Tulisan saya ini adalah reaksi setelah saya membaca rencana tulisan Dr Syed Husin Ali yang melemparkan pelbagai tuduhan tidak berasas kepada Dr Mahathir Mohamad.
Saya memohon izin untuk mengupas satu demi satu dan menjelaskan mengapa kenyataan Syed Husin dilihat tidak bertanggungjawab dan terpesong.
“Mahathir tidak boleh dipercayai. Rakyat mendesak transisi kepimpinan kepada Anwar Ibrahim”
Saya percaya bahawa sudah berulang-ulang kali Mahathir memaklumkan beliau menghormati keputusan Majlis Presiden PH berkenaan status beliau sebagai perdana menteri dan hala tuju masa hadapan.
Mengapa bersungguh-sungguh dan terburu-buru membuka isu ini lagi?
Serangan seperti inilah yang menimbulkan persepsi bahawa ada tangan-tangan ghaib yang ingin memporak-perandakan negara supaya Mahathir didesak untuk meletakkan jawatan.
Malah, ia menimbulkan spekulasi yang tidak perlu dan tidak diingini.
Kalau betul mahukan Mahathir berundur secara terhormat, berilah ruang untuk beliau mentadbir negara dan bukan asyik mendesaknya berundur walhal beliau dipilih oleh rakyat. Itulah makna terhormat.
Saya merupakan salah seorang anggota Majlis Presiden PH. Saya merupakan wakil tunggal Pemuda PH dalam badan itu, khususnya semasa perjanjian ditandatangani.
Tidak ada langsung garis masa “2 tahun” transisi peletakan jawatan dalam dokumen yang ditandatangani oleh kami.
Dahagakan pembaharuan, bukan sabotaj
Kalau tiada, mengapa ada cubaan berbohong kepada rakyat? Kenapa mendesak Mahathir meletak jawatan sekarang walhal perkara ini tidak pernah dipersetujui oleh kami?
Di mana Syed Husin semasa perbincangan ini berlaku? Mungkin dia lebih tahu daripada kami semua yang terlibat dalam Majlis Presiden PH.
Rakyat dahagakan pembaharuan dan penambahbaikan, bukan obsesi transisi, bukan perebutan kuasa dan bukan politik sabotaj.
Obsesi transisi dan excessive politicking memusnahkan impian kerajaan untuk membawa reformasi yang menyeluruh dan memulihkan ekonomi negara.
Apabila jerebu menyelimuti Malaysia, isu transisi dibincangkan dengan hangat lagi.
Apabila Mahathir sedang meyakinkan pelabur di luar negara, isu transisi dibangkitkan lagi.
Apabila Mahathir sedang sibuk memperkasakan institusi semak imbang seperti SPRM, PDRM dan media, isu transisi lagi sekali dibangkitkan.
Enough is enough. Bagaimana kita semua mahu melangkah ke hadapan apabila ada tangan-tangan ghaib yang mahukan kita untuk gagal?
“Apa keperluan YAB Tun M berulang-alik ke luar negara membazirkan duit rakyat. Apa hasilnya?”
Kita semua faham status Malaysia sebagai negara kleptokrasi sebelum PRU14. Imej negara tercalar di mata dunia. Banyak pelabur takut untuk datang ke Malaysia. Perjanjian berat sebelah seperti ECRL juga berleluasa.
Adakah kita mahu menikuskan diri daripada global diplomacy yang mampu memulihkan imej Malaysia di mata dunia?
Nilai pelaburan meningkat ketara
Setiap satu lawatan rasmi Mahathir ke negara luar sentiasa disusun dengan rangka kerja yang dapat memberikan manfaat besar kepada Malaysia dan isinya.
Sejak beberapa lawatan rasmi Mahathir ke negara luar yang lepas, saya sendiri boleh memetik beberapa kejayaan besar yang hanya dapat dicapai dengan kerja keras beliau dan warga pentadbiran awam lain.
Antaranya:
• Rundingan semula dengan China berkenaan projek ECRL dapat menyelamatkan lebih RM21.5 bilion wang rakyat dan melipatgandakan eksport kelapa sawit Malaysia ke China.
• Quarter-to-quarter investment dari AS meningkat daripada RM475 juta pada 2018 kepada lebih RM23 bilion pada 2019!
• Pelaburan dari Jepun meningkat secara mendadak dan bakal membuka universiti dan hospitalnya di Malaysia.
• Malaysia bersama-sama Turki dan Pakistan akan mengerakkan kempen besar-besaran untuk memerangi Islamophobia. Ia merupakan perpaduan ummah yang sebenar antara negara-negara Islam.
• Maruah negara dipulihkan dan Malaysia dikenali sebagai negara yang mengamalkan rule of law dan bukan lagi sebagai negara kleptokrasi, sekaligus mengembalikan kepercayaan pelabur asing.
