Segera Rombak Kabinet, Kata Penganalisis Politik


Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad perlu segera melakukan rombakan Kabinet bagi mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap Kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Penganalisis politik dari Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Ahmad Martadha Mohamed berkata, rakyat mula menilai kemampuan dan keupayaan kerajaan untuk melaksanakan manifesto semasa Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

“Pada pendapat saya, rombakan ini perlu dilakukan segera kerana rakyat mula menilai prestasi kerajaan yang sudah lebih setahun memerintah.

“Kebanyakan mereka sudah mula hilang kepercayaan berikutan kerajaan seolah-olah tidak mempunyai keupayaan untuk merealisasikan manifesto dan ia mempengaruhi keputusan di beberapa Pilihan Raya Kecil (PRK) apabila rakyat mula menolak calon kerajaan,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, barisan Kabinet sedia ada perlu dinilai semula sekiranya PH tidak mahu menjadi kerajaan sepenggal.

“Apa yang menyedihkan, tanda-tanda mereka akan melakukan kerja lebih baik tidak nampak dan barisan Kabinet yang ada sekarang ini harus ditukar kalau kita ingin melihat negara kita bergerak ke arah lebih baik.

“Dasar-dasar yang diperkenalkan barisan Kabinet sedia ada sekarang kebanyakannya tidak masuk akal dan menampakkan mereka tidak boleh menjalankan tugas yang diberikan.

“Mungkin dengan cara ‘membuang’ menteri-menteri terbabit adalah penawar untuk memulihkan kembali keyakinan rakyat yang sudah mula ‘putus harapan’ kepada Kerajaan PH,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Dr Mahathir yang akan menimbang untuk merombak Kabinet susulan kekalahan PH dalam PRK Tanjung Piai hujung minggu lalu.

Katanya, sebagai Perdana Menteri, beliau bertanggungjawab untuk melakukannya selepas mendengar pandangan Majlis Presiden PH.

Ahmad Martadha berkata, rombakan berkenaan tidak semestinya melibatkan semua menteri.

“Kita percaya sukar untuk Tun melakukan rombakan besar-besaran kerana ia melibatkan banyak perkara. Cuma yang penting, menteri-menteri yang ‘tidak berprestasi’ ini perlu segera ditukar dan digantikan dengan pemimpin yang jauh lebih berkaliber serta berpengalaman luas seperti Datuk Seri Mustapa Mohamed.

“Sekarang bukan lagi masa untuk beri pendedahan kepada menteri terbabit kerana mereka sudah mempunyai masa yang cukup untuk menunjukkan kewibawaan mereka. Pembaharuan ini perlu dilakukan dengan kadar segera,” katanya.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa UUM, Md Shukri Shuib berkata, rombakan Kabinet perlu dibuat untuk memperkukuhkan lagi jentera kerajaan selain meletakkan kepentingan rakyat di tempat teratas.

Katanya, ia bagi memastikan penyampaian sistem kerajaan berjalan baik walaupun pada masa landskap politik negara mungkin tidak berada pada tahap terbaik.

“Ia (rombakan) perlu segera dilakukan disebabkan prestasi PH kurang memberangsangkan menyebabkan rakyat mula hilang keyakinan. Justeru, Tun M perlu bina Kabinet baharu yang boleh mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kerajaan dan kita percaya beliau lebih berpengalaman dalam hal ini.

“Kabinet baharu ini perlu lebih profesional dan mengutamakan menteri-menteri yang mempunyai kebolehan mentadbir, hindari tokoh yang kontroversi,” katanya.

Bagi penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Sivamurugan Pandian pula berpendapat, rombakan Kabinet adalah hak Perdana Menteri tanpa bergantung kepada maklum balas umum.

“Selepas 18 bulan memerintah, PH berhadapan dengan defisit kepercayaan dan keyakinan ke atas pemerintahan mereka. Mungkin ini masa sesuai untuk melakukan rombakan, namun semuanya bergantung kepada Tun dan besar kemungkinan ia tidak melibatkan semua kementerian.

