Anwar Dah Kalah, Kata Ahli MT UMNO


Pemimpin Pakatan Harapan (PH) memulakan strategi “27-0” merujuk kepada kesediaan untuk mencabar belanjawan semua kementerian dengan menggunakan undi belah bahagi walaupun ini bermakna mereka akan kalah kesemuanya. 

<!--more-->Ini dilakukan selepas kegagalan mengadakan undi belah bahagi Belanjawan 2021 pada peringkat dasar minggu lepas yang menyebabkan kemarahan penyokong-penyokong tegar mereka. 

Sumber PKR memberitahu, Ahli Parlimen PH diarahkan meminta undi belah bahagi untuk belanjawan 27 kementerian selepas perbahasan pada peringkat jawatankuasa bermula semalam.

“Tindak balas hebat daripada penyokong adalah tidak dijangka dan terdapat ramai yang mula merasakan PH adalah pembangkang yang lemah,” kata pemimpin yang dekat dengan kepimpinan tertinggi parti itu. 

Langkah ini dilihat untuk memulihkan imej gabungan itu selepas pemimpin PH dikritik hebat kerana mengikut arahan saat akhir Anwar Ibrahim agar tidak meminta undi belah bahagi pada peringkat dasar Belanjawan 2021, kerana dikatakan tidak mahu ia dilihat sebagai undi percaya kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin lapor MalaysiaNow di SINI

Strategi "27-0" hmmm... strategi buang masa saja tu...

Ada betulnya kata Ahli Majlis Tertinggi Umno ni..

Ahli Majlis Tertinggi Umno Mohd Razlan Muhammad Rafii meminta pembangkang tidak membuang masa membuat lebih banyak undi belah bahagi dalam perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat.

Katanya, susulan kegagalan pembangkang menolak belanjawan di dua kementerian semalam, pembangkang sendiri pasti sudah jelas bahawa mereka tidak mempunyai sokongan daripada semua parti pembangkang untuk menjayakan undian berkenaan.

“Saya tengok pertelingkahan antara Warisan dan Anwar Ibrahim dah sampai ke puncak maksimum. Jadi, saya jangkakan mereka takkan dapat satu konsensus yang jitu.

“Susahlah (untuk) mereka nak memenangi apa-apa undian.

“Jangan buang masa sangatlah,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Razalan dipercayai merujuk ketidakhadiran ahli-ahli parlimen dari Warisan semalam, di kala pembangkang gagal menolak belanjawan untuk jabatan perdana menteri (105 menyokong, 95 menentang) dan kementerian kewangan (106 menyokong, 95 menentang) menerusi undian belah bahagi.

Ahli Parlimen Labuan Rozman Isli berkata, wakil lain Warisan ada di Kuala Lumpur, tetapi bersepakat tidak hadir sesi undian sehingga ke satu tarikh yang ditetapkan kemudian untuk "menghantar isyarat" berkenaan kekecewaan mereka terhadap PH.

Mengulas lanjut, Razlan, berkata undian belah bahagi bergantung pada nasib dan kehadiran ahli parlimen, namun ada kalanya, ada wakil yang tidak dapat menghadiri sidang dewan kerana ada urusan lain seperti mesyuarat dan sebagainya.

Justeru, katanya, pembangkang tidak harus merancang serangan hendap (ambush) semata-mata bagi menggagalkan belanjawan di sesuatu kementerian ketika kehadiran ahli parlimen menyebelahi mereka.

Laporan penuh silalah baca di SINI

 

Masa ada peluang tak nak guna... sekarang sibuk pulak nak buang masa nak menentang.. 

6 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Tiada seorang pun ahli parlimen Warisan hadir termasuk MP PejWang.

    Ia menjejaskan peluang pembangkang menolak rang undang-undang itu yang kini dibahas di peringkat jawatankuasa.

    Hari ini seorang ahli parlimen Warisan memberitahu Malaysiakini, ketiadaan mereka di Dewan Rakyat memang disengajakan. Alasannya, mahu menunjukkan rasa kecewa mereka kepada kepimpinan Anwar Ibrahim.

    MP Warisan dan PrjWang sepakat untuk tidak hadir dalam sesi undian berkenaan sebagai cara “menghantar isyarat” kepada Anwar Ibrahim dalam Pakatan Harapan (PH). Salah kan atok kau.. itu fakta nya..

    Saling bercakaran dan balas dendam antara walaun dan otai... bergadoh lah sampai mamposss... kita nak tepok sambil tambah minyak bole ler
    Pegi mampos laa 2 musibat ni..

