Skandal Forex : Apa Yang Anda Perlu Tahu?



Bekas Timbalan Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid menyifatkan Skandal Forex itu jika didedahkan akan menjadi satu skandal terbesar dalam sejarah perbankan dunia. 

<!--more-->"Kedudukan kerajaan yang memerintah pada ketika itu juga akan tergugat dengan skandal ini, oleh itu, "penutupan" terpaksa dilakukan untuk menjaga imej Bank Negara Malaysia dan Kerajaan," 

Untuk makluman ada ketika itu Perdana Menteri Malaysia ialah Tun Dr. Mahathir dan Menteri Kewangan nya ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Abdul Murad mendedahkan BNM me­ngalami kerugian lebih AS$10 bilion (RM44 bilion) akibat dagangan mata wang asing iaitu lebih tinggi daripada nilai yang dilaporkan mengikut buku laporan BNM antara 1991 hingga 1994. 

Pada pertengahan 2012,bekas Timbalan Pengurus BNM, Dr. Rosli Yaakop dilapor mendedahkan beberapa maklumat berkenaan skandal mata wang itu dengan menamakan semua watak-watak penting dalam aktiviti tersebut. 

Dr. Rosli yang telah menyertai PAS pada tahun 1990-an dan memegang beberapa jawatan penting dalam parti termasuk pernah dilantik sebagai Pengarah Urusan Harakah, media rasmi PAS juga merupakan Pakar Ekonomi PAS. 

Bagaimanapun beliau telah meninggalkan PAS untuk menyertai AMANAH pada Mac 2018.

Beliau telah mendedahkan kepada kira-kira 400 hadirin dalam satu forum khas bertajuk “Bank Negara Forex Scandal: When Government Becomes Speculator” ada sekurang-kurang lapan isu utama berkaitan dengan tajuk forum itu. 

Forum telah diadakan pada 2.30 petang, Sabtu 2 Jun 2012 di Dewan Sri Pinang, Padang Kota Lama, Pulau Pinang. 

Isu-isu tersebut berserta dengan jawapan yang telah dikemukan oleh beliau telah dikongsikan dan disiarkan oleh Harakah pada 5hb June 2012. 

Berikut adalah pendedahan beliau..

1 - Wajarkah Bank Negara Malaysia (BNM) berspekulasi di pasaran pertukaran wang asing?

Tidak. BNM tidak boleh sama sekali terlibat di dalam kegiatan spekulasi di dalam pasaran wang kerana risiko kerugian daripada kegiatan ini amat tinggi. Fungsi sebenar BNM adalah sebaliknya, iaitu, memerangi kegiatan spekulasi. 
Di dalam pasaran pertukaran wang asing khususnya, fungsi teras BNM ialah menjaga dan melindungi nilai Ringgit Malaysia (MYR) berbanding nilai matawang asing khususnya matawang rakan dagang utama negara seperti Dolar Amerika (USD), Ringgit Singapura, Paun British (GBP), Deutch Mark (DM), Yen, Swiss Franc, French Franc dan sebagainya. BNM mesti melindungi MYR dari serangan spekulatif dan menjaga nilai pertukaran MRY supaya sentiasa stabil dan pasaran wang setiasa cukup kecairan.

2 - Bilakah BNM mula terlibat di dalam kegiatan spekulasi di dalam pasaran pertukaran wang asing? 

BNM mula melibatkan diri di dalam kegiatan spekulasi di pasaran pertukaran wang apabila Tan Sri Jaffar Hussien (arwah) dilantik Gabenor pada tahun 1985. Gabenor-Gabenor sebelum beliau – Tun Ismail Ali (arwah) dan Tan Sri Aziz Taha (meletak jawatan) – semuanya menentang kegiatan spekulasi matawang. 
Malah, mereka sentiasa mempertahankan BNM sebagai badan yang harus bebas dari campur tangan pemerintahan. Kerana tidak rela dijadikan “budak suruhan” kepada Menteri Kewangan yang mengarahkan Tan Sri Aziz berbuat sesuatu yang bertentangan dengan prinsip dan etika bank pusat, beliau memilih meletakkan jawatan. Mungkin, antaranya, beliau enggan berspekulasi di pasaran wang asing. 

Isyarat bahawa BNM akan bersepekulasi di pasaran pertukaran wang asing disebut di dalam satu syarahan yang disampaikan oleh TSJH di Delhi dalam tahun 1989. Beliau menyebut bahawa beliau telah menambahkan dimensi ketiga dan keempat kepada pengurusan rizab BNM, iaitu, mengoptimamkan keuntungan dan membangunkan kemahiran berurusniaga di dalam pasaran wang asing. 
Sebelum ini, teras utama pengurusan rizab adalah menjaga dan melindunigi nilai MYR dan mengekalkan kecairan di dalam pasaran. Sejak dari itu bermulalah penglibatan BNM dalam kegiatan spekulasi di pasaran wang asing dalam skala besar dengan tujuan menjana keuntangan maksimam sehingga mengkesampingkan teras utama pengurusan rizab.

