SD Dikumpul Anwar Tak Boleh Pakai, Dr Mahathir Kata


Semalam Dr Mahathir Mohamad berkata dakwaan Presiden PKR Anwar Ibrahim memiliki sokongan dalam bentuk akuan berkanun (SD) tidak memberikan apa-apa makna kerana tidak boleh diambil kira dalam keputusan menjatuhkan atau membentuk kerajaan baru. 

<!--more-->Bekas perdana menteri itu berkata, yang paling penting ialah keputusan diambil ahli-ahli Parlimen di dalam Dewan Rakyat. 

“Apa yang diambil kira adalah apa yang berlaku di dalam Parlimen. Tetapi, adakah wakil rakyat mahu melakukan sesuatu terhadap negara ini?” katanya pada sidang media bersama Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah di Kuala Lumpur semalam. 

Ahli Parlimen Langkawi itu mengulas apabila ditanya pemberita tentang laporan yang mengatakan Anwar memiliki kira-kira 120 SD sebagai percubaan untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin. 

“Dulu, saya juga mendapat SD, Amanah kata sokong saya, semua kata sokong saya. Tapi saya tak menang (jadi perdana menteri semula). 

“Kami bukan berada di bawah kawalan beliau.” 

“Jadi, SD ni tak boleh pakai,” katanya merujuk kepada kemelut politik yang berlaku selepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang susulan peletakan jawatan beliau sebagai perdana menteri pada Februari lalu. 

Bagaimanapun, Mahathir berkata esok (hari ini) akan menjadi penentuan sama ada Anwar benar-benar memiliki sokongan majoriti seperti yang disebut-sebut sejak beberapa hari lalu. 

Esok undian bagi Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 untuk bacaan kali ketiga dijadualkan di Dewan Rakyat. 

Dalam pada itu, Mahathir menegaskan kedudukan Anwar selaku ketua pembangkang tidak bermakna beliau berhak memberi sebarang arahan dan perintah kepada ahli Parlimen blok pembangkang di Dewan Rakyat. 

“Kami bukan berada di bawah kawalan beliau.” 

Mahathir berkata, Anwar hanya dinamakan sebagai ketua pembangkang dan jawatan itu tidak memberikan beliau kuasa untuk mengarah mana-mana pihak. 

“Kami boleh lakukan apa yang kami mahu seperti yang diperuntukkan oleh Parlimen. Saya tak perlu meletakkan sokongan dan taat setia saya kepada ketua pembangkang,” katanya lapor MalaysiaNow

Dan hari ini....

Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 selepas bacaan ketiga. 

Ia dijalankan melalui undi belah bahagi selepas bacaan kali ketiga oleh Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz yang menyaksikan 111 ahli parlimen menyokong, dan 108 MP menentang, dengan seorang lagi tidak hadir. 

Terdahulu, cubaan ahli parlimen blok pembangkang untuk menggagalkan rang undang-undang tersebut ketika selesai penggulungan peringkat jawatankuasa, juga tidak berhasil. 

Ia menyaksikan keputusan sama iaitu 111-108, dengan satu ahli parlimen tidak hadir.

Lapon penuh sila baca di SINI 

Jadi... Adakah Anwar benar-benar memiliki sokongan majoriti seperti yang disebut-sebut sejak beberapa hari lalu??

12 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Nipu je bang non. Kotey sendiri pun susah nak jaga.. Semua lubang hantam je... Lagi mau jadi piyem ka? Kihkih

    ReplyDelete
  2. Piyem tepi shj la..
    Tambah popcorn kasi tepuk kuat.

    ReplyDelete
  3. Waittt waitt ooopsssss... lex luuu

    Drama baru mula okeyyy..!!

    Kerajaan Muhyiddin tidak akan runtuh hari ini.

    Pengundian Bajet tahun 2021 lulus , margin nipis seperti biasa.

    Tetapi....kejutan!!!

    Malapetaka .

    Politik Kerajaan Muhyiddin bakal tersungkur selewat lewatnya sebelum 18 December ini.

    Kita dah nnpk drama ini arahan siapa kann..!!

    Baca bolih percaya' JANGAN!!!

    Tunggu dolu drama belom habis lagi.. ini arahan baru

    ReplyDelete
  4. Bawak2 la p berubat..

    ReplyDelete
  5. Semua dalam kekuasaan Allah.Mulut jangan celupaq.nanti Allah perlihatkan sesuatu yang tak mampu hampa berkata-kata.banyakkan beristifar dan jangan mencemuh sesama Islam.hangpa pun bukannya sempurna.

    ReplyDelete
  6. Bijak Bossku mengenakan Tun. Walaun Tun Mahathir sedaya upaya membatu api mengadu domba untuk mengenakan Bossku agar minta nyawa pada DAP dan PKR tapi gagal.

