Mengapa Dividen LTAT Pada 2018 Serendah 2 Peratus Sahaja?


Penjelasan mengenai mengapa Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) untuk tahun 2018 serendah 2 peratus sahaja ni aku petik dari Twitter @MSabu_Official..

Berikut adalah penjelasannya...

(1) Pendapatan LTAT pd tahun 2016 dan 2017 mengambil kira penjualan tanah masih belum selesai akan tetapi keuntungan sebanyak RM441 juta telah diambil kira.

(2) Hasil belum masuk, akan tetapi pengurusan LTAT di bawah pengurusan Ketua Eksekutif sebelum ini, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin sudah mengisytiharkan keuntungan dan membayar dividen secara berlebihan sebanyak RM556 juta pada tahun 2016 dan 2017.

Lodin adalah bekas pengerusi kpd 1Malaysia Development Berhad (1MDB) semasa pentadbiran bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak dahulu.

(3) Keuntungan terkumpul dari tahun 2015 sebanyak RM384 juta akhirnya merosot dan menjadi kerugian terkumpul RM170 juta pd tahun 2017.

(4) Kerugian pelaburan LTAT di dalam syarikat Buroi Mining Sdn Bhd sebanyak RM55 juta sepatutnya diambil kira pada tahun 2015, akan tetapi pihak yang sepatutnya membuat pembayaran telah bankrap.

(5) Hutang-hutang anak-anak syarikat LTAT iaitu daripada Pernama, Perbadanan Perwira Harta Malaysia (PPHM) dan Power Cable Sdn Bhd yang berjumlah RM38.15 juta serta susut nilai dan kerugian kredit sebanyak RM23 juta perlu diambil kira kerana tidak pernah dikira sebelum ini.

(6) Susut nilai dan kerugian dari anak syarikat LTAT, Boustead Heavy Industries Corp Berhad (BHIC) sebanyak RM60 juta turut diambil kira dalam laporan kewangan LTAT pada 2018.

(7) Oleh kerana sebab di atas, keuntungan bersih tahun 2018 hanya RM221 juta walaupun pendapatan kasar mencecah RM423 juta.

Disebabkan itu, dividen yg mampu dibayar LTAT hanyalah sebanyak 2 peratus bersamaan dgn RM161.2 juta.

Aset LTAT pada ketika ini berjumlah RM9.4 billion.

Mengapa bayaran dividen belum diterima daripada anak syarikat LTAT?

- Pada tahun 2017, anak-anak syarikat LTAT iaitu Pernama, PPHM dan Power Cable Sdn Bhd mengisytiharkan dividen yang tinggi akan tetapi sebenarnya tidak mempunyai kemampuan untuk membayar.

- Tindakan ini telah menyebabkan LTAT membayar dividen tinggi kepada pencarum. LTAT sepatutnya tidak boleh membuat pembayaran sekiranya tiada pulangan daripada anak-anak syarikat.

- Pengurusan terdahulu di bawah pimpinan Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin memberikan dividen yang tinggi kepada pencarum dengan menggunakan keuntungan terkumpul hingga memberikan tekanan kepada kewangan LTAT.

Bagaimanakah pengurusan baharu LTAT akan menyelesaikan masalah ini?

- LTAT di bawah kepimpinan baharu melakukan semakan terhadap kedudukan sebenar kewangannya. Segala hutang yang tertunggak, perlu ditolak dan ambil kira dalam laporan kewangan LTAT pada 2018.

Perkara ini perlu dilakukan agar LTAT dapat memperbetulkan keadaan dan laporan kewangannya akan menggambarkan keutungan sebenar. LTAT telah memulakan pelan transformasi yang terdiri daripada 6 teras utama:

(1) Visi dan Misi baru LTAT

(2) Memperkukuhkan tadbir urus korporat

(3) Memperbaiki pengurusan pemegang-pemegang berkepentingan strategik LTAT, terutamanya para perajurit.

(4) Meningkatkan pulangan pelaburan yang mampan.

(5) Memperbaiki pengurusan infrastruktur; dan

(6) pembangunan modal insan.

Pengukuhan tadbir urus sdg dilaksanakan, byk lagi langkah baru yg akn diperkenalkan. LTAT jg akn bekerja keras bg meningkatkan pulangan kpd ahli anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pd masa akn dtg.

Kalau tak puas hati boleh hentam dia kat SINI

3 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Dividen LTAT : Kalau bole salahkan salahkan orang lain buat apa nak ngaku salah sendiri..!!