BNM bukan lagi berspekulasi di dalam pasaran untuk menjaga nilai ringgit tetapi berjudi dengan harapan mendapat untung besar dan segera. Bila ada pihak yang bertanya kenapa BNM berspekulasi secara besar-besaran sedangkan tidak ada mana-mana bank pusat yang berbuat demikian, maka TSJH sering memberi alasan “untuk mempertahankan nilai ringgit dan mengawal inflasi.” Ini terbukti falsu kemudiannya apabila kerugian besar akibat berjudi terdedah dan nilai pertukaran asing MYR merudum dalam tahun 1997-98 diserang spekulator.

3 - Berapa besar dana digunakan BNM untuk berjudi di dalam pasaran pertukaran asing?

Kerana ketiadaan penyiasatan, jumlah dana terlibat sukar diperinci. Tetapi, pakar-pakar pasaran memang mengetahui bahawa pada satu ketika BNM (sebelum skandal terdedah) adalah pemain terbesar di dalam pasaran pertukaran wang asing di dunia. Lawannya hanyalah George Soros, “penyangak matawang.” 
Akhbar Reuter pernah melaporkan bahawa BNM adalah “sebuah kuasa yang dominan di dalam pasaran pertukaran wang sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Bahawa, BNM telah menjana keuntungan yang agak lumayan dari kegiatan itu sejak sebelum tahun 1992-93, telah mendorong BNM untuk bermain di dalam pasaran pertukran asing dalam skala yang semakin besar.”

Pedagang-pedagang matawang asing biasanya berjual beli dalam lot USD1 juta, USD5 juta dan paling tinggi USD 10 juta. Tetapi BNM berniaga dalam lot USD 50 juta dan kadang-kadang dalam lot USD1 bilion (dalam istilah pasaran, ini dipanggil satu ela) dalam sehari. 
Amat jarang sekali peniaga matawang asing berjual beli dalam lot yang besar. Penanding yang paling hampir kepada BNM dalam kegiatan jual beli di dalam pasaran pertukaran asing ini ialah pengurus-pengurus dana Jepun. Itu pun mereka berani bermain paling tinggi dalam lot USD50 juta dan setakat sekali atau dua kali setahun. BNM bermain dalam lot-lot besar ini setiap hari. Ertinya, BNM memang berjudi di dalam pasaran, satu aktiviti yang tidak ada kena-mengena langsung dengan fungsi “mempertahankan nilai ringgit dan mengawal inflasi.”

Strategi BNM ialah membeli dahulu sesuatu matang wang dalam jumlah beberapa bilion USD dan setelah urusan pertama ini selesai (selang beberapa minit sahaja), ia akan membeli beberapa billion USD lagi. Ini menjana kejutan di dalam pasaran dan pedgang-pedagang lain menjadi panik dan akan tergesa-gesa membeli matawang berkenanan. Akibatnya, harga akan naik dan ketika itulah BNM menjual pegangannya dan menjana keuntungan lumayan. Akhirnya, pedagang-pedagang lain akan tahu helah ini dan bila mereka tahu, mereka akan bertindak balas. Maka bertemulah buku dengan ruas.

Dalam tahun 1992, BNM berjudi di dalam Paun British (GBP). Ia membeli dengan jangkaan GPB akan naik nilai. Pada masa yang sama, George Soros membuat “short selling” ke atas GBP (jual dulu dan beli kemudian) kerana dia menjangka nilai GBP akan jatuh di masa hadapan. Jangkaan soros tepat. Nilai GBP jatuh. BNM rugi USD5.5 bilion dan Soros untung USD1.7 bilion. TSJH berbohong dengan mengumumkan bahawa BNM hanya rugi di atas kertas sebanyak RM9.3 bilion. Hanya kemudian (dalam tahun 1993) beliau mengakui BNM rugi RM10.1 bilion.

Pakar-pakar membuat anggaran bahawa kerugian sebesar itu hanya boleh terjadi kalau BNM berspekulasi dalam pasaran sebanyak US27-33 bilion. Jumlah ini 5 kali ganda jumlah rizab BNM pada masa itu dan lebih besar dari nilai asset BNM, iaitu, USD20.7 bilion ketika itu, bermakna BNM sudah bankrap. Ini bukan hendak menjaga nilai ringgit dan mengawal inflasi, ini berjudi sakan.

Perjudian BNM di dalam pasaran pertukaran wang asing ini telah dikesan oleh bank pusat Amerika (Federal Reserve Bank) dan Gabenornya pada masa itu, Alan Greenspan telah menggesa BNM menghentikan segera perbuatan itu. Tetapi, BNM buat pekak badak. Ia terus bermain judi dan akhirnya rugi besar lagi dalam tahun 1993.

