Lokman Malu UMNO Dipimpin Zahid Hamidi


Anggota Majlis Tertinggi Umno, Lokman Noor Adam hari ini tampil membidas presidennya sendiri, Ahmad Zahid Hamidi yang didakwanya mahu bekerjasama dengan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad.

“Saya amat malu hari ini kerana mempunyai seorang 'presiden yang lemah' dan tiada jati diri,” katanya dalam satu kenyataan.

Lokman turut mengepil petikan rakaman audio sepanjang tiga minit 18 saat, yang didakwanya diucapkan Ahmad Zahid ketika muncul dalam mesyuarat Jawatankuasa Perhimpunan Muafakat Nasional Umno hari ini.

Antara lain, petikan audio itu menyatakan bahawa bersandarkan Muafakat Nasional, Umno perlu mengikut tindakan PAS "supaya tidak tertinggal di belakang", selain bagi menyelamatkan Umno daripada diharamkan.

“Bagaimana pula dgn nasib bossku (Najib Razak)? Adakah lebih mudah untuk kita menyelesaikan masalah bossku bila kita bersama-sama dengan PAS, atau dalam satu organisasi yang kita boleh membuat keputusan?

“[...] Kalau (Umno) diharamkan ada di kalangan kita mengatakan, Oh kita ada organisasi lain yang kita boleh bergerak. Oh kita ada PAS. Ada di kalangan ahli-ahli Parlimen pun kata kita nak masuk PAS. Eh, PAS dah masuk sanalah,” kata petikan audio itu lagi.

Bagaimanapun, petikan audio itu tidak ada menyebut langsung nama “Mahathir” atau “PH” secara spesifik.

Bantah Lokman, Ahmad Zahid sengaja mempergunakan nama Abdul Hadi Awang (Presiden PAS) dan Najib bagi menghalalkan tindakannya yang dakwa Lokman, hanyalah demi mendapat hukuman lebih ringan terhadap pertuduhan yang sedang dihadapinya di mahkamah.

Lokman turut mempersoalkan tindakan Ahmad Zahid yang dikatakan mahu “tunduk” dan bekerjasama dengan Mahathir, sedangkan katanya, Mahathirlah yang mahu mengharamkan Umno dan membekukan akaun Umno.

“Jika ini sahaja yang mampu Zahid lakukan, maka sewajarnya beliau melepaskan jawatan beliau sebagai Presiden Umno.

“Lebih baik buat pemilihan semula sekarang supaya ahli ada hak untuk memilih pasukan yang mahu menentang Mahathir atau pasukan yang mahu berkerjasama dengan Mahathir,” katanya.

Malah, dakwa Lokman, sekiranya Umno diharamkan supaya membolehkan “penyokong Hishammuddin (Hussein) dan Zahid menyertai Mahathir”, beliau yakin lebih 90 peratus ahli Umno akan mengikut Najib untuk mengambil alih parti lain.

Dia turut berkata bahawa sebarang usaha untuk mewujudkan kerajaan pintu belakang atau gabungan dengan mana-mana parti sebelum pilihan raya umum ke-15 wajib mendapat kelulusan ahli akar umbi melalui Perhimpunan Agong Khas.

“Tindakan Zahid ini jelas telah melanggar disiplin parti dan mengenepikan suara akar umbi Umno,” tambahnya lagi lapor Malaysiakini

6 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Tak jadi isu besar sgt pon.
    Cuma raykat sedar mahdey mcm desperate nak kekalkan jwtn dia jer yg lokman dedahkan tu. Klu berlaku mgkin anwar berputih mata.
    Mainan politik mahdey dah dpt dibaca akan buat apa shj demi mengekalkan legasi anak, proksi dan kroninya.
    Lokman nie...buang stim tul!!!
    Hihihi.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ibu EVA FIORENTINA APRILA  dari palembang mengucap syukur kepada allah,karna melalui bantuan dari aki abdul jamal yg sebesar 20m kini saya sudah bisa menjalankan usaha saya lagi.Puji syukur saya panjatkan kepada Allah yang telah mempertemukan saya dengan Aki Abdul Jamal dan melalui bantun pesugihan putih beliau yang sebar 5M inilah yang saya gunakan untuk membuka usaha selama ini,makanya saya sengaja memposting pesang sinkat ini biar semua orang tau kalau Aki Abdul Jamal bisa membantuh kita mengenai masalah ekonomi dengan bantuan pesugihan putihnya yang tampa tumbal karna saya juga tampa sengaja menemukan postingan orang diinternet jadi saya lansun menhubungi beliau dan dengan senang hati beliau mau membantuh saya,,jadi bagi teman teman yang mempunyai keluhan jangan anda ragu untuk menghubungi beliau di No Wa 085-254-384-488- rasa
      senang ini tidak bisa diunkapkan dengan kata kata makanya saya suatu hari nanti saya akan berkunjun ke kediaman Aki untuk silaturahmi.Wassalam dari saya ibu EVA FIORENTINA APRILA dan untuk lebih lenkapnya silahkan buka blok Aki disini PESUGIHAN UANG GAIB TANPA TUMBAL

      Delete
  2. Alasan Bodoh...!! Atok nak goreng bodoh rakyat dan macai yang diberikan untuk menubuhkan Pakatan Nasional ialah kononnya untuk memberhentikan kerosakan yang berlaku pada ugama Islam dan bangsa Melayu sekarang.

    Agak pelik bila Dr. Mahathir berikan alasan begitu.

