRC saja...kes menderhaka apa citer?
ReplyDeleteDalam urusan bisness sukar nak mentafsirkan kata Sultan sebagai Titah.
ReplyDeleteTetapi dalam apa keadaan Sultan perlu di hormati apa lagi melibatkan masa depan negeri.
Najib utama kan wang dalam semua perkara. Sultan macam mana pun tak banyak... tetap memikirkan kesan pada rakyat.
Ini kerana jawatan Najib di lantik.. Sultan di angkat.
Walaupun dari satu segi tidak di katakan derhaka tetapi apabila di ketahui umum ia nya di anggap Najib telah memderhaka.
Dan orang yang menderhaka itu lah yang terlibat dengan piagam..
Penderhaka patut digantung sampai mati. Paling best bawa naik helikopter dan terajang keluar!! Seperti yang dibuat oleh komunis Afghanistan!!!
ReplyDeleteTerlebih dahulu semua Sultan dan Raja Negeri tarik balik semua Darjat dan Pingat Kebesaran yang di kurniakan pada Najib.
DeletePengumuman di buat serentak..
Ambank yg ckp xbole cxl. Perjanjian tu Sultan dh tandatangan sebelum minta dibatalkan. Ini urusan perniagaan, Sultan xleh paksa ambank ikut ckp baginda. Fahamkan betul2 ikut cara perundangan.
ReplyDelete'maka pengantungan di peringkat akhir ini akan menyebabkan kehilangan keyakinan pelabur terhadap bon-bon kerajaan Malaysia. '
ReplyDeleteBanyak perjanjian yang di buat telah di batalkan termasuk perjanjian dengan China semasa Najib dan ada yang di kaji semula.
Jika di batalkan selalu nya kena bayar ganti rugi.
Perjanjian melibatkan 1MDB di buat dengan terburu-buru dan kemungkinan besar pihak bank di beri maklumat tidak betul atau tidak lengkap.
Nampak tak disitu bhw umno dan najib x rasis. Semua org kanan beliau dlm 1mdb adlh cina dan india. 1 malaysia katakan.
ReplyDeleteMasa berbincang nak nama kan piagam... Tu yang depa Tiba-tiba perasan..
DeleteTu yang tukaq... Pemufakatan Nasional.
Sebenarnya macam ini.. dalam menyamun harta.. Najib, Hadi.. baik UMNO .. baik PAS... mesti lupakan rasis.
Tapi dalam hal politik .. kena rasis sebab macam tu je cara nya nak selamatkan melayu.
Sekarang siapa yang bodoh? Najib sorang je yang kena dakwa...
Kena juga tahu.. siapa jadi saksi yang beri keterangan terhadap Najib? Melayu dengan Melayu... jangan cepat percaya sangat tau..
Lebih-lebih lagi berpewatakan serban dan berjanggut..
Sama2 bodoh cai...
DeleteManusia yg beriya2 nak penjarakan mahdey atas salahlaku rasuah dan salahguna kuasa selama 22tahun telah diangkat semula sebagai peeM oleh manusia yg sama.
Siapa bijak dan siapa bangang di sini?
Tak sama. Mahathir tak pernah di siasat dan tidak di dakwa. Semua usaha baik dari pakatan rakyat dan dari PAS tak berjaya.
DeletePaling bingai ialah Hadi. Hadi bukan saja nak kena kan Mahathir tetapi nak Mahathir terus jadi PM.
Sekarang Najib dan Hadi jadi pembangkang... Jangan kan tak desak Mahathir di siasat... sebut pun tidak..
Yang Mahathir kaya kan dan tolong bukan orang lain...
Najib kaya kan dan tolong kaum yang di benci oleh PAS.. sampai sanggup hina kan Agong...
Kes bmf forex yg hilang rm33b..mahdey disiasat tetapi ada malaun sanggup menerima hukuman jadi kambing hitam.
DeleteSama kes memali..arahan memang dpd mahdey tapi musa hitam jadi kambing hitam.
