Tol Turun 18%, Jangan Diperdaya Pembangkang..


GEORGE TOWN: Rakyat diminta untuk menilai manfaat daripada pengurangan tol sebanyak 18 peratus yang diberikan kerajaan serta tidak terpedaya dengan hasutan serta dakyah-dakyah berhubung pengiraan yang dibuat oleh pihak pembangkang berhubung kadar bayaran diskaun tol itu dalam usaha mereka mengaburi mata rakyat.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, pihak pembangkang dilihat cuba mempersoalkan pengurangan kadar tol yang diberikan kerajaan baharu Pakatan Harapan dengan membuat perbandingan tempoh pengiraan yang perlu ditempuhi rakyat sepanjang tempoh konsesi tol itu sehingga 2058.

"Pihak tertentu tidak tahu kira dan sengaja menyatakan bahawa apabila kita melanjutkan konsesi sepanjang 20 tahun dan mengurangkan tol sebanyak 18 peratus, mereka cakap itu merugikan rakyat tetapi mereka tidak mahu mahu jelaskan bahawa semasa mereka (kerajaan dahulu) melanjutkan konsesi 20 tahun di bawah kerajaan dahulu, mereka tidak pun mengurangkan kadar tol," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Ahli Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Sing Kang di sini pada Ahad.

Lim berkata menerusi pengurangan kadar tol tersebut, ia telah memberikan penjimatan yang besar kepada rakyat dan juga kerajaan.

"Kita kurangkan kadar tol 18 peratus kita tidak perlu membayar pampasan bermakna kerajaan jimat sebanyak RM28 billion. Ia satu penjimatan besar. Sungguh pun kita buat usaha-usaha ini untuk rakyat Malaysia, masih ada orang dari parti lawan yang cakap potongan 18 peratus ini tidak bermakna kerana kita telah melanjutkan konsesi selama 20 tahun.

Pertamanya mereka (pembangkang). cakap, mengapa kita tak bagi percuma, apa kita boleh buat ...kalau kita nak bagi percuma boleh, kita kena keluarkan wang untuk beri balik pada konsesi, puluhan billion. Itu sebab kita cari alternatif lain iaitu kita melanjutkan tempoh konsesi tol selama 20 tahun tetapi ada pengurangan tol sebanyak 18 peratus dan ia tidak akan naik sehingga 2058 pun masih harga sama," katanya.

Lim berkata berhubung kadar pengiraan yang dibuat pembangkang berhubung kadar baharu bayaran tol itu, Lim berkata rakyat perlu menilai perkara berkenaan dari aspek "faktor diskaun" yang lebih memberikan manfaat dan penjimatan.

"Ada yang membuat perkiraan, mereka cakap 18 tahun anda bayar RM10. Lebih baik tak berbanding selama 38 tahun hanya membayar RM82 ringgit kerana 100 ringgit adalah untuk tempoh selama 18 tahun," katanya.

Lim berkata rakyat juga perlu memikirkan nilai wang yang akan dibayar untuk tempoh 10 tahun akan datang.

"Contohnya hari ini anda membayar RM1,000 dan dalam tempoh 10 tahun lagi anda masih membayar nilai yang sama, anda boleh rasai manfaat akan nilai wang pada masa itu dengan hanya masih membayar nilai sama, sudah tentu 10 tahun lagi nilai wang RM1,000 itu sudah tidak sama dengan hari ini," katanya.

Pada 1 Feb, jutaan rakyat Malaysia mula menikmati kadar tol 18 peratus lebih rendah yang merupakan satu penjimatan yang cukup ketara buat semua pengguna.

Bukan sahaja pengguna lebuh raya, malah penstrukturan semula konsesi PLUS itu juga membolehkan kerajaan membuat penjimatan RM42 bilion sepanjang tempoh konsesi baharu sehingga 2058.

