Gagal Meluluskan Bajet, Nentanyahu Tumbang..

 

BAITULMUQADDIS - Parlimen Israel hari ini dibubarkan selepas perikatan pemerintah pimpinan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu gagal untuk meluluskan bajet sekali gus menyebabkan pilihan raya diadakan buat kali keempat dalam tempoh dua tahun.

Sebelum ini Netanyahu dan bekas saingannya dalam pilihan raya lalu iaitu Menteri Pertahanan, Benny Gantz yang membentuk kerajaan perikatan dikatakan akan runtuh sejak berminggu-minggu lalu.

Ia adalah disebabkan masalah ketidakpercayaan dan ketidakpuasan hati sesama mereka sehingga mencetuskan krisis politik.

Pembubaran Parlimen itu mungkin menyaksikan pilihan raya diadakan seawal 23 Mac tahun depan mengakibatkan Netanyahu berusaha untuk mendapatkan mandat sekali lagi daripada rakyat.

Keadaan itu berlaku ketika pandemik Covid-19 masih merebak dan perbicaraan rasuahnya semakin hampir diadakan.

Pilihan raya pada bulan Mac itu akan menyebabkan Netanyahu terpaksa berkempen pada bulan Februari tahun depan apabila beliau dijangka muncul di mahkamah beberapa kali dalam tempoh seminggu berhubung dakwaan rasuah, penipuan dan pecah amanah.

Beliau dituduh menerima hadiah melalui cara yang tidak betul dan berusaha mendapatkan liputan positif daripada media sebagai pertukaran untuk membolehkan taikun-taikun media mendapat keuntungan dalam perniagaan mereka.

Bagaimanapun, Netanyahu menafikan melakukan perbuatan itu.

Pembubaran Parlimen itu berlaku selepas Gantz meminta kerajaan meluluskan bajet yang meliputi tahun 2020 dan 2021 dengan berhujah bahawa Israel dan perikatan kerajaan tersebut memerlukan kestabilan politik.

Namun, Netanyahu enggan meluluskan bajet tahun 2021.

Parti dipimpin Netanyahu ialah Likud manakala Gantz memimpin parti Biru dan Putih yang membentuk kerajaan perikatan pada April lalu.

Satu perjanjian ditandatangani dengan Netanyahu menjadi Perdana Menteri selama 18 bulan sebelum diambil alih oleh Gantz pada November 2021. - AFP

1 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Assalamualaikum wr, wb, saya IBU SUCHI saya Mengucapkan banyak2
    Terima kasih kepada: AKI SOLEH
    atas nomor togelnya yang kemarin AKI berikan "4D"
    alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI
    dan berkat bantuan AKI SOLEH saya bisa melunasi semua hutan2 saya yang ada di BANK BRI dan bukan hanya itu AKI alhamdulillah,
    sekarang saya sudah bisa bermodal sedikit untuk mencukupi kebutuhan keluarga saya sehari2
    Itu semua berkat bantuan AKI SOLEH sekali lagi makasih banyak ya, AKI
    yang ingin merubah nasib
    seperti saya ! ! !

    SILAHKAN CHAT/TLPN DI WHATSAPP AKI: 082~313~336~747

    Sebelum Gabung Sama AKI Baca Duluh Kata2 Yang Dibawah Ini
    Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini.!!
    1: Di kejar2 tagihan hutang
    2: Selaluh kalah dalam bermain togel
    3: Barang berharga sudah
    terjual buat judi togel
    4: Sudah kemana2 tapi tidak
    menghasilkan, solusi yang tepat.!!
    5: Sudah banyak dukun ditempati minta angka ritual belum dapat juga,
    satu jalan menyelesaikan masalah anda.!!
    Dijamin anda akan berhasil
    silahkan buktikan sendiri

    Angka:Ritual Togel: Singapura

    Angka:Ritual Togel: Hongkong

    Angka:Ritual Togel: Toto Malaysia

    Angka:Ritual Togel: Laos

    Angka:Ritual Togel: Macau

    Angka:Ritual Togel: Sidney

    Angka:Ritual Togel: Brunei

    Angka:Ritual Togel: Thailand

    " ((((((((((( KLIK DISINI ))))))))))) "

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post