<!--more-->Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memasuki gelanggang pertarungan politik pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada tahun 2018 dengan menggalas amanah sebagai parti komponen Pakatan Harapan (PH) untuk bertanding di 52 kerusi di Semenanjung dengan menggunakan logo Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Secara umumnya, Bersatu diberi tanggungjawab untuk bertanding di kerusi UMNO, selari dengan asas kewujudan dan penubuhan asalnya (raison d’etre) sebagai sebuah parti pribumi Melayu, juga sebagai alternatif, saingan dan mengambil tempat UMNO yang telah rosak dalam landskap baharu politik negara.
Kecuali Tapah yang telah menjadi kerusi tradisi MIC, Tanjung Piai (MCA) dan Simpang Renggam (Gerakan), semua 49 kerusi lain adalah di kerusi majoriti Melayu dan kerusi tradisi UMNO atau Pas.
Daripada 52 kerusi yang ditandingi, Bersatu berjaya memenangi 13 kerusi, bersamaan dengan 25 peratus kadar kejayaan parti.
Dari segi undi, jumlah undi keseluruhan yang diraih kesemua 52 calon Bersatu adalah 718,648, bersamaan dengan 28 peratus daripada jumlah keluar mengundi di semua kawasan berkenaan iaitu sebanyak 2,573,505.
Sebagai sebuah parti baharu, jenama baharu dan (menumpang jenama, bendera dan platform rakan-rakan), malah pertama kali pula memasuki medan pilihan raya tanpa ada track record asas pengundi, adalah penting untuk kita tinjau profil pengundi tipikal Bersatu.
Untuk tujuan itu, kita guna pakai sampel daripada 13 kerusi yang dimenangi Bersatu.
Keseluruhannya, ia melibatkan pengundi seramai 760,925 dengan demografi kaum 74 peratus Melayu, 21.3 peratus Cina dan 5.2 peratus India dan lain-lain.
Jumlah keluar mengundi ialah 625,199 (bersamaan 82 peratus).
Bermaksud, daripada 100 orang Melayu, 37 orang telah mengundi Bersatu. Daripada 100 orang Cina, 83 orang mengundi Bersatu dan daripada 100 orang India, 58 orang mengundi Bersatu.
Jumlah undi yang diraih oleh 13 calon Bersatu pula sebanyak 301,681 (bersamaan dengan 48.2 peratus daripada jumlah keluar mengundi).
Bermaksud, setiap 100 pengundi Bersatu, 57 daripadanya ialah Melayu, 37 daripadanya merupakan Cina dan enam daripadanya ialah India dan lain-lain.
Jika kita tinjau secara lebih mendalam, kita boleh mengenali profil pengundi berdasarkan parti yang pernah mereka undi dahulu. Itulah sumber datangnya pengundi Bersatu.
Undi yang sekian banyak yang diperoleh oleh Bersatu datangnya daripada tiga sumber penting iaitu pengundi asal Pakatan Rakyat (PR) (tidak termasuk pengundi tegar Pas), selebihnya ialah pengundi UMNO-BN yang mengubah keputusan mereka untuk melihat masa depan negara yang lebih baik.Pengundi
Pada PRU13, semua (kecuali beberapa yang mengundi Berjasa atau Bebas) pengundi yang menolak BN (dan UMNO) secara logiknya mengundi Pakatan Rakyat.
Harus kita ingat, pada PRU13, Pas bersama dalam koalisi PR, jadi pada PRU14, pengundi tegar Pas akan tetap mengundi Pas pada PRU14. Logiknya, dengan pertarungan tiga penjuru, sejumlah undi PR dilarikan kepada Pas.
Kesimpulannya, daripada 100 pengundi Bersatu, 54 daripadanya ialah asas pengundi PR yang sedia ada dan tujuh daripadanya adalah pengundi pertama kali, selebihnya 39 orang adalah pengundi UMNO-BN (majoritinya adalah pengundi Melayu UMNO, dengan pengecualian seperti di Simpang Renggam, Tanjung Piai dan Alor Gajah).
Nisbah itu menunjukkan bahawa 35 peratus pengundi Bersatu pada PRU14 yang lalu asalnya ialah pengundi BN pada PRU13.