Jemaah Menteri yang bermesyuarat pada 15 Jan, 2020 lalu telah memutuskan diskaun kadar tol sebanyak 18 peratus itu akan diberikan kepada kenderaan penumpang, bas dan teksi (iaitu kelas 1, 4 dan 5) di lebuh raya yang terlibat iaitu Lebuhraya Baru Lembah Kelang (NKVE), Lebuhraya Utara-Selatan Lingkaran Tengah (ELITE), Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia - Singapura (LINKEDUA),Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT 2), Lebuhraya Seremban - Port Dickson (SPDH), Lebuhraya Butterworth - Kulim (BKE).

Diskaun itu juga diberikan kepada kenderaan kelas 2, 3, 4 dan 5 yang menggunakan Jambatan Pulau Pinang lapor AstroAwani

7 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Aku ingatkan tolOL dah hapus...
    Maaf.. masih lemas dlm takungan kencing pakatan hasut.

    ReplyDelete
  2. rakyat tolong jangan tertipu lagi dengan kerajaan yang penipu dan u-turn ni. kabinet mangkuk semua. otak tak ada. sijil palsu boleh diangkat Menteri. Patut kena tangkap , dakwa dan dijail.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ibu EVA FIORENTINA APRILA  dari palembang mengucap syukur kepada allah,karna melalui bantuan dari aki abdul jamal yg sebesar 20m kini saya sudah bisa menjalankan usaha saya lagi.Puji syukur saya panjatkan kepada Allah yang telah mempertemukan saya dengan Aki Abdul Jamal dan melalui bantun pesugihan putih beliau yang sebar 5M inilah yang saya gunakan untuk membuka usaha selama ini,makanya saya sengaja memposting pesang sinkat ini biar semua orang tau kalau Aki Abdul Jamal bisa membantuh kita mengenai masalah ekonomi dengan bantuan pesugihan putihnya yang tampa tumbal karna saya juga tampa sengaja menemukan postingan orang diinternet jadi saya lansun menhubungi beliau dan dengan senang hati beliau mau membantuh saya,,jadi bagi teman teman yang mempunyai keluhan jangan anda ragu untuk menghubungi beliau di No Wa 085-254-384-488- rasa
      senang ini tidak bisa diunkapkan dengan kata kata makanya saya suatu hari nanti saya akan berkunjun ke kediaman Aki untuk silaturahmi.Wassalam dari saya ibu EVA FIORENTINA APRILA dan untuk lebih lenkapnya silahkan buka blok Aki disini PESUGIHAN UANG GAIB TANPA TUMBAL

      Delete
  3. Adoi..
    .dulu cakap mau mansuh tapi dipanjangkan..

    Takkan rakyat tak boleh beza..

    Tak ada otak ke rakyat ni..

    Rakyat tu bukan pembangkang shj..

    Semua rakyat malaysia tahu bezakan mansuh dan dan panjang..

    Dalam google, youtube dan komputer masih ada ucapan2 PH sebelum berkuasa.. toni phua, rafizi, lge dll kena tahu ...

    ReplyDelete
  4. 1+1=4..sbb 2 lgi tambah next weekFebruary 3, 2020 at 9:50 PM

    Bayor singgit 10taun lgi
    Bayo 80sen 30taun lgi

    Da tentu lah BAYAR BANYAK cepat habis n "menguntung kan"

    Ape punye BODOH " mnteri kwangan " kite niiiii




    WAHAI HATI

    Bersabo je lah dan "kebodohan" mnteri kite

    Moga menteri kite cepat PANDAI

    Aamiinn

    ReplyDelete
  5. Dulu dijanjikan hapus tol tapi sekarang tetap kena bayar tol lagi 20 tahun. Harap pengundi yg tertipu sedar kemunafikan mereka semua.

    ReplyDelete
  6. My name is Mrs.Aisha Mohamed, am a Citizen Of Qatar.Have you been looking for a loan?Do you need an urgent personal loan or business loan?contact Dr James Eric Finance Home he help me with a loan of $42,000 some days ago after been scammed of $2,800 from a woman claiming to been a loan lender but i thank God today that i got my loan worth $42,000.Feel free to contact the company for a genuine financial service. Email:(financialserviceoffer876@gmail.com) call/whats-App Contact Number +918929509036

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post