“Jika rombakan ini berlaku, mungkin Tun boleh mempertimbangkan pelantikan semula pemimpin yang pernah menganggotai Kabinet sebelum ini atau tokoh-tokoh yang dilantik sebagai Senator untuk membarisi Kabinet baharu,” katanya.

INFO:

Antara kementerian yang perlu dikekalkan:

• Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

• Kementerian Dalam Negeri

• Kementerian Pengangkutan

• Kementerian Luar Negeri

Antara kementerian yang perlu dirombak:

• Kementerian Pembangunan Luar Bandar

• Kementerian Sumber Manusia

• Kementerian Belia dan Sukan

• Kementerian Pembangunan Usahawan

• Kementerian Pendidikan

• Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama)

• Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial)

Laporan dipetik dari Astro Awani

35 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Menteri2 tongong perlu dibuang dlm tempoh 24jam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Termasuk yg dah mula2 bermain dgn rasuah. Tender terbuka yg dpt kelulusan bertukar jadi tender runding terus.
      Memalukan!!!

      Delete
    2. Dah lama kena buang. Masa PRU 14 dulu

      Delete
    3. Yg jd menteri skrg ni majoriti nya adlh pemimpin tertinggi dlm parti memasing..kalau yg itu pun dah bodoh melantun2 takkan nak lantik org yg lg bodoh jd menteri..apa punya formula la..stopa tu org umno br melompat lbh baik ko suh umno je jd menteri..sbenarnya menteri yg ada ni mmg sgt sesuai utk taraf otak rakyat msia buat pe nak komplen..

      Delete
  2. Menteri Pertanian nak letak mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Letak dalam baja

      Delete
    2. Bila bela golongan melayu susah semua dikira skandal tapi bila songlap duit melayu semua dikira pejuang bangsa.....apa sudah jadi bila cina dipilih untuk jaga hak melayu....sendiri fikir lah.....NAFAS tu siapa yang dapat faedah? Adakah tokey cina ada dalam NAFAS?

      Delete
  3. Mesej dari PRU14, kalau duduk atas jgn sesuka menyonglap. Kan dah kena buang?

    ReplyDelete
  4. Aku buat pengumuman ini bagi pihak dsai, mat sabu dan lge : Tun M mesti undur segera. Jangan biar Tun buli kepimpinan PH. Tak malu ka satu org tua boleh jd penghalang kpd kemajuan kerajaan PH. Majoriti sokongan masih bersama PH. Kerajaan PH mesti dipimpin oleh pemimpin PH yg tulen. Syaratnya mesti pernah turun rali dan berdemo masa zaman melawan BN. Tun tak memenuhi syarat ini. Tun masih dok main auta dia mcm biasa. Enough is enough

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cai...mahdey boleh counter balik yg ph tak mampu menang tanpa dia. Fakta benar. Anwar..gone end dan mat sabu dah cuba 4 pru tapi gagal. Masuk mahdey, ph menang. Sekali lagi ia fakta benar. Menang tanpa anwar yg dalam penjara.Fakta cai...
      Siapa tak kenal dgn mahdey? Pakar catur yg sangat hebat.
      Korang nak sailang dia?
      Sekali dia buat pc kecam atau dedah keburukan korang maka hancur luluh kote n telur anwar, gone end n mat sabun.
      Kalu dia mampu khianat umno demi kuasa utk anak..proksi dan kroni dia apatah lagi gabungan yg baru setahun jagung dia sertai. Dia tak rugi apa2 dlm usia sgt senja tu tapi legasinya seronok menikmatinya. Hati2 dgn suara keramat mahdey.

      Dia sebut jer bhw anwar mmg sah peliwat...hancur reputasi anwar selama2nya.
      Dia kata dap rasis dan pengamal rasuah dan salah guna kuasa...hancur dap di mata rakyat.
      Dia kata pan hanya pencuci najis dap...sesak nafas mat sabu.

      Maka...jangan nak counter sebarang2 dgn mahdey. Dia lebih tenang dan bijak dpd anwar. Apatah lagi gone end dan mat sabu.

