MP PKR Kena Bayar RM10Juta Jika Lompat Parti...


Sejumlah sembilan Ahli Parlimen PKR yang bertindak keluar parti akan dikehendaki membayar RM10 juta kerana melanggar perjanjian parti.

Menurut surat akujanji parti itu, terdapat klausa bahawa sesiapa yang menjadi calon bagi mewakili PKR terikat kepada perjanjian yang ditandatangani oleh mereka pada 25 April 2018.

“Saya terikat untuk membayar Parti Keadilan Rakyat RM10 juta atas terma dan syarat yang dinyatakan di bawah.

“Saya mengakui PKR parti politik yang telah berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan sejak tahun 1999 dan telah mengalami perbelanjaan besar dalam mempromosikan nama “Parti Keadilan Rakyat” dan penggunaan logo, lambang dan bendera parti dan dukungan oleh anggota parti yang merupakan nilai sumbangan kepada seseorang yang ingin bertanding sebagai calon dalam Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14),” tulis akujanji itu.

Semalam sembilan Ahli Parlimen PKR antaranya Ketua Sekretariat Pakatan Harapan (PH) yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Saifuddin Abdullah; Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Kamaruddin Jaffar; Ahli Parlimen Nibong Tebal, Datuk Mansor Othman; Ahli Parlimen Selangau, Baru Bian; Ahli Parlimen Batu Pahat, Datuk Rashid Hasnon; Ahli Parlimen Segamat, Datuk Seri Dr. Santhara Kumar; Naib Presiden PKR yang juga Ahli Parlimen Saratok, Ali Biju; Ahli Parlimen Puncak Borneo, Willie Mongin dan Ahli Parlimen Ranau Jonathan Yasin bertindak keluar parti.

Kesemua mereka bersama Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin bertindak keluar parti beramai-ramai.

Bagaimanapun, Azmin dan Zuraida dipecat oleh parti berkuasa serta merta.

Arahan untuk membayar denda itu berkuatkuasa selama tujuh hari berdasarkan perjanjian yang ditandatangani mereka. -MalaysiaGazette

13 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. 9 org x rm10j == rm90 jota

    Dlu tuduh PAS "mkan" 90 dri umno

    Hikhikhik

    HALAL kn lah brknaan 90j
    Kechik pnye Hal je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann..kecik punya hal jadi pengkhianat party dan mandat rakyat kan..kecik punya hal...

      Delete
    2. Macam tu lah puak pengkhianat negara. 90juta kecik je dengan mrk.

      Delete
    3. Mandat raykat??!!!

      Yg bangang2 dlm ph kencing mandat yg raykat beri...ada mrk pikir???!!!

      Rasanya kalau mrk bekerja ikut manipistol yg mrk janjikan dan jangan kacau perkara asas perlembagaan...semua ini tak akan berlaku.
      Seronok dan alpa dgn kuasa yg diberi tanpa peduli raykat yg letak bangang2 tu di tempat skrg.

      Skrg rasakan lah!!!
      Majoriti raykat tak peduli pon mp2 yg khianat parti mrk.
      Ko dah kencing merata2 dan skrg nak minta simpati....ptuuiihh!!!

      Delete
    4. Sekarang Najib dah jadi PM balik ke? Kikikiki...

      Delete
  2. Sumpah laknat jadi kenyataan dan PH hancur berkecai betapa besarnya pengorbanan boss ku Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pun menyokong rancangan kerajaan baharu itu walaupun Dr Mahathir bertegas Najib mesti menghadapi tindakan undang-undang atas pertuduhan yang dilakukan.

    Jika Najib memikirkan kepentingan diri dan populariti beliau yang sedang mencanak sekarang tentulah beliau akan menentang sebarang usaha membentuk kerajaan bersama Dr Mahathir. Namun bagi pemimpin UMNO dan Pas, agenda Melayu dan Islam dalam kerajaan lebih penting daripada kedudukan mereka.

    Selagi mahkamah belum jatuhkan hukiman sesorang itu belum dituduh bersalah ..

    DAP LGE terdesak untuk sokongan dari Tun (selama ini DAP dan PKR yg sabotaj Tun) hingga menuduh pemimpin kleptokrasi global utk menjadi kerajaan... Tokong hanya tunggu masa kes kamu dibongkar...!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila masa najib sumpah laknat ph jahanam? Mane najib ade tandatangan SD sokong mahathir?

      Delete
    2. Bila masa pulak Madey nak join UMNO? Perasan....

      Delete
    3. Najib sumpah laknat kpd mrk yg fitnah dia.
      Mgkin apa yg berlaku skrg adalah laknat ke atas beruk2 yg kaki fitnah tersebut.
      Redho jer lah. Lain kali jgn ikut kapir2 dapigs yg suka buat fitnah tu....

      Delete
    4. Mahdey tak pernah pon nak join umno dan rasanya pihak umno pon tak pernah nak join bersatu.

      Delete
    5. Kau buat fitnah kat Nuar boleh pulak.

      Delete
  3. My name is Mrs.Aisha Mohamed, am a Citizen Of Qatar.Have you been looking for a loan?Do you need an urgent personal loan or business loan?contact Dr James Eric Finance Home he help me with a loan of $42,000 some days ago after been scammed of $2,800 from a woman claiming to been a loan lender but i thank God today that i got my loan worth $42,000.Feel free to contact the company for a genuine financial service. Email:(financialserviceoffer876@gmail.com) call/whats-App Contact Number +918929509036

    ReplyDelete
  4. Ucastbisubs_gi William Hoover Crack
    tisjubanra

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post