Mencetak Wang Idea Baik, Kata Pakar Ekonomi


Seorang pakar ekonomi menyokong idea seorang timbalan menteri yang mencadangkan bank pusat mencetak dan mengedarkan wang tunai kepada orang ramai dengan berkata, ia adalah “idea berani dan di luar kotak”.

<!--more-->Pengerusi Gerakan Keadilan Monetari Ahamed Kameel Mydin Meera berkata, langkah itu diwajarkan semasa berlakunya kelembapan ekonomi kerana tahap kecairan rendah.

Beliau berkata, tahap kecairan yang rendah akan menekan dan melemahkan pelaburan baru dalam ekonomi, yang akan memberi kesan ke atas kemampuan bank mengeluarkan pinjaman baru. 

Faktor ini menyebabkan kerajaan perlu menggerakkan semula ekonomi. 

Beliau juga berkata, pemberian tunai akan menyaksikan wang disuntik ke dalam ekonomi, sekali gus meningkatkan permintaan terhadap barangan dan perkhidmatan. 

“Ini sudah pasti akan membantu perniagaan dan mengekalkan pekerjaan.” 

Kameel berkata, idea Timbalan Menteri Belia dan Sukan Wan Ahmad Fayhsal selari dengan teori kewangan moden. 

“Menurut teori ini, kerajaan boleh mendapatkan sebanyak mana pun wang untuk perbelanjaan fiskalnya, dengan langkah semak dan imbang yang tersedia, dan menggunakan cukai bagi mengawal inflasi.” 

Beliau mengakui terdapat hujah yang menyebut bahawa langkah mencetak dan mengedarkan wang boleh menyebabkan inflasi dan menjatuhkan nilai mata wang, tetapi berkata, ia boleh dielakkan dengan pengurusan berhemah. 

Geoffrey Williams dari HELP University menyifatkan idea tersebut “sangat munasabah” dengan berkata, ia pernah digunakan dalam bentuk pelonggaran kuantitatif selepas Zaman Kemelesetan di Amerika Syarikat pada 1930-an, di Jepun pada akhir 1990an dan berikutan krisis kewangan dunia pada 2008. 

Beliau berkata, Malaysia boleh mengambil langkah itu bagi memenuhi cadangan bekas perdana menteri Najib Razak supaya Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membenarkan pencarum mengeluarkan RM10,000 daripada Akaun 1 mereka. 

“Kaedah ini boleh dilakukan jika KWSP menjual sebahagian daripada pegangannya ke atas sekuriti kerajaan Malaysia (MGS) kepada Bank Negara bagi membolehkan bank pusat itu mencetak wang baru.

“Ia boleh diagihkan kepada pencarum KWSP melalui program i-Sinar. 

“Ini bermakna KWSP tidak perlu mencairkan aset berasaskan ekuiti miliknya, sekali gus melindungi harga dan pasaran saham.” 

William percaya langkah membenarkan pengeluaran simpanan semasa pencarum umumnya bukanlah idea yang baik. 

“Pelonggaran kuantitatif dengan membeli MSG daripada institusi kewangan adalah alternatif lebih baik,” katanya lapor FMT

14 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. 25.11.2020 sidang bajet bakal dinanti keputusan diterima akan memeranjatkan seluruh negara.

    Lantik Ku Li Perdana Menteri dan Anwar Timbalan Perdana Menteri dan Najib sebagai menteri kanan (kes nya diselesaikan) akan percepatkan lenyapnya legasi tak guna ini.

    Pendirian Ahli Parlimen terhadap beberapa isu yang dibawa terutama dari Najib, dirasakan amat tepat untuk dilaksanakan olih Kerajaan Muhyiddin tetapi sehingga kini belum lagi kedengaran bahawa pihak Kerajaan Muhyiddin akan melaksanakanya.

    Inshaallah !!! Yang bakal terjadi undi dipihak Kerajaan tidak mencukupi ..apa terjadi nantikan..tunggu sekitar minggu 25hb Nov hingga December 2020.

    Awan mendung di seluruh tanah air, bila mana rakyat bertambah bingung dengan suasana dan keadaan di negara ini

    Hilang sokongan dari Ku Li, Ahmad Maslan, Anwar Zahid(sudah pasti) mahupun Najib(sudah pasti) akan melenyapkan legasi Tun.

