Mustahil Undi Tidak Percaya Terhadap Tun M


Cadangan untuk melakukan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah mustahil.

>!--more-->Penganalisis politik Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Sivamurugan Pandian berkata, proses berkenaan bukan mudah kerana ia memberi kesan kepada politik negara.

“Proses undi tidak percaya tidak semudah itu dan saya percaya Yang Dipertua Dewan Rakyat juga arif mengenai kesannya.

“Undi tidak percaya perlu dibawa seseorang namun dalam isu ini siapa yang mahu melakukannya? Jika dibawa sekalipun, ia tidak akan berlaku dengan mudah. Ada proses yang panjang dan perdebatan serta diakhiri dengan undian.

“Yang di-Pertuan Agong perlu memberi perkenan sekiranya ia berlaku dan beberapa langkah perlu diambil untuk memastikan ia berlaku secara tersusun, licin dan lancar,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Beliau berkata demikian merujuk kepada pertemuan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di Putrjaya malam kelmarin yang ada kaitan dengan usaha untuk melakukan undi tidak percaya kepada Dr Mahathir supaya peralihan kuasa Perdana Menteri diserahkan kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sementara itu, Sivamurugan berkata, isu pertukaran pemimpin tidak semestinya melalui undi tidak percaya.

“Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) juga boleh membuat ketetapan atau satu tempoh masa transasi diberikan sebagaimana dari Tun Mahathir kepada Tun Abdullah Ahamd Badawi sebelum ini," katanya.

Sementara itu, penganalisis politik daripada Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi pula berpendapat tiada keperluan untuk melakukan undi tidak percaya atau pembubaran Parlimen seperti diminta pembangkang.

“Sekarang tidak timbul usaha undi tidak percaya atau bubarkan Parlimen sebab tiada keperluan yang khusus. Cara terbaik ialah melalui peralihan kuasa secara terhormat dan mengikut pelan peralihan sedia ada.

“UMNO tidak perlu campur tangan dalam rumah tangga PH sebaliknya fokus kepada parti, bermuhasabah dan menggunakan peluang diberikan rakyat sebaik-baiknya,” katanya lapor Sinar

11 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. ltte,,adib,rogol,semburit, bile nk SETLE? tidur ke?November 20, 2019 at 6:23 PM

    SENANG je..

    3 BOS undi x pecya.1 pncadang 2 pnyokong..SABU,nuar,LKS..


    Abih lerr madey..

    Kite rakyat..tgok je sape yg "ninggal"

    Hikhikhik

    ReplyDelete
  2. Sekali buat... akan ada lah lagi selepas ini undi tidak percaya.

    Sedang akan punca sebenar kemelut masalah negara perlu di ambil kira. Negara dalam keadaan yang parah akibat pemerintahan yang dahulu.

    Kalau di ambil kira hanya kegagalan PM sahaja... PM seterusnya pun akan gagal.

    Semua parti politik ingat hanya dengan kuasa dapat memulihkan keadaan negara.

    Anwar bukan sekadar bertanding di Permatang Pauh. Anwar menang di Kajang walaupun di sabotaj oleh Azmin dan PAS.. Selepas di beri Pengampunan penuh Anwar menang di PD... Berapa kerat MP yang ada rekod seperti Anwar?

    Bagaimana pun dalam keadaan sekarang masa dan segala-galanya tidak berpihak kepada Tun M.

    Tun M kena sedar masa dia dah berlalu.

    ReplyDelete
  3. Apa pulak undi tak percaya kepada Tun.? Kalau betul mustahil penganti nya Anwar?

    Azmin sedang berusaha melemahkan kedudukan Anwar sebagai Presiden. Perangai Azmin telah bermula sejak isu MB Selangor.

    Yang menyokong Tun kekal pun ada muslihat dan kepentingan seolah-olah orang lain terutama Anwar tidak layak jadi PM penganti.

    Jika Azmin tiba-tiba di angkat jadi PM.. Malaysia akan balik semula seperti zaman UMNO dulu. Sedang kan UMNO dah elok-elok nak berubah.

    Politik Malaysia baru nak segar tapi dengan cara Azmin mengadakan perjumpaan tertutup dengan pemimpin pembangkang... apa nak jadi lah Malaysia?

    ReplyDelete
  4. Menteri pembngunan nk test KERETA TERBANG esk..sndri pandu.

    Jgnn plak JATUH trus mninggal nnti.

    PRK Lgiii..

    Moga djauhkn musibah pmndu aerocar..Aamiin..kihkihkih.

