Anwar Sedia Tunggu Sikit Lagi Selepas Dua Dekad Menunggu


Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau sedia menunggu enam bulan lagi sebelum mengambil alih sebagai Perdana Menteri daripada Tun Dr Mahathir Mohamad dan yakin beroleh sokongan mencukupi di Parlimen bagi tujuan itu.

Dr Mahathir mengetuai gabungan Pakatan Harapan (PH) dan menang besar pada pilihan raya umum Mei 2018, menerusi kerjasama dengan beberapa musuh tradisi, termasuk Anwar, bagi menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak yang kini berdepan tuduhan rasuah berkaitan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dr Mahathir sebelum ini berjanji untuk menyerahkan portfolio Perdana Menteri kepada Anwar dalam tempoh dua tahun selepas pilihan raya, namun mengubah pendirian untuk kekal sebagai Perdana Menteri, sekurang-kurangnya hingga November ini, bagi menganjurkan sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).

Pemimpin berusia 94 tahun itu turut berkata, Anwar perlu memperoleh majoriti dua pertiga di Parlimen untuk membolehkan beliau dilantik sebagai Perdana Menteri.

“Sudah menunggu selama 20 tahun, lanjutan enam bulan lagi bukan satu masalah.

“Jika ada permintaan untuk kembali ke Parlimen, sudah pasti ia boleh dilakukan, namun PH memiliki kuasa majoriti ketika ini. Walaupun bukan anggota PH, sebahagiannya akan menyokong Perdana Menteri.

“Saya juga diberi jaminan itu. Mereka menyokong Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri, dan akan meneruskan sokongan itu apabila saya dilantik,” katanya dalam wawancara dengan Reuters hari ini.

Beliau turut menyuarakan keyakinan akan menerima sokongan semua rakan sekutu gabungan PH, sama seperti yang diberi kepada Dr Mahathir.

Anwar sebelum ini berkhidmat sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dalam tempoh 22 tahun Dr Mahathir menyandang portfolio Perdana Menteri keempat, namun dipecat selepas terbabit dalam pertelingkahan susulan Krisis Kewangan Asia.

Menurut Anwar, beliau sedia melupakan kisah silam yang penuh kepahitan dan sanggup memberi ruang kepada Dr Mahathir untuk meneruskan sumbangan memajukan negara, selepas dilantik sebagai Perdana Menteri.

“Kehadiran beliau akan membantu meningkatkan keyakinan ramai dan menyumbang kepada kestabilan serta keamanan negara.

“Tidak akan wujud sebarang perbezaan ketara dalam dasar politik. Akan wujud penekanan berbeza, namun atas kapasiti peribadi, saya mengalu-alukan kehadiran dan sumbangan beliau,” katanya.

Anwar juga memberitahu, akan berusaha memulihkan hubungan antara India dan Malaysia yang sedikit keruh selepas kritikan Dr Mahathir berhubung dua dasar baharu dilaksanakan New Delhi, yang menjejaskan dagangan minyak sawit antara kedua-dua negara lapor Berita Harian

13 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan hari ini menyelar dan meminta Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bersihkan diri dahulu sebelum mengimpikan jawatan Perdana Menteri ke-8.

    Ia berikutan kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam yang mendakwa jika beliau boleh tunggu 20 tahun untuk jadi Perdana Menteri, beliau tiada masalah untuk tunggu lagi 6 bulan untuk peralihan kuasa dilaksana.... kikikikikk..!!

    FORMULAACAHPOWER = HAAH TEPUK + BMF

    ReplyDelete
  2. Sekiranya Lokman masih belum dipecat, tindakan beliau mengumumkan pemecatannya sungguh tidak bertanggungjawab dan mampu menimbulkan kekecohan”

    Sebentar tadi, Datuk Lokman bin Noor Adam mengeluarkan kenyataan bahawa beliau dimaklumkan telah dipecat daripada menjadi ahli UMNO.

    lelongg..!! lelong lobakmam...!!

