Berhenti Buang Masa Kejar Bayang-bayang...


Dalam kenyataan bersama Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu menggesa Pakatan Harapan berhenti membuang masa dengan Ahli Parlimen kerajaan Perikatan Nasional “oportunis” yang memperalatkan mereka. 

<!--more-->Dua pemimpin tertinggi Pakatan Harapan (PH) itu menggesa agar gabungan itu tidak mengharapkan ahli-ahli Parlimen kerajaan untuk kembali berkuasa, satu kenyataan yang dilihat menyelar tindakan Presiden PKR Anwar Ibrahim yang cuba mendapatkan sokongan ahli Parlimen UMNO. 

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Amanah Mohamad Sabu berkata, kekalahan tipis gabungan itu dalam pengundian Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat pada Selasa seharusnya dilihat sebagai peluang untuk bekerjasama dengan parti pembangkang di luar PH. 

“Undian Belanjawan pada hari Selasa mengajar kita untuk tidak membazirkan tenaga mengejar bayang-bayang lebih daripada 111 ahli Parlimen dengan berdasarkan hanya 92 ahli Parlimen PH. Andai kata berdasarkan 108 ahli Parlimen PH Plus betapa kuat laginya,” kata Lim dan Mohamad dalam satu kenyataan hari ini. 

Kedua-dua pemimpin PH itu berkata, Anwar gagal untuk mendapatkan sokongan daripada ahli Parlimen kerajaan seperti didakwanya bagi memastikan Belanjawan 2021 dapat digagalkan di peringkat bacaan ketiga di Dewan Rakyat pada Selasa. 

“Tidak ada satu pun ahli Parlimen kerajaan yang mengundi bersama Pakatan Harapan (PH), termasuk mereka yang kononnya menyokong Anwar. Jelas ahli Parlimen kerajaan ini sangat pandai dengan permainan politik untuk mengaut kelebihan dan meraih keuntungan daripada kerajaan PN,” katanya.

PH seharusnya tidak membuang masa dengan ahli Parlimen kerajaan yang oportunis, dan hanya memperalatkan PH demi kepentingan peribadi mereka sendiri agar memperolehi tawaran yang lebih lumayan daripada kerajaan PN kata mereka 

“Sekarang mesti ada anjakan politik baru untuk fokus kepada membangunkan pakatan pembangkang yang lebih bersatu yang dapat bertanding sebagai satu pasukan dalam pilihan raya akan datang.

“Pemimpin PH mesti mengenepikan bebanan lampau supaya PH dapat berkembang menjadi PH Plus dengan kekuatan hebat 108 ahli Parlimen. Dengan 108 ahli Parlimen PH Plus sebagai pakatan yang mantap, apa-apa sahaja kemungkinan boleh berlaku kelak,” kata kenyataan itu.




4 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Mat sabu dan guan eng baru sedar yang dia sudah kena tipu dengan anuwar. Anuwar pulak sudah kena tipu dgn geng najib. Najib dah pakat dgn bang non jgn sokong belanjawan. Last minit najib sokong.. Nuwar pun ajak mat sabu n guan eng sokong. Akhirnya 28-0.
    Hahahahahaha.

    ReplyDelete
  2. Masalah tak selesai jugak sebab jika ambil calun dari yang sedia ada atau muka baru.. mereka pun belum tentu akan kekal.

    Lagi teruk calun tersebut ada kes tersembunyi atau penaja dari lawan.

    Satu lagi masalah jangan pulak mereka AP yang terus memberi sokongan ketika ini di ganti.



    Kena pilih calun yang betul.

    Begitu lah yang berlaku sekarang, konon-konon menyokong Anwar jadi PM tetapi sebenar nya nak jaga kedudukan sebagai AP di kekal kan. Apa kah ini nanti tidak berlaku pada PH?

    ReplyDelete
  3. siapa tak kenal dapig dan amanah, lebih kenal mereka dari anak kucing sendiri, yang pasti tugasan masing2 dikenali, satu akan jaga melayu seperti mana melayu lawan melayu, yang satu akan jaga islam sebagai mana islam lawan islam

    ReplyDelete
  4. Tumpukan kpd PRU 15. Tentu bungkus, dan ditapau pemimpun amenoh kedalam tong sampah!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post