Akhbar “Malaysia Business” melaporkan bahawa pada kemuncaknya, BNM pernah berspekulasi di dalam pasaran pertukaran wang asing sehingga RM270 bilion (USD90-100 bilion). Pedagang-pedagang matawang asing BNM amat agresif dan digelar “pembuli pasaran” (market bully). 
Mereka seolah-oleh diberi oleh bos mereka cek kosong, berbelanja ikut suka. Yang sebenarnya, yang berjudi itu seorang sahaja, iaitu Nor Mohamed Yakcop. Khabarnya (berita yang hangat di kalangan kakitangan BNM), apa yang beliau buat ialah beliau berjual beli menggunakan komputer orang lain - pegawai-pegawai di bawah beliau. Beliau akan bergerak dari satu komputer ke satu komputer sehingga pasaran melihat BNM mempunyai ramai pedagang matawang asing yang agresif walhal yang agresif hanya seoarng sahaja. 
Beliau selalu datang mesyuarat lambat dan ketika mesyuarat sedang berjalan, keluar pergi ke kamar dagangan (dealing room). Beliau membuat laporan palsu kepada Gabenor tetapi kerana dia licik, maka Gebenor percaya semua laporan sehinggalah “nasi telah menjadi bubur” barulah Gabenor sedar orang yang dipercayainya selama ini telah bermain kayu tiga dengan beliau, buat cerita dongeng.

4 - Berapa besarkah kerugian yang ditanggung BNM akibat dari perjudian itu?

Memang sukar diketahui dengan tepat tanpa penyiasatan. YB Lim Kit Siang pernah menyebut di parlimen bahawa jumlah kesemua kerugian ialah RM30 bilion, satu jumlah yang amat menggerunkan. Inilah jumlah kerugian yang paling kerap disebut di kalangan pemain pasaran.

BNM mengakui kerugian sebanyak RM10.1 bilion dalam tahun 1992 dan RM5.7 bilion dalam tahun 1993. Jumlahnya RM15.8 bilion, kira-kira setengah dari anggaran pakar. Jumlah yang diakui oleh BNM itu memang secara muslihat direndahkan. Sebahagian kerugian itu disorokkan melalui menilai semula pegangan emas BNM pada harga pasaran yang telah menjadi lebih tinggi berbanding harga mula-mula ia dibeli dan menilai pelaburan BNM dalam saham tersenarai dan beberapa lagi harta yang lain. 
BNM juga menggunakan “creative accounting” bagi menyorok kerugian. Kerugian telah ditukarkan menjadi “harta” dengan mencipta istilah baru perakaunan, iaitu, “deferred expenditure” atau “perbelanjaan tertunda” – wang telah dibelanjakan dahulu tetapi akan dibayar secara ansuran kemudian. Ini adalah penipuan. TSJH, seorang akauntan bertauliah, telah menderhakai profesyen beliau sendiri.

5 - Siapakah yang bertangungjawab di atas kerugian?

BNM berjudi sakan di pasaran pertukaran matawang asing semasa Tun Daim Zainuddin (TDZ) menjadi Menteri Kewangan. Semua orang maklum, TDZ ini seorang spekulator besar dalam pasaran saham. Beliau menjana kekayaan melalui spekulasi di pasaran saham. Dengan nada angkuh beliau pernah dilaporkan berkata: “Apa yang saya jana di pasaran saham itu hanyalah duit poket saya.”

Diyakini bahawa arahan “pergi buat duit di pasaran pertukaran asing” kepada BNM datangnya dari TDZ dan tentunya direstui oleh Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad (TMM). Umum mengetahui kedua-dua mereka rapat, bagaikan isu dengan kuku. Arahan itu dilaksanakan kerana BNM memiliki seorang Gabenor yang berwatak “Yes Man” bukan macam Tun Ismail Ali dan Tan Sri Aziz Taha. Harus diingat TDZ – kerana gagal menundukkan Tan Sri Aziz Taha dengan arahan tidak munasabah - telah berjaya menekan Tan Sri Aziz sehingga beliau meletak jawatan. Gabenor TSJH pula mempunyai “Yes Man” lapisan kedua, iaitu, Nor Mohamed Yakcop.

Pada peringkat BNM, kerugian gergasi ini adalah tanggungjawab TSJH dan Nor Mohamed Yakcop sepenuhnya. Mereka, walaubagaimana pun mengambil arahan daripada dan membuat laporan terus kepada TDZ dan TMM mengenai permainan mereka di pasaran matawang ini. Pegawai tinggi BNM yang lain tidak tahu apa-apa. Timbalan Gabenor pada masa itu, Tan Sri Dr. Lin See Yan diketepikan. 
Sesungguhnya, mereka berdua telah terpesong jauh dari batasan (went overboard) dalam memperjudikan harta BNM di pasaran pertukaran asing. Mereka bukan berspekulasi tetapi berjudi secara cuai dan tidak bertanggung jawab dengan tidak mengendahkan langsung tentang keselamatan harta BNM dan harta negara. Mungkin mereka bernafsu besar untuk mengalahkan Goerge Soros yang dikenali sebagai “raja perompak” (robber baron) itu bertujuan memenangi hati bos mereka bahawa mereka mempunyai kepakaran tanpa tolok banding di dalam urusniaga matawang asing.

Jadi, empat orang adalah orang yang harus dipertanggungjawabkan sepenuhnya di atas kerugian gergasi yang ditanggung BNM akibat perjudian di pasaran pertukaran asing – Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad, Menteri Kewangan, Tun Dain Zainuddin, Gabenor, Tan Sri Jaffar Hussein dan Nor Mohamed Yakcop.