    Tuduhan fitnah jijik bossku bersekongkol dengan DAP seperti kes MB Perak tidak menjadi kenyataan.

    Sebaliknya sejarah membuktikan Tun yang terhegeh hegeh menjilat balik kahak tentang DAP dulu dan sehingga sanggup jadi barua DAP.

    Undian Belanjawan 2021 untuk bacaan ketiga di Dewan Rakyat hari ini boleh menjadi pertembungan antara Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dalam meraih sokongan pemimpin Umno, Ahmad Zahid Hamidi dan Najib Razak.

    “Anwar berulang kali mendakwa dia memiliki sokongan yang ‘kuat, utuh (baca 'aleutoh') dan meyakinkan’ di Dewan Rakyat.

    "Muhyiddin yang merupakan perdana menteri atau Anwar yang ingin jadi perdana menteri?

    “Di pihak Najib, disabitkan bersalah dan sedang merayu terhadap sabitan rasuah itu selain sejumlah lagi pendakwaan di mahkamah.

    Sejumlah kes berprofil tinggi yang diberikan keputusan dibebaskan tanpa dilepaskan (DNAA) sejak Muhyiddin menjadi perdana menteri.

    “Rakyat sudah pun lihat belas kasihan (leniency) terhadap bekas ketua menteri Sabah Musa Aman, yang dilepas tanpa dibebaskan, dan (bekas menteri wilayah) Tengku Adnan Mansor serta (anak tiri Najib) Riza Abdul Aziz yang turut diberikan DNAA.

    “Pastinya untuk menjangka keputusan sama terhadap kes-kes anda. Jadi Muhyiddin dilihat sebagai pertaruhan yang baik.

    Ternyata game bossku menyebabkan Tun malu kesipuan seorang diri. Sekarang rakyat sudah tahu siapa yang terhegeh hegeh menjilat ludahnya dan siapa yang sanggup jadi barua DAP.

    Insyallah kes bossku rayuan akan disebut semula dan mahkamah akan membuat pertimbangan yang sewajarnya fitnah jijik kes SRC dan 1MDB nanti.

    Tunggu relex and chill... yg penting jangan fitnah jijik dan mendahului keputusan mahkamah..

    ahaksss..!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dey thambi...pi melalut pasal bossku ke sana ke sini.

      Tanpa sokongan DAP...MB perak takleh tumbang

      Delete
    2. bossku kan ckp peja kaki tonggang baek punya... humban org mcm ni

      DAP pun bodo ingat bole makan bossku... tak mcm atok kau bodoh jadi barua DAP...

      Delete
  7. Otai saja yang rela dibodohkan sepanjang zaman... dari bujang smpi ke tua dari anak dara smpi jadi janda dari tolo kental smpi jadi tolo labuh menjela sanggup kena bodo....

    cukup lah sekali kami terkena era reformasi.. ada yg buta mata, ada yg dibuang universiti, buang kerja dll suma dilupakan...


    Otai gua salute sama lu... sanggup jadi bodoh abadi

    jgn salah ibu mengandung... mme lu yg bengong abadi..

    klu bang non kentut bau telo tembelang otai kata itu lah bau bauan kasturi dari sorga, klu bang non berak otai kata itu ketul emas gred 99 ...

    haahhh lantak kau lah otai..

    bodoh abadi...


    kikikiki

    ReplyDelete
  8. 7.25

    Dari dolu lagi gua dah tulis jangan lantik pemimpin utama dari Utara... demi kuasa wang ringgit pemimpin utama sesebuah parti akan gadai semua prinsip jilat kahak....

    Ada pulau bagi kat Lee Kwan Yew dan Francis Light

    Ada akidah iman gadai dng pluralisma agama dan jafi barua COMANGO lisbo seksuality merdeka angkat plakad anak beranak lagi

    Terbaru Tun tunggu nak mati jadi barua DAP akhirnya . Jadi barua DAP bermakna jadi barua Lee Kwan Yew Singapork.. Tun kata DAP okey . Link kat bawah ni haah

    https://ismaweb.net/2020/05/19/berubah-pendirian-terhadap-dap-tun-m-bacul1/

    Walaupun Najib berhadapan kes mahkamah tak semudah itu bossku dimakan diumpan dibeli dan digula gulakan oleh DAP. Kes MB Perak macamana bossku mainkan Proksi Tun@Peja, DAP dan PKR.

    Dari dulu dah pesan pemimpin utama parti dari Utara memang tak guna gadai prinsip demi kuasa.

    Inikah yang diterkinja kinjakan yang orang tua tu dikatakan berprinsip..!?

    Contoh depan bijik mata walaun Tun akhir hayat melutut jadi barua DAP@ Lee Kwan Yew.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post