Bukankah ini semua manfaat kepada Malaysia? Sudah tentu banyak lagi kerja yang harus kita semua lakukan untuk negara, tetapi merendah-rendahkan usaha Mahathir hanya dengan menggelarnya sebagai “berulang-alik ke luar negara membazirkan duit rakyat” adalah sangat tidak wajar.
“Kerosakan negara semua salah Mahathir, dari dulu sampai sekarang”
Saya ingin lontarkan beberapa persoalan dengan kenyataan ini.
Kalau negara rosak bawah pemerintahan Mahathir, adakah ia juga bermaksud menteri-menteri, khususnya timbalan perdana menteri pada masa tersebut juga patut dipersalahkan?
Timbalan perdana menteri dahulu merupakan Anwar, dan kini Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Disegani di mata dunia
Kalau Mahathir terpaksa dipersalahkan dalam semua perkara, adakah ia juga bermaksud beliau boleh “claim all credit” dalam segala pembangunan negara yang berlaku semasa 22 tahun pentadbirannya?
KLIA, Menara Berkembar Petronas, Putrajaya, Proton, Litar Antarabangsa Sepang, UiTM, MRSM, peruntukan biasiswa Mara yang naik mendadak dan lain lain.
Belum lagi jika kita hitung jutaan peluang pekerjaan berkualiti yang tercipta semasa pentadbirannya.
Kita sendiri berasa nikmat apabila nama Malaysia dihormati dan disegani di mata dunia.
Ya. Memang betul, tiada pemimpin yang bebas daripada melakukan kesilapan. Persoalannnya, kenapa kita cuba mensabotaj usahanya sekarang untuk memperbaiki kedudukan ekonomi negara?
Adakah desakan untuk beliau meletak jawatan secepat mungkin akan memperkukuhkan kedudukan ekonomi negara? Sudah tentunya tidak.
Malah, lihat sahaja Indeks Demokrasi 2019 yang meletakkan Malaysia di tangga 52 dari 165 negara serta Laporan Pemantauan Tadbir Urus Korporat yang menobatkan Malaysia negara keempat terbaik di Asia Pasifik berbanding ketujuh pada 2016!
Adakah ini bukan perkembangan positif yang kita raih bersama?
Seharusnya, setiap bual bicara, cabang idea dan karangan rencana kita semua menjurus kepada pembangunan negara dan menyumbang kepada masyarakat. Jika tidak, pendamkan sahaja niat memburuk-burukkan seseorang.
Cukup-cukuplah taasub berpolitik. Rakyat mahukan kita fokus kepada “politik perut” mereka, bukan sibuk dengan politik perebutan kuasa. Kami yang berkhidmat, bukan yang berhormat.
SYED SADDIQ SYED ABDUL RAHMAN
Ketua Pemuda PH
Apa yang Mahathir buat dan mendapat beberapa kejayaan hasil dari apa yang pakatan PKR, AMANAH (bekas PAS) dan DAP suara kan selama ini.
ReplyDeleteJika Najib berundur dan Mahathir di angkat sebagai pemimpin oleh ahli UMNO di mana PM selepas Najib adalah Zahir, ada kah semua itu mampu di lakukan oleh Mahathir?
Nasib baik pemimpin UMNO membisu semasa Mahathir menentang Najib dan berpihak pada Najib, Jika tidak Mahathir tidak mampu buat apa yang di lakukan sekarang.
Kesemua yang Mahathir buat samada berunding dengan China, peraturan dari Jepun dan lain-lain bukan lah pelik. Kerana penubuhan PAKATAN ada lah untuk menyelamat kan negara.
Kenapa semasa kali pertama menjadi PM Mahathir tak dapat lakukan semua ini. Memang tidak di nafikan dari segi pembangunan dan ekonomi boleh di katakan Mahathir berjaya tetapi nama Malaysia ketika itu ada lah teruk kerana kegagalan Mahathir dalam sistem keadilan dan kehakiman.
Najib sendiri mendakwa semasa beliau jadi PM ekonomi lebih baik..
Apa kah penyokong Mahathir dan BERSATU bersetuju dan boleh menerima sekiranya esok hari Majlis Pimpinan PH mengambil Keputusan supaya Mahathir berundur akhir tahun ini? Ini Keputusan konsensus PH..
SYED SADDIQ SIGARAGA KAT CELAH MANA SETIAP LAWATAN KE LUAR NEGARA TUN M(MANGKOK) BAWA MANFAAT BESAR PADA NEGARA...!??