      Delete
    2. Ada video dlm youtube...mahdey kasi amaran kalau pan..pkr..dap 'khianati negara' dia tak teragak2 utk belot.
      Khianati negara=khianati mahdey

      Tapi klu anwar ingin sgt jwtn pm dpd mahdey dgn kasar...secara khusus mgkin berjaya tapi pm yg dlm kepanasan sehingga pru15.

      Kita tggu siapa lebih bijak...

      Delete
  5. Dari rombak kabinet, baik ROMBAK PHancing ni!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lembab betullah madey. Kalau Najib dah lama dia kasi padam macam laporan audit.

      Kehkehkeh

      Delete
    2. Standard macai tak tinggi sekolah...draf dgn laporan audit tak tahu nak beza.
      Kalau draf boleh dipinda.
      Kalau dah jadi laporan tak boleh dipinda.

      Pelik...yg tandatangan mana2 laporan sampai skrg tiada didakwa dan dipenjara.

      Yg pernah kena penjara..anwar ibrahim yang gagal membuktikan mcm mana air maninya boleh terbenam 4cm dlm dubur saiful.

      Kehkehkeh

      Pendek ruper nye....hihihi

      Delete
    3. 2:43, kau tolong hadamkan ni:
      Government auditor Nor Salwani Muhammad is now hailed as the icon of the civil service after it came out in court that she secretly retained a draft copy of the original 1Malaysia Development Berhad (1MDB) audit report, which was ordered destroyed.

      Kalau tak faham suruh mana budak2 sekolah. Kehkekeh...
      Nak tunjuk bijak tp ternampak ketololan kau.
      Muahahahahhh.....

      Delete
    4. Icon???
      Dgr cerita tak ada suara najib dlm rakaman tu..
      Aku pon pernah buat draf...pinda bnyk kali sehingga kelulusan dan ditandatangan oleh ketua.
      Sekadar draf jer dah jadi icon...hihihi

      Video semburit lebih jelas tapi tak ada sesapa pon jadi icon..
      Bahkan diselamatkan pula si pelaku yg juga pak menteri...
      Apalah lahanat kerajaan semburit nie...

      Macai yg seronok giler tak faham maksud draf dan laporan.
      Yg tandatangan laporan tak kena dakwa dan jel sampai skrg...
      Apalah bangangnya kerajaan semburit nie...
      Lepas nie berdarah lubang telinga tun mangkuk melihat kebangangan macai2 nya....hihihi

      #perpaduanummah
      #bmf
      #KERA_jaansepenggaljer

      Delete
    5. Ikon kaki kencing...
      Kencing kepala raykat....
      Muahahahahhh...

      Delete
    6. Aisey 2:08. Kesiannya kat kau, kena arah buat draf utk kelulusan ketua. For sure kau ni bukan bos kat sana. Senang ckp kau ni cuma macai. Dan yg sedihnya draf tu kena pinda byk kali, menunjukkan betapa tak cekap dan bebalnya kau.

      Kahkahkah...popcorn kasi tambah... Muahahahahahahah

      Delete
    7. Sama dgn salwani...bukan ketua pon

      Pinda ayat..pinda perkataan..sblm ketua tdtgn....
      Perkara biasa...
      PAC dgn ahli spt tony puaka dan bbrapa beruk pakatan semburit mengesahkan tiada salahlaku...
      Hanya persepsi...

      Klu salah...tangkap dan dakwa sesiapa yg jadi ketua audit tu jika laporan tu palsu...

      Sama kes bmf forex...kenapa tak tangkap dan dakwa peeM ke4?

      Draf...nak buka kamus dewan juga ker...cai????
      hihihi....
      Draf yg dipinda pon tak paham..
      Patut mudah kena kencing hanceng...

      Klu laporan tu palsu...tuduh dan dakwa
      Setakat pusing bab draf dah kecoh berdegar mahacai2 semburit meraikannya....hihihi
      Muahahahahahhh

      #simpanbangangtusikitutkpru15
      #bmf
      #KERA_jaansepenggaljer

      Delete
    8. Patutlah kau jadi macai. Buat deraf pun bodoh, sampai kena tukar banyak kali. Lepas tu mahu sembang kencang, tp isu yg timbul kat mahkamah kau tak faham. Sembang aje lebih.