Bila Dato Sri Anwar Ibrahim mengambil alih sebagai Menteri Kewangan dalam tahiun 1991, BNM memang sudah terperangkap di dalam perjudian di pasaran. Beliau dinafikan maklumat mengenai keterdedahan BNM dalam pasaran pertukaran asing – berapa besar pelaburan, untung atau rugi, semuanya disembunyikan dari beliau. Beliau mendapat maklumat serpihan dari pihak ketiga.

Beliau, seperti yang diakui. pernah meminta maklumat terperinci dari Gabenor TSJH tetapi beliau disuruh pergi memintanya daripada Perdana Menteri. Bila DSAI dilantik Menteri Kewangan, kerugian telah menggunung - “nasi telah menjadi bubur.” Apa yang boleh beliau buat hanyalah memberhentikan pendarahan dan itu beliau telah berjaya buat.

Beliau “membuang” Gabenor dan Nor Mohamed Yakcop dari BNM pada pertengahan tahun 1994 selepas pembentangan laporan Tahunan BNM 1993 yang mendedahkan kerugian dari spekulasi wang asing itu. Beliau juga melarang sama sekali BNM dari bersepekulasi di pasaran matawang asing. Larangan ini berkuatkusa hingga kini.

Penganalisis merasakan beliau akhirnya membayar kos yang tinggi atas tindakan beliau itu – difitnah, dibuang kerja dan dipenjara 6 tahun.

Orang yang memberi arahan supaya BNM berspekulasi di pasaran wang asing adalah TMM dan TDZ dan “kerja kotor” diserahkan kepada TSJH dan NMY untuk melaksanakannya. Jadi, TSJH dan NMY mempunyai pelindung. Sebab itu mereka bebas, tidak didakwa langsung.

6 - Kenapakah orang yang bertanggungjawab dibiarkan lepas-bebas?

Nor Mohamed Yakcop dipaksa meletak jawatan pada Julai 1994, satu hukuman yang amat ringan berbanding jenayah yang telah beliau lakukan terhadap negara. Malah, beliau kemudiannya diberi habuan lebih besar – kembali ke BNM dan menjadi menteri kabinet.

TSJH juga dipersilakan meletakkan jawatan tetapi dengan segera beliau dilantik menjadi Timbalan Pengerusi PNB sebagai habuan. Sejak dari itu, beliau hidup murung – jarang mendapat liputan media - dan dua tahun kemudian beliau menginggal dunia akibat penyakit barah.

Perdana Menteri dan TDZ pula tida siapa yang berani sentuh. Buat penyiasatan mereka tidak mahu. Mereka tidak lut undang-undang.

7 - Kenapakah skandal kerugian pertukaran asing BNM tidak disiasat?

Ini adalah kerana, pertama, pemimpin tertinggi negara nampaknya terlibat dan bersekongkol dalam perjudian ini. Kedua, penyiasataan mungkin mendedahkan banyak kepincangan dan perkara buruk yang boleh membawa kacau bilau politik kepada golongan berkuasa. Ketiga, perincian-perincian skandal ini mungkin terlalu mengerikan (too gruesome) kepada umum dan boleh menyebabkan malu besar kepada golongan berkuasa, sekiranya didedahkan. Keempat, wujud unsur-unsur jenayah di dalam skandal berkenaan yang boleh menyebabkan orang bertanggungjawab masuk penjara bukan masuk kabinet seperti yang berlaku sekarang.

YB Lim Kit Siang telah mencadangan di Parlimen supaya Suruhanjaya PenyiasatanDiraja ditubuhkan untuk menyiasat skandal kerugian pertukaran asing ini.

Pendedahan seterusnya silalah baca di HarakahDaily

32 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. FOREX = Foreign Exchange

    Forex atau Berjudi Forex dimana jual beli matawang bila harga naik jual dapat untung bila harga matawang turun mada tu untuk beli simpan, maxam, orang main saham brrebut nak pink form masa itu... apa aoa pun kesimpulan nya masih ada terma 'JUDI'

    Yang muskil sampai sekarang bila berjudi ada menang(untung) ada kalah(rugi)

    Masa untung duit keuntungan berjudi forex tu saoa yang rembat..!?

    Daim rembat kah, Atok yang rembat kah atau Brother yang rembat..!?

    Kalau duit untung masuk kantung kerajaan kenapa tak di istiharkan oleh Bank Negara..!?

    Bila rugi berjudi forex semua macam gampang..!! macam sial..!! suma perangai mangkok ayun macam celaka..!

    Meroyan, terpekik terlolong, heeeing sana heeenigg sini..!! Suma buat perangainmacam gampang sial... mula salah kan Soros, salahkan orang ituborang ini...

    Semua lari kan diri, buat bodoh bangang mula tunding jari sana sini.

    Tak ke sial namer nyer tu...!!?

    Elok di heret semua pemain pemain judi sampai membangkrapkan negara oleh manusia tamak haloba ini. Heret dan rakyat nak tahu macamana 32 billion lingkup hangus depan lubang idung masih buat buat bodoh bamgang sampai sekarang.

    RCI dah ditubuhkan maka sambung dan teruskan perbicaraan siapa dalang FOREX ini...

