KUALA LUMPUR – Operasi empat Hotel Tabung Haji akan diteruskan di bawah pengurusan baharu iaitu UJ Property Management Sdn Bhd (UJPM).
Menurut Lembaga Tabung Haji (TH), pengambilalihan operasi dan perkhidmatan rangkaian hotel oleh UJPM merupakan sebahagian daripada Pelan Pemulihan Semula dan Penstrukturan Tabung Haji untuk mengurangkan komitmen kerajaan.
“Langkah pengambilalihan operasi hotel-hotel ini daripada THHR (TH Hotel and Residence Sdn Bhd) adalah langkah-langkah yang perlu diambil oleh UJ (Urusharta Jamaah Sdn Bhd) bagi memenuhi mandat yang telah diberikan oleh kerajaan bagi mengurangkan komitmen kerajaan.
“UJ memainkan peranan penting untuk memastikan objektif ini tercapai dan akan sentiasa giat berusaha untuk mengembangkan nilai aset-aset di bawah portfolio UJ,” katanya dalam kenyataan hari ini.
UJPM merupakan anak syarikat UJ.
Empat hotel terlibat adalah TH Hotel Kota Kinabalu, TH Hotel Penang, TH Hotel & Convention Centre Alor Setar dan TH Hotel & Convention Centre Terengganu yang sebelum ini diuruskan oleh THHR.
Kenyataan tersebut dikeluarkan berikutan laporan yang menyatakan THHR akan menutup empat hotel berkuatkuasa 1 April ini.
Menurut kenyataan itu, di bawah pengurusan baharu itu, hotel-hotel tersebut akan dijenamakan semula dengan nama Raia Hotel mulai 1 April 2020 ini.
“Kesemua hotel ini adalah sebahagian daripada pemindahan aset yang terdiri daripada 29 aset hartanah, satu (1) syarikat tidak tersenarai dan pegangan ekuiti yang mempunyai nilai semasa sebanyak RM9.63 bilion pada hari pemindahan.
“UJ telah menerbitkan sukuk sejumlah RM19.6 bilion dan membayar RM300 juta tunai bagi melengkapkan transaksi ini,”tambahnya.
Sementara itu, TH berkata, semua pekerja dijamin tidak akan diberhentikan, sebaliknya 90 peratus dikekalkan bekerja di Raia Hotel manakala baki 10 peratus akan diserap ke dalam THHR Kelana Jaya dan mereka akan menerima sagu hati.
“Selain itu, 90% kakitangan yang terlibat juga akan menerima saguhati berdasarkan sumbangan yang telah diberikan sepanjang tempoh perkhidmatan di THHR.
“TH akan sentiasa menjaga kebajikan kakitangan yang terlibat demi kelangsungan karier mereka di masa hadapan,” katanya. -MalaysiaGazette
Mujahil cakap berbelit2. Nampak sgt mulut sipenipu.
ReplyDeleteApa2 pon...jual lah selagi mampu semua harta milik org kita. Dah tak ada apa2 lagi boleh minta sumbangan mangkuk tua dan anak2nya yg kaya raya.
Walaun Pas dan Umno yang kaki fitnah, kau cakap Mujahid cakap berbelit-belit? Mesti kau ni dah jadi bodoh termakan duit jho low buat filem lucah the wolf of the wall street hahaha!!!
DeleteMalaun tu ko..tabung haji tu duit kerajaan ke..nk kurang kan komitment kerajaan..tu duut pendeposit..bukan duit kera jaan atau duit mujahit..
DeleteBila difikir betul2, kenapa masih ada syarikat yg berani beli dan tanggung kerugian TH Hotel tu. Syarikat yg ambil alih tu tahu keuntungan yg dia bakal dapat yg buat dia berani beli Asset tu. Cuit minda..
ReplyDeleteBila mana bonus TH naik, Nanti diam lah org yg bising2 pasal peralihan aset TH.
ReplyDeleteMy name is Mrs.Aisha Mohamed, am a Citizen Of Qatar.Have you been looking for a loan?Do you need an urgent personal loan or business loan?contact Dr James Eric Finance Home he help me with a loan of $42,000 some days ago after been scammed of $2,800 from a woman claiming to been a loan lender but i thank God today that i got my loan worth $42,000.Feel free to contact the company for a genuine financial service. Email:(financialserviceoffer876@gmail.com) call/whats-App Contact Number +918929509036
ReplyDeletePost a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!