      Kehkehkeh...

      Delete
    9. Tangkap dan dakwa ketua audit kalau laporan palsu? Kau bengong ke cai? Kau tak fikir ke siapa pulak atas ketua audit tu, kalau bukan bossmuuuu?



      Delete
    10. Itulah nampak sangat macai semburit nie tongong sejak minyak tak turun rm1.50 seliter.
      Pinda dan ubah draf bukan satu kesalahan. Yg salah cuba ubah laporan.
      Dlm rakaman ikon semburit tak terdengar pon suara najib. Dan tidak dinyatakan sepenuhnya apa yg diubah dalam draf.

      Alahai...ubah draf pon dah meroyan puak semburit dgn rakamannya.

      Pelik...rakaman video semburit cuma menyepi jer sekor2 macai semburit.
      Hutang negara bertambah2 dan aset negara billion2 dijual tak ada kecoh pon macai semburit?!
      Janji 100 hari kena kencing tak kesah pon macai2 semburit2

      Ini draf yg belum lagi bhgn peguambela menyoal dah kecoh seolah2 KERAjaan semburit tunaikan janji2 mrk....lawak
      Hihihi....

      Cai..klu esok minyak rm1.50seliter dan semua plaza tolOL dihapuskan aku akan jadikan semua pemimpin2 semburit sebagai IKON NEGARA

      hihihi.....
      Muahahahahaha....

      #bmf
      #KERAjaansepenggal

      Delete
    11. Jangan dilayan sangat puak kereta terbang. Dia tak faham antara draf dan laporan.
      Mereka belum mampu membezakan drone dan kereta terbang.

      Delete
  6. Kongress PKR - What's a shame..!!? Another PKR member alleged that a payment of RM200 each had been made to those who attended.

    yesterday that a source close to Baru Bian labelled the PKR convention held in Sarawak yesterday a failure, with less than 500 members attending.

    the organisers) estimated about 1,500 people would attend but the hall can only cater for 600 people. Less than 500 people attended the event. It was an embarrassment,” the source was quoted as saying.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Org bagi rm200 tu ambik jer...
      Bila time mengundi nanti jangan undi perasuah..penjual harta negara..perogol..kaki hutang dan kaki kencing pru15 nanti.

      Delete
  7. Kem Anwar mengatakan Azmin hanya mempunyai 99 sokongan sahaja sedangkan untuk menubuhkan kerajaan pintu belakang Azmin memerlukan minimum 112 kerusi parlimen.

    Ugutan Tun untuk merombak kabinet rupa rupanya adalah untuk mendesak menteri menteri dikalangan parti Amanah agar menyokongnya dan berpaling tadah kepada Anwar.

    Menurut Kem Anwar ugutan tersebut membuktikan Tun masih kekurangan sokongan dikalangan ahli parlimen.

    Sekiranya Anwar membuat undi tidak percaya terhadap Tun didalam parlimen nanti peluang untuk menjatuhkan Tun amat cerah.

    Anwar nampak selesa dengan jumlah sokongan majoriti ahli parlimen terhadapnya.

    Cuma mereka hairan kenapa Anwar masih ragu ragu untuk meneruskan konspirasi menjatuhkan Tun secara terbuka.

    Di satu sudut negara, MB perak pula terus bermaharajalela melakukan onar kerana beliau tahu Tun tidak mampu untuk menegurnya kerana nilai satu undi Ahli Parlimen adalah tersangat penting diwaktu Anwar sedang berkira kira mahu mengadakan undi tidak percaya kepada Tun.

    Perbalahan Anwar vs Tun akan membuatkan nilai ahli parlimen melonjak naik.

    Ada yang mengatakan kini nilai satu maruah ahli parlimen sudah mencecah 25juta.