    Jangan kesian kesian lagi kali ini. kalau nak taji mangkok ni kasi taji cukup cukup kali ini... cukup lah buat muka kesian yg tak laku lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sapa nak taji? Ko ke?

      Delete
    2. Forex nie salah najib...hihihi

      Delete
    3. KARNA RASA HATI YANG GEMBIRA BERKAT BANTUAN AKI SOLEH
      MAKANYA SENGAJA NAMA BELIAU SAYA CANTUNKAN DI INTERNET !!!

      assalamualaikum wr, wb, saya IBU PUSPITA WATI saya Mengucapkan banyak2
      Terima kasih kepada: AKI SOLEH
      atas nomor togelnya yang kemarin AKI berikan "4D"
      alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI
      dan berkat bantuan AKI SOLEH saya bisa melunasi semua hutan2 saya yang ada di BANK BRI dan bukan hanya itu AKI alhamdulillah,
      sekarang saya sudah bisa bermodal sedikit untuk mencukupi kebutuhan keluarga saya sehari2
      Itu semua berkat bantuan AKI SOLEH sekali lagi makasih banyak ya, AKI
      yang ingin merubah nasib
      seperti saya..?
      SILAHKAN GABUNG SAMA AKI SOLEH Di No:082~313~336~747

      Sebelum Gabung Sama AKI Baca Duluh Kata2 Yang Dibawah Ini
      Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini..?
      1: Di kejar2 tagihan hutang..
      2: Selaluh kalah dalam bermain togel
      3: Barang berharga sudah
      terjual buat judi togel
      4: Sudah kemana2 tapi tidak
      menghasilkan, solusi yang tepat..!
      5: Sudah banyak dukun ditempati minta angka ritual belum dapat juga,
      satu jalan menyelesaikan masalah anda..!
      Dijamin anda akan berhasil
      silahkan buktikan sendiri
      Atau Chat/Tlpn di WhatsApp Aki: 082~313~336~747

      Angka;Ghaib: Singapura
      Angka;Ghaib: Hongkong
      Angka;Ghaib: Toto Malaysia
      Angka”Ghaib: Laos…
      Angka”Ghaib: Macau
      Angka”Ghaib: Sidney
      Angka”Ghaib: Brunei
      Angka”Ghaib: Thailand
      "KLIK DISINI ANGKA RITUAL TOGEL SGP HK SDY DAN DLL"

      Delete
  2. Sudah di taji kasi simen dan ratakan terus...!!

    ReplyDelete
  3. Main Forex ni tak boleh dituduh main Judi. Judi ni is a game of chance, pemain tiada kuasa hanya berharap nombornya naik. Berlainan Forex, analisa dibuat sebelum taruhan dibuat. Untung rugi perkara biasa lebih lagi ada pemain lebih bergeliga dari yg lain. Yg penting dapatkah penulis membuktikan siapa yg untung dari mainan Forex ini? Ada sesiapa masuk Wang dlm akaun peribadi? Itu sebab sampai sekarang tiada siapa boleh dituduh atas kesalahan jenayah. Penulis sendiri nampaknya banyak berspekulasi.

    ReplyDelete
  4. SOROS da pencen,main TIK TOK plak..hahahaJune 15, 2020 at 9:18 PM

    senang je cerita hal forex ni..

    FOREX ni cm main judi n "berpakat"..

    skali BET ko makan.

    2x BET ko mkan lgi

    3x BET ko mkan lgi

    4x BET ko mkan lgi

    smakin UNTUNG smakin GIAN..

    LAST skali ko BET BESAR..tup tup kene "ngap sayot" mlopongggg
    ...........................

    SOROS gak d SALAHKANnyaa..

    pdhal DORG ni smue 'berpakat" dgn SOROS..

    1 utk ko
    1 utk aku
    1 utk ko
    1 utk aku
    --------------

    paling "kuat" pon SOROS hnya d MAKI HAMUN dlm paper je..

    kite RAKYAT yg "bebal" ni prcya bulat2 smue ni salah SOROS..


    kihkihkihkih

    Ada BETOI kerrr???

    10b usd share 4 5 org..manyak SYOK oooo


    ReplyDelete
  5. dah setengah abad rakyat kena gula gula kan kat mamak ni.... kikiki..

    dah dah lah tuhhh.. naik meluat menyampah tengok muka gampang tu..


    kikikiki

    ReplyDelete
  6. So bila nK dakwa nya si madey ni? Pusing2 dari zaman najib perintah, smpi la ni najib masuk court. Ke nak tunggu atuk padam baru nak dakwa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tunggu padam jer...
      Klu masuk court...dia akan salahkan org lain...
      Pening kepala hakim dibuatnya...hihihi

      Delete
  7. bila dakwa jer dia pun padam... bazir duit jer.... biar pupus secara semulajadi...

    ReplyDelete
  8. Hahaha...
    Ape dah jadi...?!
    Knape tak kahwin lgi...?!
    Qiqiqi...
    😂😁😆😅😉😄👌

    ReplyDelete
  9. Jdi yg INTI~nye...
    SAHAM tu,BUKAN-lh JUDI...
    IA_nya adlh JUAL~BELI...

    Yg nama jual beli ade UNTUNG,ade RUGI...
    Dah WAJAR dan SEMULA-JADI...

