Dua penganalisis politik mempunyai pandangan berbeza sama ada cakap-cakap mengenai pembentukan kerajaan baru di bawah Pakatan Nasional akan berlaku.
Dakwaan pembentukan pakatan baru antara PPBM, PAS dan Umno untuk menyokong kepimpinan Dr Mahathir Mohamad akan memusnahkan harapan Presiden PKR, Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri ke-8.
Pada 20 Jan lalu, FMT melaporkan kemungkinan berlaku penjajaran baru politik yang boleh mendorong PAS ke Putrajaya susulan pertemuan Presidennya, Abdul Hadi Awang dengan Mahathir, tetapi ia mungkin memberi kesan buruk kepada DAP dan Anwar.
Bagaimanapun, penganalisis politik Azmi Hassan berkata, kemungkinan tipis untuk pakatan baru itu ditubuhkan kerana sesetengah pihak dalam Umno tidak mahu bekerjasama dengan PPBM dan Mahathir yang merupakan pengerusi parti itu serta Pakatan Harapan.
Katanya, Mahathir dilihat “punca utama” Umno dan Barisan Nasional kehilangan kuasa di Putrajaya, manakala cadangan pakatan baru itu bertentangan mandat diberikan rakyat Malaysia kepada PH pada 2018.
“Ya, Pakatan Nasional yang baru kelihatan amat menarik, khasnya untuk orang Melayu, tetapi untuk membentuk sebuah kerajaan, anda memerlukan sokongan semua pihak. Saya tidak lihat ini sebagai permulaannya walaupun Pakatan Nasional digambarkan sebagai alternatif kepada PH,” katanya.
Beliau berkata, cadangan pakatan baru itu hanya boleh dilaksanakan dengan Umno menjadi parti lebih dominan daripada PPBM yang diketuai Mahathir – tetapi “buat masa ini, dengan Mahathir menerajui negara, saya tidak nampak sebarang cara Umno boleh mengalahkan PPBM”.
Tetapi, James Chin dari Institut Asia di Universiti Tasmania berkata, Pakatan Nasional boleh dilaksanakan kerana 2 matlamat, iaitu menyingkirkan DAP daripada kerajaan dan menghalang Anwar menjadi perdana menteri.
Bagaimanapun, katanya, Hadi yang “obses” dalam memastikan DAP disingkirkan daripada kerajaan, membenarkan penubuhan kerajaan baru yang diperintah umat Islam.
Katanya, beberapa cubaan Anwar menjadi perdana menteri gagal sehingga kemenangan PH pada 2018 yang menghidupkan kembali harapannya.
“Tidak kira apa yang dikatakan rakyat mengenai kemampuan politik Anwar, Mahathir yang merupakan orang penting dalam pertukaran kerajaan pertama Malaysia.”
Katanya, kerajaan Pakatan Nasional akan mendapat sokongan pengundi Melayu, khasnya di luar bandar, tetapi bukannya golongan atasan dan pertengahan yang fasih berbahasa Inggeris.
“Majoriti umat Islam, khasnya orang Melayu di luar bandar akan menyokong cadangan ini (Pakatan Nasional) kerana propaganda DAP terlalu berkuasa dan orang Cina sedang menguasai kerajaan.”
Kemungkinan wujud pakatan baru itu dibangkitkan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Lokman Noor Adam pada awal minggu lalu yang mendakwa Presidennya, Ahmad Zahid Hamidi menyokong rancangan itu untuk cuba mengelak dibicarakan atas pertuduhan rasuah.
Hadi sebelum ini berkata, parti itu terbuka untuk pembentukan kerajaan Pakatan Nasional, walaupun Setiausaha Agung Umno, Annuar Musa menolaknya sebagai polemik politik.
Beberapa pemimpin PH bersetuju dengan Anwar yang berkata, ia sekadar “propaganda” dimainkan pembangkang lapor FMT
DAP banyak membuat keresahan pada penduduk majoriti melayu. Sekarang hrp DAP buka mata. Kerajaan boleh bertukar tanpa sokongan DAP. Anwar belum tentu dapat majoriti sokongan dewan rakyat.
