GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebentar tadi mengisytiharkan wabak koronavirus yang telah meragut sekurang-kurangnya 170 nyawa sebagai kecemasan kesihatan global.
Perkara berkenaan diumumkan WHO selepas mengadakan mesyuarat di ibu pejabat pertubuhan itu di Geneva pada Khamis.
Ini berikutan kes berkaitan wabak berkenaan meningkat lebih 10 kali ganda dalam tempoh seminggu.
Ketua Pengarah WHO Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata perkara yang amat membimbangkan adalah potensi virus itu merebak ke negara yang mempunyai sistem kesihatan yang lemah dan tidak bersedia menghadapinya.
"Sebab utama pengisytiharan ini bukan kerana situasi di China, tetapi kerana negara lain.
"Terdapat 98 kes di 18 negara di luar China, termasuk lapan kes jangkitan manusia ke manusia di empat negara iaitu Jerman, Jepun, Vietnam dan Amerika Syarikat (AS),” katanya dalam video yang dikongsi menerusi Twitter rasmi WHO.
Berdasarkan data terkini, ketika ini terdapat 7,834 kes 2019-nCoV yang disahkan termasuk 7,736 jangkitan di China dengan 170 orang meninggal dunia di republik itu.
“Setakat ini tiada kematian dilaporkan di luar China dan kita semua perlu bersyukur. Walaupun jumlah itu masih kecil berbanding jumlah kes di China, kita semua perlu bekerjasama untuk mengehadkan penularan penyakit itu,” katanya.
Novel koronavirus mula dikesan pada Disember di Wuhan, China yang menyebabkan radang paru-paru dan gejala lain seperti demam, batuk dan kesukaran bernafas. Setakat semalam, Malaysia mempunyai lapan kes jangkitan yang disahkan.
Badan Kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendefinisikan darurat global sebagai peristiwa luar biasa yang merupakan risiko kepada negara-negara lain dan memerlukan koordinasi tindak balas antarabangsa.
China telah memaklumkan kepada WHO kes mengenai patogen baharu itu pada lewat Disember lalu.
Sehingga kini, China telah melaporkan lebih 8,243 kes dikesan termasuk 171 kematian direkodkan setakat 31 Januari.
Sebanyak 22 negara telah melaporkan mempunyai kes koronavirus dengan para saintis ketika ini sedang membuat kajian untuk memahami cirinya dan bagaimana ia tersebar. Pakar berkata terdapat bukti signifikan jangkitan manusia ke manusia.
Virus yang tersebar di China terutama di pusat epidemik Wuhan itu turut mencetuskan kebimbangan dunia susulan kes jangkitan yang dikesan di beberapa negara termasuk Amerika Syarikat, Perancis, Jepun, Jerman, Kanada dan Vietnam lapor AstroAwani Pengisytiharan ini secara tak langsung akan menyebabkan kawalan, pengekangan dan garis panduan perkongsian yang lebih ketat, sekali gus menjejaskan pasaran saham serta ekonomi keseluruhannya.
Ikut cara indonesia...sekat rakyat china ke negara mrk. Mrk tak perlu pantau dan jaga pesakit virus wuhan dan tak pening kepala kerajaan mrk. Rakyat tak risau dan memaki kebodohan menteri2 mrk.
ReplyDeleteTak spt KERAjaan semburit...benarkan rakyat china masuk...kena maki raykat...uturn sekat yg dari wuhan dan hubei shj. Mrk ingat yg wilayah lain china tu selamat juga ker???!!!
Kemudian ada yb2 bodoh semburit membandingkan denggi dgn virus wuhan. Bangang!!!
Kemudian ada mahacai yg buka sejarah sars wlpun tahu kerajaan peeM ke4 sekat rakyat china dan hongkong masa tu.
Ada lagi beruk banding pulak mers cov dgn para jemaah umrah dan haji ke arab saudi. Kenapa tak sekat kata si bangang tu.Kemudian ada pulak menteri bodoh virus wuhan dgn perkauman pulak sedangkan yg kita minta sekat masuk org cina dari china. Mgkin dapigs terasa sebutan china dan cina mcm sama kot. Dan yg paling bodo dan bangang nak kaitkan virus wuhan dan kes 1mdb najib pulak. Bodoh tak bertempat!!!
Susah klu otak dah penuh dgn air kencing pemimpin2 bangang mrk.
Are you desperately in need of a hacker in any area of your life??? then you can contact; ( HACKINTECHNOLOGYatGMAILdotCOM ) services like; -hack into your cheating partner's phone(whatsapp,bbm.gmail,icloud,facebook, twitter,snap chat and others) -Sales of Blank ATM cards. -hack into email accounts and trace email location -all social media accounts, -school database to clear or change grades, -Retrieval of lost file/documents -DUIs -company records and systems, -Bank accounts,Paypal accounts -Credit cards hacker -Credit score hack -Monitor any phone and email address -Websites hacking, pentesting. -IP addresses and people tracking. -Hacking courses and classes CONTACT THEM= .HACKINTECHNOLOGYatGMAILdotCOM WHATSAPP +12132951376(WHATSAPP) my services are the best on the market and 100% security and discreet work is guarante
ReplyDeletePost a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!