    JUDI adlh UNTUNG-2~an,,
    sdg kn SAHAM,adlh brdasarkn
    PERINCIAN & PENGAMATAN yg teliti
    ..
    😊🙏🙏🙋🙏🙏😊
    😄👍💝✌💝👍😄

    ReplyDelete
  10. Apa jadi dengan Suruhanjaya yg ditubuhkan semasa BN belum tumbang...apakah basi keputusannya?. Berapa banyak pula perbelanjaan yg dikeluarkan untuk tubuhkan tempohari... rakyat nak tahu juga.. tak kan mahu tubuh suruhanjaya lagi sekali...apa punya poyo politik negara ni....macam sial.

    ReplyDelete
  11. FOREX senjata Fitnah dajjal Singapura, DAP dan Brother dalam mencaturkan politik di Malaysia.

    Suka atau tak aku kena tulis dan sebarkan

    Awas isu FOREX dulu dilupakan puak PH ini tetiba hari ini disungkit oleh puak PH semula, Brother, DAP dan Singapura pusat fitnah Malaysia sudah mulakan serangan serentak.

    Akhirnya Tun tenggelam punca akibat angkara nya sendiri.

    Badan penyelia bursa S'pura siasat syarikat berkaitan Mirzan Mahathir : Apa kaitan kes ini dengan DAP..!?

    SBI Offshore, yang mana pengerusi eksekutifnya ialah Mirzan Mahathir iaitu anak kepada Dr Mahathir Mohamad, kini disiasat badan penyelia Bursa Saham Singapura SGX RegCo atas dakwaan kemungkinan pelanggaran peraturan penyenaraian dan tugas fidusiari pengarah.

    Kita Rakyat Malaysia kena faham Singapura adalah pusat fitnah Malaysia di Asia Tenggara.

    Apa kaitan dengan kes ini.. Ia sangat mudah difahami dan dianalisa kenapa Singapura bongkar kes ini sekarang..
    Sebab politik Malaysia tidak stabil dan jarum halus adu domba Singapura melalui DAP kian mengancam di Malaysia

    Singapura abang pada parti DAP masih mahu campur tangan hal hal di Malaysia. Melalui DAP jarum halus Singapura tetap mahu campurtangan hal ehwal di Malaysia.

    Singapura keluarkan audit khas terhadap syarikat milik anak Tun Mahathir yang dibuat RSM Corporate Advisory.

    Menurut laporan The Edge Singapura, SGX RegCo telah memantau SBI Offshore selama beberapa tahun.

    Singapura saja mengeluarkan syarikat anak Mahathir supaya Tun tunduk dengan kemahuan politik DAP supaya bergabung dengan Anwar untuk jatuhkan PN. Chin Tong dari DAP dapat didikan dan dana dari kerajaan Singapura.

    Nampak tak game Singapura nak fitnah dan adu dombakan puak PH vs PN di Malaysia..!?

    Perancangan DAP gunakan abang besarnya di Singapura untuk membantu rancangan DAP sambil membatu apikan dan mengucar kacirkan politik di negara ini...

    Dalam masa yang sama di Malaysia Skandal Forex dimainkan oleh Anwar sambil memalitkan nama Najib.

    Anwar Sambut Baik Gesaan Najib skandal forex dibuka semula.

    Semalam Najib berkata, disebabkan terdapat pihak yang tidak suka pengguguran kes Riza Aziz dan Musa Aman, maka beliau meminta kes yang digugurkan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) sewaktu Tommy Thomas menjadi peguam negara sebelum ini juga diteruskan oleh Jabatan Peguam Negara sekarang.

    Seperti biasa Brother kita saja usik isu Forex supaya menyokong pendirianya supaya Tun sokong Brother sebagai PM Malaysia..

    Serangan dari Singapork@DAP dan barua nya Brother Anwar Bin Ibrahim serentak makin hebat.

    Nampak tak camner Tun kena main kali ini. Padan muko kau atok kali ini.

    Brother berkata, antaranya ialah “skandal forex” yang sehingga kini tidak menyaksikan mana-mana individu didakwa atau didapati bertanggungjjawab ke atas kehilangan dana yang begitu besar.

    Wahai Atok. kau nak lari ke mana sekarang ini..!? Kiri kanan atas bawah mahu telanjangkan kau dan legacy kau dengan harapan agar kembali bersama Brother, PAN PH supaya perancangan DAP jadi kenyataan.

    Akhirnya atok jadi kuda tunggangan DAP dan kunco kunconya sampai habis nyawa.

    Akhirnya Melayu Bacol Mudah Lupa hasil adu domba dari Singapura melalui parti DAP. Inilah karma dari perbuatan khianat Tun sendiri terhadap negara.

    Inilah karma akibat perbuatan sabotaj dan khianatnya pada negara dibumi bertuah ini.

    Pada rakyat Malaysia sekelian biar kan mereka berperang sesama sendiri, kita teruskan Mufakat Nasional PAS UMNO serpihan Bersatu serpihan PKR supaya Melayu Islam bersatu dalam PRU 15 ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeahhh..jom pru hari rabu!!!