    Shahidan yang dah mula berkotak macam ayam betina hilang anak, tidak ketinggalan juga Annuar Musa, mula melesing Ku Li,

    Jika Belanjawan 2021 tidak diluluskan di Dewan Rakyat bolehkah Muhyiddin Yassin menghadap Yang Di-Pertuan Agong supaya dibubarkan Parlimen dan Pilihanraya Umum diadakan?

    S. 1: Perdana Menteri yang kalah di Dewan Rakyat kerana Belanjawan Kerajaannya ditolak oleh ahli-ahli Parlimen sudah hilang kedudukan atau locus standi untuk bertindak sebagai seorang Perdana Menteri yang sah untuk menasihati Yang Di-Pertuan Agong supaya membubarkan Parlimen dan mengadakan Pilihanraya Umum.

    S. 2: Kalau semua langkah Perdana Menteri yang kalah Belanjawannya di Dewan Rakyat tersekat kerana halangan undang-undang Perlembagaan & konvensyen Perlembagaan jadi apa yang Tan Sri Muhyiddin Yassin wajar lakukan sekiranya senario yang digambarkan itu benar-benar berlaku?

    J. : Yang Berhormat Ahli Parlimen Pagoh itu tiada pilihan lain. Beliau perlu meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri bersama barisan kabinet dapur nya.

    S. 3: Apa jadi jika Perdana Menteri meletakkan jawatan?

    J. : Semua Menteri kabinet juga secara otomatik gugur dari jawatan dan Kerajaan PN ikut sama tumbang.

    S.4: Jika senario ini benar-benar berlaku pada Khamis 25 November ini. Apa jalan penyelesaiannya?

    J. : Yang Di-Pertuan Agong akan melantik seorang Perdana Menteri Baharu. Sebuah Kabinet dengan Jemaah Menteri akan terbentuk dan sebuah Kerajaan baharu akan ditubuhkan. Tun sedang melobi Hisyamuddin sebagai PM interim.

    Tetapi tidak dapat dipastikan masih adakah lagi lagi Ahli Parlimen dipihak Kerajaan yang berbolak hatinya dalam menyokong' Muhyiddin?

    Pengumuman Mazlee keluar Pejuang kini hanya dianggotai empat Ahli Parlimen – Tun Mahathir Mohamad (Langkawi), Mukhriz Mahathir (Jerlun), Amiruddin Hamzah (Kubang Pasu) dan Dr. Shahruddin Salleh (Sri Gading)Tun dan Boboi yang terperanjat besar sebenarnya kerana tiada lagi kuda tunggangan kedua anak beranak ini.

    Menteri terutama yang datangnya dari UMNO yang semakin nyata 'lupa daratan' yang baru nak mula "mengorak' langkah, tetiba, kapal pula pecah dan masuk air..nak..tenggelam.

    Makin sepi hati atok makin terbakar lah rasa ego tingginya. Maka karma Tun akan membakar Dewan Rakyat pada 25.11.2020 usul tidak menyokong bajet 2020.

    Judgement day untuk Tun dan anak cucu sedang menanti karmanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes ramai menanti kalau Tun juga dapat karma sebab ramai dah yg dapat karma tertiarap terguling masuk longkang seperti Anwar dan Najib.

      Delete
    2. Tun mangkuk minta 6 bulan jadi peeM tapi nuar tak setuju katanya.
      2 tahun pon pelbagai dalih dan alasan...ini nak minta 6 bulan.
      Munafik tua tu baik dinasihatkan agar berehat terus dari politik. Angkara dia yg gila mengutamakan legasi tamaknya buat negara tercinta ini huru hara.

      Delete
  2. Hang boleh percaya ka dgn pengurusan kewangan BERHEMAH oleh puak2 yg korup ni? Dream on......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Letak lim gone end jadi menteri kewangan kan bagus...gerenti ada terowong ghaib ke sabah/sarawak dia bikin.
      Rasanya kos kajian 3..4 kali ganda lebih tinggi dpd kajian terowong ghaib penang.
      Mgkin kali nie dia merasa pulak banglo ada kolam....
      Mimpi on....