Selebihnya, 54 pengundi ialah pengundi asas penyokong PR, cuma 30 daripadanya ialah Melayu dengan kemungkinan besar mereka ini ada pilihan parti sendiri sebelum wujudnya Bersatu dan akan kekal dengan parti tersebut dalam apa jua keadaan.
Cabaran sebenar Bersatu adalah bagaimana mengekalkan 39 orang bekas pengundi BN tersebut. Dari situlah Bersatu harus membina asas dan membiak.
Bagaimanapun, ia sangat bergantung kepada mood pengundi. Bersatu pula parti baharu, kewujudan Bersatu pada asasnya adalah untuk menjadi pengganti kepada UMNO dengan menawarkan budaya politik Melayu yang lebih telus dan bersih.
Kita boleh mencongak mood pengundi itu melalui pemerhatian daripada PRK di Semenyih dan Tanjung Piai.
Semenyih dan Tanjung Piai adalah dua contoh tipikal kerusi tradisi BN (UMNO di Semenyih, MCA di Tanjung Piai) yang dirampas oleh Bersatu pada PRU14.
Kerusi tersebut dimenangi atas faktor 35 peratus daripada pengundi asal BN PRU13 beralih angin dan mengundi Bersatu.
Namun, terbukti pada Pilihan Raya Kecil (PRK) itu, BN merampas kembali kedua-dua kerusi tersebut sekali gus Bersatu kalah teruk.
Sebab yang paling utama adalah kerana pengundi asal UMNO-BN telah kembali mengundi parti asal mereka. Bersatu cuma mengharapkan ihsan pengundi PR sedia ada.
Ringkasnya, Bersatu yang awalnya ditubuhkan sebagai parti alternatif kepada UMNO telah gagal bertahan dan tidak mampu menyaingi UMNO-BN di kubu tradisi mereka.
Bersatu wujud (dan menang) kerana UMNO mengalami krisis defisit kepercayaan orang Melayu. Sekiranya UMNO bangkit balik dan pengundi UMNO-BN mula berpatah balik kepada parti tradisi mereka, Bersatu akan bermasalah besar.
Masalah itu jelas terlihat melalui kegagalan Bersatu untuk menambahkan keahlian dan cawangan mereka selepas memenangi PRU14.
Di Semenyih, Bersatu hanya mempunyai satu cawangan, manakala di Tanjung Piai, Bersatu mempunyai lima cawangan berbanding dengan UMNO.
Bagaimanakah mungkin Bersatu sebagai sebuah parti Melayu dapat bertahan tanpa keahlian di peringkat akar umbi?
Seperkara yang perlu diakui, mana-mana parti Melayu yang ingin kekal hendaklah mempunyai keahlian di peringkat akar umbi yang ramai. Asas politik Melayu adalah politik berteraskan akar umbi dan keahlian. Itulah rahsia kekuatan UMNO dan Pas.
Semakin segera UMNO-BN bangkit, segera membina semula kekuatan, mengembalikan semula keyakinan pengundi tradisi mereka, semakin ia memberi masalah besar kepada Bersatu, malah ia bakal menenggelamkan Bersatu.
Rasa bersalah
Malah perlu kita akui lagi, mereka yang mengundi Bersatu jelas dan nyata hasrat mereka adalah untuk melihat budaya politik Melayu yang baharu, yang lebih telus dan berintegriti.
Sekarang, kita khuatir mereka semua menyesal kerana akhirnya Bersatu dengan tanpa rasa bersalah sekali bersekongkol dengan pihak yang dahulu mereka undi untuk jatuhkan.
Situasi terkini, dengan menjadi bilangan paling dominan dalam kerajaan Pusat di bawah koalisi belum rasmi yang dipanggil Perikatan Nasional serta setelah menerima hadiah dua buah negeri yang berMenteri Besarkan ahli parti (Johor dan Melaka) serta sebuah negeri didominasi mereka (Perak) serta habuan GLC-GLC utama negara, UMNO kini muncul bagaikan phoenix yang bangkit daripada abu.
Bukan sekadar talian hayat, malah ia peremajaan semula UMNO pada tahap paling maksimum.