    Mat Sabu kata salah pentadbiran lama. Sekali @najibrazak dedah dividen dari 1982 - 2017! Tengok ni...Najib Tun Razak.

    "..Bagi masa 36 tahun pun, tak tentu Mat Sabu boleh berjaya selesaikan Diploma Kulinari dia di ITM..." - Najib Tun Razak

    Kalau bole dapat gaji besar dengan sijil palsu, buat apa nak ngaku tak ada sijil ...tak gitu Bang Mat..!?

    Saya tengok penyokong Mat Sabu sedang mempertahankan dividen 2% LTAT dengan menyebarkan propaganda untuk menyalahkan pengurusan lama LTA - terutama terhadap Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin ini adalah rekod dividen dan bonus LTAT sejak tahun 1982 sehingga tahun 2017.

    1982 - 9.00%, 1983 - 8.50%, 1984 - 8.75%, 1985 - 8.75%, 1986 - 8.00%, 1987 - 6.50%, 1988 - 6.50%, 1989 - 7.00%, 1990 - 7.50%, 1991 - 10.00%,1992 - 11.00%, 1993 - 12.00%
    1994 - 13.00%, 1995 - 13.00%,1996 - 18.25% 1997 - 15.50%, 1998 - 13.50%, 1999 - 15.00%
    2000 - 13.00%, 2001 - 10.00% ,2002 - 10.00%
    2003 - 10.75%, 2004 - 15.75%, 2005 - 15.75%
    2006 - 15.00%, 2007 - 16.00%, 2008 - 16.00%
    2009 - 14.00%, 2010 - 14.00%, 2011 - 15.00%
    2012 - 16.00%, 2013 - 16.00%, 2014 - 15.00%
    2015 - 12.00%, 2016 - 12.00%, 2017 - 12.50%
    LTAT di bawah pimpinan Tan Sri tidak pernah bayar dividen dan bonus 2%.

    Ada hati penyokong PH dan Menteri PH nak salahkan Tan Sri Lodin lagi supaya dijadikan alasan kegagalan mereka?

    Macam biasalah, kalau boleh salahkan orang lain, nak buat apa mengaku kebodohan sendiri, betulkan Bang Mat...

    #bmf

    ReplyDelete
  2. Lapuran polis pada Mat Sabu dan Mujahit akan dibuat mengadaikan harta umat islam

    Satu lapuran polis akan dibuat dimaklumkan berkenaan satu jemputan media yang dibuat oleh Gerakan Memartabatkan Pejuang Negara (GMPN)berhubung satu terbitan yang bertajuk “LTAT, Tabung Haji: Amanah bantu DAP rompak dana milik Melayu-Islam?”

    Difahamkan bahawa GMPN bercadang membuat laporan polis di Dang Wangi esok di mana terbitan tersebut dikatakan mengandungi unsur-unsur menghasut dan fitnah.

    Susulan itu, saya akan membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya pada pukul 3 petang esok, disusuli dengan satu sidang media pada pukul 4 petang

    ReplyDelete
  3. FASA BARU PH SELEPAS KONGRES M(B)ARUAH MELAYU

    Rakyat menyambut kemenangan Pakatan Harapan dalam PRU ke-14 dengan sejuta harapan. Harapan mereka, Malaysia Baru tanpa kronisme, nepotisme, rasuah dan salah guna kuasa. Malaysia Baru dengan barisan Kabinet yang sangat berintegriti, berjiwa besar dan sangat prihatin masyarakat.

    Malangnya bukan itu yang mereka dapat.

    Bahkan negara sentiasa dalam keadaan bergolak. Lantaran PH juga sedang bergolak. PKR sedang bergaduh teruk sesama sendiri. Bersatu sedang diasak rapat. DAP semakin menunjukkan belang. PAN pula baru belajar cara bermesyuarat agung.

    Adakah Tun Mahathir mampu terus bertahan di dalam PH? Mampukan DAP dan PKR terus bersabar dengan karenah Tun Mahathir? Adakah Tun Mahathir akan digugurkan secara paksa? Apakah pula strategi Tun Mahathir seterusnya?

    Selamat datang ke fasa terbaru pergolakan di dalam PH.

    Buat Anwar, anda sudah nampak permainan Mahathir untuk mengenakan anda buat kali keberapa pun tidak tahu, masih tidak sedar-sedar?

    Baik jadi kayu jelah kalau tidak melawan.. kikikikikiki..!!

    Bila kepala penipu berkawan kepala perompak... lu fikir sindri ..!!

    Padan muko kau...!!


    #bmf

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post