ReplyDeleteSetiap satu lawatan rasmi Mahathir ke negara luar sentiasa disusun dengan rangka kerja yang dapat memberikan manfaat besar kepada Malaysia dan isinya.- Syed Saddiq Sigaraga
TUN M(MANGKOK) BENTANG PENCAPAIAN KERAJAAN BOSSKU BN DI PBB..!!
Dengan muka bodoh bebal sengal dan tak tau malu, Mahathir dengan bangga di NEW YORK mengatakan Malaysia berjaya meningkatkan ekonomi dan mengurangkan kemiskinan selama bertahun-tahun.
Selain berjaya mengurus dan mengekalkan sumbernya, iaitu dengan menggunakan data kecekapan pengurusan negara oleh PM dan Menteri Kewangan DS Najib Razak.
INI SEKO LAGI M FOR MANGKOK TINGKAT
BOSSKU PUNYA KERJA DIA YG MELONCAT2
SATU DOONIA DITIPUNYA PUNYA LAHANAT
MACAI BODOH PIANG JER TERKINJA YA AMAT
KIKIKIKKKK..
Malah Malaysia tidak mampu menjana pendapatan yang cukup hingga terpaksa membuat pinjaman baru pada setiap minggu untuk menampung pengurusan negara.
Apa dia fikir masyarakat antarabangsa bodoh macam pengundi PH gamaknya. Y
KEBUNTUAN IDEA MACAI TUN MANGKOK AJER
SATU DUNIA NAK DITIPU OLEH ATOKNYA PULA
ATOK BALIK LAH GORENG MAUT TAK LAKU YER
UDAH LA TU ATOK UNGKA BERUANG CIPAN YANG NAK CAYER
Tetapi dia tidak menyatakan setelah dia ambil alih kerajaan kadar kemiskinan naik 15% dan ekonomi negara jatuh dari tempat ke 2 yang bersaing dengan Singapura kepada tempat tercorot Asia yang sekadar sekadar bersaing dengan negara mundur seperti Vietnam dan Myanmar.
Malah Malaysia tidak mampu menjana pendapatan yang cukup hingga terpaksa membuat pinjaman baru pada setiap minggu untuk menampung pengurusan negara.
Apa dia fikir masyarakat antarabangsa bodoh macam pengundi PH gamaknya.
KUASA VETO PUN DR M(MANGKOK TINGKAT) PUN NAK BELASAHNYA.
Agak USA China Russia bole dengar ke apa atok M (Mangkok Tingkat) cakapkan tu.. atau sekadar acah acah power. Kat Malaysia kuasa PIBG lagi power dari kuasa Menteri dan Pidana Mintri.
BUKAN KUASA VITO ATOK UBAHSUAI
KUASA ATOK KITA YANG KENA UBAH
OTAK KOSONG IDEA RENTUNG SERABAI
ASET NEGARA DIJUAL SI HARAMJADAH
“Negara yang memiliki kuasa veto tidak sepatutnya menganggap diri mereka sentiasa tidak terkecuali daripada undang-undang dan norma antarabangsa,” kata Dr Mahathir ketika menyampaikan kenyataannya pada Perbahasan Umum Sesi ke-74 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di sini Jumaat.
KIKIKI.. ATOK BALIK LAH KE MESIA
JUAL AIR LIOR SEKO TAK KUASA DENGAR
GORENG SANA TIPU SINI SIA2 AKHIRNYA
LUBANG KUBO ATOK DAH BUNYI BERGEGAR
KIKIKIKI..
#UDAHUDAHLAMENIPUTUHH
Nama: __ Hendi Zikri Didi
ReplyDeleteKota: _______________ Malacca
pekerjaan: _ Pemilik bisnis
Setiap pemberitahuan: ____ hendidi01@gmail.com
Halo semua, harap berhati-hati tentang mendapatkan pinjaman di sini, saya telah bertemu banyak pemberi pinjaman palsu di internet, saya tipuan saya hampir menyerah, sampai saya bertemu seorang teman yang baru saja mengajukan pinjaman dan dia mendapat pinjaman tanpa stres, jadi dia memperkenalkan saya pada PERUSAHAAN PINJAMAN AASIMAHA ADILA AASIMAHA ADILA yang sah, saya mengajukan permohonan untuk Rm1, 3 juta. Saya memiliki pinjaman dalam waktu kurang dari 2 jam hanya dalam 1% tanpa jaminan. Saya sangat senang karena saya diselamatkan dari menjadi miskin dengan hutang. jadi saya menyarankan semua orang di sini membutuhkan pinjaman untuk menghubungi AASIMAHA dan saya meyakinkan Anda bahwa Anda akan mendapatkan pinjaman Anda.
Aplikasi / Pusat Kontak
E-mail: ._________ aasimahaadilaahmed.loanfirm@gmail.com
WhatsApp ____________________ + 447723553516
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!