Nasib Zuraida Dalam PKR Diketahui Selepas Mesyuarat MPP


Nasib Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin, dalam parti hanya akan diketahui selepas Majlis Pimpinan Pusat (MPP) bermesyuarat pada akhir bulan ini.

Ketua Whip PKR, Datuk Johari Abdul, berkata pada mesyuarat itu nanti, MPP akan membincangkan keputusan Lembaga Disiplin yang bertanggungjawab menilai surat jawapan Ahli Parlimen Ampang terbabit berhubung dakwaan melanggar disiplin parti.

Ahli Parlimen Sungai Petani yang juga ahli MPP itu menjelaskan, keputusan sama ada Zuraida dipecat daripada PKR atau tidak hanya akan diketahui selepas mesyuarat berkenaan.

“Setakat ini, penentuan sama ada Zuraida akan dipecat atau tidak bergantung pada keputusan mesyuarat MPP pada akhir bulan ini.

“MPP akan membuat keputusan berdasarkan laporan dibentangkan Lembaga Disiplin parti. Mesyuarat MPP biasanya diadakan pada Ahad terakhir setiap bulan,” katanya hari ini.

Beliau mengulas mesej tersebar dalam media sosial yang mendakwa Zuraida bakal dipecat daripada PKR, bulan ini.

Berdasarkan kalendar, mesyuarat MPP pada Ahad terakhir bulan ini ialah 23 Februari.

Rabu lalu, Zuraida yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyerahkan surat jawapan notis tunjuk sebab yang dikeluarkan Lembaga Disiplin pada 15 Januari lalu.

Lembaga Disiplin PKR sebelum ini dilapor memulakan siasatan terhadap pelbagai laporan salah laku membabitkan ahli serta pemimpin kanan parti, termasuk Zuraida yang dipercayai ada kaitan dengan ucapan pada ketika dan selepas Kongres Nasional PKR 2019 di Melaka, Disember lalu.

Beliau dan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ialah antara pemimpin yang didakwa memboikot hari terakhir kongres, namun mengadakan satu majlis makan malam di Kuala Lumpur pada hari sama.

Setakat ini, Mohamed Azmin yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi tiada menerima notis tunjuk sebab daripada Lembaga Disiplin berhubung tindak-tanduk beliau pada kongres dan majlis makan malam terbabit.

Sekiranya MPP membuat keputusan untuk memecat Zuraida, besar kemungkinan Kabinet perlu dirombak kerana jawatan menteri yang diisi beliau membabitkan kuota PKR.

Sementara itu, Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Ahmad Kasim, belum dapat dihubungi bagi mengulas laporan yang tersebar berkenaan lapor Berita Harian

2 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Saya ibu EVA FIORENTINA APRILA  dari palembang mengucap syukur kepada allah,karna melalui bantuan dari aki abdul jamal yg sebesar 20m kini saya sudah bisa menjalankan usaha saya lagi.Puji syukur saya panjatkan kepada Allah yang telah mempertemukan saya dengan Aki Abdul Jamal dan melalui bantun pesugihan putih beliau yang sebar 5M inilah yang saya gunakan untuk membuka usaha selama ini,makanya saya sengaja memposting pesang sinkat ini biar semua orang tau kalau Aki Abdul Jamal bisa membantuh kita mengenai masalah ekonomi dengan bantuan pesugihan putihnya yang tampa tumbal karna saya juga tampa sengaja menemukan postingan orang diinternet jadi saya lansun menhubungi beliau dan dengan senang hati beliau mau membantuh saya,,jadi bagi teman teman yang mempunyai keluhan jangan anda ragu untuk menghubungi beliau di No Wa 085-254-384-488- rasa
    senang ini tidak bisa diunkapkan dengan kata kata makanya saya suatu hari nanti saya akan berkunjun ke kediaman Aki untuk silaturahmi.Wassalam dari saya ibu EVA FIORENTINA APRILA dan untuk lebih lenkapnya silahkan buka blok Aki disini PESUGIHAN UANG GAIB TANPA TUMBAL

    ReplyDelete
  2. My name is Mrs.Aisha Mohamed, am a Citizen Of Qatar.Have you been looking for a loan?Do you need an urgent personal loan or business loan?contact Dr James Eric Finance Home he help me with a loan of $42,000 some days ago after been scammed of $2,800 from a woman claiming to been a loan lender but i thank God today that i got my loan worth $42,000.Feel free to contact the company for a genuine financial service. Email:(financialserviceoffer876@gmail.com) call/whats-App Contact Number +918929509036

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post