    Walaupun menang pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) yang lalu, Pakatan Harapan (PH) ketika ini dilihat berada keadaan lemah susulan pandangan berbeza antara gabungan parti anggota.

    Penganalisis politik dari Universiti Teknologi Malaysia Dr Mazlan Ali berkata, Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2021 peringkat jawatankuasa yang diluluskan pada Isnin jelas menunjukkan tiada kerjasama dan persefahaman dalam PH.

    “Kami dah penat dengan apa yang berlaku dalam blok pembangkang".

    Game Anwar tunggu right timming? Deyyy tamby berapa banyak timming mau kasi laa..!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Padan muka. Warisan balas balik. Masa prn sabah pkr boikot. Penamaan calon keluar dewan. Sekarang amek kaw bah!hahaha. Anwar kena jujur. Jgn menip bah

      Delete
  2. Kampung Kastam Bossku vs Kg Buah Pala Bang Non di Pulau Pinang. Jangan kata kami tak payong..!!

    fakta link kat bawah sanun

    Kg Kastam di Pulau Pinang Datuk Seri Najib Tun Razak tetap berusaha menunaikan janji yang telah dibuat.

    Ahli Parlimen Pekan itu berkata, dia tetap ingat janji-janji yang diikrarkan kepada rakyat ketika menjawat jawatan perdana menteri sebelum inii. Dan selepas tidak lagi mempunyai kuasa sebagai perdana menteri, beliau tetap berusaha bersuara agar apa yang dijanjikan dapat ditunaikan kepada rakyat.

    Antara janjinya termasuk kepada 15 keluarga Kampung Kastam, Pulau Pinang yang diancam pengusiran daripada pihak pemaju.

    “Saya pernah memberi jaminan bahawa kebajikan dan keperluan setiap ahli keluarga Kg Kastam akan dipenuhi dan terjamin. Saya tidak lupa. Saya cuba berusaha.

    “Alhamdulillah, dapat juga hari ini. Saya serahkan cek pampasan berjumlah RM70,000 kepada setiap 15 keluarga Kg Kastam. Semoga dapat dimanfaatkan dengan baik oleh para penduduk. Najib janji, Najib akan tepati janji,” kata Bossku.

    Kampung Buah Pala - Aljub buat apa..!?

    Kg Buah Pala Anwar Ibrahim kata berikan saya 2 minggu, bukan 2 bolan atau 2 tahun, saya janji dalam masa 2 minggu masalah penduduk Kg Pala selesai.

    link video bawah ni haah tonton dan hadam

    https://youtu.be/FcN6XMU8UGw

    No wonder Bajet 2021 PN(5) vs PH(0) tak ada bilangan menipu membohong tak abis abis..!!

    ReplyDelete
  3. Wan Fayhsal kata beliau bukan bekas ahli UMNO....Alhamdulillah. Aku pun rasa geli dan jijik kalau Wan Fayhsal tu bekas UMNO.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia Suka dubur lelaki jugak ke? Tanya je. Kalau suka welcome to pkr la.

      Delete
  4. Bajet 2021 : Pekebun kecil akan terus miskin, mengharap subsidi kerajaan - Tun Mahathir

    Sejak bila atok mula bercakap pasal petani miskin. Petani dan kemiskinan. Masa belanjawan PH bantuan nelayan, prtani dan pekebun dihapuskan terus...!! Tetiba jer rasa kembung perut loya semacam tekak..

    Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tiada sebarang usaha spesifik dilakukan oleh kerajaan untuk mempromosikan kaedah pertanian moden dalam kalangan pekebun kecil.

    Bekas Perdana Menteri itu menjelaskan, sekiranya kumpulan tersebut dibiarkan dengan cara lama, mereka tidak akan dapat memajukan diri.

    Sehubungan itu, Dr Mahathir menegaskan sukar untuk beliau menyatakan sokongan terhadap Belanjawan 2021 tanpa penjelasan berkenaan kemiskinan petani dan pekebun kecil.

    Bila atok cerita pasal petani nelayan tetiba perut kembung tekak rasa loya semacam. Kenape ye... pada walaun cuba baca link bawah ni ko orang ada rasa loya loya jugak ker..

    fakta link kat bawah belanjawan PH masa Atok jadi PM ke 7 tengok ni haahh..!!

    http://theunspinners.blogspot.com/2018/11/belanjawan-rakyat-sengsarakan-petani.html?m=1

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post