    Salah satu cara untuk mengalahkan Tun adalah menyasarkan pada kehidupan mewah anak cucunya sepanjang pemerintahan. Menyerang anak cucu Tok Wan adalah peluru senyap yang menumpaskan diktator Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adakah sokongan tun mangkuk kpd din pudu berkenaan tender mafas tersebut sebagai salah satu usaha pembelian jiwa mp2 panxxx oleh tun mangkuk????

      Diulangi kata2 tun mangkuk...dia akan belot jika negara dikhianati oleh dapigs..panxxx dan pgayR.

      #Adakah 'negara' di sini bermaksud tun mangkuk sendiri??
      #Khianat bgmana yg dimaksudkan oleh tun mangkuk?
      Dalam maksud kiasan khianat pada negara tu.....
      Adakah maksud khianat itu hanya pd tun mangkuk atau benar2 khianat pada negara seperti berkawan dgn yahudi zionis ker????

      Hanya puak anwar dan kit sial jer faham maksudnya...hihihi

      Delete
  8. Mana-mana draft sebelum di serahkan untuk di tanda-tangani telah di semak dan di kira muktamad.

    Sesiapa pun bos yang akan tanda-tangani draft percaya dan yakin se penuh nya pada orang yang menyediakan draft sebab dia sangat arif pasal bidang tersebut.

    Mustahil bos sendiri yang sedia kan draft tersebut kerana itu buka kepakaran dia.

    Bila bos suruh pinda samada ejaan nya salah atau maksud ayat tu tak kena tepat.

    Dalam hal ini si bos suruh pinda sebab dia mahu fakta nya di keluar kan dari lapuran. Mahkamah akan guna draft yang asal dan bertanya mengapa pindaan di buat ia itu keluar kan fakta sebenar.

    Contoh Joh Loh hadir mengikut draft tetapi lapuran yang di tanda-tangani menyatakan Joh Loh tidak ada dalam mesyuarat.

    ReplyDelete
  9. Biasanya surat-surat penting pegawai bawahan akan buat draf terlebih dahulu untuk disemak oleh ketua. Ketua boleh meminda ayat-ayat atau ejaan sekiranya perlu. WALAU BAGAIMANAPUN FAKTA sama sekali tidak boleh diubah. Contoh laporan kepada ibu pejabat mengenai kemusnahan tiga kenderaan pejabat yang telah dibakar oleh seorang staff kerana sabotaj. Laporan Polis telah dibuat dan siasatan masih dijalankan. Staff yang terlibat telahpun ditangkap.

    FAKTA seperti bilangan, jenis kenderaan, nombor plat dan nama staff (suspek) mesti tepat dan dikekalkan. Ketua akan dituduh menyeleweng/membuat laporan palsu sekiranya dengan senghaja meminda fakta sebenar.

    ReplyDelete
  10. Anonymous Nov 22, 2019 at 10:03PM
    Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub meminta media mendapatkan pengesahan ketua setiausaha negara (KSN) berhubung status ketua setiausaha (KSU) kementeriannya yang didakwa mensabotaj beliau berhubung isu tender baja pertanian. “Itu (KSU digantung atau dikenakan tindakan) tanya dengan KSN, saya tak ada pengetahuan tentang itu,” katanya ringkas pada sidang media selepas merasmikan Kongres Benih Asia 2019 di sini, hari ini.
    https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/11/25/kedudukan-ksu-kementerian-didakwa-sabotaj-tanya-ksn-kata-salahuddin/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klu berbalik kpd mrk mungkin ksu tu dah diangkat sebagai ikon malaysia baru....ptuuiiih

      Dulu tun mangkuk pernah kata projek lynas..mckip adalah projek jual negara kpd negara asing.
      Skrg...puaka tua tu bermadah sebaliknya ttg projek tersebut.
      Mengangkat nama negara ke persada global.
      Kesian dgn arwah2 dan mendiang2 puak semburit yg patah tengkuk membantahnya.
      Tongong tahap kereta terbang!!!
      Hihihi...

      Delete
  11. Wahai penduduk kampung semburit semua .. perang semburit akan tempor bila bila masa saja...

