SRC International: Najib Didapati Bersalah Atas Semua Pertuduhan



Mahkamah Tinggi hari ini mendapati bekas perdana menteri Najib Razak bersalah atas semua 7 tuduhan berhubung RM42 juta milik bekas unit 1MDB, SRC International Sdn Bhd.

<!--more-->Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali juga berkata pasukan pembelaan Najib Razak gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pasukan pendakwaan, dan pendakwa raya dapat membuktikan kesnya.

“Selepas menimbangkan semua keterangan, saya mendapati pendakwaan berjaya membuktikan semua 7 tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC dihadapi tertuduh.

“Saya dengan ini mendapati tertuduh bersalah ke atas ketujuh-tujuh tuduhan,” katanya.

Najib merupakan bekas perdana menteri pertama yang dibicarakan dan disabit kesalahan atas tuduhan jenayah bagi tindakan yang dilakukan semasa menjawat jawatan itu.

Beliau dituduh dengan 7 kes pada 2018, iaitu 3 tuduhan pecah amanah, 1 tuduhan salah guna kuasa, dan 3 tuduhan pengubahan wang, selepas kerajaan Barisan Nasional tewas dalam pilihan raya umum 2018.

Masing-masing bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan (KK), Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (Akta SPRM), dan Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA).

Selepas keputusan mahkamah dibacakan, peguam Najib, Muhammad Shafee Abdullah berkata pasukan pembelaan memerlukan masa untuk melakukan mitigasi.

“Kami minta mitigasi diadakan pada Isnin (3 Ogos),” katanya.

Tuduhan pecah amanah

Bagi tuduhan pecah amanah, Nazlan berkata pasukan pembelaaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwa raya berkenaan wang milik SRC berjumlah RM4 bilion yang diamanahkan kepada beliau dalam kapasitinya sebagai perdana menteri dan menteri kewangan ketika itu.

Najib didakwa melakukan pecah amanah terhadap wang sejumlah RM27 juta dan RM5 juta antara 24 Dis 2014 dan 29 Dis 2014, dan RM10 juta antara 10 Feb 2015 dan 2 Mac 2015.

Beliau dituduh melakukan perbuatan itu di AmIslamic Bank Berhad, Bangunan Ambank Group, No 55, Jalan Raja Chulan.

KK memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan dengan sebat dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Tuduhan salah guna kuasa

Bagi tuduhan salah guna kuasa, Nazlan berkata pasukan pembelaaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwa raya berkenaan jaminan kerajaan bagi pinjaman berjumlah RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) kepada SRC.

Najib didakwa menggunakan jawatannya sebagai perdana menteri dan menteri kewangan untuk suapan bagi dirinya berjumlah RM42 juta apabila beliau mengambil bahagian atau terlibat dalam keputusan bagi pihak kerajaan untuk memberikan jaminan bagi pinjaman itu.

Najib dituduh melakukan perbuatan itu di Pejabat Perdana Menteri, Presint 1, Putrajaya antara 17 Ogos 2011 dan 8 Feb 2012.

Akta SPRM memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun, dan denda tidak kurang daripada 5 kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Tuduhan pengubahan wang

Bagi tuduhan pengubahan wang, Nazlan berkata pasukan pembelaaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwa raya melibatkan dana yang sama dalam tuduhan pecah amanah.

Najib didakwa menerima RM27 juta, RM5 juta, dan RM10 juta, yang dikatakan hasil aktiviti haram, ke dalam akaun miliknya di AmIslamic Bank Berhad.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di AmIslamic Bank Berhad, Bangunan AmBank Group, No 55, Jalan Raja Chulan, antara 26 Dis 2014 dan 10 Feb 2015.

AMLATFPUAA memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan lapor FMT

10 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Syukur, tangan kanan masih kekal. Hukuman akhirat Allah saja yang tahu.

    ReplyDelete
  2. Bawang MERAH diva siti kasssimm, heheheheJuly 29, 2020 at 3:04 AM

    Dgor cite HAKM ni anak sdara SITI HASMAH,
    betul ke??

    Dgor cite HAKM ni jugak yg lepaskan geng"musibat2" LTTE mlysia,
    betul ke?


    aiii mmg rugi le mlayu pnyokng daehs "mreput" dlm pnjaraaaa

    hikhikhik

    Sekadar MEMBAWANG je niiii kiahhh oiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hang nak hakim mcm X-AG apandi baru najib bebas semua tuduhan.....maruah beb. Patut apandi pun kena tuduhan salah guna kuasa

      Delete
    2. Patut ko je jadi hakim. Tp tu la..dlu blaja bodoh. Ni dah tua pun bodoh kah3

      Delete
  3. Aku marah rosmah ..

    ReplyDelete
  4. Najib x perlu takut Kalau dia tk bersalah masa jd PM dulu. Allah tu Maha adil. Bukan nya lama lg nk hidup kt dunia ni.
    Biasa nya Kalau org tk bersalah dia akan tenang jer walau didunia dia dihukum sb dia tahu balasan akhir at jauh lbh baik.

    ReplyDelete
  5. Harap slps ini menyusul rci tabung haji dan sesiapa yg bersekongkol salahguna kuasa menjual lambak harta dan aset tabung haji akan dikenakan hukuman setimpal.
    Begitu juga kes rasuah terowong ghaib pulau pinang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih sedih dan malang bila ramai melayu2 pejuang islam(konon) korup dan songlap. Menjatuhkan maruah islam. Demi berlian, hermes, porsche, louis vouitton dll

      Delete
    2. Bising sini x guna la mangkuk! Rci rci rci. Sapa ada kuasa skrg? Nape x tubuhkan segera ikut palotak anjing MCA mcm ko?

      Delete
  6. Do you need to hack into any, databaseserver spy on Facebook,Emails, Whatsapp, Viber, Snapchat, Instagram and many more.
    I urge you to get in touch with the best people for the job, i have confirm the service when i need to spy on my spouse phone. They are good at Phone Cloning and Bitcoin/binary minning and any other hack job.
    Thanks guys for the team work HACKINTECHNOLOGYATGMAILDOTCOM

    +12132951376(WHATSAPP)

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post