      Delete
  12. Tapi puak Hancing Pakatan Hancing nak juga ambil Ketua Penjudi Negara MahaKUTTY sebagai calon PM Pakatan Hancing yg 'baru' wakakakakakakakaka

    ReplyDelete
  13. Phanceng Pluspler nie yg melalak suatu ketika dulu agar forex nie disiasat dan nak penjarakan tun mangkuk sial tu!!!

    Bila mrk jadi KERAjaan, perkara yg dah disiasat dan dibuat rci...mangkuk2 phanceng jugalah yg tarik balik kes tersebut.

    Sah bangang!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fuu...ayat maki saje..xpe..asalkan bkn Dap

      Delete
  14. Sudah kawtim baik punya dgn atok, everybody happy2..no more barking here n there! sudah duduk dlm 1 kapal. mat saboo pun dah lupa saper bapak penyamun.

    ReplyDelete
  15. Saifuddin: Belum ada keputusan calon PM dari PH Plus

    Pakatan Harapan (PH) dan sekutunya masih belum mencapai kata sepakat mengenai calon perdana menteri mereka.

    Ketua Setiausaha PH, Saifuddin Nasution Ismail berkata, perbincangan mengenai perkara itu masih berlangsung di antara parti komponen dan rakan-rakan pembangkang.

    Abe Saif kata hari Selasa ari ni dah Rabu laaa.... berapaaa punya auta laa


    kikikiki...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari apa pun tak kisah, everyday is a bad day untuk pHpus now!

      Delete
    2. Xpe..kita saman wsj selasa depan

      Delete
  16. The blog send a my google search,always link your domine, Sorry ser i here, OK..Peace the all !!

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum Wr Wb

    Adakah anda mempunyai masalah kewangan dan anda sedang mencari bantuan dengan pinjaman tulen, kami di sini untuk membantu anda dengan pinjaman untuk memudahkan perniagaan anda dan menyelesaikan semua hutang anda, kami menyediakan semua jenis pinjaman, besar atau kecil, ini adalah peluang anda untuk kebebasan kewangan. tawarkan perkara berikut.

    √ Pinjaman Perniagaan Besar

    √ Pinjaman Perniagaan Kecil

    √ Pinjaman Rumah Baru

    √ Pinjaman kereta

    √ Pinjaman Ladang Besar atau kecil

    √ Pinjaman untuk projek jangka panjang atau jangka pendek

    √ Memulakan pinjaman perniagaan

    √ Koperasi Pinjaman

    √ Pinjaman untuk Projek sedia ada

    Mengapa anda perlu memilih kami.

    + Kami memberi pinjaman pada kadar faedah yang sangat rendah

    + Tidak peduli di mana negara anda berasal, kami akan meminjamkan anda.

    + Proses kami sangat mudah dan mudah. sangat orang boleh memahaminya.

    + Kami adalah syarikat yang sangat jujur dan boleh dipercayai.

    + Kami tidak memberikan maklumat peribadi anda kepada sesiapa sahaja,

    Maklumat anda selamat dengan kami.

    Matlamat utama kami adalah untuk memberi pinjaman seberapa banyak yang anda mahu dan bersedia untuk mendapatkan pinjaman, anda perlu mengatakan kepada diri anda cukup, anda tidak boleh terus membiarkan kekurangan wang menghadkan pertumbuhan perniagaan anda. hubungi kami dengan maklumat hubungan kami di bawah dan marilah kita bersatu dengan memberikan pinjaman yang akan membantu mengembangkan perniagaan anda. Anda tidak perlu bimbang, kami sangat boleh dipercayai dan bersedia memberi pinjaman kepada anda.

    Hubungi kami dengan:
    Syarikat: Firma Pinjaman Femi Otedola
    E-mel: femiotedolaloanfirm@gmail.com
    E-mel: femiotedolaloanfirm1@outlook.com
    WA: +1 (806) 395-2203 (Chat Only)

    atau lawati Laman Web kami dan gunakan Hubungi Kami dan kami akan membalas anda.

    Laman web: https://femiotedolaloanfirm.blogspot.com

    Hubungi kami hari ini dan mari membantu mengembangkan perniagaan anda.

    ReplyDelete
  18. CAMNER NAK KAW TIM PH+ MACAM NI
    SEKO NAK PANCUNG SEKO NAK JAWATAN
    UGUT PUJUK SINDIR TIKAM BATU API
    MCM NI RAKYAT NAK LAGI KE PAKATAN.!?

    ABANG SAIF DAH KATA SELASA INI
    ARI NI RABU BERAPA PUNYA AUTA LA..!!
    SEKO NAK PANCUNG SEKO NAK PM LAGI
    RAKYAT TEPOK BERDERAI LAKUN DAN AUTA

    HAMPEH HARI CERITA KOMPROMI ITU INI
    ESOK LAIN CITER LAIN YANG MENJADI
    KATA CUKUP NOMBOR NAK TUNGGU APA LAGI
    CUKUP LAH TU RAKYAT MUAK MELUAT KINI


    UDAH UDAH LA TUUU... SEMUA NI BARUA BARUA BATU API SINGAPORK@DAP



    HAAAAH TEPOKKK DAN SIMENN...!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom kita pakat baca harakah. Support sikit paper tu. Pengikut MN bape juta dah. Mesti blh bertahan lama punya. Lupakan malaysiakini.