Belum lagi kes2 rasuah dan salahguna kuasa bailout syarikst anak dan kroni.
Syukur krn dia tak didakwa dan disiasat krn manusia2 yg ingin mendakwa dia semuanya dah lama arwah.
Bila tahu hubungan Najib dengan Jho Low begitu rapat... tak sangka sebelum persandingan UMPAS, mereka dah dapat 'anak'..
ReplyDeleteAda seseorang tanya mana satu jantan dan mana satu betina nya?
Selalu nya si ayah yang kahwin beberapa kali dan banyak bini, tak ambil peduli pasal anak..
Dan bila si ayah tak ada masa dengan semua bini maka si anak akan lebih rapat dengan si ibu. Si ibu lah yang buat kan Milo Ais untuk si anak...
Peace Bro...
Jho Low 2.0 “In The Making” ?
ReplyDeleteSiapa tak kenal Jho Low ? Nama yang cukup panas bertahun lamanya samada di luar atau dalam negara. Manusia yang menjadi punca kejatuhan kerajaan ‘tua’ Barisan Nasional . Adapun insan yang bernama Jho Low ini diberitakan sebagai pemuda yang kaya raya hasıl dari hubungan rapat beliau dengan bekas Perdana Menteri, Najib Razak .
Tag team Jho Low dengan pegawai khas Najib, si Amhari, akhirnya berhasil membodohkan Najib. Beratus juta wang rakyat terbazir begitu saja hasil dari proses pembodohan ini. Mana tidaknya, bersepah ‘proposal’ kroni-kroni Jho Low dan Amhari yang kononnya untuk kepentingan rakyat di ‘minit’ kan oleh Najib. Tak cukup dengan itu, sikap ‘diva’ dan ‘demanding’ makhluk-makhluk ini cukup menyakitkan hati pegawai kerajaan yang terlibat . Lebih sudu dari kuah !.
Kini di era yang kononnya ‘Malaysia Baru’ , yang kononnya bebas kronisma, bebas dari segala ‘letterhead’ yang diminitkan PM rupanya hanya indah khabar dari rupa. Rakyat dikejutkan baru-baru ini dengan ‘letterhead’ yang diminitkan PM Dr. Mahathir bagi satu projek yang nilainya hampir setengah billion ! Yang menyalurkan info berkenaan sebenarnya pegawai kerajaan juga .
Mungkin terkesan dengan penyebaran info berkenaan, satu lagi ‘letterhead’ yang di minitkan oleh seorang Menteri yang berjawatan tinggi dalam parti PPBM pula tersebar di kalangan penjawat awam, juga berkaitan projek yang mencecah ratusan juta ringgit !
Kita tak salahkan PM atau Pak Menteri yang tandatangan atau membuat minit pada letterhead kaki-kaki projek ini. Cuma kita harap PM dan Pak Pak Mehteri sedar kaki-kaki projek ini pada pilihanraya sebelum ini ‘berjihad’ sama-sama pengan Najib. Bila Najib tumbang mereka bertempiaran lari mencari payung baru. Salah seorang ialah Jho Low 2.0 yang kini cukup ligat di bangunan-bangunan kementerian mengusung proposal.
Pegawai kerajaan di bangunan kementerian berkenaan dipandang sebelah mata saja, maklumlah mungkin kerana beliau cukup yakin ‘connection’ beliau dengan PM ke-8 cukup kuat … dan tambahan pula nama hampir sama ! Buat masa sekarang kita simpan dulu tangkapan layar ‘letterhead’ syarikat Jho Low 2.0 yang diminitkan menteri bagi tujuan rundingan terus satu projek yang mencecah ratusan juta ringgit.