      Delete
  3. Tun kata dia kesunyian bla bla bla. Masih dok serang anwar tapi dok kata anwar tak mau kerjasama dgn dia..... Apa punya sewel ini ular. Aku kata: Snake detected!!! AMANAH ada paham??

    ReplyDelete
    Replies
    1. PANxxx dan dapigs jer masih ingin mengkudakan kuda tua dan nyanyuk tu....
      Dulu mrklah yg gila nak penjara kan tun mangkuk nie...

      Demi kuasa dan harta...prinsip tolak tepi asalkan dpt 1 utk kau..2 utk aku.

      Ptuiiihhhhh!!!!!

      Delete
  4. Anwar tak mampu jadi Perdana Menteri - Tun

    Kisah Benar Surat Cinta Wakanda Atok dan Wak Lu Otai Reformasi menjelang Bajet 25.11.2020.

    Kehadapan Wakanda Bang Non Bajet 2021

    Dolu benar Bang Non hilang kelayakan jadi Perdana Menteri Malaysia. Tetapi apabila Najib menjadi kleptokrat, wakanda atok sanggup bekerjasama dengan Anwar untuk jatuhkan Najib.

    21hb Februari, 2020, malam Mesyuarat Majlis Presiden PH desak wakanda atok letak jawatan untuk Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri. Walaun Yiddin, Azmin dan Amzah rancang bekerjasama dng Muafakat Nasional tubuh Kerajaan baru melalui Langkah Sheraton.

    Malam itu Majlis Presiden PH berbincang panjang lebar, bersetuju wakanda diberi kuasa letak jawatan bila-bila masa. Ini bermakna PH masih sokong wakanda atok.

    Pada 23hb Februari wakanda atok diberitahu Muhyiddin tangguh dolu kerana PH masih sokong wakanda Perdana Menteri.

    92 ahli dari Keadilan, Amanah dan DAP menamakan kanda Anwar sebagai pilihan mereka. PH tolak atok sebagai Perdana Menteri. Wakanda dapat 66 ahli.

    Ketiga-tiga parti dalam PH namakan wakanda sebagai calon mereka, wakanda dapat 158 undi setelah ditambah dengan 66 ahli yang sokong atok. 92 kepada kanda Anwar, wakanda kalah dan kanda Anwar tetap juga gagal

    Anwar masih tidak dapat jadi Perdana Menteri. Kenyataan kanda Anwar dia mempunyai cukup bilang juga didapati tidak benar. Wakanda atok dah agak dah..

    Dalam perancangan Anwar wakanda atok tidak diberi tempat lansung. Anwar ketepikan wakanda atok, kanda Anwar pun tetap tidak menang juga kikiki...!! Pala bana wak lu lah kanda Bang Non..!!kiki

    Sekian

    Atok Lu Yg Sunyi

    ReplyDelete
  5. ---------
    sambung

    Balasan surat cinta Otai pada Atok menjelang Bajet 2021 pada 25.11.2020

    Kehadap'an Wakanda Atok yg dicintaik lagi lidah bercabang..!!

    Serangan wakanda atok terhadap kanda Anwar semakin kuat dan terbuka. Wakanda Atok ni Udah Kenapa? Menjelang bajet 2020 di Parlimen dng menyerang kanda Anwar bertalu-bertalu agar PM Muhyiddin dan Assmin@ pengkhianat dapat diselamatkan.!?

    Teruk!!!! Nyanyuk wakanda atok ni. Dolu wakanda wak lu yg tergedik gedik nak letak jawatan sekarang nak kembali ke dalam PH. Otak wakanda atok ok lagi ke..!? #sakaissick

    Wakanda atok kubur dah kata mari dan rumah kata pergi.!! Wakanda Atok ni kerja mengkhianati orang jerrrrr ker!!!!

    Mai mana 66 MP tu? Oic....so betul lah apa kami kata dulu..Sekarang, Allah munculkan KEBENARAN. Hang nak 92 sokong 66 tapi tak boleh nak bagi 66 sokong 92? Tu pun hang dan balaci-balaci hang dok kata hang ada majoriti? Majoriti pala bana wak lu..!?