ReplyDeletebankami.blogspot.com
Tokei dadah pon ad dlm DAP
Deleterogol "maid" pon ad dlm DAP
ltte pon DAP
ckup lgkap dap ni
Bullshit
DeleteSaya ibu EVA FIORENTINA APRILA dari palembang mengucap syukur kepada allah,karna melalui bantuan dari aki abdul jamal yg sebesar 20m kini saya sudah bisa menjalankan usaha saya lagi.Puji syukur saya panjatkan kepada Allah yang telah mempertemukan saya dengan Aki Abdul Jamal dan melalui bantun pesugihan putih beliau yang sebar 5M inilah yang saya gunakan untuk membuka usaha selama ini,makanya saya sengaja memposting pesang sinkat ini biar semua orang tau kalau Aki Abdul Jamal bisa membantuh kita mengenai masalah ekonomi dengan bantuan pesugihan putihnya yang tampa tumbal karna saya juga tampa sengaja menemukan postingan orang diinternet jadi saya lansun menhubungi beliau dan dengan senang hati beliau mau membantuh saya,,jadi bagi teman teman yang mempunyai keluhan jangan anda ragu untuk menghubungi beliau di No Wa 085-254-384-488- rasa
Deletesenang ini tidak bisa diunkapkan dengan kata kata makanya saya suatu hari nanti saya akan berkunjun ke kediaman Aki untuk silaturahmi.Wassalam dari saya ibu EVA FIORENTINA APRILA dan untuk lebih lenkapnya silahkan buka blok Aki disini PESUGIHAN UANG GAIB TANPA TUMBAL
duit 2.6b tu dulu pun DAP yg masukkan..nak knakan DSNR la tu..
ReplyDeleteSilaplahh kalau jadikan dsnr sbg kambing hitam dalam fitnah politik ph
Deletekasi peluang la hadi awangan mentadbir negara, masukkan hadi dalam kabinet. barulah maju negara, rakyat pun akan hidup senang.
ReplyDeleteMasa jadi mb dulu pong huruhara negeri. Kalau jd menteri mcm mana agaknya???
DeleteAku setuju ni. Lagi pun sasaran utama tun adlh najib bukan umno. Xlama lg masuk lh tu.
DeletePemikir politik jalanan merasakan atok akan dpt bermaharajalela dgn nafsu serakahnya jika bersama pakatan nasional..
ReplyDeleteMelayu bodoh yg dok komen disini: hampa ingat semua melayu bodoh mcm hampa ka? Jgn ingat politikus melayu umno dan pas baik sgt. Klepto, perasuah, pembunuh, perogol, penipu, kaki belit, munafik semua ada. Yg penting fulussss!!!! Itulah tuhan depa....
ReplyDeleteKau bnyk mkn tahik dapig sbb tu kau semakin bodoh...kikiki
DeleteBetul tu tuan. Boleh tanya dgn menteri2 BN. Berapa % masuk poket stiap kali projek kerajaan diluluskan. Tanya kat menteri depa.
Deletekiki itu pun ada dlm pH maaa... kroni perompak penipu raja dadah pun ada..
ReplyDeletebukan itu saja pluralist murtad COMANGO syiah pun ada bukan gadai negara gadai akidah pun adaaa...!!
mau fakta ka...!?
Raja dadah ka, ltte ka, perompak ka suma dlm proses sumbat dlm jel.. mereka sudah lama ada dlm masyarakat kita. Kenapa dr dulu mereka tak kena tangkap & dakwa? Mungkin mereka dulu sokong & undi bn kot??
DeleteMy name is Mrs.Aisha Mohamed, am a Citizen Of Qatar.Have you been looking for a loan?Do you need an urgent personal loan or business loan?contact Dr James Eric Finance Home he help me with a loan of $42,000 some days ago after been scammed of $2,800 from a woman claiming to been a loan lender but i thank God today that i got my loan worth $42,000.Feel free to contact the company for a genuine financial service. Email:(financialserviceoffer876@gmail.com) call/whats-App Contact Number +918929509036
ReplyDeletePost a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!