    Siapakah yang menjadi Perdana Menteri sekarang?

    Siapakah yang menjadi kerajaan sekarang?

    Hanya UMNO ini pun kononnya kerana memikirkan nasib anak bangsa, maka mereka bersetuju untuk bersama-sama dengan Dr. Mahathir...

    Mahathir tidak akan turun sebagai Perdana Menteri hanya kerana dia telah berjanji.

    Selama ini dia memang terkenal sebagai seorang pemungkir janji.

    Mahathir memerlukan sebab yang munasabah dan kukuh untuk tidak menyerahkan kuasa kepada Anwar dan menghalang Anwar dari menjadi Perdana Menteri ke-8.

    Cadangan ini timbul kerana Perdana Menteri Tun Dr Mahathir enggan menyerah kuasa kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didokong kuat oleh DAP.

    Khabarnya Tun Mahathir juga sudah muak dengan permainan DAP dan Hindraf yang cuba mengurangkan keberadaan karekter Islam dan Melayu dalam kerajaan.

    Kita tidak mahu dituduh menolak peluang memulihkan negara ini dan membantu rakyat di bawah.

    Jika ego dan kepentingan diri yang menjadi pertaruhan lebih baik kita menunggu pilihan raya. Dalam pilihan raya umum lebih banyak tempat untuk wakil UMNO dan lebih banyak ruang menjadi wakil rakyat.

    Namun pertimbangan ini harus yang terakhir bukan yang pertama. Yang pertama ialah perjuangan memulihkan negara ini.

    UMNO Khianat Muafakat Nasional?

    Apa-apa keputusan menyertai kerajaan atau tidak akan turut dibuat bersama Pas.

    Pas sendiri telah beberapa kali berjumpa dengan Tun Mahathir, dan mereka tidak pernah melahirkan apa-apa bantahan mengenai kemungkinan sebarang perbincangan pihak UMNO dengan Mahathir.

    Justeru tuduhan UMNO telah khianat Pas adalah tidak benar sama sekali. Malah UMNO dan Pas sentiasa berkomunikasi untuk memastikan kepentingan ummah terjaga dalam keadaan negara di kuasai oleh puak liberalis, DAP dan Hindraf.
    Rakyat muak mual dng fitnah jijik dah tidak percaya kepada Mahathir kepala perompak negara.

    Rakyat juga tidak percaya kepada Anwar kepala penipu dan pembohong. Dah sedap membontot, menyondol China Doll bila kantoi mula cari salah orang lain dengan beratus ratus tangguh dan auta penipu...!!

    Pada rakyat kedua-dua mereka iaitu Bapuk Tua pembohong dan Fossil Purba kepala perompak fitnah jijik ini sepatutnya sudah bersara dan berambosss....!!

    Sebab mereka telah banyak membawa bencana kepada politik dan ekonomi Malaysia selama ini.

    Zaman haprak fitnah, penipu pembohong mereka sudah berlalu dua puluh tahun yang dulu.

    Mereka patut memberi peluang kepada pelapis baru untuk menerajui negara dengan idealisme-idealisme yang baru.

    Rakyat juga banyak belajar politik daripada Dato' Seri Najib. Politiknya halus dan bijak, setaraf dengan world class leader tetapi tidak zalim fitnah jijik (fitnah dan tuduh dulu akhirnya terhegeh terkial mencari bukti dan fakta) seperti Mahathir.

    UMNO tidak pernah menawarkan diri untuk menyertai kerajaan.

    Apa yang berlaku sekarang ialah ada cadangan dari pihak lain untuk UMNO/BN dan PAS menyertai satu bentuk kerajaan baharu bersama parti-parti lain kecuali DAP dan PKR

    ReplyDelete
  3. Mahdey kata dia dah insaf sblm dan semasa pru14...
    Itulah pembohongan dan sandiwara biasa mainan seorg penyamun bersama dgn konco2 nya. Org lain hanya boneka utk menguatkan legasinya sahaja.
    Nampaknya dap dan pkr akan kena game oleh mahdey. Bukan senang nak turun dpd kerusi yg empuk bersama dgn proksi dan kroni yg tamak. Mgkin bukan utk diri mrk yg sedar tak lama lagi akan menyembah tanah tapi untuk legasi anak, waris, proksi dan kroni yg sedia maklum harta dan kuasa meletakkan diri mrk tinggi dpd org lain.
    Mrk sanggup buat apa shj dgn cuba meyakinkan raykat dgn plbagai alasan tapi dlm masa yg sama tangan yg sebelah melakukan dosa. Bijak berkata2 dan bijak melakukan dosa.
    Klu manifesto bukan kitab apalah sangat alasan2 yg mgkin menakutkan raykat utk diri mrk diletakkan sebagai kononnya pemimpin yg 'baik'.

    ReplyDelete
  4. Atok dah terdesak. Layan jer setakat mampu manusia gila kuasa tu!
    Tak heran ekonomi dan kestabilan negara makin merudum krn ada pemimpin gila kuasa spt mrk nie.

    ReplyDelete
  5. My name is Mrs.Aisha Mohamed, am a Citizen Of Qatar.Have you been looking for a loan?Do you need an urgent personal loan or business loan?contact Dr James Eric Finance Home he help me with a loan of $42,000 some days ago after been scammed of $2,800 from a woman claiming to been a loan lender but i thank God today that i got my loan worth $42,000.Feel free to contact the company for a genuine financial service. Email:(financialserviceoffer876@gmail.com) call/whats-App Contact Number +918929509036

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post