    atok bole amik lobakman free of charge!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ibu EVA FIORENTINA APRILA  dari palembang mengucap syukur kepada allah,karna melalui bantuan dari aki abdul jamal yg sebesar 20m kini saya sudah bisa menjalankan usaha saya lagi.Puji syukur saya panjatkan kepada Allah yang telah mempertemukan saya dengan Aki Abdul Jamal dan melalui bantun pesugihan putih beliau yang sebar 5M inilah yang saya gunakan untuk membuka usaha selama ini,makanya saya sengaja memposting pesang sinkat ini biar semua orang tau kalau Aki Abdul Jamal bisa membantuh kita mengenai masalah ekonomi dengan bantuan pesugihan putihnya yang tampa tumbal karna saya juga tampa sengaja menemukan postingan orang diinternet jadi saya lansun menhubungi beliau dan dengan senang hati beliau mau membantuh saya,,jadi bagi teman teman yang mempunyai keluhan jangan anda ragu untuk menghubungi beliau di No Wa 085-254-384-488- rasa
      senang ini tidak bisa diunkapkan dengan kata kata makanya saya suatu hari nanti saya akan berkunjun ke kediaman Aki untuk silaturahmi.Wassalam dari saya ibu EVA FIORENTINA APRILA dan untuk lebih lenkapnya silahkan buka blok Aki disini PESUGIHAN UANG GAIB TANPA TUMBAL

      Delete
  3. Anwar..anda tidak layak jadi PM..anda kuat wayang..
    Jgn fikir majoriti rakyat sokong kamu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Who are u and who is datuk khairuddin abu hassan? Lepas ni siapa yg masih boleh percaya dan buat janji dgn Atok must be out of their minds. Tobat aku....

      Delete
  4. malaysia negara ciput, kaya sangat pun tidak... tapi semua berebut nak jadi PM, semua tunjuk pandai...!

    ReplyDelete
  5. Telan TENGGILING; korona menantiiiFebruary 8, 2020 at 6:43 AM

    Wahhhhh

    UMNO da mcm parti "mak bapak" die punyerrr..

    Suke2 "pecat" ahli n suke2 bergabung dgn parti yg "mnjahanamkan" UMNO..

    Ular LIDI nk TELAN ular sawa..

    ReplyDelete
  6. Hmmm.....tunggu je lah sampai kiamat!

    ReplyDelete
  7. 1 sj aku minta. Kalo dh jd PM nnt tlg lh siasat pemakan rasuah dari semua parti. Jgn berat sebelah.

    ReplyDelete
  8. Anwar percaya ker janji mahdey tu???
    Klu manipistol bukan kitab bible..anggap jer janji mahdey hanya sandiwara wawasan 2020.

    Pakatan nasional dah robek rahsianya oleh lokman adam. Apalagi taktik mahdey kutty lepas nie???

    Dalih mahdey terbaru klu nak tukar peeM perlu dpt undi parlimen lah pulak. Dia kata belum tentu pgayR yg majoriti akan suka dgn anwar....hihihi

    Dah kata dah...org yg korang nak humban sgt dlm penjara dan skrg korang yg letak dia jadi ketua tak akan semudah itu nak lepaskan jwtnnya.Dia bukan bodoh mcm gone eng atau kit sial tu. Atau berlagak alim mcm azmin dgn video semburitnya. Apa lagi mcm mat gabra si anwar yg bnyk sgt spin janji tu. Nyanyuk2 mahdey otak legasinya masih berjalan.

    Klu dah bawak ke parlimen pula dan keputusannya 50/50....silap2 hari bulan akn berlaku pru15 lebih awal.
    Kecuali klu majlis presideng pakatan semburit berani menolak tua nyanyuk tu tanpa dolak dalih. Nak layan apa manusia yg cuma ingin meneruskan legasi lamanya. Bukan baik utk raykat pon...makin hancur negara sejak legasi tamak dan haloba nie berada di tampuk negara.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. PH tak pernah dengar pre-emptive strike ka? Strike Atok sebelum dia strike dulu. InsyaAllah tanpa Atok, kerajaan PH lebih aman dan pembangkang pun tak galak sgt

      Delete
  9. Sila buktikan kes sebelum ni adalah fitnah dan bawa si pelaku ke muka pengadilan. Sebelum ni nampak macam berani nak saman yusof rawther tu tetapi kenapa tak jadi saman pulak lepas tu. Ini menimbulkan persoalan kepada orang ramai. Berani kerana benar, takut kerana salah.

    ReplyDelete
  10. My name is Mrs.Aisha Mohamed, am a Citizen Of Qatar.Have you been looking for a loan?Do you need an urgent personal loan or business loan?contact Dr James Eric Finance Home he help me with a loan of $42,000 some days ago after been scammed of $2,800 from a woman claiming to been a loan lender but i thank God today that i got my loan worth $42,000.Feel free to contact the company for a genuine financial service. Email:(financialserviceoffer876@gmail.com) call/whats-App Contact Number +918929509036

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post