    Mcm 2 hal PH niii

    ReplyDelete
  5. Kerajaan sah ialah PH. Biar PH yg tentukan, bukan mana2 individu. Klu mampu buat, biar mrk yg undi PH semasa pru14 buat pilihan. Sama ada nak kekalkan Tun atau ganti dgn dsai atau azmin atau......

    ReplyDelete
  6. Dulu kan selalu org ckp..."tu la taknak dengar nasihat orang tua"
    Maksud kat situ, bila kita dah tua, kita kena menasihat, bkn memimpin...

    ReplyDelete
  7. Apa kata diusulkan undi percaya bukan undi tidak percaya terhadap mahathir dlm dewan pastu kita tengok berapa undi dia dapat. Undi tidak percaya nampak kasar tp undi percaya nampak baik je cuma keputusannya akan memberi kesan yg sama.

    ReplyDelete
  8. Yg dok buat tahi pd masa ini ialah azmin dan kartel dibantu kawan baik dia hishamuddin. Masalahnya Tun M buat2 tak tahu konspirasi depa. Klu tidak knp azmin berani sgt. Dalam PKR pun azmin tak ada sokongan majoriti. Pihak2 lain dalam PH, kecuali Bersatu mungkin, masih bersabar tetapi utk berapa lama. Aku harap the original PR dlm PH dah ada plan A, B dan C utk strike jk azmin makin melampau. Cantas dia sehabis2nya sebelum dia mengganas. Manusia spt azmin tak layak jd PM. Dia akan jahanamkan negara spt najib dan rosmah.

    Penyokong Asal PR
    Pengundi PH

    ReplyDelete
  9. Nama: __ Hendi Zikri Didi
    Kota: _______________ Malacca
    pekerjaan: _ Pemilik bisnis
    Setiap pemberitahuan: ____ hendidi01@gmail.com

    Halo semua, harap berhati-hati tentang mendapatkan pinjaman di sini, saya telah bertemu banyak pemberi pinjaman palsu di internet, saya tipuan saya hampir menyerah, sampai saya bertemu seorang teman yang baru saja mengajukan pinjaman dan dia mendapat pinjaman tanpa stres, jadi dia memperkenalkan saya pada PERUSAHAAN PINJAMAN AASIMAHA ADILA AASIMAHA ADILA yang sah, saya mengajukan permohonan untuk Rm1, 3 juta. Saya memiliki pinjaman dalam waktu kurang dari 2 jam hanya dalam 1% tanpa jaminan. Saya sangat senang karena saya diselamatkan dari menjadi miskin dengan hutang. jadi saya menyarankan semua orang di sini membutuhkan pinjaman untuk menghubungi AASIMAHA dan saya meyakinkan Anda bahwa Anda akan mendapatkan pinjaman Anda.

    Aplikasi / Pusat Kontak
    E-mail: ._________ aasimahaadilaahmed.loanfirm@gmail.com
    WhatsApp ____________________ + 447723553516

    ReplyDelete
  10. Are you desperately in need of a hacker in any area of your life??? then you can contact; ( HACKINTECHNOLOGYatGMAILdotCOM ) services like; -hack into your cheating partner's phone(whatsapp,bbm.gmail,icloud,facebook, twitter,snap chat and others) -Sales of Blank ATM cards. -hack into email accounts and trace email location -all social media accounts, -school database to clear or change grades, -Retrieval of lost file/documents -DUIs -company records and systems, -Bank accounts,Paypal accounts -Credit cards hacker -Credit score hack -Monitor any phone and email address -Websites hacking, pentesting. -IP addresses and people tracking. -Hacking courses and classes CONTACT THEM= .HACKINTECHNOLOGYatGMAILdotCOM WHATSAPP +12132951376(WHATSAPP) my services are the best on the market and 100% security and discreet work is guarante

    ReplyDelete
  11. Are you desperately in need of a hacker in any area of your life??? then you can contact; ( HACKINTECHNOLOGYatGMAILdotCOM ) services like; -hack into your cheating partner's phone(whatsapp,bbm.gmail,icloud,facebook, twitter,snap chat and others) -Sales of Blank ATM cards. -hack into email accounts and trace email location -all social media accounts, -school database to clear or change grades, -Retrieval of lost file/documents -DUIs -company records and systems, -Bank accounts,Paypal accounts -Credit cards hacker -Credit score hack -Monitor any phone and email address -Websites hacking, pentesting. -IP addresses and people tracking. -Hacking courses and classes CONTACT THEM= .HACKINTECHNOLOGYatGMAILdotCOM WHATSAPP +12132951376(WHATSAPP) my services are the best on the market and 100% security and discreet work is guarante

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post