Mungkin ada yang tertanya kenapa kita labelkan makhluk ini sebagai Jho Low 2.0 ? Mungkin secara kebetulan, ciri-ciri yang ada pada Jho Low original ada pada makhluk ini. Jho Low 2.0 ini agak muda orangnya,seorang yang ‘obese’ , umur tak sampai 30 rasanya tapi kekayaan beliau melimpah ruah, mungkin hasil dari menjadi pengikut Najib yang setia, syarikat ‘development’ milik Jho Low 2.0 ini diberi ‘keistimewaan’ dalam projek-projek tertentu semasa BN memerintah. Sama macam Jho Low, makhluk ini gemar memaparkan kehidupan mewah beliau di instagram dengan follower lebih kurang 30 ribu orang. Ramai juga artis-artis yang berkawan dengan beliau. Jho Low 2.0 ini juga dilihat agak rapat dengan anak seorang bekas Menteri BN. Boleh agak siapa?
“Sebelum penyakit Jho Low dan Amhari ni berulang , lebih elok kita kejutkan pak pak Menteri yang ada ni sebelum dibodohkan macam Najib kena” . Itu ayat yang diucapkan si pemberi maklumat . Ini baru ‘intro’ , nanti lepas ni kita keluarkan surat berkenaan pulak ye… takkan nak tunggu sampai 2.6 billion hilang lagi baru nak siasat ?
Macam ini lah maklunat untuk rakyat. Betul atau tidak, rakyat yang akan fikirkan. Kita bukan cerita keburukan mana-mana pihak baik ph atau Piagam.
DeleteYang kita tidak mahu perkara berulang lagi.
Bagaimana pun, mana-mana PM sememangnya mempunyai kuasa terus meluluskan projek mega . Itu bukan pokok isu. Yang jadi isu ia lah ada kah PM telah salah guna kuasa nya? Jika hanya beberapa projek mungkin sebab-sebab tertentu. Tetapi jika jelas ada keraguan atau di lihat tidak masuk akal, itu yang jadi masalah nya.
Pihak lain perlu buat lapuran dan SPRM perlu di minta menyiasat.
Kesalahan juga kerana hanya orang jenis jho low ini akan di ujudkan oleh setiap PM sendiri. Pasti akan ada jho low in the making.
Tidak jadi masalah sekiranya rakyat tolak PH seperti mana rakyat tolak BN. Yang jadi masalah ia lah pertukaran dasar dan macam-macam lagi atas alasan tidak mahu ikut atau tiru terus apa yang di buat oleh kerajaan terdahulu. Malaysia belum lepas phasa ini.
Sampai mampus kita akan kekal dengan Malaysia Baru. Masuk PRU 22 pun kita dengan Malaysia Baru....
Waalahhuaqlam
Wang hilang dikatakan rm2.6b...
DeleteWang yg dihilangkan oleh mahdey selama 22tahun nilai semasa skrg dikatakan rm300b tak dikecoh pon. Bijaknya mahdey atau manusia2 yg ingin mendakwa dia dah lama arwah.....
11.23
ReplyDeleteako rasa ni kerja fitnah si renta tu kottt... demi kroni anak cucu kann
kikikiki..
Sapa pulak Jho Low 2.0 ni.... yang 1.0 pun tak selesai lagi... ada pulak 2.0... Kenapa tak dedahkan terus. Kuasa raayat kuasa keramat...
DeleteJho low 3.0 pula sekarang adalah peeM ke7 kita. Jho low 4.0 dah ramai proksi dan kroninya jadi billionaire termasuk anak2nya.
DeleteTapi mrk hidup bebas krn org yg ingin mendakwa jho low 3.0 dan jho low 4.0 semuanya dah arwah atau mendiang.
Percayalah kata2 saya....
Klu mrk masih hidup mungkin jho low 3.0 dan jho low 4.0 dah kena penjara.....hmmmmm
Hairan...
ReplyDeleteKenapa kerajaan semburit asyik berhutang billion2 setiap bulan?
Yg menghairankan...tak nampak sebarang hasil!!!
Tak lama lagi tercapai niat jho low 4.0 melihat hutang negara mencapai rm1trillion.
Anugerah bukan main banyak dia dapat tapi anugerah utk raykat mcm cibai iaitu makin banyak hutang!
Tak tahu siapa yg tongong sebenarnya...jl4.0 atau menteri yg jaga kewayangan????!!!
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!