      Delete
  19. Ph bodo babi
    Bodo babi x payah perintah negara
    Bodoh babi layak perentah kandang babi,,
    Bkk kandang babi beso2 lantik menteri jaga babi...
    Rakyat x marah...
    Ade faham babi

    ReplyDelete
  20. Live Games Terpopuler Saat Ini!!!
    ==Sabung Ayam Live==
    Jenis Permainan Online dimana Pemain memasang taruhan pertandingan adu ayam yang ditayangkan secara Live!! Seru Banget...
    Langsung Saja Klik Taruhan Sabung Ayam dan Dapatkan Akun Secara Gratis....

    ReplyDelete
  21. ARE YOU IN NEED OF A PROFESSIONAL HACKER?(CATCHING A CHEATING SPOUSE, RECOVERY OF LOST FUNDS, WEBSITE HACK...)
    High prolific information and Priviledges comes rare as i would be sharing with you magnificent insight you wish you heard years before now. As it's been understood that what people don't see, they will never know.
    Welcome to the Global KOS hacking agency where every request on hacking related issues are met within a short period of time.
    If your shoe fits in any of the requested services below, you will be assigned to a designated professional hacker who is systematically known for operating on a dark web V-link protocol.
    The manual operation of this hackers is to potentially deploy a distinguished hacking techniques to penetrating computers and various type of database system to meet your request. Penetration of computing systems are achieved using software tools like Ransomeware, SQL/Keylogger injection. botnet, trojan and DDOS attacks.
    Providing value added services to clients as a hacker has been our sustaining goal.
    Are you faced with cyber challenges like
    ● Hacking into the mobile phone of a cheating spouse.✅ This type of hack helps you track every move of your cheater as we are bent on helping you gain full remote access into the cheater's mobile phone using a trojan clone cracking system to penetrate their social media platforms like Facebook, whatsapp, snapchat etc.
    ●Recovery of lost funds:✅.It saddens our mind when client expresses annoyance or dissatisfaction of unethical behaviours of scammers.
    with a diverse intercall XX breacher software enables you track the data location of a scammer. Extracting every informations on the con database, every requested information required by the Global KOS would be used to tracking every transaction, time and location of the scammer using this systematic courier tracking base method.
    ●Credit Score Upgrade:✅Due to our transformed changes on Equifax tracking , upgrading of credit score are backed by our cyber tech breaching licence, This hacking process drastically generates you an undestructive higher credit score which correlates to a higher level of creditworthiness. The time frame for upgrading a credit score requires eighteen(18) hours
    ● BITCOIN GENERATOR:✅ (Higher job profile). This involves using the ANTPOOL Sysytem drifting a specialized hardware and software implementing tool in slot even-algorithms to incentivize more coins into your wallet which in turn generates more coins exponentially like a dream at specified intervals.
    Other suberb services rendered by the globalkos are
    • Email hacks📲
    • Hacking of websites.📲
    • Uber free payment hacks.📲
    • website hack.📲
    Our strength is based on the ability to help you fix cyber problems by bringing together active cyber hacking professionals in the GlobalkOS to work with.
    For more inquiries and prolific Hacking services visit
    Clarksoncoleman(at)gmail • com.
    Theglobalkos(at)gmail •com.
    ©Global KOS™
    2030.

    ReplyDelete
  22. Are you desperately in need of a hacker in any area of your life??? then you can contact; ( HACKINTECHNOLOGYatGMAILdotCOM ) services like; -hack into your cheating partner's phone(whatsapp,bbm.gmail,icloud,facebook, twitter,snap chat and others) -Sales of Blank ATM cards. -hack into email accounts and trace email location -all social media accounts, -school database to clear or change grades, -Retrieval of lost file/documents -DUIs -company records and systems, -Bank accounts,Paypal accounts -Credit cards hacker -Credit score hack -Monitor any phone and email address -Websites hacking, pentesting. -IP addresses and people tracking. -Hacking courses and classes CONTACT THEM= .HACKINTECHNOLOGYatGMAILdotCOM WHATSAPP +12132951376(WHATSAPP) my services are the best on the market and 100% security and discreet work is guarante

    ReplyDelete
  23. Forex judi ea... Main hentam jual/ beli itu mmg jadi judi,jual mengharap pair itu bearish/beli mengharap pair itu bulish tengok trader-trader melayu dalam pasaran forex tu,diaorng gamble ke ape?tgok chart trader analisa technical mcm mana,mengahadap chart dengan analisa teknikal dgn analisa fundumental lagi baru boleh confirm signal,kira risk n reward entry itu hi risk atau low risk benda bukan boleh dpt 1-2 hari nk matang dalam pasaran makan masa untuk belajar..itu semua kerja2 kena buat sebelum masuk pasaran,kalau masuk market pakai redah itu baru judi apa bidang yg kita ceburi kena ade ilmu..mcm kita menulis juga kena ade ilmu tentang ape yg kita tulis,asal ade bet/lot saja hentam nama judi...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post