Bekas Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli memberitahu beliau sudah lama menasihatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang individu-individu tertentu dalam parti itu yang digelar “sangat kuat membodek”.
<!--more-->“Ini permainan budak-budak keliling Anwar Ibrahim yang hanya muncul lepas beliau dibebaskan dari penjara dan menjadi bakal PM; yang sangat kuat membodek demi tempat kalau beliau jadi PM.
“Kalau Anwar Ibrahim tidak segera bertindak, beliau akan pikul biawak hidup. Saya dah nasihat lama,” kata Rafizi di Twitter pagi ini.
Kenyataan bekas Ahli Parlimen Pandan itu sebagai reaksi beliau terhadap laporan berita sebuah portal berkenaan desakan Pemuda PKR agar ketua mereka, Akmal Nasir meletak jawatan.
Terdahulu, tersebar tangkap layar perbualan antara Akmal selaku Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) bersama beberapa Exco sayap parti itu yang mempertikaikan kegagalan Anwar mempunyai sokongan majoriti ahli Parlimen untuk menubuhkan kerajaan Persekutuan.
Berikut dikatakan komentar terperinci Rafizi berhubung isu tersebut yang tersebar di media sosial:
“Dah dua tahun saya tak ambil tahu mengenai perjalanan politik negara atau parti. Memang niat saya untuk tinggalkan politik ini kepada yang lain. Kebelakangan ini ramai yang berhubung bertanya mengenai dakwaan Akmal Nasir yang kononnya menghina Anwar Ibrahim
Ini pandangan saya.
Pandangan saya diketahui umum oleh reformis dan veteran parti.
Ramai juga yang tahu dan sedar yang ada beberapa kerat yang mengelilingi Saudara Anwar ini adalah oportunis haprak yang membawa budaya berbahaya dalam parti: mereka bawa budaya gangster dan politik wang menabur duit dan janji.
Saya pernah tegur Saudara Anwar sejak dua tahun lalu.
Jadi teguran Saudara Akmal ada asasnya.
Saudara Anwar perlu pandai pilih orang kelilingnya yang menjadi penjaga tol ke pejabatnya.
Dulu pilih Azmin, tengok apa yang jadi.
Yang ada sekarang ni pun dua kali lima.
Semasa kita berjuang dan keluar masuk lokap untuk membebaskan Anwar, dia tak pernah ada pun.
Bila dah menang tahun 2018, berhari-hari dia berkampung di depan Hospital Cheras untuk mula menempel.
Tiba-tiba menjadi pembela parti dan orang paling setia kepada Anwar Ibrahim, sedangkan tindak tanduk mereka boleh menjatuhkan parti dan Anwar Ibrahim.
Sekarang mereka mula pula sasarkan pimpinan seperti Akmal untuk diburukkan supaya mana-mana pimpinan yang boleh ada pandangan bebas dan kekuatan yang boleh mengancam mereka menjadi pembodek tegar; perlu disingkirkan dengan cara ini.
Orang tanya saya kenapa saya tak berminat. Tak kasihankan dengan Anwar Ibrahim?
Saya jenis yang tak suka bercakap benda yang sama berulang-ulang.
Kalau dah nasihat itu telah diberi dan nampaknya tidak berkesan, maka biarlah Saudara Anwar tanggung sendiri risiko menyimpan jenis-jenis oportunis dikeliling beliau.
Saya nasihatkan kepada semua yang berhasrat menunggang parti ini demi kekayaan dan kedudukan peribadi – lebih baik jangan kacau saya.
Saya mungkin tidak berminat untuk turut serta; tapi saya masih benci jenis-jenis politikus yang banyak merosakkan nama baik politik.
Dalam mana-mana parti, ada saja species ini.
Kalau spesies ini banyak buat kacau, boleh saja saya kacau balik.”
Rafizi Ramli
Sotong nie kuat kutuk atok...
ReplyDeleteSetelah atok join phanceng...tertunduk2 dia cium tangan atok...
Tak membodek ker nama tu?!
Tangan nuar pulak...ko salam mcm biasa jer...
Maksudnya dia tak bodek nuar...hihihi
Sebenarnya Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi akan cuba meyakinkan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bahawa beliau mempunyai bilangan sokongan yang mencukupi dari kalangan Ahli Dewan Rakyat.
ReplyDeleteSumber dalaman PKR memberitahu Astro AWANI bahawa beliau sudah mempunyai 113 sokongan dalam bentuk akuan bersumpah (SD).
Dengan jumlah tersebut, ia sekali gus memberi peluang kepada Anwar, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan dan Presiden PKR, untuk menjatuhkan Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Sebaliknya PH mmelalui Pembangkang Anwar bersatu tidak menyokong dan menolak kali ke 3 esok. Pakatan Harapan (PH) hari ini memutuskan untuk menolak Belanjawan 2021 dalam pengundian kali ketiga di Dewan Rakyat esok.
Seperti biasa Tun yang sangat terdesak dan mengelabah memainkan sentimen Kerajaan Perpaduan bersama KuLi sidang media petang tadi. Tun sudah menghidu Anwar sudah mendapat 113 majority mudah untuk menjatuhkan Mahyuddin. Dalam keadan cemas terdesak dan kelam kabut Tun menyusun strategi cuba menghalang Anwar dari menjatuhkan kerajaan PN proksi Tun@ Mahyuddin
Sentimen rakyat di dolukan seperti biasa " Atok dan KuLi dah tak kisah tak bagi gajinpun tak apa apa yang kerajaan bagi dah cukup", kata Atok.
Masih lagi nak percaya lagi kah dengan si lidah bercabang ni..!?
Orang bangang jer yg percaya dgn mangkuk tua tu!
DeleteSaje nak counter anwar tu...
Masing2 dah gelabah...
Kata kan saja aku nak jadi PM... nak boboi jadi timbalan. KuLi masuk angin keluar asap ajer ler.. kan senang.
ReplyDeleteTUN Dr Mahathir Mohamad mengakui tidak kisah untuk sekali lagi menjadi Perdana Menteri sekiranya mendapat sokongan yang mencukupi.
Dr Mahathir berkata demikian menerusi sidang media bersama Tengku Razaleigh Hamzah pada Isnin petang.
Rakyat dah menyampah dah meluat dah keluar muntah hijau... Malaysia mundur pasal pemimpin mcm. Dah pesan Jangan lantik PM utama dari Utara...
Pergh.....kelas komen pakar2 politik ni. Mereka2 inikah yg 'berjaya' membangunkan Malaysia?
ReplyDeleteHe....he....he....
Bangun kan malaysia dgn membangun sekali para perasuah, klepteokat, kroni2 dan pengkhianat buat apa... itu namanya al banggang menyokong... merempat la kau melayu di bumi sendiri
DeletePost a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!