Dalam keadaan mutakhir ini, menjelang PRU15, Bersatu bagaikan memberikan tengkuk mereka untuk disembelih mentah-mentah oleh UMNO.
Mengharapkan UMNO untuk beralah dengan mengekalkan status quo kerusi-kerusi Bersatu yang ada pula adalah bererti memberi laluan untuk UMNO kembali dominan dan akhirnya menobatkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Perdana Menteri kesembilan berdasarkan komposisi kerusi yang mereka ada sekarang.
Dalam kedua-dua senario itu, ia tetap tidak mampu mencabar status quo UMNO dan bererti kerugian yang terbesar dan bersejarah di pihak Bersatu pada PRU15 nanti.
Kepada ahli-ahli dan pimpinan Bersatu, lihatlah jauh ke hadapan jika sayangkan parti tercinta ini, bukannya kenyang dengan laba yang diperoleh sementara pada hari ini sahaja! Jangan menang sorak, kampung tergadai.
Dr Maszlee Malik
Tubuhkan RCI siasat Lim Guan Eng dan Tun Mahathir
ReplyDeleteKeadaan kewangan negara tak seburuk digambarkan Lim Guan Eng
KUALA LUMPUR: Ramai rakyat berpendapat bahawa ada perkara yang disembunyikan oleh bekas perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng daripada pengetahuan rakyat berhubung dengan tujuan pinjaman melalui Bon Samurai dari Jepun, dakwa Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang Tan Sri Mohd Yusoff Latiff.
Sehubungan itu, katanya, rakyat berpendapat adalah perlu bagi Kerajaan PN sekarang memulakan siasatan sama ada oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau wajar ditubuhkan suatu Suruhanjaya Penyiasatan Diraja (RCI).
Kasi fak kaw kaw Tun dan legasi tak gunanya bersama Lim Guan Eng, jangan bagi muka lagi.
Ini kata beliau bagi mencari jawapan dan penjelasan mengapa Kerajaan PH dan mengapa Tun Mahathir dan Guan Eng membuat pinjaman wang melalui Bon Samurai daripada Jepun sedangkan kewangan negara adalah kukuh.
Cukup cukup lah jangan kesian kesian bagi muka lagi dengan pemimpin ini.
Mandat demokerasi rakyat
ReplyDeleteInstagram: Aasimahaadilaaloanfirm
ReplyDeleteTwitter: ... aasimahaadilaahmedloanfirm
E-mel: aasimahaadilaahmed.loanfirm@gmail.com
salla Llâhu ‘alayhi wa sallam, nama saya Neni Syahir, saya adalah korban penipuan di tangan kreditor palsu. Saya kehilangan sekitar Rp.65.000.000 karena saya membutuhkan modal besar Rp. 5,5 miliar. Saya hampir mati, saya tidak punya tempat untuk pergi dan bisnis saya hancur, dan dalam proses itu saya kehilangan suami saya. saya tidak tahan lagi dengan hal ini. 4 November 2019 ini, saya bertemu dengan seorang teman lama di sebuah restuarant di Bandung yang memperkenalkan saya kepada seorang ibu yang baik, Ny. AASIMAHA ADILA MEMILIKI LOAN FIRM, yang akhirnya membantu saya mendapatkan pinjaman di sebuah perusahaan. Tolong, bantu saya untuk berterima kasih kepada ibu muslim yang memberikan pinjaman besar kepada pemilik perusahaan, pabrik burung hantu dan orang pribadi. Saya juga ingin menggunakan kesempatan ini untuk menasihati sesama orang Indonesia, Jika Anda ingin pinjaman modal besar, Anda dapat menghubungi mereka dan melihat situs web mereka Anda perlu tahu bahwa ada banyak scammers di blog ini yang tidak memiliki situs web di google map, saya menawarkan pinjaman dengan tingkat sangat rendah 1% dan saya mendapat pinjaman dalam 1 jam. .
Kontak Aplikasi pinjaman besar
E-mel: *******aasimahaadilaahmed.loanfirm@gmail.com
WhatsApp ::: ************ + 447723553516
Email saya; ***************** nenisyahir@gmail.com
Bismillâh ar-ra.hmân ar-ra.hîm
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!