Tun M, Ku Li Tak Perlu Sibuk Jadi Pencatur Politik


Tiada guna wujudnya ‘kerajaan perpaduan’ jika ia masih diisi pemimpin sama yang membawa idea, pemikiran dan sikap lama, kata Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Haji Aminuddin Yahaya. 

<!--more-->Justeru, cadangan dua pemimpin veteran, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah semalam, hanya akan merumitkan kekusutan rakyat Malaysia, malah tidak menyelesaikan masalah.

Dalam satu sidang media bersama semalam, Dr Mahathir dan Ku Li menyarankan penubuhan kerajaan baharu yang mengutamakan negara berbanding parti dan peribadi sekiranya Perikatan Nasional (PN) gagal mendapat sokongan dalam undian Belanjawan 2021 untuk bacaan ketiga, hari ini. 

Cadangan dua tokoh itu membayangkan wujudnya kerajaan perpaduan yang tidak memihak kepada mana-mana parti, sebaliknya berfokus kepada Ahli Parlimen yang serius mengutamakan negara dan rakyat. 

Tidak senada dengan cadangan itu, Aminuddin berkata, kewujudan kerajaan perpaduan tidak memberikan impak kepada negara, kerana ia hanya pertukaran tampuk pemerintahan semata-mata, dan akan mengusutkan keadaan untuk melalui sekali lagi proses perubahan. 

“Saya banyak kali ulangi bahawa menunggu PRU15 itu adalah yang terbaik bagi kita semua. 

“Namun, mestilah menunggu dengan sabar kerana tempoh bagi penggal ini sudah tidak lama dan bukannya ‘memaksa’ PRU15 berlaku dalam masa terdekat dengan pelbagai ‘cara’,” katanya dalam kenyataan, hari ini. 

Mengulas sidang media dua figura itu, Aminuddin berkata, era Dr Mahathir dan Ku Li sudah lama berlalu, malah pemikiran mereka juga sudah tidak relevan untuk politik masa kini. 

“Kedua-dua tokoh ini sudah berada di usia senja dan sepatutnya berehat dari arena politik, apatah lagi sibuk menjadi pencatur politik negara. 

“Malah kerosakan dan kecamukan yang kita lihat pada hari ini banyaknya berpunca daripada mereka juga. Jadi, apa lagi kita mahu harapkan dari mereka. Kita perlukan politik baharu, pemikiran dan sikap baharu,” katanya. 

Beliau menyifatkan misi suka ‘mencatur’ dan berebut kuasa berbanding berkhidmat untuk rakyat menunjukkan bahawa mereka hanya tamakkan kuasa demi kepentingan diri serta parti. 

Lebih malang, apabila ada yang mempunyai jawatan tetapi berasa tidak cukup sehingga mengabaikan tanggungjawab yang diberikan, katanya. 

“Malang sekali kita semua kerana mempunyai pemimpin sebegini. Rakyat sedang menderita menagih simpati tetapi mereka yang berada di kerusi empuk masih tidak sedar diri sibuk menagih kuasa.

“Saya menyeru agar ahli-ahli politikyang masih waras untuk berfikir sejenak akan segala implikasi yangakan berlaku,” katanya lapor IsmaWeb

8 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. .Atok dah cemas terdesak dan kelam kabut dan menyusun strategi cuba menghalang Anwar dari menjatuhkan kerajaan PN proksi Tun@ Mahyuddin

    Atok dah "expired", dia tidak punya sokongan yg cukup utk jadi PM, diratib2kan KUNUNnya DSAI tidak punya "numbers" sebaliknya "doa" itu sedang berbalik kpd diri dia.

    Atok hanya ada 4 ketol telo bergoyang dari MP parti haram. Warisan pula boleh supply sekitar 8 ketol telo MP? Berapa ketol saja telo yang ada!? Di ratibnya ini salah najib.. najib dan najib..!!

    Siapa di kalangan MP yg sokong Ku Li?? JIKA dalam UMNO pun dia kalah bertanding jawatan Presiden itu petanda UMNO sendiri tolak Ku Li yg dah "expired"

    Sentimen rakyat di dolukan seperti biasa " Atok dan KuLi dah tak kisah tak bagi gajinpun tak apa apa yang kerajaan bagi dah cukup", kata Atok. Yang ayat power atok ini yang walaun tak tahan miang badan terkinja kinja.

    ReplyDelete
  2. Org tua2 move on please. Masa awak dah berlalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Bagi la nurul ke jadi pm. Kj ke. Syed sadiq ke. Yang tua sila berambos. Nuwar najib atok semua dah tua. Berambos!
      Masa muda kaki liwat la. Kaki rasuah la. Berambos

      Delete
  3. Janji tsmy kekal pm. Tak kisah la apa pun korang nak hentam. Tarak hal ku li ada sokong ke.. Atok ada sokong ciput ke.. .janji azmin dibawah bersatu telah terbukti bertindak bijak dari awal lagi. Sehinggakan anwar pun nak tiru supaya pkr gabung umno nak jadi kerajaan. Hari ni PN tetap gah. kahlahlahkah! Kahkahkahkah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gah apa ada 3 kerusi jer beza... majority PN semua pengkhianat... kahkahkah

      Delete
    2. Nuwar pun pengkhianat kami akar umbi pkr. Bersengkongkol dapatkan sokongan umno. Sama saja perangai azmin dapatkan sokongan umngok. Puiii

      Delete
  4. Gerak politik azmin mendahului masa. Pada awalnya dia dikecam dihina kerana menerima umno dalam gagasan PN . Rupanya dalam diam gerak politik azmin menjadi ikutan anwar dengan mendaparkan SD dari MP umno. Namun jumlah mp umno sangat kecil tak mampu menandingi azmin yang mendapat hampir kesemua mp umno. Allah telah turunkan seorang pelapis pemimpin yang bijak mendahului zaman. Walaupun gegak gempita wayang dari anwar akan menolak belanjawan namun dengan langkah tegas azmin dan kumpulan pemikirnya C5 dapat menundukkan semua mp umno supaya terus menyokong penuh belanjawan. Alhamdulilah..
    Kita biarkan pengikut ph bergasak dengan penyokong OT95. Yang penting jangan ganggu pentadbiran Tsmy!
    Hidup PN!

    ReplyDelete
  5. Kuasa hanya sehingga PRU 15. Cepat2 la sekutu baru.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post