    This is kepala bana atok...!!

    Yang hang dok tuduh macam-macam KUNUN nya...

    - DSAI gila-gila nak jadi PM, DSAI liberal pasai apa..!?

    - Tidak disokong oleh Melayu, - Tak boleh jadi PM sebab tak ketuai Parti Melayu pasai apa.?

    - Tak mampu jadi PM dalam keadaan krisis Ekonomi...tu BUKAN cuba halang ke namanya? Kalau hang taknak halang mulut PUNGKOQ AYAM hang tu kasi tutup la.

    Hang Kata DSAI tak cukup sokongan nak jadi PM, tunggu je lah undian Bajet 2021 tu atau PRU15.

    Hang khianat dan kata "saya pun tak suka DAP...tak suka Anwar" kami Otai tak lupa woo...

    Manusia jenis apa bila diberikan peluang KEDUA, TETAP KHIANAT?? Sesuai tak kalau kita kata MUNAFIK..!! APANAMA?? TaK HALANG?? Tak halang kepala bana hangguk tok wan hang..!!

    Kita akan londeh orang tua ini habis-habisan jika itu yang beliau mahukan sebelum dia dimakan tanah. Sekian.

    WFAUZDIN NS

    Pada rakyat Malaysia yang dicintaik amik lah iktibar dari kedua musibat ini yeop ooi..!!

    Yeop kenape tetibe depa suma panas montot..!? Kubo udah kate mari umah udah kate mohh leehh pergi.. ateee kome nak wat lagu mane lagi yeopp ooii..!

    Bergadoh lah sampai mati.. jangan kate nanti mengkomer tak pesan.. udah berbuih mulut.!

    Cuma satu ajer nak pesan pada 25.11.2020 nanti...

    Suma dah buat pesan udah, cakap baik baik pun udah, ceramah pun udah, dosa pahala pun udah ngata suma udah.

    Kalau jenis species suka gadoh sampai mati haahh kau gadoh la sampai masuk kubo..
    Jangan kata mike tak khaborr.. lantok la..!!

    Ada satu ajer lagi nak kasi khaborr




    kasi penyepak ajer kjaan PN@Atok masuk longkang..


    hahhhh tepokkkk..!!

    ReplyDelete
  6. TOLONG cetakkan aku 1juta keeping NOTE rm1..

    BOLEH ke??


    Ape punye BIOL punye IDEA niii..

    Hikhikhik

    ReplyDelete
  7. Adakah sumpah laknat bossku dolu mungkin esok hari ada lagi yang tertelan kapor barus..!?

    Dalam masa 66 hari lepas 20 Disember 2019 Najib angkat sumpah laknat, kerajaan PH jatuh, kata Najib.

    Sumpah laknat bagi menafikan dakwaan Azilah Hadri berhubung pembabitannya dalam kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shariibu.

    “Ada rakyat yang buat perkiraan. Dia kata, selepas 66 hari saya melafazkan sumpah laknat itu, PH jatuh.

    (Tetapi) saya tidak boleh buat kesimpulan itu. “Cumanya ayat terakhir dalam sumpah laknat itu memang berat dan memang saya fikir banyak kali hendak sebutkan,” kata Bossku (link kat bawah ni haah)

    https://m.malaysiakini.com/news/525381

    Lagi link sumpah laknat bossku selepas 66 hari sumpah laknat PH melingkup masuk longkang

    https://m.facebook.com/jinggo.fotopage/photos/a.1760013514225579/2976861539207431/?type=3

    Semua harga sudah naik cuma harga 'maruah' diri rakyat Malaysia makin turun sudah hampir 22 tahun 22 bulan lama nya..!!!

    Nyawa masih onn lagi dah ada yang mandi kapor barus.. kikiki

    ReplyDelete
  8. Dah gawat sangat ekonomi negara skg? Org nk kurangkan bawa tunai, kita nak cetak bnyk duit pulak. Penuh la hand bag acik dgn kertas . Value ringgit tentu tak kekal sama? Menurun adalah..then why the ketchup nak print more money?

    ReplyDelete
  9. Beribu ribu ringgit nanti nak beli kangkong seikat.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post