    Pada penonton wayang semburit maka siap kan pop corn dan tepuk kuat kuat semua

    Bersama beberapa perkembangan sebelum ini serta apa yang berlaku semalam di mana di dua Adun PKR yang pro Azmin bertindak memboikot Sidang Dun Melaka sehingga usul kerajaan negeri untuk melantik Pengerusi PKR negeri itu, Abdul Halim Bachik sebagai Senator ditolak dengan undi 13-12, Anwar kini sebenarnya tidak boleh berlembut atau berdiam diri lagi terhadap mereka yang menentangnya dan cuba menghancurkan PKR

    Bagi mesyuarat sayap Wanita PKR yang memang menjemput Azmin sebagai perasminya, kumpulan pro Azmin dikhabarkan akan memakai pakaian yang berbeza untuk menunjukkan perbezaan dengan mereka yang pro Anwar.

    Geng Azmin juga diperkhabarkan akan turut melakukan pemboikotan dalam Kongres Keadilan Nasional yang akan diadakan di Melaka pada 6 hingga 8 Disember depan.

    Hanya mereka yang pro Azmin dibisik-bisikkan tentang perbezaan pakaian yang perlu dipakai itu, manakala yang memakai uniform yang biasa dipakai selama ini akan dianggap sebagai pro Anwar.


    formula hilang stress = BMF + popcorn tambah + tepukkk

    ReplyDelete
  12. Ari ari citer bila mau tukar PM ,,, ari ari citer mau undi tak caya..

    Apa kata Ahli Parlimen mana mana puak usul pada speaker buat undian sapa mau atok kekal abis penggal pulak... asyik undi tak caye bila mau selesai daaaa..!!


    Amacam semua...!!??


    Ok tak cadangan ako ni...!!!

    mohon blogger main kan usul ni .. amacam 0ok tak...!!

    FormulaHilangStress = BMF + PopCorn Tambah + Tepuk

    ReplyDelete
  13. Nama: __ Hendi Zikri Didi
    Kota: _______________ Malacca
    pekerjaan: _ Pemilik bisnis
    Setiap pemberitahuan: ____ hendidi01@gmail.com

    Halo semua, harap berhati-hati tentang mendapatkan pinjaman di sini, saya telah bertemu banyak pemberi pinjaman palsu di internet, saya tipuan saya hampir menyerah, sampai saya bertemu seorang teman yang baru saja mengajukan pinjaman dan dia mendapat pinjaman tanpa stres, jadi dia memperkenalkan saya pada PERUSAHAAN PINJAMAN AASIMAHA ADILA AASIMAHA ADILA yang sah, saya mengajukan permohonan untuk Rm1, 3 juta. Saya memiliki pinjaman dalam waktu kurang dari 2 jam hanya dalam 1% tanpa jaminan. Saya sangat senang karena saya diselamatkan dari menjadi miskin dengan hutang. jadi saya menyarankan semua orang di sini membutuhkan pinjaman untuk menghubungi AASIMAHA dan saya meyakinkan Anda bahwa Anda akan mendapatkan pinjaman Anda.

    Aplikasi / Pusat Kontak
    E-mail: ._________ aasimahaadilaahmed.loanfirm@gmail.com
    WhatsApp ____________________ + 447723553516

    ReplyDelete
  14. Are you desperately in need of a hacker in any area of your life??? then you can contact; ( HACKINTECHNOLOGYatGMAILdotCOM ) services like; -hack into your cheating partner's phone(whatsapp,bbm.gmail,icloud,facebook, twitter,snap chat and others) -Sales of Blank ATM cards. -hack into email accounts and trace email location -all social media accounts, -school database to clear or change grades, -Retrieval of lost file/documents -DUIs -company records and systems, -Bank accounts,Paypal accounts -Credit cards hacker -Credit score hack -Monitor any phone and email address -Websites hacking, pentesting. -IP addresses and people tracking. -Hacking courses and classes CONTACT THEM= .HACKINTECHNOLOGYatGMAILdotCOM WHATSAPP +12132951376(WHATSAPP) my services are the best on the market and 100% security and discreet work is guarante

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post